11 November 2010

Terima kasih!

 In The Name of Allah The Most Gracious The Most Merciful

Semalam baru lepas satu paper exam..malam tu pulak jawab ujin saringan untuk biasiswa bank rakyat.
Hari ni masih lagi terasa down..Memang tak dapat jawab pun exam tu..Ujian tu pulak I spoiled it...Sedih...sangat..
Try to be positive...but when back to reality, seems like impossible for me to get good result..=(
Ape pun, berserah jela...Ada lagi 3 paper lepas raya haji ni..Raya pun tak balik..Klau balik tak sempat pulak nak study nanti.

Tapi alhamdulillah..bila rasa down pun, ada sahabat di sisi, terasa jugaklah kuat..
Kadang-kadang terasa nak menangis tapi sahabat selalu menenangkan..
Alhamdulillah...aku bersyukur sangat Ya allah...

Dari awal buat keputusan nak sambung master, sebenarnya taklah begitu bersemangat. Tapi gagahkan jugak..
Alhamdulillah nak habis jugak dah satu semester.  Masa master ni dah tak involve sangat dah dengan aktiviti kat luar..
Terasa jugak kelainannya..Tapi kalau involve nanti tak sempat pulak nak study..Masa ni jugaklah, dah mula sedar banyak kekurangan dalam diri sendiri.
Sebelum ni terlalu sibuk dengan orang lain. Bila dah ada masa untuk diri sendiri barulah sedar..Ya Allah banyaknye kelemahan dalam diri aku yang perlu aku baiki...

Fighting!
Buat sahabat yang kina sayang sangat..Terima kasih untuk semuanya ye....
Kalau korang takde mungkin kina dah drop dari master ni di pertengahan jalan...
Sekarang ni pun masih berkira-kira untuk meneruskan atau tak..
Sebab rasanye tak begitu mampu untuk meneruskan dalam waktu yang terdekat..
Tapi takut jugak lepas ni dah takde peluang..
Allah knows best..Moga Allah tunjukkan yang terbaik..
Sayang kamu semua..
All the best for next 3 papers..


NUR

24 October 2010

Soalan berkaitan dengan Haid

In The Name of Allah The Most Gracious The Most Merciful

Ramai yang bertanya sama ada apabila kita haid, adakah dibolehkan untuk memegang dan membaca Al-quran. Untuk penjelasan lanjut, boleh rujuk karangan di bawah tulisan Kapten Hafiz Firdaus Abdullah. Beliau ada menerbitkan buku tentang ni terbita Jahabersa. Tapi saya terlupa apa tajuknya. Apa pun saya berharap kita saling berlapang dada sekiranya terdapat sebarang perbezaan pendapat. Teringat pula ketika saya dan adik-adik yang lain berbahas tentang isu ni pada cuti yang lepas. Alhamdulillah kami dapat bersama-sama berbincang tentang persoalan bersama-sama. Saling berkongsi apa yang ada. Saya sangat terkesan dengan kata makcik, "Biarlah kita ke Syurga bersama-sama. Jangan pentingkn diri sendiri dan meninggalkan saudara sendiri di neraka."..Bersama hingga ke syurga..^_^

****************************
Oleh : Kapten Hafiz Firdaus Abdullah


Antara soalan yang lazim dikemukakan oleh para muslimah adalah bagaimana mereka dapat memanfaatkan bulan Ramadhan apabila didatangi haid. Ini kerana apabila mereka didatangi haid, mereka tidak boleh berpuasa, tidak boleh bersolat – khasnya solat tarawih dan tidak boleh membaca al-Qur’an. Lalu apakah yang boleh mereka amalkan agar hari-hari Ramadhan tidak berlalu begitu sahaja ketika mereka didatangi haid?


Penulis menjawab, kalian boleh membaca al-Qur’an ketika haid. Jawapan ini secara automatis dibalas dengan soalan: “Bukankah wanita yang didatangi haid dilarang daripada memegang dan membaca al-Qur’an?” Soalan ini memerlukan jawapan yang panjang lagi mendalam. Berikut adalah jawapan penulis tentang hukum sebenar bagi wanita memegang dan membaca al-Qur’an ketika didatangi haid, sama ada di bulan Ramadhan atau selain Ramadhan.

Pertama: Hukum wanita yang didatangi haid memegang al-Qur’an.


Umumnya terdapat dua pendapat, yang pertama mengatakan tidak boleh manakala yang kedua berkata boleh.
Pendapat yang pertama merujuk kepada firman Allah:


Yang tidak disentuh melainkan oleh makhluk-makhluk yang diakui bersih suci.

[al-Waqiah 56:79]

Diikuti dengan sabda Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam:


Tidaklah menyentuh al-Qur’an dan tidak juga mushaf melainkan orang yang suci.[1]

Manakala bagi pendapat kedua, mereka berpegang kepada kaedah bahawa seseorang wanita yang sedang haid boleh melakukan semua perkara seperti biasa melainkan wujud dalil tepat (qathi) yang melarangnya. Dalam hal ini yang jelas dilarang adalah bersolat, berpuasa, melakukan tawaf dan bersetubuh. Adapun hukum memegang al-Qur’an, tidak ada dalil tepat yang melarang seseorang yang sedang haid daripada memegangnya.


Ayat al-Qur’an yang dijadikan rujukan oleh pendapat pertama adalah tidak tepat untuk dijadikan hujah kerana perkataan al-Mutatahharun sebenarnya merujuk kepada para malaikat sebagaimana yang boleh dilihat daripada keseluruhan ayat yang berkaitan:


Bahawa sesungguhnya itu ialah Al-Quran yang mulia, Yang tersimpan dalam Kitab yang cukup terpelihara, Yang tidak disentuh melainkan oleh makhluk-makhluk yang diakui bersih suci; Al-Quran itu diturunkan dari Allah Tuhan sekalian alam. [al-Waqiah 56:77-80][2]

Berkata Ibnu Abbas radhiallahu 'anh, ayat “fii Kitabim-maknun” bererti di langit, yakni di al-Lauh al-Mahfuz manakala al-Mutatahharun adalah para malaikat yang suci.[3]


Justeru keseluruhan ayat sebenarnya menerangkan tentang kitab al-Qur’an yang sebelum ini tersimpan dalam al-Lauh al-Mahfuz, di sana ia tidak disentuh oleh sesiapa kecuali para malaikat sehinggalah ia diturunkan ke bumi kepada manusia.


Hadis yang dijadikan dalil melarang adalah juga tidak tepat sandarannya kerana perkataan al-Taharun yang bererti suci adalah satu perkataan yang memiliki banyak erti (lafaz Mushtarak) dan mengikut kaedah Usul Fiqh: Sesuatu perkataan yang memiliki banyak erti tidak boleh dibataskan kepada satu maksud tertentu melainkan wujud petunjuk yang dapat mendokongi pembatasan tersebut.


Perkataan suci dalam hadis di atas boleh bererti suci daripada najis seperti tahi dan air kencing. Boleh juga bererti suci daripada hadas besar seperti haid dan junub, dan suci daripada hadas kecil yakni seseorang yang dalam keadaan wudhu’.


Ia juga boleh bererti suci dari sudut akidah sepertimana firman Allah terhadap orang-orang musyrik:


Sesungguhnya orang-orang musyrik itu najis. [al-Taubah 9:28]


Oleh itu perlu dicari maksud sebenar kepada perkataan suci dalam hadis di atas. Salah satu caranya ialah dengan mengkaji keseluruhan hadis di mana ia sebenarnya adalah sepucuk surat yang dihantar oleh Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam kepada seorang sahabat di Yaman. Pada saat itu Yaman adalah sebuah wilayah yang penduduknya masih terdiri daripada campuran orang bukan Islam dan Islam, justeru kemungkinan yang besar adalah surat tersebut bertujuan melarang al-Qur’an daripada disentuh oleh orang bukan Islam.


