You're so afraid of taking chances
How are you going to reach the top?Get rid of all the hesitation
It's time for you to seize the dayInstead of just sitting around
And looking down on tomorrow
You gotta get your feet off the ground
The time is now
24 February 2012
Kembali bergelar seorang pelajar
In The Name of Allah The Most Gracious The Most Merciful
Alhamdulillah 20/2 yang lepas saya selamat mendaftar sebagai pelajar Ijazah Doktor Falsafah (phd) dalam bidang Medical Physics sepenuh masa dibawah Rancangan Latihan Kakitangan Akademik (RLKA) USM. Peringkat terakhir pengajian saya insyaallah. Tempoh minimum 3 tahun dan maksimum 5 tahun. A long way to go. Hope I can be that lotus..
I love you both UMI & ABAH..
Step seterusnya selepas mendaftar ni adalah untuk mendapatkan geran bagi memulakan projek. Agak risau kerana selepas bertanya kepada senior-senior, kebanyakan mereka mengatakan geran diluluskan agak lambat. Ada yang mengambil masa sampai 9 bulan. Kalau tiada fund untuk research memang agak susah. Kajian saya menggunakan darah manusia dan juga laser. Untuk mendapatkan darah dan laser, saya perlu mengeluarkan sejumlah wang. Ya Allah permudahkanlah urusan hambaMu ini.
My research proposal. Selepas dah tunjuk dekat supervisor tajuk langsung tak sama macam dalam ni. Huhu…
Borang biasiswa SLAB…Pertengahan Mac dapat jawapan dari mereka insyaallah untuk proceed ke step seterusnya.
Sekarang ni tengah pening menguruskan borang..huhu…semoga dipermudahkan segalanya.
Ramai juga yang bertanya kepada saya macammana boleh proceed ke peringkat pengajian yang tinggi dalam tempoh yang singkat. Semua mengatakan saya mesti pandai. Umur 24 tahun dah boleh sambung phd. Saya bukanlah hendak membangga diri mengatakan saya hebat atau pandai. Selain daripada saya masih ramai juga yang menyambung pengajian pada umur yang sama dengan saya bahkan lebih muda dari saya juga ada. Cuma Allah mengurniakan rezeki ini buat saya.
Alhamdulillah kronologi pengajian saya, sebaik tamat SPM saya menyambung pengajian di Kolej Matrikulasi Perak (1 tahun) dalam bidang sains fizikal, kemudian melanjutkan pelajaran di peringkat ijazah dalam bidang Sains Gunaan (Fizik Perubatan) di USM (3 tahun) dan selepas itu alhamdulillah ditawarkan untuk menyambung di peringkat Sarjana dalam bidang Fizik Perubatan ( 1 tahun). Sekarang baru memulakan pengajian peringkat phd dalam bidang yang sama iaitu Fizik Perubatan. Insyaallah cuba menghabiskan dalam 3 tahun.
Proses saya agak cepat sebab sebelum habis ijazah, saya terus apply untuk sambung Master. Masa tu sebenarnya tak bercadang lagi pun. Cuma prinsip saya untuk hal yang penting macam ni jangan bertangguh. Apply dulu. Nak sambung atau tidak perkara kedua. Sebab proses untuk diluluskan sebelum menerima tawaran lebih kurang 3 bulan. Sistem pengajian pula berdasarkan semester. Kalau terlepas semester ni terpaksa menunggu semester yang lain. So saya mungkin akan kerugian lebih kurang 6 bulan. Kalau masa tu saya yakin boleh dapatkan kerja selepas tamat pengajian dalam masa yang singkat, tak mengapa. Tapi cuba bayangkan jika sebaik tamat pengajian saya bercadang untuk sambung belajar tapi borang belum isi dan belum memohon. Sangat banyak masa yang akan saya bazirkan. Dan saya sangat tak suka masa saya dibazirkan. Saya akan rasa sangat tension menunggu. Jadi Alhamdulillah sebelum tamat pengajian ijazah, saya dah ditawarkan untuk menyambung Master. Masa tu taknak sambung pula rasanya. Nak kerja dulu sebab rasa macam dah sangat tension study nonstop ni. Tapi atas saranan abah, dia suruh sambung. Lebih baik katanya. Lepas saya istikhoroh, Allah buka pintu hati saya untuk sambung ke peringkat Master.
