31 December 2009

KE'SETIAUSAHA'AN DALAM HIDUP

In The Name of Allah The Most Gracious The Most Merciful



Baru beberapa hari kuliah bermula tetapi dah mula merasai kesibukan dek kerana banyak kerja yang tertangguh. Benarlah kata pepatah "We never plan to fail but we are fail to plan". Ketiadaan perancangan dan cuba disiplin diri boleh membuatkan hidup kita tak terurus dan kerja ditangguh hingga last minute. Sebab itulah kita memerlukan ke'setiausaha'an dalam hidup kita.

Di dalam sebuah syarikat, akan ada setiausaha yang mengatur perjalanan dan perancangan kerja. Begitu juga dalam hidup kita. Kitalah setiausaha kepada hidup kita. Kita memerlukan satu perancangan yang rapi dan juga penyusunan yang fleksibel serta disiplin yang tinggi barulah kita mampu mencapai target bagi setiap yang kita rancangkan biiznillah.

Banyak perkara yang terjadi kebelakangan ni yang membuatkan saya terlupa tentang penyusunan perjalanan hidup saya sebagai pelajar tahun akhir. Semasa dikelas Dr Suhaimi pagi tadi saya terlihat satu folder beliau bertajuk "THINGS TO DO THIS WEEK". Barulah saya teringat yang saya tidak mempunyai rangka perancangan pun lagi buat semester ini. Teringat pula ketika membaca novel "Ayat-ayat cinta" di mana Fahri mempunyai perancangan dan target yang ingin di capai 10 tahun akan datang. Begitu jauh Fahri merancang jalan hidupnya. Seharusnya kita mencontohi sikap sebegitu walaupun ianya hanya sebuah watak di dalam novel.

Pada saya dalam setiap langkahan saya, ada sesuatu yang mampu diambil pengajaran dan peringatan walaupun perkara tersebut sangat kecil. Saya menganggap semuanya adalah teguran dan ajaran dari Allah buat saya. Kadang kita terlalu sibuk dengan kehidupan seharian sehingga kita tak sempat menikmati keindahan alam ciptaannya yang terkandung banyak rahsiaNYA buat insan yang berfikir dan ingin mengambil pengajaran dariNYA.

Marilah kita sama-sama merancang dari sekecil-kecil perkara sehinggalah ke besar-besar perkara dalam hidup kita. Walau mungkin kita tak memenuhi semua target yang kita rancangkan, tapi sekurang-kurangnya kita tahu hala tuju hidup kita dan boleh mengambil iktibar darinya. Moga kita istiqamah dengan apa yang kita lakukan. Wallahua'lam.

NUR

29 December 2009

Selekeh kat dunia je..



 In The Name of Allah The Most Gracious The Most Merciful



Pernah dengar tak peribahasa 'Dont judge a book by its cover?'. Peribahasa ini wujud kerana kita manusia sering menilai orang lain berdasarkan first impression. Jika pertemuan pertama kita membuatkan orang merasa selesa maka kita akan mempunyai tanggapan yang baik tentang dirinya dan begitulah sebaliknya. Allah itu indah dan menyukai yang indah. Bayangkan ada dua orang salesman datang kepada kita dengan mempromosikan produk masing-masing. Salesman A memakai kot dan pakaian yang membuatkannya kelihatan segak dan salesman B datang dengan pakaian yang selekeh dan seperti tidak terurus. Jika anda sebagai pembeli pasti anda lebih selesa untuk membeli barangan dari salesman A dari salesman B walaupun mungkin produk yang di jual oleh salesman B tadi lebih bagus dari A. Tapi memandangkan dengan penampilan dan cara salesman A mempromosikan produk mereka membuatkan kita lebih yakin untuk membeli produk dari salesman A dari B.

Itulah realiti dunia sekarang. Jika kita bandingkan orang Islam dan orang bukan Islam sangat jauh bezanya. Kita orang Islam membawa produk iaitu Islam yang memang kita tahu benar dan terbukti jaminannya tapi mengapa kita umat Islam tidak disanjung dan di hormati sebaliknya kita diperkotak-katikkan dan di hina oleh orang bukan Islam. Bahkan kita pula yang takut dan menghormati mereka.

Bagaimana kita hendak di pandang tinggi sekiranya umat Islam kini sangat lemah dan ketinggalan baik dari sudut ekonomi, ilmu dan teknologi. Kitalah juga yang di kategori sebagai umat yang miskin. Penampilan yang kita tonjolkan pada orang bukan Islam langsung tak menunjukkan kita adalah umat yang terbaik.

