03 November 2015

Birth Experience

In The Name of Allah The Most Gracious The Most Merciful

Assalamualaikum, All praise is due to Allah, the Lord and Cherisher of the Universe. May His peace and blessings be upon our beloved prophet, Muhammad (PBUH), his household, companions and all followers of the right guidance till the Day of Judgment.

I have drafted this post for quite sometime. Suhail already 8 months now and yet, only today managed to finish this post. Sorry for the delay Jaye! Open-mouthed smile

Alhamdulillah, I’ve given birth to a cute baby boy on 22 Feb at Hospital Kota Bharu. I would like to share with everyone this first time experience hoping it will benefit you in any way. As a first time mom, of course I got scared listening to others experience and from all the scene I watched in tv always showed how painful and cruel the birthing process is. Instead of being happy with my pregnancy, it makes me worried so much how can I cope with such painful moment of giving birth. Then, I’ve came across gentle birth method while preparing myself during pregnancy. I’ve gained a lot from this method and how important to educate ourselves on how to give birth. I attended gentle birth bengkel by Jaye at Penang. Most of us neglected this and just surrender to the doctor and let them do anything to us even it does not necessary and even without our consent. So, here is my experience that I went through at that moment. Winking smile

 

20150108_130851

Some of my reference book

  

20150218_181147

Tambal kat dinding bilik masa balik Kelantan tunggu due hari tu

  

BIRTH PREFERENCES KINA VISUAL 

Saya sediakan visual birth preferences nak tampal di labor room just in case berada lama di sana. Tapi tak sempat tampal sebab sampai sana dah terus bersalin.huhu.. Birth plan untuk kepilkan di buku merah saya buat yang lain.

20 February 2015

10.00 am

Hari ni, adik saya Asma bakal dinikahkan dengan pasangannya. Semua orang tengah sibuk prepare for the ceremony,suddenly I feel strong surge. Bila berdiri tiba-tiba rasa air keluar. Terus panggil umi. Ok, confirm now amniotic fluid leaking. Dah kalut kejap, semua dok tanya nak ke hospital ke. Tapi saya kata tunggu nanti kot sebab tak rasa sakit pun. Call husband maklumkan dan minta segera balik Kelantan.

6.00 pm

Alhamdulillah, selesai majlis adik, baru saya dan parent ke Hospital Tumpat. Memang tak berhajat nak warderd pun. Cuma nak monitor fetus heartbeat je. Sebab no surge, no baby. Di Hospital Tumpat terus mereka bawa masuk ke wad. Saya serahkan buku merah beserta GL dan birth plan. Bila nurse baca birth plan saya, dia maklumkan yang kalau ikut prosedur, memang perlu check VE bila kali pertama masuk wad memandangkan dah leaking ketuban. Memandangkan saya dah sediakan birth plan ni, jadi dia hormati pilihan saya untuk tak check VE. Dia maklumkan juga pada saya yang sekarang ni cuti raya cina jadi hanya ada seorang Dr lelaki yang oncall. Saya masa tu ok takpela jumpa dulu. Untuk check up seterusnya saya fikir kemudian. Tapi Alhamdulillah ditakdirkan ada seorang Dr perempuan yang sepatutnya sudah tamat shift tapi masih belum pulang sudi untuk check kondisi saya. Beliau buat ultrasound dan check alhamdulillah baby heart rate ok, AFI juga ok. Saya maklumkan saya taknak warded memandangkan rumah saya dan hospital hanya 5 min sahaja.

