24 February 2012

Kembali bergelar seorang pelajar

In The Name of Allah The Most Gracious The Most Merciful

dftr

Alhamdulillah 20/2 yang lepas saya selamat mendaftar sebagai pelajar Ijazah Doktor Falsafah (phd) dalam bidang Medical Physics sepenuh masa dibawah Rancangan Latihan Kakitangan Akademik (RLKA) USM. Peringkat terakhir pengajian saya insyaallah. Tempoh minimum 3 tahun dan maksimum 5 tahun. A long way to go. Hope I can be that lotus..Red rose

Sebelum mendaftar saya dah siapkan proposal untuk research saya sepanjang 3 tahun nanti Insyaallah cuma perlu perincian lagi dari segi parameternya. Sudah juga menghantar borang biasiswa Skim latihan akademik bumiputera (SLAB). Tapi prosesnya mungkin memakan masa sehingga 3 bulan. Mulanya dalam perancangan tu bercadang untuk terus bekerja memandangkan daily expenses macam banyak jugak tapi macam banyak kerja tertangguh apabila bekerja. Maklumlah segala urusan perlu diselesaikan pada waktu pejabat. Selalu juga abah telefon bertanyakan progress phd ni. Jawapan yang diberi, tak sempat lagi sebab kerja.Huhu..Abah dah suruh berhenti je nanti abah support dulu sementara tunggu biasiswa masuk. Tapi entahlah serba salah nak guna duit abah dulu. Takut dalam tempoh tu masih perlukan perbelanjaan untuk adik-adik yang lain. Ingat dulu abah selalu cakap, “Kakak belajar je dulu bagi dapat result yang bagus, urusan duit biar umi dengan abah yang selesaikan.” Sekarang pun masih sama walaupun rasanya dah cukup besar untuk cari duit sendiri. Syukur Ya Allah aku dikurniakan umi dan abah yang cukup menyayangi kami adik beradik walaupun kekadang tidak ditunjukkan. Tapi itulah umi dan abah yang membesarkan kami 10 beradik. Pengorbanan yang cukup besar. Bukan hanya penjagaan material tapi juga agama…Tetiba pulak touching…Crying face

I love you both UMI & ABAH..Red heart

Step seterusnya selepas mendaftar ni adalah untuk mendapatkan geran bagi memulakan projek. Agak risau kerana selepas bertanya kepada senior-senior, kebanyakan mereka mengatakan geran diluluskan agak lambat. Ada yang mengambil masa sampai 9 bulan. Kalau tiada fund untuk research memang agak susah. Kajian saya menggunakan darah manusia dan juga laser. Untuk mendapatkan darah dan laser, saya perlu mengeluarkan sejumlah wang. Ya Allah permudahkanlah urusan hambaMu ini.

proposal

My research proposal. Selepas dah tunjuk dekat supervisor tajuk langsung tak sama macam dalam ni. Huhu…

SLAB

Borang biasiswa SLAB…Pertengahan Mac dapat jawapan dari mereka insyaallah untuk proceed ke step seterusnya.

IMG696

Sekarang ni tengah pening menguruskan borang..huhu…semoga dipermudahkan segalanya.

Ramai juga yang bertanya kepada saya macammana boleh proceed ke peringkat pengajian yang tinggi dalam tempoh yang singkat. Semua mengatakan saya mesti pandai. Umur 24 tahun dah boleh sambung phd.  Saya bukanlah hendak membangga diri mengatakan saya hebat atau pandai. Selain daripada saya masih ramai juga yang menyambung pengajian pada umur yang sama dengan saya bahkan lebih muda dari saya juga ada. Cuma Allah mengurniakan rezeki ini buat saya.

Alhamdulillah kronologi pengajian saya, sebaik tamat SPM saya menyambung pengajian di Kolej Matrikulasi Perak (1 tahun) dalam bidang sains fizikal, kemudian melanjutkan pelajaran di peringkat ijazah dalam bidang Sains Gunaan (Fizik Perubatan) di USM (3 tahun) dan selepas itu alhamdulillah ditawarkan untuk menyambung di peringkat Sarjana dalam bidang Fizik Perubatan ( 1 tahun). Sekarang baru memulakan pengajian peringkat phd dalam bidang yang sama iaitu Fizik Perubatan. Insyaallah cuba menghabiskan dalam 3 tahun.