Ramai yang mendakwa diri mereka zuhud sebab itulah mereka berpakaian selekeh, tinggal di rumah yang seperti hendak roboh, dan hidup pula seperti tak terurus kerana katanya mereka tidak terikat dengan dunia. Bukanlah begitu namanya zuhud. Islam tidak menghalangnya umatnya mencari harta, memakai pakaian yang indah dan tinggal di tempat seperti istana tetapi segala kemewahan tersebut tidak membuatkannya lupa diri. Dia masih menafkahkan sedikit hartanya buat yang kurang mampu dan tidak bermegah-megah dengan kekayaan yang ada. Jika hartanya di tuntut buat kepentingan agama dia tidak susah hati untuk memberikannya. Sejarah menunjukkan isteri nabi Khadijah seorang bangsawan dan hartanya di serahkan semuanya buat Islam.

Ayuh, kita menjadi martabatkan kembali Islam. Kesilapan kita apabila kita memandang remeh perkara sebegini. Ada yang mengatakan "alah, selekeh kat atas dunia je". Tapi fikirlah kembali mungkin kerana selekehnya kita akhirnya mengundang fitnah buat agama. Bukanlah kita perlu berhias berlebihan. Sederhana itu yang di tuntut. Cukuplah jika berpakaian bersih dan kemas. Tapi niatkanlah kerana Allah dan bukan kerana riak. Wallahu'alam.

NUR

28 December 2009

Pernahkah kita terfikir?

In The Name of Allah The Most Gracious The Most Merciful




Alhamdulillah hari ni dah start semester baru dan semuanya berjalan lancar walaupun agak penat sikit. Pagi tadi ke school fizik dulu untuk daftar kos memandangkan ada masalah dengan  e-daftar. Staf kat situ pun agak pelik kenapa tak boleh daftar sedangkan status saya aktif. Selesai mendaftar berkejar ke kelas HIS 213, Sumber dan Prinsip Perundangan Islam. Dah lama dah nk mendalami ilmu pasal ni memandangkan masa kat sekolah dulu hanya sempat belajar PQS dan PSY untuk tingkatan 4 je.

Masa kat dalam kelas HIS 213 tadi, Dr Jasni ada menyebut tentang situasi pelajar yang bagus dari segi penampilan dan ilmu agamanya tapi mungkin tak sedar dia telah menggunakan harta orang lain secara haram. Pernah dengar pasal pelajar yang mungkin extend ataupun belajar berhampiran dengan universiti dan menumpang bilik hostel kawan-kawan kerana enggan membayar yuran? Kita mengambil remeh tentang perkara ini dan tak menganggap ianya satu kesalahan sedangkan kita terlupa yang harta, elektrik, air yang kita gunakan sebenarnya adalah hak orang lain. Perkara kecil sebegini memang kita selalu terlepas pandang.

Sama juga situasi semasa kita bekerja. Waktu yang sepatutnya kita gunakan untuk bekerja tapi kita gunakan untuk perkara yang lain. Kita tak sedar yang kita sebenarnya telah mencuri masa dan duit yang kita terima dari gaji kita mungkin ada sebahagiannya haram kita memakannya. Sebab itu kita digalakkan bersedekah dan memberikan sedikit harta kita kepada orang lain bagi menyucikan diri kita dan tertunailh hak orang lain. Sedikit perkongsian dan peringatan buat diri sendiri juga. Semoga menjadi renungan buat kita bersama. Wallahua'lam.

NUR

26 December 2009

Dakwah Non-Muslim

In The Name of Allah The Most Gracious The Most Merciful

Teringat sewaktu saya bersama 3 lagi sahabat yang lain ke UUM menggantikan Bro Kamaruddin untuk berkongsi sedikit ilmu tentang perbandingan agama kepada pelajar di sana sempena program Kolokium Pemantapan Aqidah yang turut desertai oleh adik saya sendiri.

Semasa sesi soal jawab, seorang peserta bertanyakan perihal patutkah kita menyampaikan dakwah kepada non-muslim sedangkan dalam Al-Quran sendiri telah menyatakan dalam surah al-baqarah ayat 120 :

"Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak akan
senang kepada kamu hingga kamu mengikuti agama
mereka."

Jadi kenapa kita bersusah payah untuk berdakwah kepada mereka?

Kesedaran tentang dakwah non-muslim memang kurang di Malaysia. Masih sedikit Muslim di Malaysia memainkan peranan untuk menyampaikan dakwah kepada bukan Islam. Saya sendiri mungkin tidak pernah terfikir tentang kepentingan berdakwah kepada non-muslim sekiranya tidak mengikuti kelas perbandingan agama. Alhamdulillah Allah memberi kesempatan buat saya untuk berdakwah kepada non-muslim walaupun usaha yang saya lakukan sikit sangat.