Mulanya nurse maklumkan okey, boleh. Cuma perlu selesaikan beberapa perkara. Tapi tetiba Dr panggil dan bagitau, mereka call pakar di Hospital Kota Bharu (HKB) maklumkan yang minta saya di bawa ke sana sebab takut ada kemungkinan jangkitan kuman yang menyebabkan leaking. No contraction at all masa tu. Hospital Tumpat hanya terima ibu yang boleh bersalin normal tanpa sebarang komplikasi sebab tiada peralatan lengkap untuk sebarang kecemasan. Sekiranya ada masalah sikit, memang mereka akan terus transfer ke HKB. Saya dah resah dah. Nak tunggu suami sampai dulu kalau boleh since everything is fine. Bagitau nak pergi sendiri nanti suami balik, mereka tak izinkan sebab takut ada apa-apa jadi. Minta mereka call HUSM sebab GL saya dah tulis HUSM siap-siap. Takut HKB tak terima GL saya. Doktor call dan maklumkan HUSM tak dapat terima sebab penuh. Sebolehnya saya taknak ke HKB sebab dengar banyak sangat benda buruk pasal HKB dan saya tengok sendiri macammana layanan mereka pada ummi saya masa melahirkan adik bongsu saya. Akhirnya, saya dengan separuh hati bersetuju untuk ke HKB. Mereka hantar guna ambulans. Minta nak pergi sendiri juga tak di izinkan. Mungkin tau kemungkinan kalau diizinkan pergi sendiri, memang tak pergi terus. huhu…Sebelum bertolak ke HKB, the nurse brief me that mother is encourage to walk and stay mobilise so it can help in induce the labor, keep hydrating,eat n rest so the mother will have energy during labor and more good things. I’m impressed!

8.00 pm

Sampai sahaja di HKB, mereka masukkan saya ke wad labour room untuk check up. Sampai sana, saya buat benda yang sama, bagi birth plan. Memang birth plan dah print siap banyak-banyak just in case takut tercicir ke apa kan. Mereka nak check VE, saya maklumkan saya taknak. Then Dr kat situ dah marah sebab katanya kalau macam tu buat apa datang sini. Saya dah maklumkan pada Dr di Hospital Tumpat yang kalau pesakit tak setuju buat VE saya kata jangan hantar ke sini. Saya katakan yang Dr di Hospital Tumpat tak maklumkan apa-apa langsung pasal ini pada saya. Malas nak bertekak, saya akhirnya bersetuju sebab mereka terangkan untuk ambil sampel untuk analisa sama ada ada jangkitan atau tidak perlu check di bukaan juga. Baru 1 cm kata mereka. Dan scan, AFI masa tu sudah semakin berkurang dan mereka maklumkan saya perlu di induce takut baby lemas. Saya minta penerangan lanjut tentang keadaan bayi, jantung dan sebagainya, masih okey, kata mereka. Tapi ikut prosedur, baby perlu lahir dalam tempoh 24 jam ketuban pecah atau leaking bagi mengelakkan baby lemas. Selepas fikir sehabis baik, saya menolak untuk di induce dan tanda tangan surat pelepasan. Saya buat keputusan ini berdasarkan ilmu yang saya study sebelum bersalin dan dengan informed decision.

11.30 pm

Di pindahkan ke wad bersalin. Adik perempuan saya, Asma menemani saya pada malam pertamanya bergelar isteri. Terima kasih adikku sayang. Red heart

 

21 February 2015

10.00 am

HO datang review tanya kondisi dah ada contraction ke belum. Saya kata belum lagi. Hanya ada sedikit tapi belum intense. Macam main-main je. Kemudian MO datang dan tanya awak memang taknak induce ke? Saya tau sekarang memang banyak orang yang dah sibuk-sibuk nak natural birth semua. Tapi fikirlah untuk anak dalam kandungan tu. Jangan fikir diri sendiri je. Kalau ikutkan prosedur hospital, kalau selepas 24 jam leaking tak bersalin, mereka akan terus czer je. Saya minta nak buat scan lagi sebelum decide tapi MO tak bagi. Katanya kalau tau kondisi baby selepas di scan pun, awak nak buat apa? Dah buat keputusan? Saya kata, selepas di scan, saya akan buat keputusan. Tapi beliau masih menolak, tak perlu layan katanya. Di tanyakan juga pada saya birth plan ni semua ambil dari mana? Tiru di internet? Saya katakan saya attend kelas dan study sebelum buat birth plan. Dan memang bukan ikut-ikutan. Tapi takpela, itu memang saya expect pun apabila decide untuk bersalin di gov hospital. Sebelum berlalu, MO tadi maklumkan pada saya, sekiranya ubah keputusan untuk induce, maklumkan pada nurse sebelum jam 5 pm. Dan baby lahir nanti terus kena on antibiotik sebab takut ada sebarang jangkitan.

