09 March 2012

Bringing back the momories

In The Name of Allah The Most Gracious The Most Merciful

Assalamualaikum semua…Semoga sentiasa di bawah naungan rahmatNYA…Open-mouthed smile Tadi tengah google pasal laser yang akan digunakan untuk research. Tetiba terjumpa gambar-gambar yang mengingatkan saya tentang zaman kanak-kanak dulu. Tersenyum sendiri bila teringat all the memories. I bet you guys too…Winking smile

423051_353539428010282_187011051329788_1104652_1054063853_n

Ingat tak pasal pensil ni? Masa mula-mula beli penuh je. Lama-lama satu-satu hilang..huhu

 

06

Main anak patung kertas ni jugak dulu-dulu…huhu

 

DSC_0308 copy

Sape pernah main ni…Winking smile

 

lawan-pemadam

Pernah jugak main lawan pemadam ni..huhu…

 

Image(2632)n_thumb[3]

Saindina…Teringat pulak dulu pernah kena marah dengan abah sebab main ni bising-bising pastu abah ambik buang semua duit-duit dia..Pastu gigih kami adik beradik buat duit yang baru and color balik semua duit-duit tu…

 

ceper-540x404

Main lawan-lawan ceper ni…Paling seronok main ni..Gigih cari ceper ni untuk main dulu…huhu..

 

Budak-budak zaman sekarang dah tak main benda-benda ni semua. Semua main game komputer je. Sekarang ni perlu ada kursus untuk mengajar bagaimana bersosial, berkomunikasi dan bekerja dalam kumpulan sebab komunikasi mereka terhad hanya di sekolah. Di rumah masing-masing hanya menghadap komputer.. Tetiba rasa macam terkena dekat batang hidung sendiri walaupun bukan kanak-kanak lagi sebab dah sangat jarang jugak bersosial dengan kawan-kawan. Hanya bertemu di muka buku je…Huhu…

With Love,Red heart

NUR

2 comments:

Ummu Aiman Nur Farhamizah

Hehe.. Betul3!! Teringat semua ni.. Rasa macam nak main je.. Nostalgianya.. Tambah2 lagi pensil tu.. Tak tahu knp sangat teringat kat pensil mcm tu kina.. :)

Wallahua'lam

as salam..
kenangan zaman3 kita ^__^
yang saidina tu yang p[aling tak boleh lupa. berentap satu taman nak tengok siapa yang boleh bakal jadi orang terer. huhu..

pula tu, juara satu taman, berentap dengan juara dari taman lain

;)

bila dikenang-kenang, permainan macam saidina ni yang antara penyumbang ukhwah yang erat. walaupun tak kenal satu sama lain. tpai bila main tu, sama2 saling ebrtukar idea untuk menang :)

yang main lawna ceper ni.. seingat pakcik, masa dahjah 2. hehe.. bawak2 p kelas. masa rehat, main.

eh..lagi satu. getah takde? getah yang untuk ikat plastik tu. sapa kumpul paling banyak, maknanya dia juara jentik getah. adoi..

pakcik masa tu memang kumpul punya banyak. alih2 cigu disiplin tarik satu2 getah kat tangan. memang lebam2 lah. pakcik report kak ayah dengan ibu. dan memandangkan masa tu ibu bapa zaman kita masa tu tak berlembut, depa setuju dengan apa yang cikgu buat.

masa tu tak fikir pun kan..sebab sakit. hehe.. bila dah mengenal setiap apa yang Dia perintahkan.. baru rasa sakit hati masa kecik-kecik pasal 'mogok' kat mak ayah pakcik

=.="

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Site Meter