Kita berdakwah kepada yang makruf dan mencegah kepada yang mungkar. Kadang kita lupa mungkar yang paling besar adalah mensyirikkan Allah. Walau sebanyak manapun dosa kita selagi kita tidak mensyirikkan Allah, kita pasti akan di masukkan ke dalam syurga. Tetapi mereka yang meninggal dalam keadaan mensyirikkan Allah, diharamkan syurga buatnya dan kekallah dia di dalam neraka.

Kita harus bersyukur dengan segala nikmat dan kurniaan yang telah di berikan kepada kita termasuklah nikmat iman dan Islam. Segala nikmat yang diberikan kepada kita pasti dipersoalkan dan dipertanggungjawabkan ke atas kita kelak. Mahukah kita di persoalkan oleh Allah mengapa tidak kita sampaikan nikmat Islam yang kita dapat kepada orang yang tidak mengetahuinya lagi. Mahukah kita diletakkan di dalam golongan orang yang sombong dan mementingkan diri sendiri? Cuba lihat kawan non muslim kita. Sanggupkah kita melihatnya dihumbankan ke dalam api neraka?

Ayuh kita tingkatkan kesedaran berdakwah kepada non-muslim dalam diri kita. Walau hanya dengan menunjukkan contoh yang baik kepada mereka. Buatlah sekadar yang kita mampu. Hari ini umat Islam diperkotak-katikkan dan dianggap boneka. Jika kita tidak dapat mengislamkan mereka memadailah sekiranya kita mampu mengubah persepsi mereka kepada Islam. Mudah-mudahan mereka dapat menyampaikannya kepada kawan-kawan mereka pula. Usaha yang kecil jika di lakukan secara berterusan, insyaallah akan memberikan impak yang besar. Dan ingatlah ukuran kejayaan dalam berdakwah bukanlah berdasarkan berapa ramai orang yang revert. Tapi bagaimana kesungguhan kita dalam menyampaikan kebenaran.Wallahua'alam.

NUR

24 December 2009

Mari selidiki Asal usul Krismas

In The Name of Allah The Most Gracious The Most Merciful

Tanggal 25 Disember memang di nantikan oleh penganut kristian bagi meraikan perayaan hari krismas. Mereka menghias pokok krismas dengan berbagai jenis hiasan dan lampu. Pada hari tersebut mereka saling bertukar hadiah. Bagi penganut kristian mereka menyambut hari krismas sempena menyambut hari kelahiran Jesus. Apakah asal usul perayaan krismas ini sebenarnya. Betulkah ia hari kelahiran Jesus?

Saya pernah belajar sedikit tentang perayaan agama kristian. Tapi taklah begitu detail. Adik saya juga ada  bertanya dari mana pula datangnya asal usul santa claus?
So, i juz google then terjumpa satu artikel ni  THE PLAIN TRUTH ABOUT CHRISTMAS by Herbert W. Armstrong.

Ini sedikit ringkasannya. Artikel penuh Here.






Asal-usul perayaan Krismas


Kata Christmas yang ertinya Mass of Christ atau singkatannya Christ-Mass,diertikan sebagai hari untuk merayakan kelahiran “Jesus”. Perayaan ini berasal dari ajaran Gereja Kristian Roman Katolik. Dari manakah sebenrnya ajaran tersebut kerana ianya tiada di dalam Bible dan Jesus tidak pernah menyuruh pengikutnya meraikannya. Menurut Catholic Encyclopedia, edisi 1911, berjudul “Christmas”,

“Natal bukanlah diantara upacara-upacara awal Gereja … bukti awal menunjukkan bahwa pesta tersebut berasal dari Mesir. Perayaan ini diselenggarakan oleh para penyembah berhala dan jatuh pada bulan Januari ini, kemudian dijadikan hari kelahiran Jesus.”

Encyclopedia Americana terbitan tahun 1944 juga menyatakan sebagai berikut:

“Menurut para ahli, pada abad-abad permulaan, Natal tidak pernah dirayakan oleh umat Kristian. Pada umumnya, umat Kristian hanya merayakan hari kematian orang-orang terkemuka saja, dan tidak pernah merayakan hari kelahiran orang tersebut..” (“Perjamuan Suci” yang termaktub dalam Kitab Perjanjian Baru, hanyalah untuk mengenang kematian Jesus Christ.) “…Perayaan Natal yang dianggap sebagai hari kelahiran Jesus, mulai diresmikan pada abad keempat Masehi. Pada abad kelima, Gereja Barat memerintahkan kepada umat Kristian untuk merayakan hari kelahiran Jesus, yang diambil dari hari pesta bangsa Roman yang merayakan hari ”Kelahiran Dewa Matahari.” Sebab tidak seorang pun yang mengetahui hari kelahiran Jesus.”

