In The Name of Allah The Most Gracious The Most Merciful
Assalamualaikum semua…Semoga kita semua berada di dalam naungan dan lindungan kasih sayang Allah selalu. Apa khabar? Semoga iman kita juga sihat sahaja seiring kesihatan fizikal kita. Dah lama jugak tak update pasal Ph.D nikan… Jadi kali ni nak update pasal my phd journey pulak.
-Status saya di fb bertarikh 21/6/12-
Sekarang ni kalau ikutkan sistem semester, dah nak hujung semester dah.. Semua student undergrad tengah melalui fasa peperiksaan dan bakal bercuti tak lama lagi. Student postgrad pulak tak terkecuali dengan update research progress report kat website campusonline. Kalau tak nanti tak boleh register untuk sem depan. Terima kasih farha ingatkan kina!
Masa nak isi tetiba termenung sendiri. Apa ye progress research aku setakat ni…Hmm..dah sambung PhD for about 4 months now, yet rasa macam tak buat apa pun lagi. Haish… Banyak benda yang belum settle lagi. Kadang-kadang macam tau banyak benda nak kena buat dan apa perlu buat. Tapi tak tau nak mula dari mana. I need a guidance. Please anyone help me. Huh!
-Sticky notes kat laptop-
Untuk human ethics ni, yang tak selesai cuma pengiraan sampel size. Dah jumpa statistician untuk mintak bantuan last two days camne nak kira sampel size kat IPS. Tapi agak tak membantu jugak. Mungkin perlu jumpa statistician kat School Math pulak kot nanti.
Untuk research saya perlu guna laser. Dah bagi laser quotation kat yang berkenaan. Sekarang tunggu update dari beliau pulak. Hope dalam masa terdekat dah boleh dapat laser tu.
Plan nak publish paper tapi review paper. Tak pernah tulis paper sebelum ni jadi kena belajar banyak perkara. Its ok la. I take it as a first step towards academic writing. Dah register few workshops berkaitan penulisan journal kat IPS. Tapi kadang-kadang kecewa juga bila pihak IPS batalkan workshop sebab kekurangan peserta sedangkan i really need it.
Masa pergi Program Phd Briefing Workshop yang dikendalikan oleh IPS USM, Dean of IPS ada share yang for her students, she ask them to have a book like a log book for their research. So any progress or data or any meeting, they will jot down into that book and she will sign and check, in every meeting. So at least you won’t miss something which important for your research. If you keep writing on different book or piece of paper, you might ended with losing it. So, I’m thinking that’s a good idea.
I bought a book and paste a made-calendar into that book. Its like a planner. I will write any plan, any idea, any discussion, any decision that I made with my supervisor I will record it inside this book. Jadi kalau supervisor saya tanya apa-apa yang kami dah bincang dan dah berkeputusan, saya boleh tunjuk apa yang dah direkod dalam buku ni.
Bila buat research ni benda yang susah bukan nak buat research tu. Tapi nak mengatur masa dan langkah dalam nak buat research. Sebab bila buat research totally it depends on you. You have to find a way how to figure out the steps you should take and how you are going to manage your time accordingly so that you can finish your research within the corresponded time. Kalau salah ambil langkah dari awal dan kurang bijak dalam utilize masa yang kita ada sepanjang tempoh pembelajaran ni, kita mungkin end up dengan tidak dapat menyiapkan research kita dalam tempoh yang diberikan, ataupun mungkin jugak research kita tu tak memenuhi kriteria yang ditetapkan untuk lulus sebagai pelajar Master or Ph.D of research. Jadi perancangan sangat penting. Takut jugak saya kalau tak mampu nak menghabiskan Ph.D ni. Permudahkanlah urusan hambaMU ini Ya Allah…..Ameen..
Catatan Perancangan Bulanan
Dalam proses untuk buat Research Progress Report sendiri untuk evaluation diri sendiri bagi memastikan I’m on track. Harapnya istiqamahlah dalam menulis report ni..huhu
Doakan saya dapat menghabiskan study dengan jayanya dalam tempoh masa yang ditetapkan ye…
P/s: 32 bulan je lagi yang tinggal…
With Love,
NUR
2 comments:
Alamak!! Farha sendiri pun belum update progress report IPS tu.. huhu.. Bagus la kina.. Perancangan sangat teliti & sistematik!!
Mulanya tak terfikir jugak nak buat perancangan semua ni..Lepas pegi Phd briefing hari tula br ada idea nak buat benda-benda ni semua..=)
Farha taknak sambung Ph.D pulak ke?hehe
Post a Comment