Proses saya agak cepat sebab sebelum habis ijazah, saya terus apply untuk sambung Master. Masa tu sebenarnya tak bercadang lagi pun. Cuma prinsip saya untuk hal yang penting macam ni jangan bertangguh. Apply dulu. Nak sambung atau tidak perkara kedua. Sebab proses untuk diluluskan sebelum menerima tawaran lebih kurang 3 bulan. Sistem pengajian pula berdasarkan semester. Kalau terlepas semester ni terpaksa menunggu semester yang lain. So saya mungkin akan kerugian lebih kurang 6 bulan. Kalau masa tu saya yakin boleh dapatkan kerja selepas tamat pengajian dalam masa yang singkat, tak mengapa. Tapi cuba bayangkan jika sebaik tamat pengajian saya bercadang untuk sambung belajar tapi borang belum isi dan belum memohon. Sangat banyak masa yang akan saya bazirkan. Dan saya sangat tak suka masa saya dibazirkan. Saya akan rasa sangat tension menunggu. Jadi Alhamdulillah sebelum tamat pengajian ijazah, saya dah ditawarkan untuk menyambung Master. Masa tu taknak sambung pula rasanya. Nak kerja dulu sebab rasa macam dah sangat tension study nonstop ni. Tapi atas saranan abah, dia suruh sambung. Lebih baik katanya. Lepas saya istikhoroh, Allah buka pintu hati saya untuk sambung ke peringkat Master.

Semasa menyambung pengajian ke peringkat Master, ada perkara yang terjadi dalam hidup saya. Jadi saya berkeputusan selepas tamat master saya perlukan masa untuk diri sendiri dulu. Nak organize balik, cari semula halatuju dan perancangan. Jadi selepas tamat Master dalam bulan 6, baru saya mohon phd ni. Masa tu tak tau lagi nak sambung atau tidak. Ragu-ragu. Tapi takpe, apply dulu kemudin baru fikir. Alhamdulillah bulan 9 dapat offer letter untuk sambung phd di USM. Dalam bulan 8 tu saya dapat offer biasiswa RLKA. Jadi berkeputusan untuk sambung phd je kerana peluang bukan selalu dapat. Ramai yang nak sambung pengajian tapi takde fund untuk support. Saya yang ditawarkan full scholarship takkan nak menolak pula. Tapi sebab dapat offer dah hujung bulan 9 dan belum ready lagi untuk menyambung pengajian masa tu memandangkan saya bekerja sebagi guru ganti, jadi saya tangguhkan hasrat tu untuk sementara. Tambahan pula sepatutnya apabila diberi biasiswa RLKA ni saya perlu sambung di luar negara. Tapi selepas melalui beberapa proses Alhamdulillah dipersetujui sambung di USM tetapi attachment di luar negara Insyaallah.

Nasihat saya buat semua yang bertanya macammana saya dapat sambung sehingga ke peringkat ini ialah strategi dan perancangan. Of course semuanya dengan izin dari DIA. Tapi kita sendiri perlu merancang masa depan kita. Jika ditanya apa yang akan dibuat selepas ini dan jawapannya “TIDAK TAHU”, kita tergolong dalam golongan orang yang RUGI. Rancanglah masa depan anda sebaiknya walaupun kita tahu apa yang dirancang tidak semestinya berlaku, tapi itulah corak kehidupan. Setiap jalan yang kita pilih akan memberikan hasil yang berbeza. Jadi kita perlu bijak untuk menyesuaikan diri dengan apa jua yang berlaku disekeliling kita. Saya sendiri pun masih banyak kekurangannya. Kalau dari segi result pun bukanlah tergolong dalam golongan orang yang cemerlang pun. Tapi satu je. Utamakan yang lebih utama. And put your effort on it. Jangan ambil masa yang sangat lama sehingga kita terlepas peluang tu. Jika ragu-ragu, istikhorohlah. Selepas itu teruskan kehidupan seperti biasa. Apa yang berlaku selepas itu, anggap ujian buat kita kerana dia kasih kepada kita. Andai kita betul memahami erti sebuah kehidupan dari kaca mata DIA, pasti tidak ada satu pun yang patut dikesali kerana DIA tidak pernah menzalimi hambaNYA malah kasih sayangNYA mengatasi kemurkaanNYA.

Buat yang bercadang untuk menyambung pengajian, rancanglah sebaiknya. Buat yang bercadang untuk bekerja, teruskan kerja anda dan buat yang terbaik untuk kerja anda. Bukanlah ukuran kehebatan seseorang itu terletak pada sijil-sijilnya dan peringkat pengajiannya. Tetapi pada amalan kita dan bagaimana kita mampu memberi manfaat pada ummah. Walau anda mungkin tidak mempunyai sijil langsung, tapi anda berjaya menjadi insan yang bermanfaat buat ummah, itu lebih baik dari mereka yang mempunyai sijil-sijil tapi hanya merosakkan ummah. Wallahua’lam.

NoteYou're so afraid of taking chances
How are you going to reach the top?

Get rid of all the hesitation
It's time for you to seize the day

Instead of just sitting around
And looking down on tomorrow
You gotta get your feet off the ground
The time is now
Note

p/s: Buang yang keruh, ambil yang jernih

With Love,Red heart

NUR

1 comments:

Wallahua'lam

as salam..
alhamdulillah..sejuk mata memandang :)
ada kalanya setiap apa yang kita kerjakan, membantu kejayaan kita untuk mengecapi redha-Nya

ada masanya pula menjadi ujian buat kita samaada kita sedar kita berada dijalan-Nya, atau sebaliknya..

one step closer.
huhu..suka quote yang ringkas ni.

:)

semoga berjaya dik ;)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Site Meter