Himpunan antara asal usul hadis dan rujukan al-Qur’an kepada orang musyrik sebagai najis dapat mengarah kepada satu petunjuk yang tepat bahawa erti suci dalam hadis di atas sebenarnya merujuk kepada orang Islam. Justeru keseluruhan hadis sebenarnya melarang orang-orang bukan Islam daripada memegang kitab atau mushaf al-Qur’an.

Akhirnya jika dianalisa antara dua pendapat di atas, yang lebih tepat adalah pendapat kedua yang membolehkan seorang wanita yang sedang haid untuk memegang al-Qur’an.

TOP

Kedua: Hukum wanita yang didatangi haid membaca al-Qur’an.


Dalam persoalan ini terdapat sebuah hadis Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam:


Tidak boleh membaca sesuatu apa jua daripada al-Qur’an seorang yang dalam keadaan junub atau haid.[4]


Hadis ini memiliki beberapa jalan periwayatan namun setiap darinya adalah dha‘if. Berkata Imam al-Nawawi rahimahullah (676H):[5]

Adapun hadis Ibn Umar: “Tidak boleh membaca sesuatu apa jua daripada al-Qur’an seorang yang dalam keadaan junub atau haid” , maka ia diriwayatkan oleh al-Tirmizi, Ibn Majah, al-Baihaqi dan selainnya. Ia adalah hadis yang dha‘if, didha‘ifkan oleh al-Bukhari, al-Baihaqi dan selainnya. Kedha‘ifan yang terdapat padanya adalah jelas.


Namun sebahagian ahli fiqh tetap melarang seorang wanita yang sedang haid daripada membaca al-Qur’an kerana diqiyaskan keadaan haid kepada keadaan junub.[6]


Namun hal ini dianggap tidak tepat kerana dua sebab:

1. Peranan qiyas ialah mengeluarkan hukum bagi perkara-perkara yang tidak wujud pada zaman Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam. Apa-apa perkara baru yang wujud selepas itu, maka hukumnya disandarkan secara analogi kepada sesuatu yang sudah sedia dihukumkan pada zaman Rasulullah berdasarkan kesamaan sebabnya (‘illat). Adapun haid, maka ia adalah sesuatu yang wujud secara lazim pada zaman Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam. Apabila pada zaman itu Allah dan Rasul-Nya tidak menjatuhkan hukum melarang wanita yang haid daripada membaca al-Qur’an, maka tidak perlu bagi orang-orang terkemudian membuat hukum yang baru.

2. Haid dan junub adalah dua keadaan yang jauh berbeza. Junub adalah satu keadaan di mana seseorang itu memiliki pilihan untuk berada dalamnya atau tidak, dan seseorang itu boleh keluar daripada keadaan junub pada bila-bila masa melalui mandi wajib atau tayamum. Berbeza halnya dengan haid, ia bermula dan berakhir tanpa pilihan.


Sebahagian lain melarang atas dasar memelihara kesucian dan keagungan al-Qur’an. Justeru mereka berpendapat tidak boleh membaca (mentilawahkan) al-Qur’an kecuali beberapa perkataan atas dasar zikir dan memperoleh keberkatan.[7]

Pendapat ini juga dianggap kurang tepat kerana seseorang wanita, sama ada dalam keadaan haid atau tidak, tetap dianggap suci dan dihalalkan bagi mereka semua yang dihalalkan melainkan wujudnya dalil yang sahih yang melarang sesuatu ibadah seperti solat, puasa, tawaf dan bersetubuh. Adapun pensyari‘atan mandi wajib selepas berakhirnya tempoh haid, ia adalah penyucian atas sesuatu yang sedia suci dan bukannya penyucian atas sesuatu yang sebelum itu bersifat najis. Oleh itu tidaklah berkurang sedikitpun kesucian dan keagungan al-Qur’an apabila ia dibaca oleh seseorang wanita yang sedang dalam keadaan haid.


Pernah sekali Abu Hurairah radhiallahu 'anh mengasingkan diri daripada Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam. Beliau balik ke rumah untuk mandi wajib dan kemudian kembali. Rasulullah bertanya kenapakah dilakukan sedemikian, lalu Abu Hurairah menerangkan bahawa tadi beliau sebenarnya dalam keadaan junub.


Mendengar itu Rasulullah bersabda:


Subhanallah! Wahai Abu Hurairah! Sesungguhnya orang mukmin tidaklah ia menjadi najis.[8]


Kata-kata Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam di atas bersifat umum, menunjukkan bahawa seorang mukmin tidaklah ia sekali-kali akan berada dalam keadaan najis sekalipun dia dalam keadaan junub. Termasuk dalam keumuman hadis ini ialah wanita yang sedang haid.


Sebagai rumusan kepada kupasan ini, berikut dinukil kata-kata Syaikh al-Islam Ibn Taimiyyah rahimahullah (728H):[9]

Sesungguhnya para wanita mereka mengalami haid pada zaman Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam, maka seandainya membaca al-Qur’an diharamkan ke atas mereka (ketika haid) sepertimana solat, pasti baginda Nabi shallallahu 'alaihi wasallam akan menjelaskannya kepada umatnya.
Baginda akan mengajarnya kepada para Ummul Mukminun (para isteri baginda) dan akan dinukil daripada mereka oleh orang ramai. Akan tetapi tidak ada satupun (riwayat) yang melarang yang dinukil daripada Nabi. Oleh itu hal ini tidak boleh dianggap terlarang padahal telah diketahui bahawa baginda tidak melarangnya. Justeru jika baginda tidak melarangnya padahal ramai wanita yang haid di zamannya, maka sesungguhnya ketahuilah bahawa ia sememangnya tidak haram.

Kesimpulan:


Allah Subhanahu wa Ta‘ala berfirman:


Alif-Lam-Mim. Kitab Al-Quran ini, tidak ada sebarang syak padanya; ia pula menjadi petunjuk bagi orang-orang yang (hendak) bertaqwa.
[al-Baqarah 2:1-2]


Setiap individu Muslim yang bertaqwa memerlukan al-Qur’an sebagai kitab yang memberi petunjuk kepada mereka. Petunjuk ini diperlukan pada setiap masa dan tempat, termasuk oleh para wanita ketika mereka didatangi haid. Tidak mungkin untuk dikatakan bahawa ketika haid mereka tidak memerlukan petunjuk dalam kehidupan sehari-harian mereka. Atas keperluan inilah al-Qur’an dan al-Sunnah yang sahih tidak melarang para wanita yang didatangi haid daripada memegang dan membaca al-Qur’an seperti biasa. Adapun pendapat yang mengatakan ianya haram, ia adalah pendapat yang lemah sekalipun masyhur.


-------------------------------------------------------------------------------------------


[1] Sahih: Hadis daripada ‘Amr bin Hazm radhiallahu 'anh, dikeluarkan oleh Ibn Hibban, al-Hakim, Baihaqi dan lain-lain melalui beberapa jalan yang setiap darinya memiliki kelemahan. Namun setiap darinya saling menguat antara satu sama lain sehingga dapat diangkat ke taraf sahih, atau setepatnya sahih lighairihi. Lihat semakan Badri Abdul al-Samad dalam al-Itihaf bi Takhrij Ahadith al-Isyraf ‘ala Masail al-Ikhtilaf (Dar al-Buhts, Dubai 1999), jld. 1, ms. 77-82.


[2] Ayat yang sama ini juga digunakan oleh mereka yang berpendapat wajib berwudhu’ sebelum memegang al-Qur’an, baik bagi lelaki atau wanita. Berdasarkan penjelasan yang sama di atas, dapat diketahui bahawa tidaklah tepat untuk menggunakan ayat ini sebagai dalil wajib berwudhu’. Oleh itu yang benar adalah, boleh memegang dan membaca al-Qur’an sekalipun tanpa berwudhu’.


[3] Demikian juga keterangan beberapa sahabat dan tabi‘in sebagaimana yang diriwayatkan oleh Ibn Jarir al-Thabari dalam Jamii al-Bayan (Dar al-Fikr, Beirut 1999), riwayat no: 25955 – 25970. Lihat juga al-Mawardi - Al-Nukatu wa al-‘Uyun (Dar al-Kutub al-Ilmiyah, Beirut), jld. 5, ms. 463-464.


