07 March 2012

People May Not Question You..But Allah Will..

In The Name of Allah The Most Gracious The Most Merciful

Assalamualaikum semua…Dah lama jugak tak update blog..Berada dalam kesibukan yang teramat kebelakangan nie…Baru memulakan langkah sebagai pelajar Ph.D. Banyak sangat yang masih kena belajar. Kadang-kadang tu rasa macam tergopoh-gapah. Kalau boleh nak setelkan semuanya secepat mungkin. Tapi at the end banyak perkara yang akan tergendala bahkan mungkin membuat banyak kesilapan atas tindakan yang terburu-buru ni. Step by step. Insyaallah akan teratur perjalanan dan tidak terjatuh di tengah perjalanan.

Minggu lepas ada taklimat untuk pelajar Ph.D yang baru mendaftar semester ni. First talk pasal Postgraduate Student at USM part I oleh dekan IPS USM.

Life as a Ph.D student: The journey is tough. Fullstop

- Dean, Institute of Postgraduate Studies USM-

Sentap juga rasa mula-mula. Huhu…tapi hakikatnya mungkin betul kot. Sangat-sangat terasa sekarang. Tambah-tambah bagi saya yang Master dalam coursework bukan research. Walaupun memang ada pengalaman buat research, tapi bila pengajian kita fully research ni lebih banyak yang perlu belajar dan terokai. Kadang-kadang memang terasa down jugak. Terasa macam tak layak je sambung Ph.D ni. Kadang-kadang rasa susah sangat. Pernah satu hari tu macam termenung sorang-sorang apa ye patut buat lepas ni. Macam lost pulak. Call abah mengadu cakap susahlah abah sambil  nangis tapi abah tak perasan kot saya nangis. Abah cuma cakap:

“Kalau Ph.D tu senang semua orang pun boleh sambung dan takde yang terkandas.”

Huhu…Betul la tu..Ni last step untuk di supervise oleh oleh lain. Lepas dah habis Ph.D ni kita pulak yang akan supervise orang lain. Haruslah perlu melalui liku-likunya supaya nanti kita boleh beri yang terbaik buat mereka-mereka yang bakal kita supervise nanti atau yang bakal kita berkhidmat nanti. ~ Muhasabah sendiri~

Nak berkongsi satu kisah yang buat saya agak tersentuh. Saya bagi tajuk “Nilai sekeping Kertas”. Tajuk entri saya kali ni sebenarnya pasal kisah ni.

Minggu lepas saya berjumpa supervisor saya Prof. Muhammad Suhaimi untuk dapatkan surat bagi mengikuti Latihan Praktikal di Hospital Pantai Mutiara, Penang. Masa saya jumpa beliau tu ada seorang lagi pelajar ada bersama beliau. Research mate saya jugaklah. Prof. Suhaimi ni memang sangat hebatlah pada saya. Very humble jugak. Research student (Ph.D + Master) ada dalam 20 orang yang beliau supervise dalam satu masa. Dalam masa yang sama jugak macam-macam jawatan yang beliau pegang. Yet, tak pernah pun beliau membangga diri dengan semua jawatan-jawatan yang disandang. Sangat bertuah dapat beliau sebagai supervisor. Cuma perlu ikut rentak beliau yang memang orang yang sabgat sibuk. Sebab beliau ada banyak pelajar dan menjawat jawatan yang sangat banyak, maka kami tak boleh bergantung kepada beliau sepenuhnya. Kena pandai-pandai sendiri. Itu juga yang agak susah bagi beginner macam saya ni. Tapi alhamdulillah research mate saya yang lain banyak membantu saya.

Berbalik kepada kisah tadi, pelajar yang ada sekali dengan saya tadi pun memerlukan surat juga untuk pembelian alat untuk research dia. Masa nak print surat tu, kertas yang digunakan memang dah siap ada letterhead school of physics la. Supervisor (SV) saya tak sure camne nak letak kedudukan kertas tu so that it come out nicely and tak terbalik ke ape. Tapi ditakdirkan terbalik pulak. Muka SV saya dah macam serba salah je. Then bila letak kertas yang kedua punyalah dia berhati-hati dan macam risau sangat. Saya macam ok je. Takde ape pun kan. Biasalah kalau tersilap.

Then lepas settle surat research mate saya ni, tinggal surat saya pulak. Surat saya ok takde sebarang kesilapan. Sebelum keluar dari bilik beliau tu, beliau koyakkan kertas yang tersalah print tadi. Beliau cakap kat saya yang beliau kena ganti balik kertas ni. Saya tanya kena ganti kenapa Dr? Beliau cakap beliau dah salah guna kertas ni dan dah bazirkan kertas ni. Kerajaan takkan cakap apa dan takkan persoalkan pun hanya kerana sehelai kertas ni. Tapi antara saya dengan tuhan mungkin akan dipersoalkan. Jadi kena ganti. Walau hanya sehelai kertas ianya masih dibeli menggunakan hak orang lain. Tak patut beliau bazirkan. Katanya, selalu kalau kertas ke, telefon, memo, pen atau apa-apa yang dirasakan boleh dibeli guna duit sendiri beliau beli sendiri je supaya tak tersalah guna untuk kegunaan peribadi. Katanya takut dipersoalkan kelak. Subhanallah…Sangat-sangat tersentuh…Kalau saya sekadar sekeping kertas dan kita bukan sengaja nak bazirkan kertas tu, mungkin tak terfikir pun kemungkinan Allah akan menyoal saya di akhirat kelak.

Terfikir pulak saya, selama ni saya bekerja sebagai Narrator kt E-Educator USM tu, adakah saya layak menerima sejumlah penuh wang gaji saya. Khuatir jika saya mengambil gaji penuh tapi waktu kerja saya tidak menggunakan sepenuhnya untuk kerja. Masih berbalas email, menjenguk facebook ketika kerja. Hmm…Alhamdulillah dalam Islam ada konsep zakat untuk menyucikan harta kita dari terambil yang bukan hak kita. Ayuh, sucikan diri dan harta kita.

~People May Not Question You…But Allah Will~

allah-is-not-unjust

Renung-renungkanPointing up

With Love,Red heart

NUR

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Site Meter