07 June 2012

I’m Married! Part 2

In The Name of Allah The Most Gracious The Most Merciful

Assalamualaikum….Semoga kalian berada dalam naungan kasih sayang Allah selalu. Bersyukurlah dengan setiap kurniaan nikmat yang telah DIA berikan buat kita. Alhamdulillah….

Entry yang lepas I’m Married! Part 1 dalam masa beberapa hari je dah berada di tangga viewer yang paling banyak mengalahkan entry-entry saya yang popular sebelum. Amboi bab kahwin je terus banyak yang minat nak membacakan. Huhu…

Insyaallah entry kali ni nak cerita pasal majlis akad nikah pulak. Majlis akad nikah berlangsung pada 26hb Mei 2012 di rumah sendiri. Request dengan tok imam nak buat kat rumah je. Alhamdulillah dia setuju. Masa hari akad nikah tu masih huru hara jugak lagi. Pagi-pagi tu masing-masing dah sibuk kemas-kemas rumah. Alhamdulillah time ni adik saya yang no. 2 Asma dah balik dan bawak dua orang sahabatnya sekali. Boleh jugak tolong-tolong. Malam tu pakai inai. Tok mek dah siap-siap bawak inai daun. Mulanya ingat nak guna inai tiub je. Tapi tak suka warna dia. Macam hitam camtu. Puas jugak nak tumbuk inai tu. Then asma yang tolong letakkan kat jari tangan. Jari kaki tu guna inai tiub je. Bukan nampak pun kan kalau kat kaki sebab pakai stokin…huhu

Pagi hari akad nikah tu bangun agak awal jugaklah. Then keluar kat ruang tamu tengok umi tengah gubah bunga stocking untuk letak kat atas hantaran. Pagi akad nikah tu hantaran ada lagi yang tak siap gubah. Pagi tu barula setel-setelkan mana yang tak siap.

DSCN0267

Nila antara bunga stocking yang buat sendiri. Hiasan hantaran ni semua banyak yang recycle je. Kebanyakannya saya gubah sendiri ikut suka and memandai-mandai je asalkan jadi. Main selit-selit je tak gam pun. Nasib baik hantaran tu takde angkat pergi mana-mana. Huhu..

Then bunga tangan pulak mulanya umi yang nak gubahkan. Tapi last kali macam tak sempat dah. So malam tu tengok-tengok jela kat internet contoh-contoh bunga tangan pastu tiru. Riben kat sekeliling bunga tu hasil bantuan dari “Puteri Aseela” dan “Mutiara Hikmah”. Jadila dari langsung takdekan…Nama pun handmade je mestila tak selawa yang beli kat kedai..Smile with tongue out

 

DSCN0299

Ramai jugak yang dok tanya-tanya..”Kak, dah ready ke?” “Kak, apa perasaan nak kahwin ni?”

Jawapan saya: “Entah, takde perasaan! Huhu”

Memang tak taula nak kata apa perasaan bila dah nak sampai hari bakal diperisterikan orang. Rasa macam biasa-biasa je kot. Nervous takde..Gemuruh pun takde. Pelik jugak saya nikan….haish…

Selain hantaran ada lagi satu benda yang tak siap lagi pagi tu. Veil pengantin. Veil ni mulanya nak beli yang siap je. Round satu BJ takde pun yang berkenan. Time nikah nanti pakai tudung labuhkan kalau pakai viel yang pendek tak melepasi tudung macam tak lawa la. Kalau beli yang labuh hari tu survey dalam RM90 jugaklah harga dia. Tak jadi beli sebab macam mahal sangat. Nak pakai sehari je pun. Pastu dah balik kelantan pergi lagi cari veil dengan tok sedara. Pun takde yang labuh jugak. Tapi ada tengok kat satu kedai ni veil dia simple je tapi lawa. Bila teliti elok-elok mudah je rupanya nak buat. So, decide nak cari kain net dan buat sendiri. Hasil usaha gigih yang last minit pukul 11.30 am masa hari yang nak akad nikah tu siap. Huhu..Alhamdulillah..Boleh jugak pakai.