[4] Dha‘if: Hadis daripada ‘Abd Allah ibn Umar radhiallahu 'anh, dikeluarkan oleh al-Tirmizi, Ibn Majah, al-Daruquthni dan lain-lain. Ia memiliki 3 jalan periwayatan yang semuanya dha‘if. Shaikh al-Albani tidak menjadikannya penguat antara satu sama lain manakala Badri ‘Abd al-Samad berpendapat ia saling menguat sehingga dapat diangkat ke taraf hasan (hasan lighairihi). Lihat Irwa al-Ghaleel fi Takhrij Ahadith Manar al-Sabil (Maktabah al-Islami, Beirut), hadis no: 192 dan al-Ittihaf bi Takhrij Ahadith al-Isyraf, jld 1, ms 83-84.


[5] Majmu’ Syarh al-Muhazzab (Dar Ihya’ al-Turath al-Arabi, Beirut 2001), jld. 2, ms. 123-125 (Kitab Taharah, Bab Apa yang mewajibkan mandi, Bab Hukum terhadap 3 perkara).


[6] Lihat Majmu Syarh al-Muhazzab jld. 2, ms. 267-268 (Kitab Haid, berkata al-Musannif: “Dan dilarang atasnya membaca Qur’an….”).


[7] Lihat al-Kasani – al-Bada‘i al-Sona‘i (Dar al-Kitab al-Arabi, Beirut 1982), jld. 1, ms. 38 (Bab permasalahan adab-adab wudhu’).


[8] Sahih: Ringkasan hadis yang dikeluarkan oleh al-Bukhari dan Muslim, lihat al-Lu’ Lu’ wa al-Marjan (Fu‘ad Abdul Baqi; Dar al-Salam, Riyadh 1995) – hadis no: 210.


[9] Majmu al-Fatawa (Dar al-Wafa’, Kaherah 2001), jld. 26, ms. 191. Lihat juga pembahasan Ibn Hazm dalam al-Muhalla (Dar Ihya’ al-Turath al-Arabi, Beirut), jld. 1, ms. 78-85 (Masalah no: 116: Membaca al-Qur’an dan bersujud dan menyentuh mushaf).

23 October 2010

Download e-book percuma

In The Name of Allah The Most Gracious The Most Merciful

Ada satu laman web ni memang sangat baguslah untuk download e-book. Setakat ni dah berpuluh-puluh e-book saya download. Ada banyak website tapi tetap suka dengan website yang ni sebab lebih mudah nak cari dan banyak buku berbanding dengan website lain. Cuma kena register dulu la..

Ni websitenya : http://gigapedia.com/

Nanti bila dad register, log in dulu. Kadang-kadang owner website ni dah tutup registration. Jadi terpaksalah tunggu dia buka balik untuk registration.  Jadi kena cepat-cepat register la.


Bila dah log in, nanti page akan jadi macam kat bawah. Dia ada banyak enjin pencarian jadi pilih gigapedia.





Kalau buku yang kita cari tu ada, akan keluar la senarai buku. 



Klik kat buku yang kita nak pilih, lepas tu pilih link kat bahagian atas.




Kalau dekat USM, rapid share, megaupload di blok.  Tak boleh nak download. Tapi ifile.it boleh. Jadi pilih ifile.it la kalau nak download buku. Kalau buku tu Cuma ada link rapidshare atau megaupload je, terpaksa la cari buku yang lain. =(


Sebelum download, page kat atas tu perhatikan betul-betul information yang dia bagi kat link tu. Sebab ada yang ada password bila kita nak buka lepas download. Selalunya password dia ebooksclub.org ataupun gigapedia

Lepas dah klik nanti dia akan keluar page ni. Kilk request download ticket > download.

Camtu jela…senang jekan…Selamat mencuba…^_^

NUR

05 October 2010

Talk by Sheikh Tariq Appleby di IPSI, Penang, 28hb Oktober 2010

In The Name of Allah The Most Gracious The Most Merciful


Talk by Sheikh Tariq Appleby

Title : Prophet Muhammad saw - Mercy To The World
Date : 28-Oct-2010
Time : 8 pm
Venue : Bilik Seminar 1 & 2, Kompleks Masyarakat Penyayang

IPSI akan mengadakan ceramah yang bertajuk " pada 28 Oktober 2010 ini bertempat di Kompleks Masyarakat Penyayang, Pulau Pinang. Jam 8 Malam.
Penceramah jemputan adalah Sheikh Tariq Appleby. Beliau dilahirkan di Cape Town, Africa. Mempunyai campuran bangsa Melayu, India dan Inggeris. Seorang graduan Universiti Madinah.

Maklumat lanjut tentang beliau

"Sesiapa yang pergi menuntut ilmu, Allah akan melorongkan untuknya laluan ke syurga. Dan sesungguhnya para malaikat meletakkan sayap-sayap? mereka kepada para penuntut ilmu kerana sayangnya para malaikat kepada para penuntut ilmu itu."

(Riwayat Ahmad no.18577, al-Tirmizi no.2898, Abu Daud no.3643, Ibn Majah no. 228)

Semua di jemput hadir.

******************************************

Al-Kauthar akan menganjurkan kursus bertajuk Lord of the Worlds oleh Sheikh Tariq Appleby.

Maklumat lanjut di sini.


NUR

02 October 2010

Hope

In The Name of Allah The Most Gracious The Most merciful

 
Our hopes, desires and ambitions are powerful forces existing within us for the shaping of the future. They are the generating forces that create the future. 
To lose hope or give up one's goals because of the setbacks of the moment is to diminish one's own life potential. 
Hopes, dreams, faith and a sense of mission enable us to open up our lives.

When we limit ourselves with low expectations, the growth of the tree of happiness ceases. 
The power of growth, of improvement, the power to overcome all stagnation and break through every obstacle and transform a barren wasteland into a verdant field--that unstoppable power of hope resides right within your own heart.
 It wells up from the rich earth of your innermost being when you face the future without doubt or fear: 
"I can do more. I can grow. I can become a bigger and better human being." 
Life is a never-ending struggle to grow.

No matter what kind of difficult situation one may find oneself in, some opening, some opportunity to fight one's way out, can always be found. 
What's most important is to hold fast to hope, to face the future with courage.

Material wealth does not necessarily make for happiness. 
Nor does fame. 
Hope is life's greatest treasure. 
A life without hope is bleak and gray. If you have no hope, create some.


Hope transforms pessimism into optimism. 

Hope is invincible. 
Hope changes everything. 
It changes winter into summer, darkness into dawn, descent into ascent, barrenness into creativity, agony into joy.
 Hope is the sun. 
It is light.
 It is passion. 
It is the fundamental force for life's blossoming. 




-Daisaku Ikeda-


16 September 2010

ILMU BARU ^_^

In The Name of Allah The Most Gracious The Most Merciful

Raya ke-4 saya ke rumah makcik di wakaf bharu dan bermalam di sana. Saje je mengambil peluang merapatkan ukhwah kebetulan sepupu saya yang belajar di Mesir balik ke Malaysia raya kali ni. Masa kecik-kecil dulu kami memang rapat. Tapi bila dah besar ni, masing-masing dah sibuk dan dah jalan hidup masing-masing.

Abah saya dan suami makcik saya ni dulu satu usrah. Merekalah yang memperkenalkan abah dengan umi dan alhamdulillah bahagia sampai sekarang.

Saya diperkenalkan dengan Mu'jam, iaitu daftar isi ayat al-Quran oleh makcik. Saya tak pernah dengar pulak sebelum ni perkataan Mu'jam tu. Slah satu cara kita nak memahami Al-quran, boleh juga menggunakan mu'jam. Mu'jam digunakan untuk mencari ayat- ayat Al-quran yang berkaitan dengan ayat yang sedang kita kaji.