4.00 pm

Masih tiada intense contraction, jadi discuss dengan husband camne nak induce ke. Saya tau ada yang tunggu sampai 72 jam dan keadaan baby masih baik. Tapi saya hanya yakin untuk tunggu sampai 48 jam dari waktu leaking ketuban. Saya ke kaunter dan tanya prosedur induce macammana. Mereka maklumkan kalau setuju untuk induce, mereka akan bagitau pada doktor dan prosedur induce akan di buat pagi esok selepas subuh. 4.55 pm dengan langkah yang berat, saya akhirnya memberikan persetujuan untuk di induce. Insyaallah ini yang terbaik. Mesti ramai yang persoalkan kenapa tak diinduce dari awal dan sanggup ambik risiko. Kita memang rasa induce ni macam biasa je sebab terlalu common dipraktikkan. Tapi induce sebenarnya sangat banyak side effect. Pukul 5.30 pm, HO datang ke katil saya untuk terangkan prosedur induce serta risiko-risiko yang saya terpaksa tanggung apabila bersetuju untuk di induce dan tanda tangan borang persetujuan. Apabila dengar segala risikonya rasa macam nak tarik balik je. Tapi insyaallah ini yang terbaik. Saya pun dah beri masa untuk diri sendiri tapi belum juga ada tanda. Saya berdoa dengan penuh pengharapan semoga sebelum di induce pagi esok, baby dalam perut nak keluar sendiri. Tapi nampak macam seronok je lagi dia kat dalam tu dok menendang-nendang. Heart beat pun memang cantik je.

22 February

5.00 am

Dikejutkan oleh nurse untuk check CTG dan dimaklumkan sekejap lagi MO akan datang untuk induce. Saya kata eh, dimaklumkan selepas subuh. Saya ingat nak solat dulu. MO nak buat cepat sebab shift nak habis ke ape ntah. Hmm, minta pergi toilet pun buat muka macam tak bagi. Ingat sempatlah nak solat dah persiapkan jiwa raga dulu untuk di induce.huhu.. Ni dah tergesa-gesa macam ni lagi berat hati. Tawakkal jela di induce semoga Allah mudahkan. Zikir banyak-banyak dalam hati semoga Allah berikan yang terbaik buat saya dan baby.

7.30 am

Dah mula rasa contraction yang kerap. Makin berdebar-debar rasanya. Lepas tu terus intense. Memang orang kata sakit contraction induce dan natural ni berbeza. Contraction dia tiba-tiba dah berterusan. Takde amaran langsung. Takde rehat juga. Memang masa tu dah tak tertahan je rasa. 9.30 am Nurse datang check memang dah intense sangat dah dia tengok. Terus panggil doktor. Saya request untuk check bukaan sebab rasa macam tak lama dah. MO datang check, dan minta untuk sabar. Memang nampak intense tapi katanya since anak sulung selalu bukaan lambat. Memang contraction kuat sebab induce tapi bukaan lambat je. Diorang akan check 5 jam selepas ubat induce. Saya diinduce pagi tadi almost 6 am jadi pukul 11.30 am macam tu baru mereka akan check. Kalau bukaan masih tak buka sebab mereka baru masukkan separuh ubat, nanti akan bagi separuh lagi ubat pukul 11.30 am tu. Saya cakap kat suami, kalau sekarang pun dah sakit sangat-sangat macam ni, nak tunggu lagi 2 jam dan induce lagi, memang tak sanggup dah katanya. At last saya minta ubat sakit since mereka refused untuk check VE danhantar saya ke labor room. Nurse nasihat macam tak payah ambik. Mereka mintak zikir semua. Saya kata macam tak boleh dah. Memang masa tu macam dah hilang kawalan. Dah macam-macam posisi nak bagi selesa. Dah masuk transition phase rupanya at that time tu.

