Pernah dengar tak peribahasa 'Dont judge a book by its cover?'. Peribahasa ini wujud kerana kita manusia sering menilai orang lain berdasarkan first impression. Jika pertemuan pertama kita membuatkan orang merasa selesa maka kita akan mempunyai tanggapan yang baik tentang dirinya dan begitulah sebaliknya. Allah itu indah dan menyukai yang indah. Bayangkan ada dua orang salesman datang kepada kita dengan mempromosikan produk masing-masing. Salesman A memakai kot dan pakaian yang membuatkannya kelihatan segak dan salesman B datang dengan pakaian yang selekeh dan seperti tidak terurus. Jika anda sebagai pembeli pasti anda lebih selesa untuk membeli barangan dari salesman A dari salesman B walaupun mungkin produk yang di jual oleh salesman B tadi lebih bagus dari A. Tapi memandangkan dengan penampilan dan cara salesman A mempromosikan produk mereka membuatkan kita lebih yakin untuk membeli produk dari salesman A dari B.
Itulah realiti dunia sekarang. Jika kita bandingkan orang Islam dan orang bukan Islam sangat jauh bezanya. Kita orang Islam membawa produk iaitu Islam yang memang kita tahu benar dan terbukti jaminannya tapi mengapa kita umat Islam tidak disanjung dan di hormati sebaliknya kita diperkotak-katikkan dan di hina oleh orang bukan Islam. Bahkan kita pula yang takut dan menghormati mereka.
Bagaimana kita hendak di pandang tinggi sekiranya umat Islam kini sangat lemah dan ketinggalan baik dari sudut ekonomi, ilmu dan teknologi. Kitalah juga yang di kategori sebagai umat yang miskin. Penampilan yang kita tonjolkan pada orang bukan Islam langsung tak menunjukkan kita adalah umat yang terbaik.
Ramai yang mendakwa diri mereka zuhud sebab itulah mereka berpakaian selekeh, tinggal di rumah yang seperti hendak roboh, dan hidup pula seperti tak terurus kerana katanya mereka tidak terikat dengan dunia. Bukanlah begitu namanya zuhud. Islam tidak menghalangnya umatnya mencari harta, memakai pakaian yang indah dan tinggal di tempat seperti istana tetapi segala kemewahan tersebut tidak membuatkannya lupa diri. Dia masih menafkahkan sedikit hartanya buat yang kurang mampu dan tidak bermegah-megah dengan kekayaan yang ada. Jika hartanya di tuntut buat kepentingan agama dia tidak susah hati untuk memberikannya. Sejarah menunjukkan isteri nabi Khadijah seorang bangsawan dan hartanya di serahkan semuanya buat Islam.
Ayuh, kita menjadi martabatkan kembali Islam. Kesilapan kita apabila kita memandang remeh perkara sebegini. Ada yang mengatakan "alah, selekeh kat atas dunia je". Tapi fikirlah kembali mungkin kerana selekehnya kita akhirnya mengundang fitnah buat agama. Bukanlah kita perlu berhias berlebihan. Sederhana itu yang di tuntut. Cukuplah jika berpakaian bersih dan kemas. Tapi niatkanlah kerana Allah dan bukan kerana riak. Wallahu'alam.
0 comments:
Post a Comment