Rupanya Mu'jam ni abah ada je. Petang tu lepas solat asar, terus saya selongkar almari kitab-kitab abah. Jumpalah dengan mu'jam al-quran. Dah di makan ulat pun. Al-maklumlah dah lama terbiar je kat dalam almari. Kebanyakan kitab abah dalam bahasa Arab. Manalah faham nak baca. Tengah saya selongkar almari tu, abah pun duduk kat sebelah saya. Abah pun ceritalah sikit pasal kitab-kitab yang ada kat dalam almari tu. Selalu je sebenarnya saya selongkar kitab-kitab kat situ. Tapi bukanlah tau sangat apa kitab-kitab yang ada kat situ.


Mu'jam abah

Abah ajar saya macammana nak guna mu'jam tu. Contoh surah al-fatihah ayat 7:








Ataupun boleh juga lihat perkataan lain yang berkaitan dengan nikmat. Contohnya kalau nak tau siapa yang diberi nikmat:

Surah Maryam ayat 58

"Mereka itu adalah orang-orang yang Telah diberi nikmat oleh Allah, yaitu para nabi dari keturunan Adam, dan dari orang-orang yang kami angkat bersama Nuh, dan dari keturunan Ibrahim dan Israil, dan dari orang-orang yang Telah kami beri petunjuk dan Telah kami pilih. apabila dibacakan ayat-ayat Allah yang Maha Pemurah kepada mereka, Maka mereka menyungkur dengan bersujud dan menangis."

Menurut abah, mu'jam ni di susun oleh orang yahudi. Apabila jatuh ke tangan orang Islam, maka mu'jam ni di sebarkan. Dah lama rasanya tak mengutip mutiara ilmu dari abah. Masa sekolah rendah dulu, lepas saya dah khatam Quran, abah akan ajar harfiah pada saya dan adik-adik. Adik-adik abah yang masih sekolah time tu pun join sekali. Rindu sangat nak belajar balik semuanya. Buku yang saya guna untuk catat harfiah yang abah ajar pun entah ke mana. Harap pasni saya boleh lebih berdisiplin dalam mendalami al-Quran.

Moga beroleh manfat dari perkongsian yang tak seberapa ni..^_^


NUR

08 September 2010

Kepulangannya...

In The Name of Allah The Most Gracious The Most Merciful

Hari ni hari terakhir Ramadhan. Pantasnya masa berlalu sampai tak sedar yang esok dah raya. Terdetik di hati apalah agaknya yang dah aku lakukan sepanjang Ramadhan ni. Dapat ke aku kekalkan apa yang dah aku lakukan sepanjang Ramadhan ni. Kadang-kadang semuanya terasa hambar je. Rasa tak bersungguh menyambut kedatangan bulan yang mulia ni. Setiap masa yang terluang tak di isi sebaiknya. Berbeza sungguh suasana sambutan Ramadhan di Malaysia dan negara Arab.

"Kalau kat negara Arab, memang masjid penuh sampai ke pagi. Masing-masing mengambil peluang untuk beriktikaf dan qiamullail. Memang malam hari di manfaatkan sepenuhnya untuk bertemu sang Pencipta." Kata sahabat saya.

"Kalau berbuka pula, masing-masing berebut untuk menjamu orang. Boleh siap cop-cop lagi hari aku belanja kau bukak puasa esok pulak aku belanja kau. Orang kita yang kat sana, ada juga yang tak pernah memasak lauk sendiri di sebabkan banyaknya yang bersedekah makanan dan jugak yang menjemput mkan di rumah masing-masing." Kata sahabat saya yang lain pula.

Teringat minggu lepas semasa di dalam kelas anatomy. Classmate saya Bashir dari Nigeria. Tak pernah saya melihat dia tidur di dalam kelas bahkan selalu melihatnya bersemangat belajar. Kalau nak di bandingkan saya dan dia, rasanya jauh panggang dari api. Tapi hari tu saya nampaknya tertidur di dalam kelas. Apabila terjaga dia melihat saya dan tersenyum. Mungkin dia perasan saya melihatnya tidur. Mana mungkin tak perasan kalau dia duduk betul-betul dihadapan saya.

Saya menegur separuh berbisik. "Are you stay up for study last night?"

Dia menggeleng. "I'll tell you later." Jawabnya.

Mungkin tak nak lecturer yang sedang mengajar terdengar suara kami , dia menulis sesuatu di atas kertas dan di hulurkan kepada saya.

"How do you observe you last 10 Ramadhan?"

Saya terpukul.

 Langsung saya tak terfikir itu jawapan yang saya akan dapat dari dia. Tiba-tiba saya terfikir, apa yang dah saya buat sepanjang 10 Ramadhan terakhir untuk merebut Lailatul Qadar ye? Hmmm......

Moga Ramadhan ini bukan Ramadhan yang terakhir buat kita semua. Semoga kita keluar dari madrasah Ramadhan tahun ini dalam keadaan diri telah ditarbiah dengan sifat taqwa. Moga 11 bulan akan datng jika kita hidup, hidup dalam lebih taqwa dan diberkati sehingga kita bertemu Ramadhan yang seterusnya. Insyaallah...

NUR

31 August 2010

Rindu

In The Name of Allah The Most Gracious The Most Merciful

Malam tadi sepanjang malam saya tak dapat tidur. Minggu lepas merupakan minggu yang paling sibuk dan tertekan memandangkan cuti pertengahan semester bakal tiba jadi sekarang adalah masa untuk lecturer mengadakan test. Alhamdulillah dah habis 3 test semalam. Sepanjang malam saya berfikir dan memuhasah diri. Puas juga saya cuba melelapkan diri tapi tak berjaya juga akhirnya pukul 5 saya bangun untuk bersahur. Lepas selesai solat subuh, saya cuba lagi tapi tetap juga tak dapat tidur. Akhirnya saya bangun juga tak jadi tidur.  Lab report dah tertangguh memandangkan saya fokus kepada test sepanjang 2 minggu ni. Kena siapkan juga sebelum balik raya insyaallah.

Sejak dah mengundurkan diri dari pimpinan kelab IPSI ni, saya hanya memantau sahaja tanpa melibatkan diri secara langsung. Tambahan pula pengajian di peringkat master membutuhkan waktu yang banyak untuk study. Tak seperti degree dulu. Alhmdulillah pimpinan kali ini mampu mengekalkan perjuangan IPSI bahkan lebih baik dari pimpinan sebelum ini. Moga akan lahir lebih ramai daie nonmuslim. Ramadhan kali ini puntersa pantas sangat berlalu. Terdetik di hati apalah yang dah aku lakukan sepanjang Ramadhan ni. Moga Allah terima segala amalan kita walaupun sedikit.

Selepas zohor tadi sengaja saya belek kembali folder-folder yang lama tak terusik di laptop saya ni. Tiba-tiba terjumpa video yang pernah kami buat untuk majlis graduasi kelas perbandingan agama setahun yang lepas. Melihat gambar aktiviti yang pernah saya dan sahabat yang lain lakukan bersama, hati saya di usik rindu kepada mereka semua. Terasa sebak jugak. Masing-masing dah ada haluan sendiri. Ada antaranya dah tak ada kat USM dah. Terus saya capai Hp dan sms sahabat-sahabat yang dah lama saya tak jumpa.

"Saya rindu kamu semua hari ini."
Reply dari mereka:

"Rindu kamu jgk =)"
"Wa asytaquki aidhon. Mata roja'ti ilal bait?"
"...trima ksh..hadihkan fatihah"
"Ada masa jom la p masjid kapitan.hehe.mis u too.."
"Rindu sakinah juga..rindu keje2 da'wah kita..semoga Allah merahmati sakinah=) Uhibbuki fillah walillah"

    Saya mesej lagi:
    "rindu masa kita sama-sama bergerak kerja dlm IPSI. Andai punya kesempatan utk kembali ke msa dulu."

