In The Name of Allah The Most Gracious The Most Merciful
Hari Kedua di Pulau Jerejak
Pagi tu seusai solat subuh terus saya dan sahabat saya Siti turun ke kolam renang yang terdapat di resort tu. Hajatnya nak mandi tapi tengok ada pekerja lelaki berhampiran restaurant tu. Jadi, batalkan jela niat nak mandi. Just rendam kaki dalam air jela.
Gelap lagi time kami sampai kat kolam ni. Tapi pekerja dah sibuk menyiapkan sarapan dekat restoran.
Bulan pun nampak lagi time ni..(Tak jelas la siti gambar bulan ni. Huhu)
Kat Malaysia ni takde ke resort yang khas untuk perempuan je? Start dari receptionist sampai la kepada orang atasan tu semua perempuan. Ada tak ek? Sekarang nikan perempuan serba boleh. Ramai perempuan yang berkerjaya seperti technician, engineer, manager, businesswoman and yang jadi safety guard pun adakan. Bukan nak menafikan keperluan lelaki. Kalau sekali-sekala tu memerlukan khidmat lelaki untuk kerja-kerja berat boleh panggil mereka secara berkala. Ingat masa kat sekolah dulu ustazah cerita kat Mesir ada universiti yang semuanya perempuan, Dari tenaga pengajar, administration sehinggalah kepada pekerja-pekerja semua perempuan. Baru la mudah sikit untuk kami yang perempuan ni nak buat aktiviti. Kalau ada lelaki nak main pun tak best. Takut nanti terselak sana-sini, terbukak aurat pulak ke dan terbuat aksi yang tak sepatutnya nanti menarik perhatian lelaki pulak.Hmm…Jom bukak resort sendiri. Hehe…
Lepas dah puas borak-borak ngan Siti kat kolam tu kami ke tepi laut pulak. Subhanallah…View sangat lawa. Tenang je rasa.
Tetiba seorang lagi sahabat saya, Ain datang. Rasa sebak pula masa tu. Bila pandang ke kiri dan ke kanan. Dua orang sahabat saya ni bakal meninggalkan saya. Persabatan yang terjalin dalam tempoh 4 tahun lebih bersama mereka sangat-sangat saya hargai. Tiada rahsia antara saya dan mereka. Insan yang cukup membuatkan hati saya tersentuh dengan kehadiran mereka dalam hati saya. Entah bila kita dapat berkumpul macam ni lagi ye Siti dan Ain…..
Breakfast time..Nyum..Nyum…
Lepas breakfast kami rehat kejap dan bersiap untuk check out. Feri pukul 12.30 pm.
Feri yang kami naiki untuk pulang…Selamat Tinggal Pulau Jerejak…Memory locked!
Buat sahabatku Siti,
Terima kasih sebab ada dengan Kina selama ni. Tak sangka pertemuan kita di M04 akhirnya menjadikan kita roommate selama 3 tahun. Masa yang lama untuk kita saling mengenali dan memahami antara satu sama lain. Terima kasih atas segala nasihat dan bantuan yang dihulurkan buat Kina selama ni ye. Terima kasih sebab selalu menadah telinga dan melayan kerenah kina yang memang susah nak diuruskan ni..huhu...Sungguh..Kina sangat-sangat hargai semuanya. Semoga Allah membalas segala kebaikan Siti kalau tak di dunia di akhirat nanti. Semoga Siti sentiasa tabah ye..Semoga Allah pertemukan bakal imam yang baik untuk menjaga Siti lepas ni. Kina betul-betul doakan moga Allah memberikan yang terbaik buat Siti. Mungkin apa yang kita mahukan tu kita tak dapat and seems like nothings work, just remember that Allah wants to give something that you need not something that you want. And He always know what’s the best for us. Semoga berjaya jugak dalam menamatkan pengajian dalam phd ye…
Buat sahabatku Ain,
Alhamdulillah dah 4 tahun lebih ko ada dengan aku kat USM ni. Sorry aku dah lupa camne aku jumpa ko dulu..huhu..Yang aku tahu, ko sahabat aku dunia akhirat. Terima kasih banyak-banyak sebab selalu temankan aku. Terima kasih atas nasihat dan teguran. Terima kasih sebab jadi pendengar yang setia dan menenangkan aku di kala aku macam tak betul sikit..huhu..Semoga Allah berikan yang terbaik tau buat ko. Sentiasa tabah tau walau apa jua keputusan yang bakal ko terima. Insyaallah, di atas setiap perkara yang berlaku ada ibrahNYA. Sedih sangat ko dah takde kat sini for coming next semester. Takde orang dah yang boleh aku mintak temankan selalu.
Jaga diri baik-baik. Sabarlah dengan apa jua ujian yang mendatang dalam hidup kita. And anyways, semoga berbahagia okey! Sorry sangat-sangat tak dapat nak pergi walaupun teringin sangat nak pergi. Tak sempat nak bawak ko pergi masjid kapitan keling for the last time. Takpe..Nanti Penang ni jadi kampung ko jugakkan..hehe..
Buat sahabatku Farha,
Insyaallah Farha akan ada kat sini lagikan sampai tahun depan. Walaupun dah lama kenal Farha, tapi rasanya kita baru start rapat masa Kina sambung masterkan..Terima kasih ye atas segala nasihat dan tegurn serta pandangan. Farha banyak mengajar kina tentang erti sebuah kehidupan secara tidak langsung. Terima kasih jugak selalu teman kina. Nanti tinggal kita dua orang jela kat sini. Takpe, nanti kita dating sama-sama bila ada masa ye…
'Ya Allah, Engkau mengetahui bahawa hati-hati ini telah berkumpul kerana mengasihi-Mu, bertemu untuk mematuhi (perintah)Mu, bersatu memikul beban dakwah-Mu. Hati-hati ini telah mengikat janji setia mendaulat dan menyokong syariat-Mu, maka eratkanlah ikatan-Nya ya Allah.
Kekalkan kemesraan antara hati-hati ini. Tunjuklah kepada hati-hati ini dengan limpahan iman jua keyakinan dan keindahan tawakkal kepada-Mu. Hidup suburkan hati-hati ini dengan pengetahuan sebenar tentang-Mu.
Jika Engkau mentadirkan mati, maka matikanlah pemilik hati-hati ini sebagai para syuhada dalam perjuangan agama-Mu. Engkaulah sebaik-baik sandaran dan sebaik-baik penolong.
Ya Allah, perkenankanlah permintaan ini. Ya Allah restuilah dan sejahterakanlah junjungan kami Muhammad, keluarga dan para sahabat baginda semuanya. Amin."
Walau di mana kalian berada, walau di mana bumi yang kalian pijak, ingatlah kita punya Islam sebagai pegangan dan kita punya tanggungjawab untuk menyampaikan Islam.
Pulau Jerejak~17&18 Jan 2012
p/s: Jangan lupa ye nanti bila semua dah berkeluarga kita akan berkumpul lagi macam ni ye…Insyaallah….
With love,
NUR
0 comments:
Post a Comment