In The Name of Allah The Most Gracious The Most Merciful
Alhamdilillah, 5 Februari yang lepas pada hari Maulidurrasul, kami menyambutnya dengan memberikan bunga ros, coklat dan buku kepada yang belum Islam supaya mereka tahu yang ada Utusan daripada Allah dihantar kepada mereka. Lebih kurang 100 bunga, coklat dan buku diedarkan kepada yang belum Islam di sekitar Georgetown berhampiran dengan Masjid Kapitan Keling. Alhamdulillah, program ni habis awal dari yang kami jangkakan. Kami mula mengedarkan bunga lebih kurang pukul 10 pagi dan siap lebih kurang pukul 11.30 am.
4 Feb 2012 : 8.40 malam
Kami berenam berkumpul di Rumah Khatijah ( Rumah Transit IPSI) untuk menyiapkan persiapan program esok. Saya dah buat benda ni dalam dua tahun. Dan tahun ni tahun ketiga IPSI menganjurkan program seumpama ini. dan kami telah mengembangkannya ke tempat-tempat lain juga. Alhamdulillah…Semoga Allah merahmati mereka yang menolong agama Allah. Ameen…
Fresh flowers from the shop..
Aktiviti membungkus coklat…
5 Feb 2012 :8.00 pagi
Semua peserta berkumpul di anjung Masjid USM untuk sesi sarapan dan taklimat. Lebih kurang 20 orang peserta menyertai program ini. Alhamdulillah.. Pada mulanya kami membuat keputusan untuk mengedarkan 200 kuntum bunga. Tapi semasa mesyuarat terakhir dengan ahli jawatankuasa IPSI, hanya 3 orang peserta yang memberikan pengesahan untuk menyertai program ini. Jadi pada pengamatan saya, saya tidak mempunyai man power yang mencukupi untuk melaksanakan program ini. Jadi kami memutuskan untuk mengedarkan hanya 100 bunga dan dibahagikan kepada dua sesi. Separuh pada waktu pagi diedarkan sekitar Georgetown (berhampiran Masjid Kapitan Keling) dan separuh lagi akan diedarkan pada waktu petang di Taman Botani.
Inilah bunga, coklat dan buku tentang Nabi Muhammad.
Ada makna disebalik pemberian ini. Sepatutnya kami menggunakan bunga ros merah yang melambangkan cinta, kasih dan sayang, coklat melambangkan kemanisan kasih sayang tersebut dan buku adalah ilmu dan bukti kami sayang kepada meraka dan Nabi Muhammad juga menyayangi mereka.
Mengedarkan bunga kepada peserta
Menunggu peserta yang lain
Saya memberikan taklimat kepada semua peserta
5 Feb 2012 : 10.00 pagi
Masjid Kapitan Keling..Masa untuk beraksi
5 Feb 2012 : 11.30 pagi
Selesai mengedarkan bunga. Jadi, sementara menunggu peserta-peserta lain di Masjid Kapitan Keling, saya menunjukkan kepada mereka bagaimana menjalankan dakwah menerusi masjid kepada peserta-peserta yang telah selesai mengedarkan bunga. Insyaallah saya akan berkongsi tentang tour ini kemudian.
5 Feb 2012 :2.30 petang
Selepas makan tengah hari dan solat zohor, kami berkumpul semula untuk agenda yang terakhir iaitu postmortem. Kami mulakan dengan berkongsi pengalaman masing-masing ketika mengedarkan bunga. Selepas itu, untuk postmortem, kami membuat kesimpulan seperti berikut:
1. Kebanyakan penduduk tempatan menolak apabila kami hendak memberikan bunga dan buku kepada mereka manakala pelancong pula lebih terbuk dan berbesar hati menerima pemberian kami.
2. Untuk program akan datang kami perlu menyediakan bahan bacaan dalam bahasa lain juga (contoh: tamil dan mandarin) kerana tidak semua penduduk tempatan memahami bahasa inggeris.
3. Menyediakan bahan bacaan yang tidak mempunyai tulisan arab di atasnya kerana kebanyakan penduduk tempatan takut untuk menerima buku tersebut kerana perkataan “Muhammad” di tulis menggunakan huruf arab.
4. Bagi memastikan kesinambungan dan tindakan susulan bagi program ini dengan menyediakan laman web atau fb page yang membolehkan kami terus berhubung dengan mereka dan juga menganjurkan ceramah tentang Nabi Muhammad supaya mereka lebih mengenali siapakah baginda.
Alhamdulillah, kami selesai lebih kurang pukul 3.30 petang. Semoga Allah membuka hati penerima bunga tersebut. Semoga Allah memberikan hidayah kepada mereka.
Kebanyakan daripada kami telah balik kerana mempunyai urusan lain
VIDEOS:
https://www.facebook.com/photo.php?v=344659182222701
Jom sertai kami tahun depan. Insyaallah…
With Love,
NUR
2 comments:
as salam..
alhamdulillah..sejuk mata melihat catatn perjalanan dakwah..
alhamdulillah..
teruskan ;)
Wslm...Alhamdulillah...mungkin pakcik pun boleh buat juga di sana..=)
Post a Comment