Dah setel veil ni barula mula kemas-kemas bilik then pasang cadar pengantin semua. Kelam kabut jugak kot masa tu. Dah nak pukul 12 tapi bilik pengantin tak siap-siap pun lagi. Memang huru-hara jugaklah. Kitaorang bukan ada wedding planner. Semua nak buat sendiri. Adatlah kalau kelam kabut camnikan…Winking smile

Dalam pukul 2.30 camtu tok imam call tanya pihak lelaki dah sampai ke? Kalau dah sampai tok imam nak datang rumah teruslah untuk akad nikah. Tapi time tu pihak laki baru sampai dari perak dan ada kat homestay tengah bersiap. Terus call ‘tunang’ time tu bagitau suruh cepat sikit. Tok imam dah call ni suruh cepat. Lepas tu dalam 15 minit kemudian tok imam tu kol lagi tanya dah sampai belum. Kami janji dengan tok imam pukul 3.30 pm untuk akad nikah tu. Rasanya dari tempoh pukul 2.30-3.30 pm tu ada la dalam 5 kali dia call. Serius time tu tension sangat-sangat bagi kat abah jela hp tu suruh abah yang jawab dengan tok imam tu. Pihak laki sampai dalam 3.34 pm camtu. Masa tu tok imam dah patah balik dah sebab masa dia sampai tu pihak laki tak sampai lagi. Nasib baik sempat panggil balik. Kalau tak, tak taula…

Lepas pihak laki dah sampai, terus adik-adik panggil saya keluar. Rasanya lepas je duduk kat atas bantal nikah tu tak sampai seminit terus abah datang bisikkan kat saya minta izin,

“Abah nak akad dah ni ye.”

Saya cuma mengangguk. Then tok imam pulak tanya boleh ke? Saya cuma menjawab dengan anggukan juga.

Then abah pun terus mulakan akad dan dengan sekali lafaz, saya sah bergelar seorang isteri. Tok imam pun mintak suami baca lafaz takliq. Dah selesai tok imam baca doa then terus dia pecut pergi kota bharu. Tok imam tu ada kuliah kat KB rupanya pukul 4.30 pm. Tu yang dia rushing bukan main.  Proses akad nikah tu pun berlaku dengan sangat cepat. Eh. Tup tup dah selesai…huhu..Tak sempat pun nak feel sedih ke…terharu ke…

 

DSCN0268

DSCN0272

Masa ni macam lawak jugak sebab suami tak reti pun nak pakaikan gelang tu.

 

DSCN0275

DSCN0282

With my parent…^_^

DSCN0285

With my sibling….^_^

DSCN0289

Dengan Tok Mek, Mek dan Tok Ayah…^_^

 

DSCN0290

With my in-laws….^_^

DSCN0294

DSCN0310

DSCN0311

Makan beradab….Tak beradab mana pun sebenarnya..Huhu…Hidangan yang sama je macam tetamu. Langsung takde yang lain dari yang lain. Cuma kata umi, sediakan tempat khas jela untuk pengantin makan…

 

DSCN0317

Hantaran pihak lelaki kepada perempuan. Ada perasan something tak tentang hantaran ni? Winking smile

DSCN0317

Produk “Homemade Spa” ni saya jadikan hantaran…Smile

 

DSCN0318

Hantaran pihak perempuan kepada lelaki…

 

“Tak semua orang kahwin dengan adanya perasaan cinta.. Mungkin ada juga berkahwin kerana keluarga & mungkin juga kerana tanggungjawab.. Apa yang lebih penting, selepas nikah, setelah hubungan menjadi halal, bagaimana kita bersama-sama mencari keredhaan ALLAH dalam setiap perkara, memupuk rasa cinta sesama suami isteri & memeliharanya hingga ke akhir hayat.. :) ” ~ Taken from fb Nurfarhamizah

 

DSCN0327

Bahagia itu perlu dicari dan dicipta. Kita sendiri yang menentukan kebahagiaan diri kita, bukan orang lain. Dan saya memilih untuk hidup bahagia bersama suami saya. Dan saya bahagia! Red rose

 

With Love,Red heart

NUR

4 comments:

~Setanggi Syurga aka NurHidayah Ali

salam aliak..tahniah Qina.. dah lama mengikuti perkembangan enti..dah lama jugak jd silent reader..baru hari ni rasa nak tinggalkan jejak..

sekali lagi tahniah.. Barakallah..

sweet sgt2.. ^_^ moga bercinta hingga ke syurga..

nurkina

Wslm...emeen..terima kasih hidayah atas doanya...salam perkenalan...^_^

Ummu Aiman Nur Farhamizah

Semoga bahagia hingga ke syurga Kina.. :)

Prof Ique

Alhamdulillah...jadi macamne skang dah bergelar isteri? moga selamat melayari kehidupan bekerluarga ye awak. salam sayang dari saya =)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Site Meter