In The Name of Allah The Most Gracious The Most Merciful
Assalamualaikum, All praise is due to Allah, the Lord and Cherisher of the Universe. May His peace and blessings be upon our beloved prophet, Muhammad (PBUH), his household, companions and all followers of the right guidance till the Day of Judgment.
I have drafted this post for quite sometime. Suhail already 8 months now and yet, only today managed to finish this post. Sorry for the delay Jaye!
Alhamdulillah, I’ve given birth to a cute baby boy on 22 Feb at Hospital Kota Bharu. I would like to share with everyone this first time experience hoping it will benefit you in any way. As a first time mom, of course I got scared listening to others experience and from all the scene I watched in tv always showed how painful and cruel the birthing process is. Instead of being happy with my pregnancy, it makes me worried so much how can I cope with such painful moment of giving birth. Then, I’ve came across gentle birth method while preparing myself during pregnancy. I’ve gained a lot from this method and how important to educate ourselves on how to give birth. I attended gentle birth bengkel by Jaye at Penang. Most of us neglected this and just surrender to the doctor and let them do anything to us even it does not necessary and even without our consent. So, here is my experience that I went through at that moment.
Some of my reference book
Tambal kat dinding bilik masa balik Kelantan tunggu due hari tu
Saya sediakan visual birth preferences nak tampal di labor room just in case berada lama di sana. Tapi tak sempat tampal sebab sampai sana dah terus bersalin.huhu.. Birth plan untuk kepilkan di buku merah saya buat yang lain.
20 February 2015
10.00 am
Hari ni, adik saya Asma bakal dinikahkan dengan pasangannya. Semua orang tengah sibuk prepare for the ceremony,suddenly I feel strong surge. Bila berdiri tiba-tiba rasa air keluar. Terus panggil umi. Ok, confirm now amniotic fluid leaking. Dah kalut kejap, semua dok tanya nak ke hospital ke. Tapi saya kata tunggu nanti kot sebab tak rasa sakit pun. Call husband maklumkan dan minta segera balik Kelantan.
6.00 pm
Alhamdulillah, selesai majlis adik, baru saya dan parent ke Hospital Tumpat. Memang tak berhajat nak warderd pun. Cuma nak monitor fetus heartbeat je. Sebab no surge, no baby. Di Hospital Tumpat terus mereka bawa masuk ke wad. Saya serahkan buku merah beserta GL dan birth plan. Bila nurse baca birth plan saya, dia maklumkan yang kalau ikut prosedur, memang perlu check VE bila kali pertama masuk wad memandangkan dah leaking ketuban. Memandangkan saya dah sediakan birth plan ni, jadi dia hormati pilihan saya untuk tak check VE. Dia maklumkan juga pada saya yang sekarang ni cuti raya cina jadi hanya ada seorang Dr lelaki yang oncall. Saya masa tu ok takpela jumpa dulu. Untuk check up seterusnya saya fikir kemudian. Tapi Alhamdulillah ditakdirkan ada seorang Dr perempuan yang sepatutnya sudah tamat shift tapi masih belum pulang sudi untuk check kondisi saya. Beliau buat ultrasound dan check alhamdulillah baby heart rate ok, AFI juga ok. Saya maklumkan saya taknak warded memandangkan rumah saya dan hospital hanya 5 min sahaja.
Mulanya nurse maklumkan okey, boleh. Cuma perlu selesaikan beberapa perkara. Tapi tetiba Dr panggil dan bagitau, mereka call pakar di Hospital Kota Bharu (HKB) maklumkan yang minta saya di bawa ke sana sebab takut ada kemungkinan jangkitan kuman yang menyebabkan leaking. No contraction at all masa tu. Hospital Tumpat hanya terima ibu yang boleh bersalin normal tanpa sebarang komplikasi sebab tiada peralatan lengkap untuk sebarang kecemasan. Sekiranya ada masalah sikit, memang mereka akan terus transfer ke HKB. Saya dah resah dah. Nak tunggu suami sampai dulu kalau boleh since everything is fine. Bagitau nak pergi sendiri nanti suami balik, mereka tak izinkan sebab takut ada apa-apa jadi. Minta mereka call HUSM sebab GL saya dah tulis HUSM siap-siap. Takut HKB tak terima GL saya. Doktor call dan maklumkan HUSM tak dapat terima sebab penuh. Sebolehnya saya taknak ke HKB sebab dengar banyak sangat benda buruk pasal HKB dan saya tengok sendiri macammana layanan mereka pada ummi saya masa melahirkan adik bongsu saya. Akhirnya, saya dengan separuh hati bersetuju untuk ke HKB. Mereka hantar guna ambulans. Minta nak pergi sendiri juga tak di izinkan. Mungkin tau kemungkinan kalau diizinkan pergi sendiri, memang tak pergi terus. huhu…Sebelum bertolak ke HKB, the nurse brief me that mother is encourage to walk and stay mobilise so it can help in induce the labor, keep hydrating,eat n rest so the mother will have energy during labor and more good things. I’m impressed!
