Dah lama rasanya tak mencoret sesuatu kat blog ni. Minggu ni sibuk dengan menguruskan perkara yang tertangguh sepanjang saya tak sihat. Alhamdulillah dah setel semua yang patut di uruskan. Semalam dah selamat hantar borang permohonan untuk sambung master. Tak tahulah apa keputusannya. Harapnya nanti berita yang sampai kepada saya berita baik. Kos medical physics kalau nak kerja lebih mudah kalau ada Master. Degree susah nak dapat kerja. Tapi saya berhasrat untuk sambung master bukanlah sebab susah nak kerja walaupun itu salah satu faktor yang mendorong jugak tapi sebab cita-cita saya sendiri yang bercadang nak menyambung pengajian sampai pHD. Tak tahulah akan tercapai tak. Tapi saya akan berusaha ke arah itu. Bukan gelaran dan title 'Doktor" yang saya kejar tapi kerana saya ingin terus maju ke hadapan dengan harapan saya mampu lakukan sesuatu untuk masyarakat di masa hadapan. Saya tak nak apa yang saya pelajari sia-sia macam tu je.
Sekejap je masa berlalu rasanya. Saya menjejakkan kaki ke USM pada 2007. Walaupun universiti dan kos yang saya pilih bukanlah di atas kehendak saya sendiri. Tapi alhamdulillah saya tak menyesal. Insyaallah inilah yang terbaik buat saya. Banyak yang saya pelajari sepanjang pengajian kat USM. Sebelum ke USM saya mempunyai perancangan saya sendiri yang berbeza dengan perancangan saya sekarang. Ditakdirkan Allah akhirnya hala tuju hidup saya berubah. Walaupun banyak yang saya tangisi dan sukar untuk saya terima segala perubahan tapi akhirnya saya menerima semuanya dengan hati terbuka dan saya fokuskan ke arah hala tuju saya sekarang. Suatu perkara kita takkan mampu belajar darinya melainkan kita sendiri yang mengalaminya. Walaupun pada mulanya ada banyak yang saya kesalkan alhamdulillah akhirnya saya mampu menerima Semoga Allah mempermudahkan jalan buat saya selepas ini.
2 hari lepas adik lelaki saya yang berada di Matrikulasi UIA call saya untuk minta nasihat bagaimana cara saya belajar sebab katanya dia dah study betul-betul tapi keputusan yang dia dapat masih rendah. Saya sendiri pun bukanlah bagus sangat dalam pelajaran. Kadang-kadang apabila berhadapan dengan subjek yang susah sangat saya nak catch up saya sendiri pun rasa nak give up tapi alhamdulillah Allah banyak membantu saya. Saya katakan pada adik saya kita belajar ni perlu ada matlamat dan target yang kita nak capai. Ketika belajar fokuskan betul-betul dan fahami konsep apa yang kita belajar. Tapi apabila exam fokuslah betul-betul macammana untuk kita score dalam exam dan dapat markah semaksima mungkin. Ada orang kata kita belajar kerana Allah dan ilmu jadi kalau exam dapat rendah pun takpelah. Saya tak mempunyai tanggapan macam tu. Betul belajar kerana Allah dan ilmu. Tapi itu sewaktu sepanjang pembelajaran berlangsung. Waktu kita nak menghadapi peperiksaan yang utama targetnya adalah markah supaya kita paling kurang pun dapat lulus dan lebih baik kita cemerlang dalam pelajaran tersebut. Sebab tu saya tak suka study last minute walaupun sekarang rasanya dah selalu jugak study last minute sebab kekangan masa. Waktu sebelum exam, waktu tulah kita fokus betul-betul untuk kita fahamkan apa sebenarnya yang nak disampaikan kepada kita dalam mata pelajaran tersebut. Apabila tiba waktu exam, fokus saya pada soalan dan macammana nak dapat markah terbanyak.
Jika ada yang tanya camne saya study, saya takde rahsia pun. Cuma setiap subjek ada cara-cara tersendiri untuk kita faham dan score. Carilah strategi macammana kita nak berhadapan dengan subjek tersebut. Bayangkan kita di medan peperangan. Kita perlukan strategi dan persediaan untuk berperang. Begitulah dengan exam. Jangan sedih sekiranya result yang kita dapat rendah walaupun kita dah berusaha. Result saya pun sejak study kat USM bukanlah bagus sangat. Tapi jangan give up. Insyaallah sampai satu masa kita mampu perolehi keputusan yang baik. Kalau masih tak dapat yang terbaik, mungkin strategi yang kita guna salah. Ambillah masa untuk kita fikir dan perbetulkan strategi kita. Kadang kita terlalu cepat mengalah. Saya teringat ketika di Matrikulasi Perak pada semester 1, result mid-sem saya sangat mengecewakan. saya hanya dapat 2.35. Saya memang rasa down sangat. Selepas tamat sem 1, saya bagitau kat parent saya yang saya nak prepare kalau-kalau ditendang nanti. Saya dah berfikir untuk ke tingakatan 6 ketika tu. Ambik STP then ke Universiti sebab masa tu saya rasa saya tak mampu nak buat yang terbaik. Tapi alhamdulillah jangkaan saya meleset. Result yang saya dapat selepas tu tak di sangka-sangka. Jadi nasihat saya, berusahalah selagi kita punya masa dan peluang. Selepas berusaha berserahlah kepadaNYA. Kerana DIA yang menentukan sama ada kita layak atau tidak untuk berjaya. Selamat berusaha. Chayyok!!
1 comments:
salam sayang kak...
btl...belajar sekiranya hny semata-mata nak lulus exam dan utk dpt kerja, angah yakin sngt2...ilmu tu akan berlalu bak pasir yg ditiup bayu pagi...
tapi buatlah semuanya kerna Allah s.w.t., inysaAllah akan merasai "nikmat" ilmu tersebut..
wassalam...
Post a Comment