    Reply dari mereka:

    "Xtau la bila boleh berada dlm saat macam tu lagi..biarpun xcukup tdo, tp seronok.."
    "Tu la pengalaman yang tak boleh di beli di Sg. dua =)..bgtula indahnya bergerak kerja d jalan Allah."
    "Ya betul tu kina..masing2 ada kepakaran masing2 ketik itu. dan bila semua bekerjasama, terhasillah sbuah krja yg hebat. Alhamdulillah.rindu awak juga..kita bersatu dibawah IPSI. atas izinNYA.
    "MasyaAllah..tpi syukur kita bawa semangat itu bagi meneruskan kerja/ibadah di alam pekerjaan pula alhamdulillah..Saya pun rasa terhutng budi dengan kamu semua dan yg paling berjasa dgn saya ustaz kamaruddin. Rindu kamu juga sakinah!-ikhlas dari kak hanan"
    "Ya insyaAllah.rindu suasana tu=)"

      Mesej 3:
      "Rindu nak lipat LOVE yg k.dayah buat=)"

      Reply dari mereka:

      "hehe..rindu nak wat doorgift.."
      "hehe..xberpeluang lipat la qina time tu"
      "awak tengah mabuk rindu ni.semua kawan2 dah ada hala tuju masing-masing.rehatlah kina. teruskan perjuangan..kuatkan semangat!"
      "hehe..dok dgn budak-budak sekolah ni, baru ni suh diorang wat versi ramadhan punya. tapi budak-budak ni buat hasil tngan dep je la.takde komputer.nanti k.dayah bawak"
      "rindu nak lipat LOVE jugak.."
        LOVE ni di buat untuk edaran kepada nonmuslim. Kami panggil LOVE sebab kat page depan sekali ada bentuk 'LOVE' yang menunjukkan kita sayang pada mereka. Sebarkan kasih sayang...

        Mesej 4:
        "Ana kata saya tgh mabuk rindu..he2.mmg pn.td belek2 folder kat laptop.terjumpa video yang kita sama-sama wat untuk graduation tu.aktiviti2 yg pernh kita sama2 buat..tiba2 hati diusik kenangan lalu..cewah=)
        manisnya terasa saat tu walaupun letih.."

        Reply dari mereka:

        "Ya=)"
        "Betul2.masa tu rsa paling seronok skali.teringin nak ulanginya lagi. nanti nak kutip balik semua tu dari kina. k.dayah punya laptop dah rosak. semua pun dh hilang."
        "wa sedih plak tetiba.qina nak video2 tu.."
        "hehe memang manis kenangan bersama dalam IPSI!"

          Kami bersama-sama untuk 3 tahun sepanjang mengikuti kelas perbandingan agama. Memang itulah saat paling manis kerana pertemuan kami kerana Allah bukan untuk kepentingan peribadi. Terima kasih buat guru yang dah banyak berkorban iaitu Bro Kamaruddin. Allah pertemukan saya dan sahabat2 dalam IPSI walaupun kami dari latar belakang yang berlainan. Tapi dalam IPSI atas nama Islam kami semua bersatu. Saya betul-betul rindu saat bersama mereka dalam bergerak kerja. Kini semua seakan-akan jauh dari saya. Insyaallah ada peluang, kami bertemu kembali kerana Allah. Dan kerana Allah jugalah hati-hati ini akan sentiasa terpaut.Teruskan perjungan sahabat-sahabatku walau di mana kalian berada. Jangan lupa akan tanggungjawab yang terpikul di setiap bahu kalian.Sungguh hati ini rindu....

          Ya Allah Engkau mengetahui bahawa..
          hati-hati ini telah berkumpul kerana mengasihi Mu
          Bertemu untuk mematuhi perintah Mu
          Bersatu memikul beban dakwah Mu
          Hati-hati ini telah mengikat janji setia..
          untuk mendaulat dan menyokong syariatMu

          Maka eratkan lah ya Allah akan ikatannya
          Kekalkan kemesraan antara hati-hati ini
          Tunjukkanlah kepada hati-hati ini..
          akan jalannya yang sebenar
          Penuhkanlah piala hati ini..
          dengan limpahan iman, keyakinan dan keindahan tawakkal kepada Mu
          Hidup suburkanlah hati-hati ini..
          dengan makrifat, pengetahuan sebenar tentangMu

          Jika Engkau mentakdirkan mati
          Maka matikanlah pemilik hati-hati ini..
          sebagai para syuhada' dlm perjuangan agama Mu

          Engkau lah sebaik-baik sandaran..
          dan sebaik-baik penolong ya Allah
          Perkenankanlah permintaan ini
          Amin ya rabbal A'alamin..

          NUR

          25 August 2010

          Mutiara Hari Ini 1

          In The Name of Allah The Most Gracious The Most Merciful

          Kadang-kadang hati di landa duka dn terluka. Bantuan ikhlas yang di hulurkn tak pernah dihargai. Tapi bergembiralah kerana Nabi telah bersabda:

           "Berilah bantuan nescaya kamu mendapat ganjarn dan terserahlah kepada Allah untuk menghukum dengan lisan RasulNya akan apa sahaja yang Allah kehendaki.(riwayat Bukhari dan Muslim)


          NUR

          19 August 2010

          Respon Tok Guru

          Di sini, Dinar dan Dirham : Di sana, Dengki dan Dendam

          Kadang-kadang tingkah laku pemimpin UMNO ini sangat mudah untuk dijangka. Apa saja yang baik datang dari Kelantan,itulah yang akan dibangkang habis-habisan oleh UMNO. Sebut saja apa jua perkara yang datang dari Kelantan, berduyun-duyunlah pemimpin UMNO 'menunjuk cerdik' memberi komen. Kalaupun nampak janggal, tiadalah mereka peduli asalkan nampak hebat di mata pandangan gerombolan mereka.

          Seingat saya, sepanjang dua dekad usia kerajaan PAS di Kelantan bermula tahun 1990 ini, itulah yang sentiasa kami hadapi. Cuti dua hari seminggu digelar sebagai 'budaya pemalas', akhirnya orang yang sama menelan kembali ludahnya. Cuti 60 hari kakitangan wanita yang bersalin turut dipandang sinis, kemudiannya tanpa segan silu ditiru. Jangan lupa pemerkasaan perbankan Islam turut bermula dengan langkah kerajaan Kelantan memindahkan wang kerajaan dari bank riba ke perbankan Islam. Itu belum termasuk program-program kebajikan seperti Skim Takaful Kifalah, Skim Armalah, Ladang Rakyat dan panjang lagi senarainya.

          Terbaru apabila kerajaan Kelantan melancarkan mata wang syariah Emas Dinar dan Perak Dirham (D&D) 12 Ogos lepas, maka bersatulah pemimpin UMNO untuk menghentam langkah ini. Ramadhan yang sepatutnya menjadi bulan damai dan pesta ibadat menjadi pesta menghentam kerajaan Kelantan.

          Saya ingin nyatakan, apakah salahnya Kelantan ingin memulakan jihad ekonomi ini? Jika UMNO / BN enggan memulakan,jangan pula menidakkan usaha pihak lain. Saya ulangi penegasan yang dibuat sebelum ini oleh ahli Exco saya, Datuk Haji Husam Musa bahawa apa yang dilancarkan oleh Kelantan bukanlah mata wang, ia hanyalah pengenalan kepada sistem barter trade.Tukar suka sama suka dengan kerelaan tidak pernah dihalang di negara demokrasi ini. Setiap orang berkuasa ke atas barangannya dan berhak membuat keputusan.Apa yang salah ialah membuat keputusan ke atas barangan yang kita tidak berhak.Contohnya, memberi percuma dua blok minyak minyak milik rakyat yang berharga ratusan billion ringgit kepada kuasa asing. Atau merompak hak milik rakyat Kelantan ke atas telaga minyak dengan menafikan royalti!

