Cuti hari tu saya ke kedai buku MUDA OSMAN di Pasir Mas. Saya agak kedekut untuk membelanjakan duit bagi benda lain tapi sangat boros dalam berbelanja untuk buku. Setiap kali ke kedai buku pasti sekurang-kurangnya saya akan membeli sebuah buku walaupun pada mulanya hanya ingin melihat buku-buku yang terbaru memandangkan cuti-cuti ni duit pun dah tak berapa ada cukup untuk keperluan sahaja. Tapi memang tak dapat menahan diri bila tengok buku yang best. Akhirnya saya habiskan RM50 untuk buku.
Salah satu buku yang saya beli adalah Terapi Ruqyah, pendinding gangguan sihir, jin dan syaitan. Saya nak berkongsi sedikit tentang Qorin. Qorin adalah jin yang diciptakan Allah sebagai pendamping manusia. Setiap manusia yang dilahirkan pasti mempunyai pendampingnya sendiri. Malah Rasulullah SAW juga mempunyai qorinnya, tetapi qorin Baginda telah diislamkan, sedangkan qorin yang berada disamping kita adalah kafir.
Secara dasarnya, Qorin kafir ini mendorong manusia yang didampinginya bagi membuat kejahatan. Dalam masa yang smaa, ia mengganggu manusia daripada melakukan kebaikan. Ia mengganggu manusia ketika solat, membaca al-Quran atau belajar. Ia menimbulkan perasaan waswas dan tidak khusyuk.
Mengimbangi kejahatan Qorin ini, Allah mengutus malaikat bagi membisikkan kebaikan dan mengajak mereka melakukan kebaikan dan ibadah. Amaka manusia diberikan pilihan untuk mengikut arah yang dikehendakinya. Orang yang berjaya mengatasi hasutan Qorinnya, membuatkan ia lemah dan tidak berdaya. Jika tidak, maka Qorin inilah yang akan menguasainya.
Qorin berpisah dengan manusia yang didampinginya apabila manusia meninggal dunia. Tetapi Qorin ini tidak mati dan terus tinggal di dunia. Tetapi Qorin ini tidak mati dan terus tinggal di dunia. Di akhirat kelak, semua Qorin akan dihadapkan di hadapan Allah bagi diadili. Mereka tidak akan bertanggungjawab di atas segala dosa yang dilakukan oleh manusia yang mereka dampingi, walau pun mereka yang mengajak melakukan dosa tersebut.
Rawatan Mengusir Qorin:
1. Baca surah al-Kafirun dalam seminggu (1002)
2. Baca surah al-Ikhlas dalam seminggu (1002)
3. Baca surah al-Falaq dalam seminggu (1002)
4. Baca surah al-Nas dalam seminggu (1002)
Dengan izin Allah selepas mengamalkan ruqyah ini Qorin yang mengusai manusia dapat dilemahkan. Sehingga kita dapat menyempurnakan ibadah dengan baik. Wallahua'lam.
0 comments:
Post a Comment