26 November 2011

Undecided

In The Name of Allah The Most Gracious The Most Merciful

Nabi (saw) pernah ditanya: "Apakah ilmu?," baginda (saw) menjawab, "Diam,"

baginda (saw) ditanya lagi, "Kemudian?," baginda (saw) menjawab, "Mendengar dengan penuh perhatian,"

baginda (saw) ditanya lagi, "Lalu?," baginda (saw) menjawab, "Mengamalkan apa yang dipelajari,"

baginda (saw) ditanya lagi, "Setelah itu?," baginda (saw) menjawab, "Menyebarkannya."

(al-Majlisi,Bihar al-Anwar,Jilid:2,ms:28)

 

Sehari sebelum hari raya Aidilfitri hari tu, time tengah buat kuih raya tetiba adik saya Taj datang berlari-lari kat say. Katanya ada surat untuk saya. Bila tengok rupanya surat tu dari USM. Masa tu saya ingat mungkin surat konvokesyen sebab konvo master bulan 9 tapi surat tak sampai pun lagi. Tapi bila check isi kandungannya, terus terkejut + bersyukur. Alhamdulillah….

 

IMG104 (2)

Saya dapat offer untuk Rancangan Latihan Kakitangan Akademik (RLKA) USM. Maknanya saya akan dibiayai untuk menyambung pengajian ke peringkat PHD dalam bidang Medical Physics. After I finish my study then I’ll become one of the academic staff at School of Physics USM insyaallah.

Masa interview hari tu Dekan dah cakap awal-awal yang dia tak benarkan saya sambung di USM sebab degree dan master saya pun dah kat USM. Dan mereka memang kalau boleh nak saya further kat oversea. Kalau nak pergi oversea ada syarat-syarat yang saya perlu penuhi. Sangat banyak..Huhu

 

IMG105

 

Memang cita-cita saya dari dulu pun nak further study kat oversea. Tapi bila diberi peluang, banyak pulak perkara yang perlu di consider. Banyak jugak yang saya risaukan. Akhirnya lepas dah bincang dengan supervisor saya Dr Suhaimi, dia suggest saya sambung di USM je. Even after dah bincang dengan Dr Suhaimi dan dah sapat tajuk serta dalam proses nak buat proposal tapi kadang-kadang masih goyah dengan keputusan yang saya buat. Saya pun sekarang ni belum lagi officially register as a phd student kat USM. Insyaallah semester 2 ni saya akan daftar di USM. Ada jugak saya email pada seorang senior USM yang kini di University Canterbury, New Zealand.

Salam Sakinah,

Advantages study oversea:
1) experience - knowledge (yg ni mungkin da sedia maklum)
2) softskills - kita belajar dari pelbagai aspek utk deal dgn pelbagai jenis manusia
3) pengalaman earthquake.. tak la gurau je. mmg la risau earthquake tapi itu pn salah satu pengalaman yg tiada di malaysia.

Kalau tanya saya best ke tak belajar oversea, Alhamdulillah best. Pengalaman yg ditempuh tak semestinya pengalaman yg manis je, pengalaman yg antara pahit dan tawar pn pengalaman hidup juga. Belajar di mana-mana pn best rasaya, yg penting kita lah yg kene "memenarikkan" study kita.

Tentang persediaan utk ke oversea, setakat yg saya tahu masa sebelum datang ke sini, insyaAllah kpt akan bayar felo, visa, passport. It means kita blh claim pada kpt utk bayaran2 tersebut. 

Cuma english class preparation on our own- etc. exam fee, class.

Tentang timeline utk phd study, bergantung kepada diri kita. Ada kalanya rajin, ada kalanya malas sikit2 ada kalanya malas banyak2, kita blh tukar style kita. At the same moment, kita juga tahu  ada kalanya kalau ada bencana alam mcm earthquake etc, mmg bukan dalam kawalan kita, kuasa Allah, uni tutup tempoh tertentu, tapi semua students dapat extension. Jadi kita merancang, Allah jua ada perancangan yg terbaik bt kita. Kita merancang utk jadikan 3 tahun adalah tempoh masa utk kita study utk PhD, kalau semua smooth Alhamdulillah, andai perlu extension blh bncg dgn research team/supervisors.  

Cadangan Dr Suhaimi pn baik juga. Kalau smbg di dalam negara, blh bt 6 months/temph yg dipersetujui dgn supervisor utk internship programme di overseas universities.

Kalau masih tgk cari uni saya cadangkan tgk Uni of Otago atau uni di australia? Reputasi Otago Uni baik utk research in clinical application. 

InsyaAllah kalau ada apa-apa nk tanya, mana yg saya blh tolong insyaAllah saya cuba bantu. 

Segala yg terbaik dalam pemilihan utk smbg PhD.

Wasalam.

Hmm…Dilemma..Tapi setakat ni masih belum ada apa-apa jawapan dari Universiti di oversea yang saya apply. Buat masa sekarang saya berkeputusan proceed di USM. Andai kata saya mempunyai pilihan lain dalam masa terdekat ni mungkin saya akan fikirkan balik. Saya pun sebenarnya kalau boleh nak jugak mengambil pengalaman di tempat baru. Semoga Allah doakan yang terbaik walau kat mana pun saya belajar. Doakan ye…=)

NUR

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Site Meter