Alhamdulillah hari ni dah start semester baru dan semuanya berjalan lancar walaupun agak penat sikit. Pagi tadi ke school fizik dulu untuk daftar kos memandangkan ada masalah dengan e-daftar. Staf kat situ pun agak pelik kenapa tak boleh daftar sedangkan status saya aktif. Selesai mendaftar berkejar ke kelas HIS 213, Sumber dan Prinsip Perundangan Islam. Dah lama dah nk mendalami ilmu pasal ni memandangkan masa kat sekolah dulu hanya sempat belajar PQS dan PSY untuk tingkatan 4 je.
Masa kat dalam kelas HIS 213 tadi, Dr Jasni ada menyebut tentang situasi pelajar yang bagus dari segi penampilan dan ilmu agamanya tapi mungkin tak sedar dia telah menggunakan harta orang lain secara haram. Pernah dengar pasal pelajar yang mungkin extend ataupun belajar berhampiran dengan universiti dan menumpang bilik hostel kawan-kawan kerana enggan membayar yuran? Kita mengambil remeh tentang perkara ini dan tak menganggap ianya satu kesalahan sedangkan kita terlupa yang harta, elektrik, air yang kita gunakan sebenarnya adalah hak orang lain. Perkara kecil sebegini memang kita selalu terlepas pandang.
Sama juga situasi semasa kita bekerja. Waktu yang sepatutnya kita gunakan untuk bekerja tapi kita gunakan untuk perkara yang lain. Kita tak sedar yang kita sebenarnya telah mencuri masa dan duit yang kita terima dari gaji kita mungkin ada sebahagiannya haram kita memakannya. Sebab itu kita digalakkan bersedekah dan memberikan sedikit harta kita kepada orang lain bagi menyucikan diri kita dan tertunailh hak orang lain. Sedikit perkongsian dan peringatan buat diri sendiri juga. Semoga menjadi renungan buat kita bersama. Wallahua'lam.
0 comments:
Post a Comment