10.00 am

Nurse datang untuk suntik ubat sakit. Suami saya diminta keluar sebab katanya Dr pakar nak datang melawat. Dr lelaki masa tu. Dia datang ke katil saya, saya kata yang dah tak tahan rasa nak push. Saya request lagi nak check VE. MO macam taknak check VE tapi Dr pakar tu kata checklah tu kata nak push dah tu. Barulah akhirnya MO tu check. Dah check barulah masa tu pakat kalut semua minta saya tukar baju. Nak bersalin dah ni katanya. Lambat nanti bersalin kat wad pulak. Masa tu saya baru lepas kena suntik ubat tahan sakit dah start pening tapi masih conscious. Menyesal betul minta ubat tahan sakit tadi. Kalau tahu memang dah nak bersalin memang tak request. Ni sebab minta tunggu sampai pukul 11.30 tu yang berkeras nak jugak..huhu.

Sampai labor room, diorang paggil husband, husband sampai je masa tu dah crowning dah. Lepas few push, alhamdulillah baby keluar. Saya dapat birth support team yang sangat baik masa di labor room. Masa saya masuk, ada Ho lelaki tapi mereka di minta keluar sebab saya dah state siap-siap dalam birth plan yang tiada staf lelaki dibenarkan berada di dalam labor room semasa saya bersalin. Nurse dan doktor pun semua pakat bagi saya semangat untuk bersalin secara normal. Ada satu masa tu, saya rasa sakit sikit macam stretching di bukaan saya tanya baby dah keluar ke sebab rasa sakit. Saya ingat sebab sakit terkoyak ke kan. Katanya belum. Sikit lagi. Since Pn request nak natural, kita tunggu next push nanti boleh push untuk keluarkan baby. Kalau Pn nak cepat, saya boleh epi. Terus geleng taknak epi. Ok. kalau Pn nak bersalin natural, kena sabar ya. Alhamdulillah, last push, baby keluar. Mereka siap-siap nak potong tali pusat sebelum serahkan baby pada saya tapi nasib baik husband sempat bagitau nak DCC (delay cord clamping). Mereka setuju dan tanya berapa lama, saya maklumkan 90 saat pun ok. Walaupun kalau boleh nak lama lagi, tapi since kat gov mereka perlu entertain ramai pesakit lagi. Jadi, be considerate ya. Lepas tu terus serahkan anak untuk menyusu kat saya. Uri keluar, jahit semua, dan menyusu baby lagi. Saya masa tu memang mamai mengantuk kesan ubat tahan sakit. Sampai masa tu nurse datang terkejut, eh anak nak jatuh tu.huhu..  Saya kata, tak larat sangat dah then mereka ambil anak saya. Alhamdulillah no antibiotic. Apgar score pun cemerlang. First degree natural tear. No epi.

 

20150225_200414

Baby Suhail on 7th day  

   

Alhamdulillah ‘ala kulli hal. Saya memang tak dapat betul-betul gentle birth yang saya inginkan tetapi alhamdulillah, tiada begitu banyak intervention yang tidak perlu. VE semua dibuat dengan kebenaran. Sebarang prosedur diterangkan dengan jelas kepada saya. Boleh saya katakan 90 % request saya di birth plan memang mereka follow. Sungguh tak sangka hospital yang banyak rekod buruk pada pengamatan saya tetapi alhamdulillah, menghormati setiap keputusan saya. Bebel-bebel sikit biasa la tu. Mereka cuma buat kerja mereka. Kita pun, jangan terlalu mendabik dada. Apabila minta sesuatu, minta dengan sopan dan juga bersangka baik pada mereka. Sebab aura itu sampai kepada mereka. Nurse-nurse semua alhamdulillah semua bermanis muka dengan saya. I’m not sure if the treatment is better because I have GL. But at least,I know they will listen to mother request if we voice it out.