Bagaimana prosesnya Krismas yang akhirnya masuk ke gereja? Sewaktu agama kristian berkembang, dunia dikuasai oleh Empayar Rom dan pengikut agama kristian sentiasa di kejar dan diseksa oleh penguasa Rom. Tetapi setelah constantine menjadi kaisar dan menganut agama kristian pada abad ke-4 masihi, berbondong-bondong orang menganut agama kristian.Tetapi kerana mereka sudah terbiasa merayakan hari kelahiran dewa-dewanya pada tanggal 25 Disember, jadi adat tersebut sukar untuk dihilangkan.Di dalam artikel, New Schaff-Herzog Encyclopedia of Religious Knowledge menjelaskan bagaimana kaisar Konstantin tetap merayakan hari “Sunday” sebagai hari kelahiran Dewa Matahari. (Sun =
Matahari, Day = Hari – dalam bahasa Indonesia disebut hari Minggu -- pen.) Dan bagaimana pengaruh kepercayaan kafir Manichaeisme yang menyamakan Anak Tuhan (Jesus) identikal dengan Matahari, yang kemudian pada abad ke-4 Masehi kepercayaan itu masuk dalam agama Kristen. Sehingga perayaan hari kelahiran Sun-god (Dewa Matahari) yang jatuh pada tanggal 25 Disember, dirasmikan menjadi hari kelahiran Son of God (Anak Tuhan – Jesus).


Asal-usul Pokok Krismas

Di kalangan penganut agama kuno, pokok tersebut disebut “Mistletoe” yang di pakai sewaktu perayaan musim panas kerana mereka perlu memberikan persembahan suci kepada matahari, yang telah memberikan mukjizat penyembuhan. Kebiasaan berciuman di bawah pohon itu merupakan awal acara di malam hari, yang dilanjutkan dengan pesta makan dan minum sepuas-puasnya, sebagai perayaan yang diselenggarakan untuk memperingati kematian “Matahari Tua” dan kelahiran “Matahari Baru” di musim panas.

Rangkaian bunga suci yang disebut “Holly Berries” juga dipersembahkan kepada dewa Matahari. Sedangkan batang pohon Yule dianggap sebagai wujud dari dewa matahari. Begitu juga menyalakan lilin yang terdapat dalam upacara Kristian hanyalah lanjutan dari kebiasaan kafir, sebagai tanda penghormatan terhadap dewa matahari yang bergeser menempati angkasa sebelah selatan.

Siapakah Santa Claus?

Santa Claus bukan ajaran yang berasal dari paganisme, tetapi juga bukan ajaran
Kristian. Santa Claus  ini adalah ciptaan seorang pastur yang bernama “Santo Nicolas” yang hidup pada abad ke empat Masehi. Hal ini dijelaskan oleh Encyclopedia Britannica, volume 19 halaman 648-649, edisi kesebelas, yang berbunyi sebagai berikut:

“St. Nicholas, adalah seorang pastur di Myra yang amat diagung-agungkan oleh orang-orang Yunani dan Latin setiap tanggal 6 Desember…Legenda ini bermula dari kebiasaannya yang suka memberikan hadiah secara sembunyi-sembunyi kepada tiga anak wanita miskin… untuk melestarikan kebiasaan lama dengan memberikan hadiah secara tersembunyi itu digabungkan ke dalam malam Natal. Akhirnya berkaitlah antara hari Natal dan Santa Claus…”

Hadiah Krismas

Acara yang paling penting dalam perayaan Natal adalah “The Christmas Shopping Season – Musim Belanja Natal” yang dilakukan dengan cara membeli dan tukar menukar hadiah.

Menurut Bibliothica Sacra, volume 12, halaman 153-155:

“Tukar menukar hadiah antara teman di hari Natal serupa dengan adat agama Saturnalia. Kemungkinan besar, kebiasaan ini diadopsi oleh orang-orang Kristian dari agama Pagan, sebagaimana yang dilakukan oleh orang-orang Tertulianus.”
Begitulah serba sedikit tentang perayaan krismas yang diraikan oleh penganut kristian. Jika dikaji dengan mendalam perayaan krismas ini penuh dengan warisan dari paganisme dan bukanlah bertujuan untuk memperingati kelahiran Jesus Christ. Di dalam agama Kristian sendiri terdapat larangan meniru cara penyembahan orang kafir.