          Seperti yang saya nyatakan di dalam ucapan perasmian pelancaran 12 Ogos lepas, sistem wang kertas diperkenalkan oleh penjajah untuk menguasai ekonomi umat Islam. Hasilnya,seluruh manusia di dunia diperkotak-katikkan oleh kuasa-kuasa besar untuk mempercayai nilai yang ada pada sekeping kertas. Kertas tersebut hakikatnya langsung tidak mempunyai sandaran yang didakwa. Jika kita menaiki bas atau keretapi contohnya, kita membayar dan diberikan resit. Resit tersebut ialah tanda kita telah membayar kepada perkhidmatan yang diberikan, ertinya resit tersebut tidak mempunyai nilai apa-apa kecuali setelah bayaran diberikan. Hari ini, bank mengeluarkan wang kertas tanpa sebarang sandaran nilai. Kononnya ia disandarkan pada nilaian emas, hakikatnya ia disandarkan kepada keadaan ekonomi semasa sesebuah negara. Ini sebenarnya lebih teruk dari resit bas dan keretapi tadi.

          Realitinya mata wang tidak berharga melainkan jika Kerajaan memberi nilai kepadanya. Wang kertas RM1.00 bukan bernilai RM1.00 daripada segi harga kertasnya. Ia bernilai RM1.00 kerana itulahnilai yang ditetapkan oleh Kerajaan. Jika Kerajaan mencetak angka lima atau sepuluh maka nilai kertasnya tidak naik kepada RM5.00 atau RM10.00. Hanya pengakuan dan jaminan Kerajaan yang menjadikannya bernilai sebanyak mana yang ditentukan. Itulah hakikatnya wang kertas.

          Tertarik saya apabila seorang Timbalan Menteri yang baru-baru ini heboh telah meluluskan lesen judi tiba-tiba mengeluarkan kenyataan bahawa Dinar Emas dan Perak Dirham ini boleh menyebabkan kerugian. Terlintas di benak saya, jika begini taraf pemikian seorang timbalan menteri, apapula jenis pemikiran yang ingin diasuh kepada rakyat.

          Emas merupakan komoditi yang paling stabil harganya. Ia akan terus meningkat jika dibandingkandengan wang ringgit. Bukankah Tun Dr Mahathir sendiri pernah melancarkan gold coin yang dinamakan Kijang Emas keluaran Bank Negara Malaysia satu ketika dahulu? Mari kita semak harganya. Pada 18 Julai 2001, sekeping syiling Kijang Emas seberat 1 auns harganya ialah RM1, 082.00. Hari ini pada tarikh 1 Julai 2010, ia sudah boleh dijual dengan harga RM4,104.00. Ertinya jika seseorang melabur sebanyak RM 108,200.00 dengan membeli seratus keping Kijang Emas pada tahun 2001, kini ia boleh dijual dengan harga RM410,400.00. Keuntungan 400% dalam masa 9 tahun! Butiran ini boleh dilayari di (http://www.bnm.gov.my/). Ini bukti harga emas tidak akan turun. Paling tidak pun, lebih baik daripada sebuah syarikat penerbanganyang rugi RM535 Juta pada suku kedua tahun ini!

          Di dalam al-Quran sendiri menceritakan kisah Ashabul Kahfi yang tertidur selama 309 tahun di dalam sebuah gua. Apabila bangkit mereka menggunakan duit perak yang ada di tangan mereka untuk membeli makanan. Ertinya, selepas 309 tahun, duititu masih elok dan mempunyai nilai seperti sedia kala.

          Justeru, saya nasihatkan kepada pihak-pihak tertentu, janganlah terburu-buru menidakkan usaha-usahakerajan Kelantan. Tidak cukup tenaga di Malaysia, diambil pula tulisan kolumnisyang beraliran orientalis untuk menghentam kami. Sehingga langkah kami mengasingkan kaunter bayaran di pasar raya disifatkan sebagai 'aparteid agama'.Bagaimana pula langkah Keretapi Tanah Melayu menyediakan gerabak khas bagiwanita? Itu aparteid apa namanya?

          Saya ingin bertanya, apa kurangnya kami di Kelantan dengan anda yang berada di Pusat. Jika anda mempunyai pakar ekonomi, kami pun mempunyai pakar ekonomi. Takdirnya bertukar teraju di Putrajaya nanti, kami juga mampu mentadbir bahkan lebih baik dari anda, Insya-allah. Janganlah dibiarkan hasad dengki menguasai menyebabkan ternafinya segala kebaikan yang kami lakukan. Jangan pula kami di sini melancarkan Dinar dan Dirham (D&D), anda di sana melancarkan dengki dan dendam!

          Akhir kata, jika datanglah bertadarus dengan kami di Kelantan di bulan Ramadhan ini. Salah satu ayat yang menjadi menjadi bacaan kami sekarang ialah ayat 63 dari Surah al-Furqan yang bermaksud :

          "Dan hamba-hamba Tuhan yang Maha Penyayang itu(ialah) orang-orang yang berjalan di atas bumi dengan rendah hati dan apabila orang-orang jahil menyapa mereka, mereka mengucapkan kata-kata (yang mengandung) keselamatan."

          Salam Ramadhan.

          NIK ABDUL AZIZ BIN NIK MAT,
          Pejabat Menteri Besar Kelantan.
          Bertarikh : 8 Ramadhan 1431H / 18 Ogos2010M

          13 August 2010

          Kelantan cipta sejarah lancar dinar emas

          In The Name of Allah The Most Gracious The Most Merciful



          On Thursday 12 August 2010, 16:40 SGT

          Malaysian state launches Islamic currency



          A Malaysian state on Thursday launched the Islamic dinar and dirham as an alternative currency, allowing the golden and silver coins to be used as legal tender alongside conventional banknotes.
          Authorities in northern Kelantan state, which is ruled by the Islamic opposition party PAS, said the Islamic currencies would be used in many shops in the state in addition to the national currency, the ringgit.
          "We have over 1,000 shops that have signed up to our campaign and agreed to accept the dinar and dirham for the purchase of goods," state cabinet minister Husam Musa told AFP.
          He said signboards have been erected in the main market in the state capital Kota Bharu to show the conversion table between the dinar and ringgit, and participating shops will display stickers to encourage people to use the coins.
          "The response has been very positive and all the coins which were worth a total of 2.0 million ringgit (629,000 dollars) have been sold out at the launch today," said Husam, who is in charge of economic and finance planning.
          According to Islamic law, the dinar measures 4.25 grams of gold, while the dirham is 3.0 grams of pure silver.
          A golden coin is equivalent to about 582 ringgit (183 dollars) while the silver coin is worth around 13 ringgit but their values fluctuate according to market prices.
          Husam said the dinar and dirham currencies can also be used dealings with state goverment agencies, such as paying "zakat", or alms for the poor.
          There has been a long debate in Malaysia, a Muslim-majority country with large ethnic Chinese and Indian communities, to introduce the coins as legal tender nationally.
          Former premier Abdullah Ahmad Badawi, whose administration promoted a moderate form of Islam that emphasised economic and scientific development, shot down the proposal to use the Islamic currencies.
          But his predecessor, Mahathir Mohamad, was an advocate of the dinar system and urged Muslim countries to use it as a trade instrument.
          The debate has died down since current Prime Minister Najib Razak came to power last year.

          **************************
          Alhamdulillah akhirnya dapat juga dinar emas dan dirham di martabatkan kembali walaupun pada peringkat permulaan. Tapi insyaallah apabila semua mendapat kesedaran pasti ramai akan bersetuju dan mula menggunakan dinar dan dirham sebagai :medium of exchange". Selama saya mengikuti seminar yang di anjurkan Syed Iskandar Syed Jaafar Corporate Advisory & Training, sedikit sebanyak saya dapat mengetahui helah-helah di sebalik sistem kewangan sekarang yang berdasarkan wang fiat dan juga kepentingan kita untuk mengembalikan dinar dan dirham sebagai "medium of exchange".

          Abu Bakr ibn Abi Maryam meriwaytkan bahawa dia mendengar Rasulullah S.A.W bersabda:
          "Satu masa mesti akan tiba menimpa umat manusia di mana tiada (yang tinggal) yang berguna (atau memberi manfaat) melinkan satu Dinar (iaitu wang emas) dan satu Dirham (iaitu wang Perak)."
          [Ramalan Rasulullah ini telah menjangka kemusnahan yang pasti akan berlaku kepada sistem kewangan palsu yang kini berfungsi di seluruh dunia.]

