30 May 2012

Wordless Wednesday

DSCN0275

09 May 2012

Unexpected Meeting…

In The Name of Allah The Most Gracious The Most Merciful

Assalamualaikum Semua….Semoga kita semua berada di dalam naungan rahmatNya. Insyaallah…

Cuti Hari Buruh yang lepas iaitu 1 Mei 2012, saya dan sahabat telah ke Masjid Kapitan Keling untuk praktis dakwah di sana. Lebih kepada volunteer sebagai tour guide yang menerangkan tentang struktur binaan masjid dan diselitkan juga dengan penyampaian mesej Islam kepada mereka. Insyaallah saya bakal kongsikan pengalaman saya di Masjid Kapitan Keling pada entri akan datang. Selepas zohor, kami bercadang hendak pulang dan saya ke kaunter di masjid di mana terdapat seorang guard yang akan menjaga masjid untuk memulangkan kunci. Kemudian saya terlihat ada sekumpulan pelancong berada di dalam masjid.

Saya menghampiri mereka dan bertanya mereka dari mana.

“Korea.” Jawab mereka.

Saya tersenyum. Kemudian salah seorang mereka bertanya kepada saya.

“Saya Mi Jin. Boleh kan saya bawa mereka jalan-jalan dalam masjid.”

Saya terkejut. Aik..Boleh cakap melayu ke.. Rupanya beliau memang orang korea tapi menetap di Malaysia agak lama dan telah belajar bahasa melayu.

“Boleh kami belajar bahasa melayu dari kamu?” Kata Mi Jin.

Saya menerima pelawaan beliau. Salah seorang dari mereka mengeluarkan kertas yang telah tertulis beberapa perbualan mudah dalam bahasa melayu dan mula bertanya kepada saya beberapa soalan di dalam bahasa Melayu.  Selang seli saya iringi jawapan saya menggunakan bahasa melayu dan inggeris.  Mi Jin akan menerangkan kembali kepada mereka jika terdapat pertuturan saya yang mereka tidak fahami.

Ada satu permintaan mereka yang buat saya tersenyum dan terhibur. Mereka begitu teruja untuk melihat pakaian yang saya pakai. Masa tu saya menyarung jaket kerana saya ke masjid menggunakan motosikal. Mereka meminta saya membuka jaket kerana hendak melihat pakaian yang saya pakai. Kemudian Mi Jin memberitahu kepada mereka yang saya pakai itu adalah baju kurung iaitu baju tradisional. Tapi saya membetulkan Mi Jin yang saya pakai ini namanya Jubah, pakaian tradisional arab dan ini adalah tudung. Melihat saya menyarung beberapa helai pakaian, soalan yang tidak asing di dengar adalah,

“Don’t you feel hot?”

Saya hanya menjawab. Ya. Mestilah panas. Tapi saya sudah biasa dan saya selesa dengan penampilan ini because I wear it to please my God.

Saya meminta izin untuk pulang memandangkan sahabat saya telah menunggu di luar. Sebelum pulang mereka meminta untuk mengambil gambar bersama saya. Kemudian bertanya saya dari mana. Saya menjawab saya dari Kelantan tetapi sekarang sedang belajar di USM. Mi Jin mengatakan mereka akan ke Muzium USM pada hari Jumaat dan bertanya bolehkan mereka menjemput saya untuk turut serta nanti. To build a relationship katanya. Saya tidak menolak.

IMG1063

Saya bersama mereka di Masjid Kapitan Keling


Pada hari Jumaat, dalam pukul 11.30 saya mendapat panggilan dari Mi Jin memberitahu yang mereka dah pun sampai di Muzium USM and they are waiting for me. Mereka sangat gembira dengan kehadiran saya. Dan kami saling bersapa dan bertanya khabar. Mereka meminta saya untuk guide mereka di dalam Muzium dan menerangkan kepada mereka apa yang terdapat di dalam muzium ni. Selesai lawatan di Muzium, mereka menjemput saya untuk lunch di kedai makan korea. Korean Gil Kafe. First time saya dengar pasal kafe ni. Tak tau pula rupanya ada kedai makan korea berdekatan USM.