Semasa menyambung pengajian ke peringkat Master, ada perkara yang terjadi dalam hidup saya. Jadi saya berkeputusan selepas tamat master saya perlukan masa untuk diri sendiri dulu. Nak organize balik, cari semula halatuju dan perancangan. Jadi selepas tamat Master dalam bulan 6, baru saya mohon phd ni. Masa tu tak tau lagi nak sambung atau tidak. Ragu-ragu. Tapi takpe, apply dulu kemudin baru fikir. Alhamdulillah bulan 9 dapat offer letter untuk sambung phd di USM. Dalam bulan 8 tu saya dapat offer biasiswa RLKA. Jadi berkeputusan untuk sambung phd je kerana peluang bukan selalu dapat. Ramai yang nak sambung pengajian tapi takde fund untuk support. Saya yang ditawarkan full scholarship takkan nak menolak pula. Tapi sebab dapat offer dah hujung bulan 9 dan belum ready lagi untuk menyambung pengajian masa tu memandangkan saya bekerja sebagi guru ganti, jadi saya tangguhkan hasrat tu untuk sementara. Tambahan pula sepatutnya apabila diberi biasiswa RLKA ni saya perlu sambung di luar negara. Tapi selepas melalui beberapa proses Alhamdulillah dipersetujui sambung di USM tetapi attachment di luar negara Insyaallah.
Nasihat saya buat semua yang bertanya macammana saya dapat sambung sehingga ke peringkat ini ialah strategi dan perancangan. Of course semuanya dengan izin dari DIA. Tapi kita sendiri perlu merancang masa depan kita. Jika ditanya apa yang akan dibuat selepas ini dan jawapannya “TIDAK TAHU”, kita tergolong dalam golongan orang yang RUGI. Rancanglah masa depan anda sebaiknya walaupun kita tahu apa yang dirancang tidak semestinya berlaku, tapi itulah corak kehidupan. Setiap jalan yang kita pilih akan memberikan hasil yang berbeza. Jadi kita perlu bijak untuk menyesuaikan diri dengan apa jua yang berlaku disekeliling kita. Saya sendiri pun masih banyak kekurangannya. Kalau dari segi result pun bukanlah tergolong dalam golongan orang yang cemerlang pun. Tapi satu je. Utamakan yang lebih utama. And put your effort on it. Jangan ambil masa yang sangat lama sehingga kita terlepas peluang tu. Jika ragu-ragu, istikhorohlah. Selepas itu teruskan kehidupan seperti biasa. Apa yang berlaku selepas itu, anggap ujian buat kita kerana dia kasih kepada kita. Andai kita betul memahami erti sebuah kehidupan dari kaca mata DIA, pasti tidak ada satu pun yang patut dikesali kerana DIA tidak pernah menzalimi hambaNYA malah kasih sayangNYA mengatasi kemurkaanNYA.
Buat yang bercadang untuk menyambung pengajian, rancanglah sebaiknya. Buat yang bercadang untuk bekerja, teruskan kerja anda dan buat yang terbaik untuk kerja anda. Bukanlah ukuran kehebatan seseorang itu terletak pada sijil-sijilnya dan peringkat pengajiannya. Tetapi pada amalan kita dan bagaimana kita mampu memberi manfaat pada ummah. Walau anda mungkin tidak mempunyai sijil langsung, tapi anda berjaya menjadi insan yang bermanfaat buat ummah, itu lebih baik dari mereka yang mempunyai sijil-sijil tapi hanya merosakkan ummah. Wallahua’lam.
p/s: Buang yang keruh, ambil yang jernih
Update: Medical Physics course overview
With Love,
NUR
Labels:
PhD Journey
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
22 comments:
as salam..
alhamdulillah..sejuk mata memandang :)
ada kalanya setiap apa yang kita kerjakan, membantu kejayaan kita untuk mengecapi redha-Nya
ada masanya pula menjadi ujian buat kita samaada kita sedar kita berada dijalan-Nya, atau sebaliknya..
one step closer.
huhu..suka quote yang ringkas ni.
:)
semoga berjaya dik ;)
salam...sy berminat nak tanye tentang proses apply RLKA dan scholar usm tu...bole x email sy wana_najib@yahoo.com?
salam sis.
untuk degree in medical physics usm amek ramai tak? sy nak buat rayuan and nak mintak medical physics. tp tkut persaingan kuat sgt.
Wslm..
Utk degree medical physics agak ramai jgk yg apply..mmg saingan agak tinggi...tp boleh try...=)
salam kak kina..kali ptama sya bace blog kak sye rase teruja..seronok bila dpt belajr dengan rezki yg Allah bg kan..sya harap saya jugak brpeluang mcm akak:)..prjalanan sye bakal brmula tak lame lg..saya dpt USM jugak,tetapi kampus kesihatan di Kelantan..sblm ni matriks di banting selangor.kalau dah ckp sains kesihatan mungkin org ingat doktor la kan..dulu sayapun hrp mcm tu,tp Allah lebih tahu Dia bg rezki yg lain.saya pcaye ianya tbaik buat saye jugak..sy dapat Medical Radiation..so far saya buat research,saya sgt sukakan kos ni..and saya xnak biarkan ia tamat smpai degree saje..kalau boleh,saya nak jadikan kak sebagi inspirasi..tima kasih atas pendedahan akak dlm blog ni,sbb selama ni saya tahu org nak ambil phd sume dah berumur..tp hakikat sebenarnya kita kena bijak mengambil peluang yg ada..saya xpandai,tp slagi saya mmpu..saya akan cuba untuk jd yg trbaik...doakan saye yee:)) syukran...
