20 December 2009

Cinta di Rumah Hasan Al-Banna

In The Name of Allah The Most Gracious The Most Merciful


Imam Hasan Al-Banna bukanlah tokoh asing bagi sejarah dakwah Islam moden. Kejayaannya mendirikan asas gerakan dakwah al-Ikhwan al-Muslimun yang mengilhami gerak langkah kebangkitan Islam di seluruh dunia, menjadikan namanya banyak dikenali oleh para ulama Islam.

Buku CINTA DI RUMAH HASAN AL-BANNA ini bukanlah membicarakan mengenai kehidupan beliau sebagai tokoh da'ie tetapi membuka sedikit lembaran kehidupan Hasan Al-Banna sebagai ketua ketua keluarga. Bagaimana beliau berinteraksi dan mendidik anak-anaknya.

Saya sangat tertarik ketika membaca buku ini. Buku ini sesuai di jadikan rujukan buat seorang ayah yang juga bergelar da'ie yang kehidupannya banyak dihabiskan buat mentarbiah masyarakat. Perkara yang paling saya kagumi adalah bagaimana tokoh sepertinya yang sangat sibuk dengan dakwah tetapi mempunyai masa yang cukup bagi menguruskan keluarga beliau. Beliau melakukan perancangan yang baik buat anak-anaknya.  Hasan Al- Banna menyediakan catatan sendiri buat anak-anaknya. Di antara perkara yang terdapat di dalam catatannya adalah tarikh dan sejarah kelahiran, nombor kelahiran, jadual pemberian ubat dan makanan, surat keterangan doktor, keterangan ataupun catatan mengenai keadaan penyakit secara terperinci, ijazah anak-anak, catatan prestasi anak-anak di sekolah dan lain-lain.

Kata anaknya Tsana, "Kami tidak pernah merasakan adanya beban kegiatan yang dirasakan ayah selama di rumah. Misalnya, kami tidak melihatnya seperti banyak orang yang kerap berteriak ataupun bersuara keras di dalam rumah, dan sepertinya sebagai akibat daripada tekanan mental dan fizikalnya setelah banyak melakukan aktiviti di luar rumah. Bahkan yang paling penting dalam kehidupan ayah adalah soal menguruskan keluarga. Jika saudara baca bagaimana peri kehidupan ayah, saudara akan lihat semuanya berlaku sesuai seperti apa yang dicontohkan Rasulullah s.a.w.

Fahamilah peranan kita di dalam keluarga sebelum kita melangkah melaksanakan peranan kita di luar rumah. Kerana mereka lebih berhak keatas kita. Renung-renungkan..

Download buku cinta di rumah Hassan Al-Banna
NUR

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Site Meter