26 December 2009

Dakwah Non-Muslim

In The Name of Allah The Most Gracious The Most Merciful

Teringat sewaktu saya bersama 3 lagi sahabat yang lain ke UUM menggantikan Bro Kamaruddin untuk berkongsi sedikit ilmu tentang perbandingan agama kepada pelajar di sana sempena program Kolokium Pemantapan Aqidah yang turut desertai oleh adik saya sendiri.

Semasa sesi soal jawab, seorang peserta bertanyakan perihal patutkah kita menyampaikan dakwah kepada non-muslim sedangkan dalam Al-Quran sendiri telah menyatakan dalam surah al-baqarah ayat 120 :

"Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak akan
senang kepada kamu hingga kamu mengikuti agama
mereka."

Jadi kenapa kita bersusah payah untuk berdakwah kepada mereka?

Kesedaran tentang dakwah non-muslim memang kurang di Malaysia. Masih sedikit Muslim di Malaysia memainkan peranan untuk menyampaikan dakwah kepada bukan Islam. Saya sendiri mungkin tidak pernah terfikir tentang kepentingan berdakwah kepada non-muslim sekiranya tidak mengikuti kelas perbandingan agama. Alhamdulillah Allah memberi kesempatan buat saya untuk berdakwah kepada non-muslim walaupun usaha yang saya lakukan sikit sangat.

Kita berdakwah kepada yang makruf dan mencegah kepada yang mungkar. Kadang kita lupa mungkar yang paling besar adalah mensyirikkan Allah. Walau sebanyak manapun dosa kita selagi kita tidak mensyirikkan Allah, kita pasti akan di masukkan ke dalam syurga. Tetapi mereka yang meninggal dalam keadaan mensyirikkan Allah, diharamkan syurga buatnya dan kekallah dia di dalam neraka.

Kita harus bersyukur dengan segala nikmat dan kurniaan yang telah di berikan kepada kita termasuklah nikmat iman dan Islam. Segala nikmat yang diberikan kepada kita pasti dipersoalkan dan dipertanggungjawabkan ke atas kita kelak. Mahukah kita di persoalkan oleh Allah mengapa tidak kita sampaikan nikmat Islam yang kita dapat kepada orang yang tidak mengetahuinya lagi. Mahukah kita diletakkan di dalam golongan orang yang sombong dan mementingkan diri sendiri? Cuba lihat kawan non muslim kita. Sanggupkah kita melihatnya dihumbankan ke dalam api neraka?

Ayuh kita tingkatkan kesedaran berdakwah kepada non-muslim dalam diri kita. Walau hanya dengan menunjukkan contoh yang baik kepada mereka. Buatlah sekadar yang kita mampu. Hari ini umat Islam diperkotak-katikkan dan dianggap boneka. Jika kita tidak dapat mengislamkan mereka memadailah sekiranya kita mampu mengubah persepsi mereka kepada Islam. Mudah-mudahan mereka dapat menyampaikannya kepada kawan-kawan mereka pula. Usaha yang kecil jika di lakukan secara berterusan, insyaallah akan memberikan impak yang besar. Dan ingatlah ukuran kejayaan dalam berdakwah bukanlah berdasarkan berapa ramai orang yang revert. Tapi bagaimana kesungguhan kita dalam menyampaikan kebenaran.Wallahua'alam.

NUR

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Site Meter