Wslm dik mollydolly93..
Alhamdulillah... Tahniah sebab dapat sambung ke peringkat yg seterusnye.. medical radiation dan medical physics tak jauh beza apa yg dipelajari.. akak dl pun plan nak sambung sebab fikirkan degree je tak cukup utk betul-betul faham apa yg dipelajari dalam bidang tersebut. Bila dah sambung master barula tahu banyak benda sikit. dan sangat menarik bidang ni...
Apa pun keputusan yg adik pilih, semoga Allah merahmati dan permudahkan hingga ke akhirnya, insyaallah....
All the best! =)
Assalamualaikum..sangat teruja baca blog kina..saya merupakan student master research usm n boleh di katakan research phd kina n saya agak sama..saya guna laser juga..cuma bezanya saya expose laser atas kulit..bila baca blog kina,terasa nak sambung phd juga tp yala..pengalaman buat research time master membuatkan saya jadi takut sedikit utk smbung ke peringkat seterusnya..bakal research phd saya pula mmg akan sambung ja research master..cuz menurut sv n lecturer lain di school physics,research master saya research yg boleh di katakan baru...selain itu,boleh di katakan saya sangat teruja bila kina sambung bidang laser juga..n rasanya ada 2 or 3 student dari medical physics pernah buat research yg berkaitan laser n darah..harap itu dapat menolong kina dlm phd nanti..saya doakan kina berjaya dlm phd..apa pun dugaan datang dalam proses research itu,harap sabar n tabahkan diri.saya pun banyak kali di timpa dugaan n cabaran besar semasa membuat research sehinggakan banyak kali nak berhenti...selain itu,research ni baru n tiada guide utk saya dalam membuat research ini...tp alhamdulillah,berkat doa ibu bapa n kwn2,saya sudah pun lulus n sekarang dalam proses menyiapkan hard cover thesis..jadi,best of luck untuk kina!
salam kak kina,
sy br habis degree dalam sains physics, fyp sy berkaitan sensor n laser enginering.
disebabkan susah nak bkerja dalam bidang sains physic, melainkan sambung ke peringkat yang lebih tinggi. sy nak sambung master. kakak sy bkerja di bhagian medical hospital syorkan sy mengambil master medical physics. mmg tak pernah terlintas pasal medical.
boleh akak terangkan, master medical physics akak macam mana? by reseach/mixmode/coursework?
ada tak orang yg akak kenal dari fizik pure mengambil master medical fizik.
sy takut sy tak mampu. sebab perkataan medical itself.
bg sy minat boleh dipupuk. so, sy mengharapkan pendapat akak..
jzk. :)
salam..tahniah sebab berjaya menyiapkan thesis phd..saya nak tanya laa sebab saya baru pindah ke kelantan ni...kat mana ye cik buat hardcover thesis..saya merata da cari kat kelantan..rata2 lama nak siapkan.
Kak, saya nak tanya boleh?
Dulu time ambil degree fizik perubatan belajar subject apa ye? Perlu mahir dalam bidang apa? Maths, physics?
Terima kasih :)
Mimi:
Fizik perubatan kebanyakan belajar fizik dan math + biology untuk aplikasi fizik dalam perubatan.
Kalau saya dari asasi kejuruteraan uitm boleh masuk x. Tpi x blaja bio
Assalamualaikum sis kina,
Saya mohon sedikit pencerahan bagi subjek yang bakal dipelajari bagi ijazah sarjana muda fizik perubatan usm dari first sem untill final sem kerana saya pasti ramai yang tertanya-tanya akan subjek yang bakal dipelajari nanti. Sedikit sebanyak dapat membantu para pelajar dalam memilih jurusan yang mereka minati. Harap sis dapat berkongsi. Terima kasih =)
Insyaallah saya kongsikan nanti... :)
Salam bolehkah kalau lulusan ijazah sarjana muda sains kesihatan pemakanan further master dalam bidang medical radiation??
Salam bolehkah kalau lulusan ijazah sarjana muda sains kesihatan pemakanan further master dalam bidang medical radiation??
salam cik
anak saya baru dapat tawaran fizik perubatan di usm. Daftar minggu depan.
boleh tanya sikit tentang peluang kerja cerah ke terhad?
terima kaseh
Assalamu'alaikum kak kinah.. sy berminat nk tau berkenaan master fizik perubatan. akk buat coursework di usm ya? sy nk tau jga ttg kos pengajian dan sebagainya. sy harap akk dpt respon sy di emel:
athirahibrahim3@gmail.com
jazakillah akk..
Salam kak kinah sye baru dpt tawarn degree medical physics usm boleh sye tau prospek pekerjaan dlm bodang ni?
Wsalam Nurul Asykin:
Boleh ke link ni ya untuk details pasal kerja bidang ini:
http://voyagetodestiny-ns2.blogspot.my/2015/08/medical-physics-course-usm.html
tq sis��
Boleh Tanya akak kerja APA skrng??
Post a Comment