02 May 2012

My Journey With IPSI–Part 2

In The Name of Allah The Most Gracious The Most Merciful

Assalamualaikum semua…Semoga dalam redha Allah selalu…Alhamdulillah kita dapat melangkah ke bulan yang seterusnya iaitu Mei. Semoga kita bersyukur dengan segala nikmat yang telah dikurniakan oleh-NYA buat kita.

Nak sambung lagi kisah perjalanan saya dengan IPSI. Kali ni nak kongsi tentang guru-guru yang telah banyak membimbing dan memberi tunjuk ajar kepada saya. Saya mengagumi kegigihan mereka mendidik saya dan sahabat yang lain. Walaupun mereka langsung tidak mendapat sebarang bayaran atas segala ilmu yang dicurahkan, bahkan banyak berhabis buat kami, tetapi betul-betul bersungguh dalam menjadikan bakal daie yang mampu membantu agama Allah kelak.

 

Meet My Precious Teachers

Bro Kamaruddin Abdullah

 DSC_0266

DSC_0258

DSC_0360

IMG_7415

I really want to see you smile brightly like this Bro. Hope Allah Make things easier for you. Ameen.

Bro Kamaruddin di lahirkan dan dibesarkan di dalam keluarga kristian bermazhab Roman Katolik. Beliau telah menerima sinar Islam ketika di usia remaja. Dakwah beliau bermula di Masjid Kapitan Keling, Georgetown sebelum menubuhkan IPSI. Pada tahun 2006, IPSI telah diluluskan penubuhannya oleh ROS. Sehingga kini IPSI mempunyai lebih kurang 40 ahli. Bro Kamaruddin telah berusaha membangunkan IPSI dan mencari dana bagi menjalankan aktiviti-aktiviti sepanjang penubuhan IPSI. Selama ini, dana IPSI hasil dari pelabur saham akhirat, iaitu derma-derma dari umat Islam. Semoga IPSI dapat terus berkembang dengan jayanya dan dapat mengangkat martabat Islam setingginya.

Sepanjang mengikuti kelas perbandingan agama saya telah mempelajari banyak ilmu perbandingan agama dengan Bro Kamaruddin. Terlalu banyak ilmu yang saya kutip dari beliau. Bahkan beliau mengajar saya bagaimana untuk mempraktikkan segala ilmu yang telah beliau ajarkan kepada saya. Dakwah kepada not yet Muslim bagi saya bermula di Masjid Kapitan Keling sebaik sahaja saya memasuki Fasa 2 Kelas Perbandingan Agama. Bro Kamaruddin bukanlah seorang guru yang hanya memberi ilmu dan membiarkan kami terkapai-kapai. Tetapi beliau membina kekuatan jiwa kami dengan Islam. Beliau bukan sekadar guru buat saya tetapi juga sebagai ayahanda saya. Semoga Allah merahmati beliau dan keluarga beliau. Semoga Allah membalas segala kebaikan beliau dan memberikan kesenangan kepada beliau dunia dan akhirat.

 

Bro Siraj

IMG_7395

Seorang lagi guru yang sy kagumi adalah Bro Siraj yang merupakan bendahari kehormat IPSI. Saya mula belajar dengan Bro Siraj pada Fasa 2. Sekali sekala Bro Siraj akan menggantikan Bro Kamaruddin untuk mengajar kami. Subhanallah ilmunya tentang agama lain sungguh mendalam dan banyak juga menyampaikan kuliah-kuliah perbandingan agama. Bro Siraj merupakan seorang pensyarah undang-undang di sebuah kolej swasta di Penang. Saya selalu menerima kiriman email dari beliau tentang risalah-risalah yang dapat membantu saya di dalam. Terdapat juga beberapa entri saya di blog ini dari petikan email Bro Siraj.


Inilah dua guru yang telah mengajar dan mendidik saya di dalam dakwah non-muslim. Sungguh saya bersyukur dipertemukan dengan mereka. Inilah jalan yang saya pilih dalam hidup saya.

 

Sekitar Kelas Perbandingan Agama

DSC_0263

DSC_0026

DSC_0141DSC_0144

Braimstorming

DSC_0145

Sesi Pembentangan

DSC_0155

K. Ros, Hope you don’t mind I put your picture here Smile

IMG_6203

IMG_6210

IMG_6232

Rutin setiap kali habis kelas…Alhamdulillah IPSI telah mempunyai bangunan dakwahnya sendiri. Kelas perbandingan yang pertama di bangunan IPSI.

“Buat guruku yang ku kagumi,

Sungguh aku tahu betapa banyak onak dan duri yang kalian tempuhi dalam mendidik dan mengajarku,

Sungguh aku tahu kadang hati kalian terguris dek kelemahan diriku,

Sungguh aku tahu kalian sangat mengasihiku bak anakmu sendiri,

Sungguh aku sangat bersyukur dikurniakan kalian sebagai guruku.

Ya Allah,

Kurniakan kepada guru-guruku SyurgaMu,

Sungguh aku saksi mereka di akhirat kelak yang mereka telah “

 

To be continued

With Love,Red heart

NUR

4 comments:

Sr. Maryam Fatanah

boleh tnya, kelas IPSI ni slalu buat kat mna?? interestingnya...

nurkina

buat di dewan muzakarah, pusat islam, USM. memang menarik..=)

Ummu Aiman

Eh!! Ada gambar Farha dalam ni.. Kecik je.. Bawah tajuk sekitar kelas perbandingan agama.. Gambar 1st.. Masa ni Fasa 1 kan.. Hehe.. Yang tudung blue black belakang sekali tu.. :D

nurkina

Farha: A'ah...mmg farha la tu..^_^
masa ni ada program jadi cmpur fasa 1 dan 2...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Site Meter