22 February 2012

Do not dilly dally^^

In The Name of Allah The Most Gracious The Most Merciful

IMG_3378

 

Demi Masa! Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian, kecuali orang-orang yang beriman dan beramal shalih, dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan kesabaran. [al-‘Asr 103:1-3]

Assalamualaikum semua…Kebelakangan ni agak sibuk dan kekurangan rehat. Dek kerana asyik memaksa badan, semalam saya demam dan hanya tidur sepanjang petang. Kalau ikutkan masih lagi ada perkara yang perlu diselesaikan sebelum hujung bulan ni untuk saya punya research. Dalam hati terdetik, “Takpe-takpe. Allah nak bagi rehat. Rehat je hari ni cukup-cukup then baru teruskan kerja.” Alhamdulillah hari ni dah rasa segar sikit tapi masih mengantuk. Tidur banyak sangat kot.Huhu…

Okey untuk entri kali ni saya nak berkongsi satu pesanan buat sahabat sekalian dan khusus juga buat diri sendiri.

“Do not dilly dally!”

Ha! Dah siap tulis besar-besar lagi. Apa dilly dally ni sebenarnya? Menurut free dictionary from internet, dilly dally ialah:

To waste time, especially in indecision; dawdle or vacillate.”

Dalam bahasa melayu ringkasnya, boleh kita maksudkan ‘dilly dally’ ialah bertangguh-tangguh dalam satu urusan. Kita selalu bertangguh dalam urusankan. Selalu bila kita mula nak buat sesuatu urusan, tetiba datang pulak malas.

Dialog 1:

“Kejap lagila”

“Nanti la”

“Lepas ni la buat lagi”

“Lambat lagi ni due nya. Esok jela.”

Diolog 2:

“alamak, terlupa la nak buat kerja ni. macam mana ni”

“banyaknya lagi yang tak siap. esok dah kena hantar. mana sempat”

“adoi! tak sempat la nak buat semua ni”

Apabila mula mengamalkan amalan diolog 1, diolog 2 akan menyusul pula. Akhirnya apa yang kita lakukan tidak lagi berkualiti kerana terpaksa mengejar masa. Nabi bersabda:

“Dua nikmat yang sering memperdaya manusia: Kesihatan dan kelapangan masa.”

[Fathul Bari: 11/29/6412, Tuhfatul Ahwazi: 6/589/2405]

Nabi bersabda lagi:

Daripada Abdullah bin Umar r.a berkata: Rasulullah telah memegang dua bahuku sambil bersabda: “Jadilah kamu di dunia seolah-olah kamu seorang dagang (bermusafir) atau melalui  satu jalan menuju ke satu tempat”. Ibn Umar berkata: “apabila kamu di waktu petang, janganlah tunggu ke waktu pagi, apabila kamu di waktu pagi, janganlah kamu menunggu ke waktu petang. Ambillah peluang semasa kamu sihat sebelum sakit dan semasa kamu hidup sebelum mati”. (Riwayat Bukhari)

don't-dilly-dally-my-old-man-said-follow-the-van

Has anyone listen to this song? Found it while searching for dilly dally image..Smile with tongue out

Ayuh!! Do not dilly dally Winking smile

With love,Red heart

NUR

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Site Meter