Hari ni hari terakhir Ramadhan. Pantasnya masa berlalu sampai tak sedar yang esok dah raya. Terdetik di hati apalah agaknya yang dah aku lakukan sepanjang Ramadhan ni. Dapat ke aku kekalkan apa yang dah aku lakukan sepanjang Ramadhan ni. Kadang-kadang semuanya terasa hambar je. Rasa tak bersungguh menyambut kedatangan bulan yang mulia ni. Setiap masa yang terluang tak di isi sebaiknya. Berbeza sungguh suasana sambutan Ramadhan di Malaysia dan negara Arab.
"Kalau kat negara Arab, memang masjid penuh sampai ke pagi. Masing-masing mengambil peluang untuk beriktikaf dan qiamullail. Memang malam hari di manfaatkan sepenuhnya untuk bertemu sang Pencipta." Kata sahabat saya.
"Kalau berbuka pula, masing-masing berebut untuk menjamu orang. Boleh siap cop-cop lagi hari aku belanja kau bukak puasa esok pulak aku belanja kau. Orang kita yang kat sana, ada juga yang tak pernah memasak lauk sendiri di sebabkan banyaknya yang bersedekah makanan dan jugak yang menjemput mkan di rumah masing-masing." Kata sahabat saya yang lain pula.
Teringat minggu lepas semasa di dalam kelas anatomy. Classmate saya Bashir dari Nigeria. Tak pernah saya melihat dia tidur di dalam kelas bahkan selalu melihatnya bersemangat belajar. Kalau nak di bandingkan saya dan dia, rasanya jauh panggang dari api. Tapi hari tu saya nampaknya tertidur di dalam kelas. Apabila terjaga dia melihat saya dan tersenyum. Mungkin dia perasan saya melihatnya tidur. Mana mungkin tak perasan kalau dia duduk betul-betul dihadapan saya.
Saya menegur separuh berbisik. "Are you stay up for study last night?"
Dia menggeleng. "I'll tell you later." Jawabnya.
Mungkin tak nak lecturer yang sedang mengajar terdengar suara kami , dia menulis sesuatu di atas kertas dan di hulurkan kepada saya.
"How do you observe you last 10 Ramadhan?"
Saya terpukul.
Langsung saya tak terfikir itu jawapan yang saya akan dapat dari dia. Tiba-tiba saya terfikir, apa yang dah saya buat sepanjang 10 Ramadhan terakhir untuk merebut Lailatul Qadar ye? Hmmm......
Moga Ramadhan ini bukan Ramadhan yang terakhir buat kita semua. Semoga kita keluar dari madrasah Ramadhan tahun ini dalam keadaan diri telah ditarbiah dengan sifat taqwa. Moga 11 bulan akan datng jika kita hidup, hidup dalam lebih taqwa dan diberkati sehingga kita bertemu Ramadhan yang seterusnya. Insyaallah...
0 comments:
Post a Comment