Pesanan saya, tuntutlah ilmu sebelum mengandung dan bersalin. Kalau boleh, sebelum mengandung tu dah gali ilmu siap-siap. Sekurang-kurangnya awal-awal lagi dah bersedia untuk kehadiran ahli keluarga baru. Bagaimana proses mengandung dan melahirkan sangat-sangat mempengaruhi kehidupan kita selepas kelahiran anak. Baik ibu atau anak itu sendiri. Tak ketinggalan juga buat bapa. Kerana kunci kebahagiaan keluarga banyak terletak pada kondisi isteri/ibu itu sendiri. Jadi berilah sokongan sebaiknya pada isteri anda. Thanks my hubby for everything. And special thanks to by birth educator, Jaye from gentle birth malaysia.Red heart

P/s: Banyak sangat skip. Sebenarnya nak cerita banyak benda lagi tapi nanti entah bila siapnya nantikan.. huhu..

  

With Love,Red heart

NUR

29 October 2015

PhD : Completed!

In The Name of Allah The Most Gracious The Most Merciful

Assalamualaikum, All praise is due to Allah, the Lord and Cherisher of the Universe. May His peace and blessings be upon our beloved prophet, Muhammad (PBUH), his household, companions and all followers of the right guidance till the Day of Judgment.

Alhamdulillah, saya sudah berjaya menamatkan pengajian PhD saya yang mengambil masa 3 tahun 4 bulan. Draft thesis submission untuk semakan pada 1/6/15, viva pada 1/9/15 dan final correction pada 1/10/15. Alhamdulillah, Alhamdulillah, Alhamdulillah. *Baru perasan semua tarikh penting jatuh pada 1hb*

jjj

Pagi sebelum viva

   

P_20150901_130722

Alhamdulillah, selesai viva. Lulus dengan minor correction

   

P_20150929_170023

Final thesis submission

Saya di tanya oleh adik halaqah saya, apa perasaan akak dah selamat bergelar “Dr” ni? Saya terpana seketika tatkala mendapat soalan ini. Saya berfikir sejenak, apa agaknya yang saya rasa ketika ini…. Hmm…. Satu beban sudah berkurang, betul. Ada leganya apabila semua ini selesai. Tetapi apabila diimbas kembali, saya terfikir, segala ujian yang saya lalui untuk tempoh 3 tahun 4 bulan ini, jatuh bangun, jerit payah, tiap air mata yang tumpah, masa dan wang ringgit yang dikorbankan demi menamatkan perjalanan PhD ini, tiada apa-apa. Bukanlah maksud saya ianya tidak merasakan perjalanan ini susah, tetapi saya terfikir, apa sebenarnya yang saya resahkan, tangiskan ketika perjalanan ini. Ujian itu tiada apa-apa. Saya seakan redha dan ia tidak meninggalkan sebarang bekas atau parut di hati saya. Benarlah janji Allah, Dia tidak akan membebani hambaNYA dengan apa yang tidak mampu di tanggung oleh hambaNYA. Saya tersenyum sendiri selepas itu.

Gelaran “Dr” di depan nama bukan itu yang saya kejarkan semasa menyambung pengajian ke peringkat PhD. Bahkan gelaran itu tidak langsung menjadi satu motivasi buat saya. Tetapi ada matlamat dan visi yang lebih besar. Impian yang saya simpan selama ini akhirnya tercapai,Alhamdulillah. Dan betul, Allah beri segalanya pada saya pada waktu yang tepat. Tiada yang terkurang saya rasakan. Bahkan diri ini yang terasa sangat kurang bersyukur atas segala nikmat yang Allah kurniakan.

Perjalanan hidup saya tidak terhenti setakat di sini sahaja. Bahkan ianya hanyalah sebuah permulaan kehidupan yang jauh lebih banyak ujian dan ranjau di hadapan. Doa saya, semoga tiap duri dan halangan yang terlintas di hadapan perjalanan saya mampu saya telusuri dengan jayanya. Semoga saya bukanlah seorang Doktor falsafah hanya hanya tahu berfalsafah tetapi jauh dari mengimplimentasikan setiap falsafah yang digenggam. Saya doakan buat sahabat-sahabat yang lain agar mampu menamatkan pengajian secepatnya dan dipermudahkan jalan menuju pengakhirannya. Red heart

   

konvo

Insyaallah will be graduating next month… Winking smile

   

P/s: Thank you so much to my parent, umi dan abah atas setiap curahan kasih sayang dan semangat buat kakak sepanjang perjalanan Phd ini. Thanks to my lovely hubby for always be there when there is up and down in my life. And also my family, relatives and friends for always cheering me up along the way. May Allah bless and reward all of you. Red heart 

  

  

With Love, Red heart

NUR

19 August 2015

Suhail Educational Activities

In The Name of Allah The Most Gracious The Most Merciful

Assalamualaikum, All praise is due to Allah, the Lord and Cherisher of the Universe. May His peace and blessings be upon our beloved prophet, Muhammad (PBUH), his household, companions and all followers of the right guidance till the Day of Judgment.