IMG1068

Sepanjang pertemuan kami, saya banyak berkomunikasi dengan Mi JIn dan Kyoung Hee( gambar di atas) kerana Mi Jin boleh berkomunikasi menggunakan bahasa melayu dan english manakala Kyoung Hee pulak boleh bertutur dalam bahasa inggeris dengan agak baik kerana pernah menetap di UK sebelum ini ketika suaminya sambung belajar di sama.

It was hard actually to communicate to them as they can’t speak Malay language and very poor in English. But, I used to watch korean drama before..Opps..Smile with tongue out …Huhu…

So, some of the terms and sentences  that they are using I can understand. And they were impressed as I speak some Korean words and sentences. Alhamdulillah, at least its not a waste watching their dramas and I can use it for my dakwah as well.

Sebelum nak ambil gambar kat atas ni dia tak pakai topi ni. Tapi bila nak ambil gambar terus dia pakai topi sebab katanya saya pakai tudung. Jadi nak sama macam saya dia pun pakai topi. Semasa nak pilih makanan pun, dia explain kepada saya menu-menu yang ada dan membantu saya untuk memilih makanan yang saya hendak cuba since this is the first time saya makan di restoran yang serve korean food except for Seoul Garden. Kyoung Hee memilih makanan dan minuman yang sama macam saya. Katanya dia nak sama macam saya. Huhu.. Tak sempat nak snap gambar makanan. Sebab masing-masing pun semua dah lapar. Terus makan je. Saya sempat la rasa beberapa jenis makanan. Kebanyakan makanan Korea agak masam. Masam cuka. Sedap juga cuma mungkin bukan betul-betul taste saya makan masakan yang agak masam.

IMG1065

IMG1064

Korean Gil Café. It’s a small café which serve Korean foods and drinks near Marrybrown besides Istimewa Restaurant.

Agak kagum dengan akhlak mereka. Sesudah makan, mereka kumpul semua pinggan dan mangkuk yang mereka makan dan membawa terus kepada tuan kedai. Kemudian mereka lap meja sehingga bersih. Kita kalau makan di kedai, jangan kata nak lap meja, nak angkat pinggan pun memang tak la kan. Huhu… Dalam beg masing-masing ada plastik yang mereka guna untuk isi tisu atau sampah yang kecil. Takdela buang merata-rata macam kita rakyat Malaysia ni. Mereka mungkin bukan beragama Islam. Tapi akhlak mereka, akhlak yang diajarkan oleh Islam. Muhasabah sendiri….

IMG1069

They left such a beautiful memory inside my heart. Gonna visit them one day in Korea, insyaallah. May Allah shows them a straight path as they are such a lovely and friendly people. They have a big and kind heart. Let’s pray May Allah gives the best for them. Ameen..

IMG1081

I told them I will get married soon, insyaallah and they gave me this as a souvenir. Korean lady in their traditional wedding dress (Hanbok)

Such an unexpected meeting…But Allah has planned this and of course for a reason.Red rose

With Love,Red heart

NUR

02 May 2012

My Journey With IPSI–Part 2

In The Name of Allah The Most Gracious The Most Merciful

Assalamualaikum semua…Semoga dalam redha Allah selalu…Alhamdulillah kita dapat melangkah ke bulan yang seterusnya iaitu Mei. Semoga kita bersyukur dengan segala nikmat yang telah dikurniakan oleh-NYA buat kita.

Nak sambung lagi kisah perjalanan saya dengan IPSI. Kali ni nak kongsi tentang guru-guru yang telah banyak membimbing dan memberi tunjuk ajar kepada saya. Saya mengagumi kegigihan mereka mendidik saya dan sahabat yang lain. Walaupun mereka langsung tidak mendapat sebarang bayaran atas segala ilmu yang dicurahkan, bahkan banyak berhabis buat kami, tetapi betul-betul bersungguh dalam menjadikan bakal daie yang mampu membantu agama Allah kelak.

 

Meet My Precious Teachers

Bro Kamaruddin Abdullah

 DSC_0266

DSC_0258

DSC_0360

IMG_7415

I really want to see you smile brightly like this Bro. Hope Allah Make things easier for you. Ameen.

