31 December 2009

KE'SETIAUSAHA'AN DALAM HIDUP

In The Name of Allah The Most Gracious The Most Merciful



Baru beberapa hari kuliah bermula tetapi dah mula merasai kesibukan dek kerana banyak kerja yang tertangguh. Benarlah kata pepatah "We never plan to fail but we are fail to plan". Ketiadaan perancangan dan cuba disiplin diri boleh membuatkan hidup kita tak terurus dan kerja ditangguh hingga last minute. Sebab itulah kita memerlukan ke'setiausaha'an dalam hidup kita.

Di dalam sebuah syarikat, akan ada setiausaha yang mengatur perjalanan dan perancangan kerja. Begitu juga dalam hidup kita. Kitalah setiausaha kepada hidup kita. Kita memerlukan satu perancangan yang rapi dan juga penyusunan yang fleksibel serta disiplin yang tinggi barulah kita mampu mencapai target bagi setiap yang kita rancangkan biiznillah.

Banyak perkara yang terjadi kebelakangan ni yang membuatkan saya terlupa tentang penyusunan perjalanan hidup saya sebagai pelajar tahun akhir. Semasa dikelas Dr Suhaimi pagi tadi saya terlihat satu folder beliau bertajuk "THINGS TO DO THIS WEEK". Barulah saya teringat yang saya tidak mempunyai rangka perancangan pun lagi buat semester ini. Teringat pula ketika membaca novel "Ayat-ayat cinta" di mana Fahri mempunyai perancangan dan target yang ingin di capai 10 tahun akan datang. Begitu jauh Fahri merancang jalan hidupnya. Seharusnya kita mencontohi sikap sebegitu walaupun ianya hanya sebuah watak di dalam novel.

Pada saya dalam setiap langkahan saya, ada sesuatu yang mampu diambil pengajaran dan peringatan walaupun perkara tersebut sangat kecil. Saya menganggap semuanya adalah teguran dan ajaran dari Allah buat saya. Kadang kita terlalu sibuk dengan kehidupan seharian sehingga kita tak sempat menikmati keindahan alam ciptaannya yang terkandung banyak rahsiaNYA buat insan yang berfikir dan ingin mengambil pengajaran dariNYA.

Marilah kita sama-sama merancang dari sekecil-kecil perkara sehinggalah ke besar-besar perkara dalam hidup kita. Walau mungkin kita tak memenuhi semua target yang kita rancangkan, tapi sekurang-kurangnya kita tahu hala tuju hidup kita dan boleh mengambil iktibar darinya. Moga kita istiqamah dengan apa yang kita lakukan. Wallahua'lam.

NUR

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Site Meter