Semenjak dah ada Suhail ni, sentiasa tercari-cari method terbaik untuk pembelajaran Suhail. Masa pregnant lagi dah study sikit dan terbaca tentang Glenn Doman selepas baca perkongsian dari rakan facebook yang attend kursus nury. Glenn Doman percaya yang otak bayi snagat amazing dan mampu menyerap apa sahaja yang diajarkan kepada mereka. Yang penting, perlu tahu bagaimana untuk stimulate dengan cara yang betul dan terbaik. Glenn Doman then founded The Institute for The Achievement of Human Potential. Glenn Doman juga ada menulis buku berkaitan early development programs on how to teach babies from birth reading, mathematics, Encyclopedic Knowledge & Physical Program. Mulalah pencarian saya untuk dapatkan buku Glenn Doman bagi memahami teknik-teknik yang perlu untuk diajarkan kepada Suhail. Memang boleh tahan juga harganya. Pejam mata jela beli. huhu…

 

11912910_10206992410185807_810172878_n 

Setakat ini, 4 buah buku ini sahaja yang saya ada. Insyaallah masih cuba melengkapkan koleksi yang lain.

 

Saya mula ajar Suhail flashcard huruf hijaiyah baris atas semasa Suhail berumur 2 bulan lebih. Memang reaksi Suhail sangat bagus dan betul-betul fokus pada card yang saya flashkan. Bila kata flash card, maksudnya kita tunjuk kad laju-laju. Kalau boleh kurang 1 saat bagi setiap kad sebab bayi belajar sangat cepat. Penemuan terbaru selepas kursus Nury, bayi mampu menyerap perkataan sekaligus. Jadi boleh terus tunjuk perkataan. Macam kaedah doman, terus flashkan perkataan yang dekat dengan bayi macam “mommy” “dad” instead of ajar ABC. Jadi, saya ubah dari Kad hijaiyah huruf atas kepada high frequency word dalam al-quran cth: “Min”, “Allazi”.

Setakat ini, saya ajar Suhail 4 benda.

 

1) High frequency word (HFW)

11868826_10206992315943451_1854234435_n

 

Saya beli softcopy dari Pn Irina dan print pada card saiz A4 berketebalan 200gsm. IPN ada keluarkan HFW sebanyak 300 perkataan beserta video. Boleh dapatkan di sini : http://www.islamicparentingnetwork.net/product/hfw/

Saya pilih 3 perkataan untuk di flashkan pada Suhail. Anggaran dalam 3 hari sekali, tukar. Boleh pilih jumlah card ikut baby. Tapi memandangkan saya ajar banyak benda, jadi saya kurangkan kuantiti kad.

  

2) Mathematics

Untuk math, kalau tengok kat gambar atas ada card yang ada dot-dot. Untuk baby, ajar kenal melalui dot tersebut. Saya download dari domanmom.com dan printkan. Baby belum mengenal angka jadi kita ajar mereka mengenal kuantiti melalui dot tersebut. Lebih mudah untuk difahami.

  

3) Perkataan

11880291_10206992317703495_484647709_n

P_20150822_074845

  

Perkataan ni, saya pilih perkataan yang selalu saya sebut-sebut pada Suhail. Ada cara untuk buat flashcard sendiri. Kalau ikut doman, saiz card 22’ x 6’. Big enough so baby can see. Susah juga nak cari kad yang panjang macam ni. Buat masa ni, saya potong sendiri dari kertas A1, 230 gsm untuk tulis perkataan ni. Ada jumpa modelling card yang besar tapi belum pergi kedai untuk potong mengikut saiz. Kalau tak jumpa yang panjang pun takpe,boleh guna yang available ada dengan kita. Yang penting saiz tu perlu besar.