          Tahukah anda, wang kertas adalah penyimpan nilai yang lemah?

          Contoh:

          Harga sepinggan nasi lemak pada tahun 1980 adalah 30 sen tapi sekarang harga sepinggan nasi yang sama sekitar RM 2. Mengapa berlaku perbezaan harga yang ketara dalam tempoh 30 tahun ini? Adakah nasi lemak pada zaman dahulu dan sekarang menggunakan bahan-bahan yang berbeza? Sudah tentu tidak. Ia masih menggunakan resepi yang sama dan bahan yang sama. Tetapi kenapa nasi lemak sekarang lebih mahal dari nasi lemak pada tahun 1980?

          Satu fungsi utama wang yang gagal dimainkan oleh wang kertas adalah penyimpan nilai yang baik. Dalam erti kata lain, nilai wang kertas akan menyusut dalam jangka masa panjang. Harga barang sebenarnya tidak naik, tetapi penyusutan nilai wang kerts anda berlaku. Ini menyebabkan nilai pada wang kertas di tangan anda sekarang tidak akan sama nilainya pada masa hadapan. Senario ini di namakan sebagai inflasi.

          Nilai inflasi akan terus meningkat dari semasa ke semasa kerana wang kertas tidak mempunyai nilai komoditi. Pada awal penggunaan sistem wang kertas, setiap wang kertas yang di cetak di sandarkan kepada emas. Tetapi akhirnya Amerika melanggar perjanjian tersebut dan wang kertas di cetak sesuka hati tanpa disandarkan kepada nilai emas lagi.

          ***************************
          Antara kelebihan emas ialah:

          1. Mata wang berbentuk komoditi - Ia boleh digunakan untuk tujuan penggunaan atau perhiasan.
          2. Mempunyai nilai benar dan tetap - Ia mempunyai nilai intrinsik yang akan kekal nilainya pada setiap masa dan tempat digunakan.
          3. Bebas daripada inflasi - Mata wang Islam (wang emas) merupakan barang dagangan yang tidak boleh di"gelembung"kan. Wang sebenar iaitu wang yang  tulen nilainya merupakan satu-satunya cara untuk menghapuskan inflasi.
          4. Mencegah spekulasi - Ini adalah berdasarkan kemantapan dan keteguhan harga berbanding dengan mata wang atau logam lain.
          5. Wujud kebebasan pertukaran emas - Keadaan ini membolehkan aktiviti pertukaran mata wang tidak akan dipengaruhi oleh tekanan luar negara yang mana boleh mempengaruhi harga barang dan gaji pekerja.
          6. Pertukaran mata wang antara negara akan stabil - Ini kerana nilai emas yang tetap. Sejarah piawaian emas telah membuktikan kestabilan pertukaran antara negara telah wujud lebih satu kurun iaitu sebelum Perang Dunia Pertama.
          7. Percetakan wang kertas akan terhad - Dalam sistem mata wang yang bersandarkan kepada emas, bank-bank pusat dan pemerintah tidak mungkin memperluaskan peredaran wang kertas kerana secara umumnya wang kertas tersebut boleh ditukarkan menjadi emas dengan harga tertentu.
          8. Piawaian mata wang dunia hanya bersandarkan kepada nilai emas - Apabila setiap mata wang yang digunakan di dunia dibatasi dengan piawaian tertentu berupa emas, maka ketika itu pengiriman barang dan hasil kekayaan dari sebuah negara ke negara lain menjadi lebih mudah.
          9. Menyumbang kepada perpaduan dan kesatuan umat Islam - Mata wang emas akan menyatukan umat Islam di seluruh dunia kerana nilainya yang sama. Satu dinar di Kuala Lumpur akan sama dengan satu dinar di Istanbul.
          10.Bebas daripada unsur riba - Mata wang emas dan perak bebas daripada riba kerana ia termasuk dalam barangan "ribawiyyah" dan riba hanya boleh berlaku dalam urusan jual beli (bagi emas dan perak) dan pinjaman (bagi semua jenis barangan).
          11. Tiada unsur "Gharar", spekulasi, perjudian dan manipulasi mata wang - Penetapan nilai emas akan memelihara kadar pertukaran yang tidak akan turun naik melebihi 1% dan sekaligus akan menutup ruang kepada pihak lain untuk menguasai ekonomi dunia.
          12. Berfungsi sebagai alat perantaraan pertukaran - Penerimaan umum tentang peranan wang ini adalah untuk menghapuskan kemungkinan berlakunya ketidakadilan dan penindasan dalam ekonomi tukar barang.

          ******************

          Nilai emas ada naik dan turunnya. Tapi insyaallah tak rugi membeli dinar emas ini kerana ia sentiasa naik. Saya selalu menyemak harga dinar emas kelantan di web http://www.dinarkel.com/ dan http://www.nubex.com.my/ . Seeloknya setiap keluarga mempunyai sekurang-kurangnya 1 dinar bagi persediaan menghadapi kejatuhan zaman wang kertas yang selepas ini berkemungkinan akan di gantikan dengan wang digital atau wng maya. Jika ini berlaku, pihak yang menguasai sistem ini boleh sewenang-wenangnya mengawal kadr inflasi kerana wang digital ini tidak mempunyai sebarang nilai komoditi. Kita akan di manipulasi dengan mudahnya. Dan nasihat dari Dr. Syed Iskandar ketika saya menyertai seminar yang bertajuk SUKUK CRUCIAL ISSUES, jika kita membeli dinar emas atau dirham, seeloknya kita sendiri yang menyimpan dinar emas tersebut. Jangan simpan di bank kerana jika satu masa bank itu bankrap, kita pun akan turut kehilangan dinar ems yang telah kita simpan. Marilah kita sama-sama melestarikan kembali dinar emas dan dirham ini. Moga kita sama-sama beroleh manfaat ^_^.


          NUR

          09 August 2010

          Selamat menyambut Bulan Ramadhan



          " That's all for today's class. See you next Wednesday."
          "Excuse me, Sir. Next Wednesday is cuti rite?"
          "I dont think we have cuti next week."
          "Next Wednesday is first of Ramadhan."
          "Oo..we dont have cuti for Ramadhan here."
          "Really?"
          "Never happen in Malaysia.hehe..."

          Insyaallah 11/8 ni kita akan menyambut kedatangan bulan yang amat dirindui oleh setiap Muslim iaitu Ramadhan. Allah berfirman dalam surah Al-bqarah yt 183:

          "Wahai orang-orang yang beriman! Telah diwajibkan ke atas kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang sebelum kamu supaya kamu BERTAQWA"

          Bulan ramadhan selalu dikiaskan sebagai madrasah mendidik jiwa yang hasilnya setelah bergraduasi adalah taqwa. Berpuasa menjadi peluang keemasan bagi orang beriman yang benar-benar takutkan Allah dan kesempatan dimanfaatkan untuk mendekatkan diri pada-Nya. Melaksanakan perintahnya dengan bersabar menahan lapar sepanjang hari selepas melewatkan sahur dan sebelum menyegerakan berbuka menjadi bukti menuntut keredhaan Allah. Disebabkan itulah, orang Islam yang istiqomah mencari keredhaan Allah akan meraikan bulan ini dengan penuh kesyukuran dan kegembiraan. Sepanjang bulan ini juga umat Islam akan memastikan setiap langkahnya dipenuhi dengan amalan-amalan yang diturunkan Allah selain menunaikan yang diwajibkan.

          Tidak kurang juga mereka yang tidak mengamalkan hidup secara Islami di hari lain akan mengubah perilaku dengan berpuasa sepanjang Ramadhan. Ini kerana mereka percaya Allah akan membersihkan dan menyucikan kesalahan mereka dengan menunaikan kewajipan ini. Dengan itu, secara tidak langsung bulan ini bermakna seseorang itu akan mendekati agamanya dan meninggalkan perbuatan buruk yang dilakukannya.