8.00 pm
Sampai sahaja di HKB, mereka masukkan saya ke wad labour room untuk check up. Sampai sana, saya buat benda yang sama, bagi birth plan. Memang birth plan dah print siap banyak-banyak just in case takut tercicir ke apa kan. Mereka nak check VE, saya maklumkan saya taknak. Then Dr kat situ dah marah sebab katanya kalau macam tu buat apa datang sini. Saya dah maklumkan pada Dr di Hospital Tumpat yang kalau pesakit tak setuju buat VE saya kata jangan hantar ke sini. Saya katakan yang Dr di Hospital Tumpat tak maklumkan apa-apa langsung pasal ini pada saya. Malas nak bertekak, saya akhirnya bersetuju sebab mereka terangkan untuk ambil sampel untuk analisa sama ada ada jangkitan atau tidak perlu check di bukaan juga. Baru 1 cm kata mereka. Dan scan, AFI masa tu sudah semakin berkurang dan mereka maklumkan saya perlu di induce takut baby lemas. Saya minta penerangan lanjut tentang keadaan bayi, jantung dan sebagainya, masih okey, kata mereka. Tapi ikut prosedur, baby perlu lahir dalam tempoh 24 jam ketuban pecah atau leaking bagi mengelakkan baby lemas. Selepas fikir sehabis baik, saya menolak untuk di induce dan tanda tangan surat pelepasan. Saya buat keputusan ini berdasarkan ilmu yang saya study sebelum bersalin dan dengan informed decision.
11.30 pm
Di pindahkan ke wad bersalin. Adik perempuan saya, Asma menemani saya pada malam pertamanya bergelar isteri. Terima kasih adikku sayang.
21 February 2015
10.00 am
HO datang review tanya kondisi dah ada contraction ke belum. Saya kata belum lagi. Hanya ada sedikit tapi belum intense. Macam main-main je. Kemudian MO datang dan tanya awak memang taknak induce ke? Saya tau sekarang memang banyak orang yang dah sibuk-sibuk nak natural birth semua. Tapi fikirlah untuk anak dalam kandungan tu. Jangan fikir diri sendiri je. Kalau ikutkan prosedur hospital, kalau selepas 24 jam leaking tak bersalin, mereka akan terus czer je. Saya minta nak buat scan lagi sebelum decide tapi MO tak bagi. Katanya kalau tau kondisi baby selepas di scan pun, awak nak buat apa? Dah buat keputusan? Saya kata, selepas di scan, saya akan buat keputusan. Tapi beliau masih menolak, tak perlu layan katanya. Di tanyakan juga pada saya birth plan ni semua ambil dari mana? Tiru di internet? Saya katakan saya attend kelas dan study sebelum buat birth plan. Dan memang bukan ikut-ikutan. Tapi takpela, itu memang saya expect pun apabila decide untuk bersalin di gov hospital. Sebelum berlalu, MO tadi maklumkan pada saya, sekiranya ubah keputusan untuk induce, maklumkan pada nurse sebelum jam 5 pm. Dan baby lahir nanti terus kena on antibiotik sebab takut ada sebarang jangkitan.