Bro Kamaruddin di lahirkan dan dibesarkan di dalam keluarga kristian bermazhab Roman Katolik. Beliau telah menerima sinar Islam ketika di usia remaja. Dakwah beliau bermula di Masjid Kapitan Keling, Georgetown sebelum menubuhkan IPSI. Pada tahun 2006, IPSI telah diluluskan penubuhannya oleh ROS. Sehingga kini IPSI mempunyai lebih kurang 40 ahli. Bro Kamaruddin telah berusaha membangunkan IPSI dan mencari dana bagi menjalankan aktiviti-aktiviti sepanjang penubuhan IPSI. Selama ini, dana IPSI hasil dari pelabur saham akhirat, iaitu derma-derma dari umat Islam. Semoga IPSI dapat terus berkembang dengan jayanya dan dapat mengangkat martabat Islam setingginya.

Sepanjang mengikuti kelas perbandingan agama saya telah mempelajari banyak ilmu perbandingan agama dengan Bro Kamaruddin. Terlalu banyak ilmu yang saya kutip dari beliau. Bahkan beliau mengajar saya bagaimana untuk mempraktikkan segala ilmu yang telah beliau ajarkan kepada saya. Dakwah kepada not yet Muslim bagi saya bermula di Masjid Kapitan Keling sebaik sahaja saya memasuki Fasa 2 Kelas Perbandingan Agama. Bro Kamaruddin bukanlah seorang guru yang hanya memberi ilmu dan membiarkan kami terkapai-kapai. Tetapi beliau membina kekuatan jiwa kami dengan Islam. Beliau bukan sekadar guru buat saya tetapi juga sebagai ayahanda saya. Semoga Allah merahmati beliau dan keluarga beliau. Semoga Allah membalas segala kebaikan beliau dan memberikan kesenangan kepada beliau dunia dan akhirat.

 

Bro Siraj

IMG_7395

Seorang lagi guru yang sy kagumi adalah Bro Siraj yang merupakan bendahari kehormat IPSI. Saya mula belajar dengan Bro Siraj pada Fasa 2. Sekali sekala Bro Siraj akan menggantikan Bro Kamaruddin untuk mengajar kami. Subhanallah ilmunya tentang agama lain sungguh mendalam dan banyak juga menyampaikan kuliah-kuliah perbandingan agama. Bro Siraj merupakan seorang pensyarah undang-undang di sebuah kolej swasta di Penang. Saya selalu menerima kiriman email dari beliau tentang risalah-risalah yang dapat membantu saya di dalam. Terdapat juga beberapa entri saya di blog ini dari petikan email Bro Siraj.


Inilah dua guru yang telah mengajar dan mendidik saya di dalam dakwah non-muslim. Sungguh saya bersyukur dipertemukan dengan mereka. Inilah jalan yang saya pilih dalam hidup saya.

 

Sekitar Kelas Perbandingan Agama

DSC_0263

DSC_0026

DSC_0141DSC_0144

Braimstorming

DSC_0145

Sesi Pembentangan

DSC_0155

K. Ros, Hope you don’t mind I put your picture here Smile

IMG_6203

IMG_6210

IMG_6232

Rutin setiap kali habis kelas…Alhamdulillah IPSI telah mempunyai bangunan dakwahnya sendiri. Kelas perbandingan yang pertama di bangunan IPSI.

“Buat guruku yang ku kagumi,

Sungguh aku tahu betapa banyak onak dan duri yang kalian tempuhi dalam mendidik dan mengajarku,

Sungguh aku tahu kadang hati kalian terguris dek kelemahan diriku,

Sungguh aku tahu kalian sangat mengasihiku bak anakmu sendiri,

Sungguh aku sangat bersyukur dikurniakan kalian sebagai guruku.

Ya Allah,

Kurniakan kepada guru-guruku SyurgaMu,

Sungguh aku saksi mereka di akhirat kelak yang mereka telah “

 

To be continued

With Love,Red heart

NUR

Wordless Wednesday ~ Meeting with Korean People

IMG1063

1 Mei 2012

2.15 PM

-Masjid Kapitan Keling, Penang-

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Site Meter