          "Hai manusia! Telah datang kepada kamu satu bulan yang mulia, bulan rahmat... dimana bulan ini mewajibkan kamu berpuasa di siang hari dan sukarela bersolat pada malamnya. Barangsiapa yang mendekati Allah dengan melakukan segala amalan sunat di bulan ini akan menerima ganjaran seperti melakukan amalan wajib di lain hari. Ini merupakan bulan kesabaran dan kesabaran itu imbuhannya syurga. Ini juga bulan sedekah dan bulan dimana rezeki orang beriman bertambah..." (Diriwayatkan Ibn Khuzaymah).

          Memetik dari buku Bediuzzaman Said Nursi:

          Bulan Ramadhan akan mengubah jiwa naluri seseorang. Dari sekaya-kaya menjadi semiskin-miskin kerana memahami bahawa harta itu bukan miliknya malah kepunyaan semua orang. Dirasakan juga dirinya tidaklah merdeka tetapi adalah hamba. Diketahui sekiranya tidak diterima sebarang arahan, tidak akan berupaya melakukan sebarang kerja mudah dan senang ibarat tidak dapat menyentuhkan tangan ke dalam air.

          Semoga kita memanfaatkan Ramadhan kali ini sebaik mungkin. Selamat menjalani ibadah berpuasa..^_^


          NUR

          31 July 2010

          Georgetown World Heritage City Day

          In The Name of Allah The Most Gracious The Most Merciful

          Alhamdulillah masih berkesempatan menulis dan masih diberi ilham untuk berkongsi. Dah lama hendak menulis artikel berkaitan ini. Tapi masih belum berkesempatan. Insyaallah perkongsian kali ini berkaitan Georgetown World Heritage City Day.

          Pada 7 Julai 2009, Georgetown telah di wartakan sebagai salah satu tempat bersejarah dunia oleh Unesco.  Jadi 7 Julai lepas, saya bersama sahabat-sahabat yang lain ke Masjid Kapitan Keling sempena Georgetown World Heritage City Day kerana Masjid Kapitan Keling adalah salah satu bangunan bersejarah di Georgetown. Alhamdulillah sambutan oleh non-muslim sangat memberansangkan sehingga saya dan sahabat yang lain tidak sempat melayan semua yang hadir. Tidak seperti kebiasaan, Masjid ini selalunya di kunjungi oleh pelancong dari luar Malaysia. Sangat jarang menerima kunjungan dari penduduk tempatan. Tapi pada hari tersebut majoriti penduduk tempatan yang datang mengunjungi masjid.  Ada yang tinggal berdekatan dengan masjid tapi tidak pernah masuk ke perkarangan masjid kerana mereka beranggapan mereka tidak dibenarkan masuk.

          Peluang kali ini pastinya tidak di lepaskan oleh mereka yang berminat hendak mengetahui apa sebenarnya yang ada di dalam masjid ini. Maklumlah. Kebanyakan masjid tidak membenarkan nonmuslim untuk masuk ke masjid. Ramai juga pemberita-pemberita yang datang menemurmah tentang masjid ini.  Alhamdulillah semoga ini merupakan titik baru di Pulau Pinang bagi mendedahkan Islam kepda msyarakat non-Muslim tempatan melalui lawatan ke Masjid. Kalau sebelum ini terpaksa bertutur di dalam Bahasa Inggeris, yang merupakan kelemahan saya juga, tapi untuk lawatan kali ini lebih mudah kerana boleh menerangkan kepada mereka tentang Islam melalui masjid ini dengan lebih jelas dan teratur dalam bahasa Melayu. Tapi saya tak nafikan untuk berdakwah dengan menggunakan bahasa Inggeris memerlukan keyakinan yang tinggi. Insyaallah saya masih mencuba untuk memperkasa bahasa Inggeris saya. Harap sahabat-sahabat yang lain pun sama. Kerana agak merugikan jika kita mempunyai ilmu tapi tidak dapat menyampaikan hanya kerana masalah bahasa.

          Tidak dapat saya gambarkan betapa seronoknya saya pada hari tersebut. Alhamdulillah jiwa saya terisi selepas sekian lama bercuti di rumah dari dakwah nonmuslim ini. Pengalaman kali ini tidak dapat saya lupakan. Kepuasan yang saya perolehi pun lebih dari sebelum ini. Mungkin kali ini saya dapat bertemu lebih ramai mad'u tempatan jadi dapat berkongsi lebih dari yang sebelum ini dan mereka pun nampak seronok di layan oleh saya dan sahabat-sahabat. Soalan wajib yang di tanya oleh mereka yang hadir kepada saya ialah apakah bunyi yang selalu di dengar setiap hari di masjid yang dilaungkan dengan pembesar suara dan juga berkaitan dengan solat Jumaat. Ada yang tertarik dengan kolah tempat ambil wudhuk yang ada di masjid. Ada antara mereka bertanya adakah itu tempat mandi seperti kristian untuk pembaptisan. Dari situ saya memperkenalkan konsep wudhuk kepada mereka.

          Ketika masuk ke masjid bagi mereka yang berpakaian agak kurang sopan, kami menyediakan mereka jubah dan tudung untuk di pakai bagi menjaga kesucian masjid. Ada yang seronok kerana dapat merasa bertudung dan mengambil peluang tersebut untuk menangkap gambar. Tapi ada juga yang merungut kepanasan kerana tidak mereka. Yang tidak dapat saya lupakan salah seorang dari mereka berkata: "Baru hari ini dapat rasa macammana seksa menjadi melayu". Tapi selepas itu, mereka di beri penjelasan oleh Ustaz Din tentang konsep hijab yang ditekankan bukan hanya dalam agama Islam tetapi juga dalam agama Yahudi dan Kristian.

          Di minaret yang menjadi information center bagi masjid kapitan keling terdapat satu salasilah bermula dari Nabi Adam A.S sehinggalah kepada Nabi Muhammad S.A.W. Ini juga turut mengundang minat yang hadir ke situ. Tidak kurang juga yang terkejut terutama yang beragama Kristian. Saya mendengar penjelasan dari Ustaz Din tentang salasilah tersebut kepada sekumpulan pelajar yang hadir untuk mendapatkan sedikit maklumat bagi menyiapkan tugasan yang diberikan kepada mereka. Saya terlupa mereka dari kolej mana. Saya pasti mereka berpuas hati dengan penjelasan Ustaz Din tentang asal usul manusia bermula dari Adam dan bagaimana Islam, Kristian dan Yahudi yang mempunyai banyak persamaan.

          Pada hari tersebut juga saya berpeluang melawat sebuah tokong berhampiran dengan masjid Kapitan Keling. Tetapi saya tidak tahu nama tokong tersebut. Ada juga yang memandang kehairanan apabila saya dan sahabat masuk ke tokong tersebut. Mungkin mereka terkejut menerima kunjungan dari orang Islam kot. Saya teringin untuk melihat struktur dalaman gereja pula. Harap selepas ini saya berpeluang ke sana.

          Moga beroleh manfaat dari post kali ini. Masjid merupakan tempat yang paling mudah untuk menyampaikan Islam kerana kita sudah ada isi yang asas untuk dijelaskan kepada mereka. Ambillah peluang untuk mempelajari bagaimana berdakwah melalui lawatan masjid. Insyaallah di situ ada kepuasan yang hanya dapat di rasai oleh hati yang dianugerahkan oleh Allah kepada insan yang dipilihNYa. Moga kita tergolong dalam golongan tersebut.(^-^)


          Sebahagian gambar-gambar pada hari tersebut

          Dalam pukul 8.30 pagi ada pertandingan mewarna bagi kanak-kanak di dalam masjid.



          Sesi penyampaian hadiah bagi pertandingan mewarna kanak-kanak.

          Gambar dibawah: Memberi sedikit penerangan tentang struktur masjid dan Islam kepada pengunjung yang hadir
















          Salasilah Nabi-nabi sejak Nabi Adam sehingga Nabi Muhammad

          Bahagian dalam tokong yang saya lawati:


          Papan tanda kematian diletakkan di tokong supaya setiap yang hadir dan sami-sami dapat sentiasa mendoakan si mati






          NUR
          Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
           
          Site Meter