4.00 pm
Masih tiada intense contraction, jadi discuss dengan husband camne nak induce ke. Saya tau ada yang tunggu sampai 72 jam dan keadaan baby masih baik. Tapi saya hanya yakin untuk tunggu sampai 48 jam dari waktu leaking ketuban. Saya ke kaunter dan tanya prosedur induce macammana. Mereka maklumkan kalau setuju untuk induce, mereka akan bagitau pada doktor dan prosedur induce akan di buat pagi esok selepas subuh. 4.55 pm dengan langkah yang berat, saya akhirnya memberikan persetujuan untuk di induce. Insyaallah ini yang terbaik. Mesti ramai yang persoalkan kenapa tak diinduce dari awal dan sanggup ambik risiko. Kita memang rasa induce ni macam biasa je sebab terlalu common dipraktikkan. Tapi induce sebenarnya sangat banyak side effect. Pukul 5.30 pm, HO datang ke katil saya untuk terangkan prosedur induce serta risiko-risiko yang saya terpaksa tanggung apabila bersetuju untuk di induce dan tanda tangan borang persetujuan. Apabila dengar segala risikonya rasa macam nak tarik balik je. Tapi insyaallah ini yang terbaik. Saya pun dah beri masa untuk diri sendiri tapi belum juga ada tanda. Saya berdoa dengan penuh pengharapan semoga sebelum di induce pagi esok, baby dalam perut nak keluar sendiri. Tapi nampak macam seronok je lagi dia kat dalam tu dok menendang-nendang. Heart beat pun memang cantik je.
22 February
5.00 am
Dikejutkan oleh nurse untuk check CTG dan dimaklumkan sekejap lagi MO akan datang untuk induce. Saya kata eh, dimaklumkan selepas subuh. Saya ingat nak solat dulu. MO nak buat cepat sebab shift nak habis ke ape ntah. Hmm, minta pergi toilet pun buat muka macam tak bagi. Ingat sempatlah nak solat dah persiapkan jiwa raga dulu untuk di induce.huhu.. Ni dah tergesa-gesa macam ni lagi berat hati. Tawakkal jela di induce semoga Allah mudahkan. Zikir banyak-banyak dalam hati semoga Allah berikan yang terbaik buat saya dan baby.
7.30 am
Dah mula rasa contraction yang kerap. Makin berdebar-debar rasanya. Lepas tu terus intense. Memang orang kata sakit contraction induce dan natural ni berbeza. Contraction dia tiba-tiba dah berterusan. Takde amaran langsung. Takde rehat juga. Memang masa tu dah tak tertahan je rasa. 9.30 am Nurse datang check memang dah intense sangat dah dia tengok. Terus panggil doktor. Saya request untuk check bukaan sebab rasa macam tak lama dah. MO datang check, dan minta untuk sabar. Memang nampak intense tapi katanya since anak sulung selalu bukaan lambat. Memang contraction kuat sebab induce tapi bukaan lambat je. Diorang akan check 5 jam selepas ubat induce. Saya diinduce pagi tadi almost 6 am jadi pukul 11.30 am macam tu baru mereka akan check. Kalau bukaan masih tak buka sebab mereka baru masukkan separuh ubat, nanti akan bagi separuh lagi ubat pukul 11.30 am tu. Saya cakap kat suami, kalau sekarang pun dah sakit sangat-sangat macam ni, nak tunggu lagi 2 jam dan induce lagi, memang tak sanggup dah katanya. At last saya minta ubat sakit since mereka refused untuk check VE danhantar saya ke labor room. Nurse nasihat macam tak payah ambik. Mereka mintak zikir semua. Saya kata macam tak boleh dah. Memang masa tu macam dah hilang kawalan. Dah macam-macam posisi nak bagi selesa. Dah masuk transition phase rupanya at that time tu.
10.00 am
Nurse datang untuk suntik ubat sakit. Suami saya diminta keluar sebab katanya Dr pakar nak datang melawat. Dr lelaki masa tu. Dia datang ke katil saya, saya kata yang dah tak tahan rasa nak push. Saya request lagi nak check VE. MO macam taknak check VE tapi Dr pakar tu kata checklah tu kata nak push dah tu. Barulah akhirnya MO tu check. Dah check barulah masa tu pakat kalut semua minta saya tukar baju. Nak bersalin dah ni katanya. Lambat nanti bersalin kat wad pulak. Masa tu saya baru lepas kena suntik ubat tahan sakit dah start pening tapi masih conscious. Menyesal betul minta ubat tahan sakit tadi. Kalau tahu memang dah nak bersalin memang tak request. Ni sebab minta tunggu sampai pukul 11.30 tu yang berkeras nak jugak..huhu.
