28 January 2012

Menyuluh Keraguan Dengan Istikharah-Part 1

In The Name of Allah The Most Gracious The Most Merciful

Setiap hari kita mesti akan tercegat dengan persoalan:

“Mana satukah yang perlu dipilih…”

“Apakah aku perlu lakukan yang ini atau yang itu?”

“Apakah aku perlu pilih yang ini atau yang itu, apakah aku perlu tinggalkan yang ini atau yang itu”

dan entah berapa banyak lagi persoalan ‘apakah’ yang kita hadapi.

Tidak sedikit dikalangan kita,disebabkan tersilap membuat keputusan, ia membawa kepada perubahan, kecelaruan sikap dan ketrampilan. Sering menyesali dengan kalimah ‘kalau’ itu dan ‘kalau’ ini.

Justeru apakah solusinya?


MENYULUH KERAGUAN DENGAN ISTIKHARAH

Kata Jabir bin Abdullah: Rasulullah s.a.w. mengajar kami beristikharah dalam semua pekerjaan seperti baginda mengajar kami satu surah dari Al-Quran, sabdanya: "Apabila seseorang kamu mempunyai rancangan untuk melakukan sesuatu hendaklah dia melakukan solat sunat dua rakaat, kemudian bacalah doa ini:

 

image-26

Ertinya:

"Ya Allah, aku memohon petunjuk daripadaMu dengan ilmuMu dan aku memohon ketentuan daripadaMu dengan kekuasaanMu dan aku memohon daripadaMu akan limpah kurniaanMu yang besar. Sesungguhnya Engkau Maha Berkuasa sedangkan aku tidak berkuasa dan Engkau Maha Mengetahui sedangkan aku tidak mengetahui dan Engkaulah Yang Maha Mengetahu segala perkara yang ghaib. Ya Allah, seandainya Engkau mengetahui bahawasanya urusan ini (sebutkan..) adalah baik bagiku pada agamaku, kehidupanku dan kesudahan urusanku sama ada cepat atau lambat, takdirkanlah ia bagiku dan permudahkanlah serta berkatlah bagiku padanya da seandainya Engkau mengetahui bahawa urusan ini (sebutkan..) mendatangkan keburukan bagiku pada agamaku, kehidupanku dan kesudahan urusanku sama ada cepat atau lambat, maka jauhkanlah aku daripadanya dan takdirkanlah kebaikan untukku dalam sebarang keadaan sekalipun kemudian redhailah aku dengannya".

(sebutkan urusan yang dimaksudkan di tempat yang bertitik).

Istikharah dilaksanakan dalam setiap urusan yang tidak kita ketahui buruk baiknya dalam kehidupan kita dan tidak terikat dalam pemilihan jodoh sahaja. Boleh juga dilaksanakan ketika membuat pilihan dalam pemilihan tempat belajar atau bekerja, hendak bermusafir atau tidak, hendak membeli rumah atau tidak dan sebagainya.


BOLEHKAH MEMINTA PANDANGAN SELEPAS BERISTIKHARAH?

Tidak akan menyesal sesiapa yang bertanyakan penciptanya dan berbincang dengan orang-orang mukmin kemudian berhati-hati dalam menangani persoalannya.
Allah telah berfirman:

image-26-2


"Dan berbincanglah dengan mereka (para sahabat) dalam urusan itu (peperangan, ekonomi, politik dll). Apabila kamu telah membulatkan tekad, bertawakallah kepada Allah".

Di dalam ayat ini, Allah menghimpunkan dua unsur penting yang perlu di perhatikan oleh setiap orang yang beriman. Di mana Allah mengarahkan kita berusaha dengan mengambil kebaikan dalam bermesyuarat, dan seterusnya Allah menyuruh kita bertawakal dengan sebenar-benar tawakkal.

Unsur ini amat jelas diajarkan oleh Nabi saw kepada para sahabat seperti yang diriwayatkan kepada Anas bin Malik R.A, apabila datang kepada Nambi saw seorang lelaki lalu bertanya, apakah aku perlu mengikat tungganganku atau aku membiarkannya sahaja? Kemudian bertawakkal kepada Allah? Lalu Nabi saw menjawb:

“Ikat/tambatlah ia (tunggangan kamu itu) dan bertawakkallah (kepada Allah).”


ISTIKHARAH DAN MIMPI

Pada saya istikharah dan mimpi ini adalah suatu mitos. Di sampaikan dari satu mulut ke mulut dengan asas yang kukuh. Bukan sekali saya di tanya ketika membuat pilihan dengan soalan: “Kak mimpi dia eh masa istikharah?”. Menggeleng saya dibuatnya. Ramai dikalangan umat Islam yang beranggapan mesti dituruti dengan mimpi sebagai jawapan kepada yang dipinta di dalam doa. Sehinggakan sebahagian orang berlebih-lebihan dengan menganggap sesiapa yang melakukan istikharah, tetapi tidak mendapat sebarang petunjuk, ia menunjukkan istikharah tidak diterima dan tidak sah.

