09 February 2012

Menyuluh keraguan dengan istikharah- Part 2

In The Name of Allah The Most Gracious The Most Merciful

man_question_mark

Alhamdulillah entry bagi Part 1 yang lepas adalah tentang basic solat istikharah. Untuk entry kali ni saya masukkan pula persoalan tentang solat istikharah. Di harap dapat membantu kita semua menjernihkan segala kekeliruan. Smile

1. Bagaimana wanita yang haid melakukan istikharah?

Soalan:
Assalamualaikum Ustaz. Bagi wanita yg uzur(haid),dan memerlukan kepastian sesuatu perkara, blhkan membaca sahaja doa solat istikharah (memandangkan dia tak blh solat)? Skian. Wsalam wrh. JKK

Jawapan:

YA, bagi wanita yang uzur, dan dia memiliki hajat untuk beristikharah, memadai baginya membaca doa istikharah yang thabit dari Nabi SAW. Lebih elok, jika ia memilik untuk melakukan doa itu pada waktu-waktu yang dimustajabkan doa. Di dalam al-Mausu'ah al-Fiqhiyyah dinyatakan:

"Sebahagian (ulama) menyatakan, al-Istikharah itu boleh diperolehi dengan doa semata-mata, yang dilakukan pada bila-bila masa, kerana doa tidak dilarang dalam semua waktu..."
Kumpulan penyelidik bagi lamanweb Islam-online.net pula berkata:

Maksudnya: "Para ulama berkata, al-Istikharah itu boleh dalam tiga bentuk:

1. Seperti yang diketahui umum, dengan melaksanakan solat sunat dua rakaat, kemudian berdoa selepasnya dengan doa istikharah.
2. Doa sahaja, dengan niat istikharah tanpa solat (2 rakaat).
3. Doa al-Istikharah tersebut dilakukan setelah selesai mana-mana solat.

2. Bilakah waktu solat istikharah?

Soalan:

Bolehkah solat isthikharah dilakukan pada bila2 masa? Apakah bacaan yg sesuai selepas fatihah?

Jawapan:

Tidak ada waktu khusus bagi solat Istikharah. Boleh dilakukan pada bila-bila masa yang sesuai. Cuma kalau seseorang itu memilih waktu yang mustajab untuk melakukan solat istikharah ia adalah suatu pilihan yang baik. Antara waktu mustajab itu ialah 1/3 akhir malam berdasarkan hadith yang diriwayatkan oleh Imam Muslim dari Abu Hurairah RA.

ينزل ربنا تبارك وتعالى كل ليلة إلى سماء الدنيا حين يبقى ثلث الليل الآخر, فيقول: من يدعوني فأستجيب له, من يسألني فأعطيه, من يستغفرني فأغفرله

Maksudnya: “Allah SWT turun ke langit dunia ketika 1/3 akhir malam pada setiap malam, lalu berfirman: “Sesiapa yang memohon kepada aku (ketika ini), aku akan memperkenankannya, sesiapa yang meminta kepada ku (ketika ini), aku akan memberikannya, sesiapa yang memohon ampun kepadaku (ketika ini) aku akan mengampunkannya.”

Adapun tentang bacaan selepas al-Fatihah, dia boleh membaca apa-apa surah ataupun ayat al-Quran yang mudah baginya dan sesuai.

3.  Bolehkan solat Istikharah dilakukan ketika waktu-waktu yang dilarang solat?

Jawapan:

Asalnya solat sunat dilarang dilakukan pada waktu-waktu yang dilarang, melainkan sebahagian para ulama mengecualikan solat sunat yang dilakukan kerana bersebab seperti solat tahiyyatul masjid, solat sunat wudhu dan termasuk solat sunat Istikharah.
Maka jika ada keperluan yang mendesak untuk dilakukan segera solat istikharah itu, lakukanlah ia pada bila-bila masa. Namun jika ada kelapangan untuk melakukannya, lakukanlah ia pada waktu yang mustajab dan jauh dari waktu yang dilarang. (Sila rujuk kitab al-Syeikh ‘Adnan Muhammad ‘Ar’uur,Thalatha Solawat Mahjurah, Dar al-Tabi’ien bi al-Riyadh, m.s. 41-42)

4. Bilakah waktu yang sesuai untuk melafazkan doa?

Soalan:

Doa selepas solat isthikharah lebih afdhal dibaca sewaktu dalam sujud terakhir , selepas tahiyat akhir sebelum salam ataupun selepas memberi salam? (kerana kita hanya akan melafaz/mengingati ttg perkara yg kita mohon pentunjuk itu ketika mbaca doa tersebut : "Ya Allah, seandainya Engkau mengetahui bahawasanya urusan ini (sebutkan..)

Jawapan:

Doa bagi solat sunat Istikharah yang diajarkan oleh Nabi SAW tempatnya adalah selepas daripada salam berdasarkan sabdaan baginda SAW:

فليركع ركعتين من غير فريضة ثم ليقل...

Maksudnya: “(orang yang punyai hajat untuk beristikharah) hendaklah dia solat dua rakaat sunat, kemudian dia membaca… (doa yang diajarkan oleh Nabi SAW)” (HR al-Bukhari, Ahmad dan selain mereka)

Bukti dalam perkara ini:

Pertama: Perkataan Nabi SAW: “Hendaklah dia solat dua rakaat sunat…” yakni setelah selesai dua rakaat.

Kedua: Perkataan Nabi SAW: “kemudian membaca doa (yang diajar).” Perkataan ثُمَّ yang bermaksud kemudian menunjukkan ia dilakukan selepas selesai solat dan berturutan (lepas solat). Namun ada juga pandangan ulama yang mengatakan doa itu dibaca sebelum salam. Akan tetapi berdasarkan pemilih oleh al-Syeikh ‘Adnan Muhammad ‘Ar’uun adalah seperti yang saya nyatakan di atas.

Wallahu a’lam.

Rujukan: http://bin-sahak.blogspot.com/

 

Semoga beroleh manfaat dan semoga amalan solat istikharah ini menjadi amalan rutin dalam hidup kita. Ameen…

With Love, Red heart

NUR

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Site Meter