Sampai labor room, diorang paggil husband, husband sampai je masa tu dah crowning dah. Lepas few push, alhamdulillah baby keluar. Saya dapat birth support team yang sangat baik masa di labor room. Masa saya masuk, ada Ho lelaki tapi mereka di minta keluar sebab saya dah state siap-siap dalam birth plan yang tiada staf lelaki dibenarkan berada di dalam labor room semasa saya bersalin. Nurse dan doktor pun semua pakat bagi saya semangat untuk bersalin secara normal. Ada satu masa tu, saya rasa sakit sikit macam stretching di bukaan saya tanya baby dah keluar ke sebab rasa sakit. Saya ingat sebab sakit terkoyak ke kan. Katanya belum. Sikit lagi. Since Pn request nak natural, kita tunggu next push nanti boleh push untuk keluarkan baby. Kalau Pn nak cepat, saya boleh epi. Terus geleng taknak epi. Ok. kalau Pn nak bersalin natural, kena sabar ya. Alhamdulillah, last push, baby keluar. Mereka siap-siap nak potong tali pusat sebelum serahkan baby pada saya tapi nasib baik husband sempat bagitau nak DCC (delay cord clamping). Mereka setuju dan tanya berapa lama, saya maklumkan 90 saat pun ok. Walaupun kalau boleh nak lama lagi, tapi since kat gov mereka perlu entertain ramai pesakit lagi. Jadi, be considerate ya. Lepas tu terus serahkan anak untuk menyusu kat saya. Uri keluar, jahit semua, dan menyusu baby lagi. Saya masa tu memang mamai mengantuk kesan ubat tahan sakit. Sampai masa tu nurse datang terkejut, eh anak nak jatuh tu.huhu.. Saya kata, tak larat sangat dah then mereka ambil anak saya. Alhamdulillah no antibiotic. Apgar score pun cemerlang. First degree natural tear. No epi.
Baby Suhail on 7th day
Alhamdulillah ‘ala kulli hal. Saya memang tak dapat betul-betul gentle birth yang saya inginkan tetapi alhamdulillah, tiada begitu banyak intervention yang tidak perlu. VE semua dibuat dengan kebenaran. Sebarang prosedur diterangkan dengan jelas kepada saya. Boleh saya katakan 90 % request saya di birth plan memang mereka follow. Sungguh tak sangka hospital yang banyak rekod buruk pada pengamatan saya tetapi alhamdulillah, menghormati setiap keputusan saya. Bebel-bebel sikit biasa la tu. Mereka cuma buat kerja mereka. Kita pun, jangan terlalu mendabik dada. Apabila minta sesuatu, minta dengan sopan dan juga bersangka baik pada mereka. Sebab aura itu sampai kepada mereka. Nurse-nurse semua alhamdulillah semua bermanis muka dengan saya. I’m not sure if the treatment is better because I have GL. But at least,I know they will listen to mother request if we voice it out.
Pesanan saya, tuntutlah ilmu sebelum mengandung dan bersalin. Kalau boleh, sebelum mengandung tu dah gali ilmu siap-siap. Sekurang-kurangnya awal-awal lagi dah bersedia untuk kehadiran ahli keluarga baru. Bagaimana proses mengandung dan melahirkan sangat-sangat mempengaruhi kehidupan kita selepas kelahiran anak. Baik ibu atau anak itu sendiri. Tak ketinggalan juga buat bapa. Kerana kunci kebahagiaan keluarga banyak terletak pada kondisi isteri/ibu itu sendiri. Jadi berilah sokongan sebaiknya pada isteri anda. Thanks my hubby for everything. And special thanks to by birth educator, Jaye from gentle birth malaysia.
P/s: Banyak sangat skip. Sebenarnya nak cerita banyak benda lagi tapi nanti entah bila siapnya nantikan.. huhu..
With Love,
NUR
0 comments:
Post a Comment