 

AhTOSlA2kQSndyU7-CbdSbi2_ESI2dVaeNolMUz3p5ar

Ini kad yang saya beli. Yang besar sekali tu modelling card, then A1 and A3

 

AjIgDEs92IsJLfGjS8Lp-T3WPMFl5Qz3HTqHjscKeXuO

AklBAdNJ20F-r14J4e26ZIshZTC45Dijx7PylJhLNoMS

Ini guide untuk tulis perkataan pada flash card.

4) Visual Stimulation

11880271_10206992317543491_876503746_n

Bayi sebenarnya belum betul-betul boleh melihat dengan jelas. Jadi, penting untuk kita gunakan warna yang mesra bayi dan stimulate penglihatan bayi. Saya beli card dari Instagram dr.diaper. Boleh juga download dan print dari domanmom.com. Memandangkan warnanya banyak juga warna hitam, untuk jimatkan ink, saya beli jela. Lebih berbaloi. huhu..

------------------------------------------------------

Ada satu lagi yang masih dalam proses untuk saya ajar pada Suhail, iaitu Encyclopedic Knowledge. Iaitu ajar pengetahuan umum macam sejarah, biology, physics, alam sekitar dan lain-lain. Sebab belum ada bahan jadi, terpaksa tangguh dulu.

 

AoAnA-_EV5Kq30OBKmnZze_k2wswDpW2N-SpQQgoGq0x

 

Fuh, banyaknya benda nak ajar. Masih bergelut dengan komitmen masa. Sekurang-kurangnya perlu ajar 3 sesi setiap hari. Selalu setiap sesi untuk saya habiskan semua tak sampai 5 minit pun. Kalau nampak Suhail macam tak minat, saya berhenti. Ajar baby ni, bukan sebab kita nak tengok output sangat. Saya lebih kepada nak optimumkan penggunaan otak dia. Sebab waktu nila otak baby tengah berkembang pesat. Rugi sangat kalau kita abaikan waktu yang sangat berharga ni. Tapi, ajar benda ni pun, aktiviti fizikal tak boleh lupa. Perlu seiring. Semoga perkongsian ini ada manfaat buat semua. Doakan yang terbaik buat kami sekeluarga. Cita-cita saya, semoga Suhail mampu membesar sebaiknya dan seterusnya mampu pula untuk menyumbang buat Ummah. Red heart

 

With Love,Red heart

NUR

18 August 2015

Medical Physics Course USM

In The Name of Allah The Most Gracious The Most Merciful

Assalamualaikum, All praise is due to Allah, the Lord and Cherisher of the Universe. May His peace and blessings be upon our beloved prophet, Muhammad (PBUH), his household, companions and all followers of the right guidance till the Day of Judgment.

I received a lot of email and PM about RLKA and Medical Physics course at USM. It takes time to reply one by one and mostly repeated questions. Hope this entry will help those who interested in Medical Physics field so you will get at least some description what you will learn.

486360053_640

 

Red roseCourse descriptionsRed rose

Basically in Medical Physics, you will learn about instrument used in diagnostic radiology, radiotherapy  and nuclear medicine. You will also learn anatomy and physiology, radiation protection and safety and health issue on radiation. Subject which you will learn also depends on which faculty your course is based on. Like USM, it was offered under School of Physics. Thus, you will also study physics courses like quantum mechanic, basic physics, electronic, optic and solid state plus, some mathematics like calculus. At UKM it was offered under Faculty of Health/Medical I dont remember. So there will be a  different on what you will learn for this course.

 

medphyteras

medphy elektif

 

Ini subject which I learn during my undergraduate studies. Masa tu masih 3 years course. Sekarang dah jadi 4 tahun dan saya tak pasti how much changes in the subject it will be. Will update later once I got the information.  Subject teras adalah subject yang wajib ambil while elektif boleh pilih any subject yang you all interested to learn. Kat bawah ni, sebahagian subject yang akan belajar under course Pengimejan Diagnostic & Radioterapi di UKM. I can’t explain in details coz I’m not a student there but from this subject at least you can have a view how the courses gonna look like.