Pandangan ini sama sekali tiada asasnya dalam agama. Syeikh Muhammad bin Soleh al-‘Uthaimin berkata:

Tidak disyaratkan orang melakukan istikharah akan melihat (di dalam mimpi) sesuatu yang menunjukkan kepadanya perkara yang lebih utama untuk dia lakukan. Sebaliknya memadai apabila sesuatu urusan itu menjadi mudah kepadanya selepas dia melakukan istikharah,maka hendaklah dia ketahui, itulah perkara yang baik untuknya, jika benar dia ikhlas, kerana di dalam doa istikharah ada ungkapan:  “Ya Allah, seandainya Engkau mengetahui bahawasanya urusan ini (sebutkan..) adalah baik bagiku pada agamaku, kehidupanku dan kesudahan urusanku sama ada cepat atau lambat, takdirkanlah ia bagiku dan permudahkanlah ia untukku.”


KESIMPULAN

Setiap kebaikan buat kita tidak semestinya apa yang kita sukai. Kesudahan yang baik dalam sesuatu perkara sebenarnya sukar dikenal pasti. Barangkali sesuatu yang kita sukai, sebenarnya adalah keburukan buat kita. Demikian juga barangkali suatu perkara yang kita benci dan tidak suka, rupanya dia adalah kebaikan untuk kita. Dalam hal ini Allah SWT berfirman:

“Barangkali sesuatu yang kamu tidak suka itu, ia baik bagi kamu, dan barangkali juga sesuatu yang kamu suka itu, ia buruk untuk kamu, dan Allah maha mengetahui, sedangkan kamu tidak mengetahui. “

Al-Imam Ibn Qayyim al-Jauziyyah berkata:

Maksudnya: “Dari pengajarn yang boleh diambil dari ayat ini, ia menuntut seorang hamba menyerahkan kepada (zat yang maha mengetahu) akibat setiap perkara, redha dengan apa yang telah Dia (Allah) pilihkan untuknya dan apa yang telah Dia tentukan untuknya, dengan mengharapkan dalam perkara (yang ditentukan untuknya itu) ada kesudahan yang baik. Termasuklah, dia tidak perlu mencadangkan dan memilih kepada Tuhannya dan meminta sesuatu tang tidak ada pengetahuan tentang (akibat) perkara tersebut. Barangkali kemudharatan dan kebinasaannya ada pada perkara tersebut, sedangkan dia tidak mengetahui, maka jangan dia pilih untuk Tuhannya sesuatupun, sebaliknya hendaklah dia memohon kepada Tuhannya kebaikan pemilihan (daru Tuhannya) untuknya, dan dia redha dengan apa yang dipilih Tuhannya, maka tidak ada yang lebih manfaat untuknya yang demikian itu.”

Sebahagian orang ada yang mengeluh”

“Aku dah beristikharah, tetapi…”

Wahai diri ini dan orang yang telah beristikharah..janganlah kita lupa sesungguhnya taufiq Allah amat luas, dan anugerahnya teramat agung. Sedrlah kita tidak mampu mengetahui hakikat setiap perkara. Entah berapa banyak perkara yang disangkakan buruk berdasarkan zahirnya, akan tetapi hakikatnya perkara itu baik untuk kita.

Barangkali seseorang telah beristikharah untuk melakukan satu perniagaan, kemudian dia mengalami kerugian, kemudian dia mengalami kerugian. Lalu dia merasa hairan dan menyangka istikharahnya tidak diberikan taufiq oleh Allah. Sedang dia tidak sedar di dalam hartanya ada sesuatu yang haram, lalu Allah menghilangkan yang haram itu disebabkan istikharahnya, untuk menyelamatkan dia di akhirat.

Barangkali juga seseorang melakukan istikharah dalam urusan perkahwinan. Kemudian selepas segala persiapan dilaksanakan dan jemputan telah diedarkan dia dapati perkahwinan itu membawa kepada terbatalnya majlis tersebut. Lalu dia merasa hairan dan rugi dengan istikharah yang dilakukan. Sedangkan dia tidak tahu, jika dia berterusan dengan pasangannya, dia akan terjebak ke dalam lembah maksiat yang lebih besar, lalu Allah menyelamatkan dia dari maksiat tersebut dengan kelebihan dan rahmat Allah disebabkan istikharahnya.

Wahai saudaraku sekalian, sungguh rahmat Allah itu luas. Bersangka baiklah pada Allah dan bertawakkallah dengan tawakkal yang sebenar selepas kalian berusaha dengan bersungguh-sungguh. Dia pasti tidak akan pernah mengecewakan hambaNYA. Mana mungkin Dia akan menyakiti kita sedangkan kasih sayangNYA buat hambaNYA tidak berbelah bagi dan tidak pernah pudar seperti pudarnya cinta sesama manusia. Kembalilah kepada Dia dalam membuat sebarang keputusan dalam hidup.

Rujukan utama:

final_cover_isitkharah

(KLIK PADA GAMBAR)

With Love,Red heart

NUR

1 comments:

Подтверждаю (fadzli)

as salam..
alhamdulillah..
menentukan hala tuju kehendak dan keperluan..
semestinya di mana-mana kita berada, sandaran-Nya ada..sedar tak sedar je..

moga pakcik berjaya menempuh dunia nyata demi disana..ameen..


Jemput ziarah..
syukran..entri terbaru :


Orang Gila Dibenarkan Solat


Entri sebelum ni :


Tahan air kencing punca kerosaKan buah pinggang dan pundi kencing


Cara meringankan solat dalam Islam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Site Meter