 

ukm

 

Susah ke belajar medical physics?

Ermm… Pada pendapat saya setiap course ada tahap kesusahannya sendiri. Untuk medical physics, part yang susah lebih kepada belajar basic dan some advance physics tu. Memang agak tough dan menguji. Bila dah masuk pengkhususan, lebih mudah asalkan memang rajin study. Saya sendiri pun bukanlah pelajar cemerlang tapi alhamdulillah berjaya habiskan semua subject tanpa repeat any subject. Nasihat saya, belajar secara berterusan dan bukan hanya di hujung semester atau study week, insyaallah boleh score subject yang di ambil. Dan analisa setiap subject dan cari strategi untuk cope dengan setiap subject.

 

bf757053ff68c6804c64412c5ada6ee8

Kalau undergraduate ambil physics course walaupun bukan medical physics, insyaallah masih boleh sambung master dalam bidang medical physics. Tapi kalau undergraduate dari course lain dan master nak ambil medical physics, tak pasti boleh ke tak. Kalau ikut syarat IPS USM ni, macam tak boleh.

-------------------------------------------------------------

Master of Science (Medical Physics)
The programme aims to provide knowledge and skills as a senior medical physicist. The course is designed to produce graduates in medical physics with a strong capacity to work effectively in operating and maintaining medical equipments. Successful graduates are expected to have a career as medical physicist in hospital, academic institutions or research institutes.
Course Structure

The programme comprises 40 units of the following five core courses, two elective courses, two practical courses and one compulsory research project.


Semester I

Work Human Anatomy and Physiology (core - 4 units)

Work Radiation Physics (core - 4 units)

Work Dosimetry and Radiation Protection (core - 4units)

Work Physics of Diagnostic Radiology (core - 4 units)

WorkMedical Physics Practical (core - 4 units)

Semester II

Work Nuclear Medicine and Radiotherapy Physics (core - 4 units)

Work Ultrasound and Magnetic Resonance Imaging (elective - 2 units)

Work Radiobiology and Radiation Chemistry (elective - 2 units)

Work Medical Physics Practical II (core - 4 units)

Work Research Project (compulsory - 8 units)

Admission Requirements

Applicants should possess the following:

- BSc (Hons) in Physics minimum CGPA of 3.00/4 or equivalent.

- BSc in Physics or equivalent with several years of experience in a relevant field.

Duration
Full-time: Min 2 semesters / Max 4 semesters

---------------------------------------------------------------------------

Red rose Peluang kerjaya Red rose

Ini pun antara soalan yang kerap di tanya juga. Ambil medical physics ni mudah dapat kerja ke? Peluang kerjaya banyak ke? Pertama, perlu faham yang rezeki itu dari Allah. Insyaallah kita berusaha sebaiknya dan seterusnya serahkan pada Allah. Kalau di USM, memandangkan degree ada ambil basic physics, jadi in term of career path, boleh pergi both side, physics or healthcare. Mostly, kerja di hospital either government or private, lecturer in physics or health science and company yang provide medical equipment or did R&D. Dari pengalaman saya sendiri, nak dapatkan kerja medical physics, takdalah begitu mudah dan tak nampak banyak peluang sangat. Kebanyakan kawan-kawan saya sendiri pun ambil masa banyak tahun sebelum dapat kerja di hospital tambah-tambah government. But still, if you perform best in academics and clinically, insyaallah ada rezeki dari Allah untuk kerja dalam bidang ni. Setiap course pun, ada cabarannya juga dalam bidang kerjaya kan. Jadi, pilihlah course yang terbaik buat diri sendiri.

Boleh ke link ini, untuk dapat lebih overview pasal career guide in medical physics.

http://physics.illinois.edu/careers-seminar/UIUC_Physics_Career_Seminar_Wooten.pdf

PWNov12news-2.indd

 

Semoga dapat membantu yang memerlukan. Sekiranya memerlukan lebih details, boleh email ke ns.nurqina@gmail.com Winking smile

 

With Love, Red heart

NUR

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Site Meter