“Maka hati-hatilah, supaya jangan engkau kena jerat dan mengikuti mereka, setelah mereka dipunahkan dari hadapanmu, dan supaya jangan engkau menanya-nanya tentang tuhan mereka dengan berkata: “Bagaimana bangsa-bangsa ini beribadah kepada tuhan mereka? Aku pun mau berlaku begitu.” Jangan engkau berbuat
seperti itu terhadap Tuhanmu. Sebab segala yang menjadi kekejian bagi Tuhan, apa yang dibenciNya, itulah yang dilakukan mereka bagi tuhan mereka; bahkan anak-anaknya lelaki dan anak-anaknya perempuan dibakar mereka dengan api bagi tuhan mereka.”
(Ulangan 12:30-31)


Sebagaimana yang sering kita dengar, Tuhan melarang kita menyembahNya hanya dengan “menurut kata hati kita sendiri.”  Ambillah pengajaran di sebalik asal-usul perayaan krismas ini semoga kita tidak tergolong dalam golongan yang menyekutukan Allah dengan apa jua sekali pun. Wallahua'lam.

NUR

23 December 2009

Injil Barnabas

 In The Name of Allah The Most Gracious The Most Merciful




Injil Barnabas ialah Injil Kontroversi yang dinisbahkan pada salah seorang murid terdekat Jesus. Kandungan Injil ini bertentangan dengan keempat injil kebiasaannya (Matius, Mark, Luke dan John) dalam sejumlah masalah pokok dan prinsip dalam doktrin Kristian. Diantaranya penolakan dakwaan ketuhanan jesus, penegasan terselamatnya Jesus dari penyaliban, tentangan terhadap penyampaian St. Paul dan misinya serta perkabaran tentang hal ehwal Isa.

Siapakah Barnabas?
Barnabas adalah salah seorang hawariyun atau murid setia Nabi Isa. Injil sendiri menyebutkan riwayat Barnabas dalam sejumlah tempat, antaranya:

"Then tidings of these things came unto the ears of the church which was in Jerusalem: and they sent forth Barnabas, that he should go as far as Antioch.
Who, when he came, and had seen the grace of God, was glad, and exhorted them all, that with purpose of heart they would cleave unto the Lord.
For he was a good man, and full of the Holy Ghost and of faith: and much people was added unto the Lord. " (Acts:11:22-24)

Barnabas wafat pada tahun 61 M di Siprus. Ia dibunuh oleh kaum pagan dengan cara dilempari batu.

Sejumlah sumber sejarah menegaskan wujudnya injil,risalah dan kitab tentang perjalanan dan ajaran para rasul versi Barnabas. Pada tahun 1809, Chandruff, ilmuwan berbangsa Jerman, menemukan risalah (surat) Barnabas di antara lembaran Manuskrip Sinai yang ditemuinya, yang menandakan bahwa risalah tersebut pernah dianggap suci dalam tempoh waktu tertentu.

Namun anehnya, semua risalah dan tulisan Barnabas tidak dianggap suci lagi. Di sini kita tertanya-tanya bagaimana risalah St paul dan luke yang tak pernah melihat Jesus dianggap suci, sementara ajaran Barnabas yang terlebih dahulu beriman dan menjadi murid nabi Isa tidah dianggap suci?
Ini adalah kerana pada tahun 366, keluar arahan rasmi dari Pope Damasis yang melarang pembacaan dan penelahan Injil Barnabas. Arahan yang sama dikeluarkan Dewan Gereja Barat (tahun 382). Selanjutnya pada tahun 492 Pope Galacius I mengharamkan pembacaan sejumlah Injil versi tiada aliran semasa, salah satunya adalah Injil Barnabas. Begitulah Injil Barnabas menghilang dari peredaran zaman selama berabad-abad.

NUR

22 December 2009

Tekadku..

In The Name of Allah The Most Gracious The Most Merciful

"Allah memberikan hikmah kebijaksanaan kepada sesiapa yang dikehendakiNYA. Dan sesiapa yang diberikan Hikmat itu maka sungguh ia telah berikan kebaikan yang banyak. Dan tiadalah yang dapat mengambil pengajaran (dan peringatan) melainkan orang yang menggunakan akal fikirannya."
(surah al-baqarah:269)

Alhamdulillah result dah keluar dan seronok sangat sebab apa yang dapat di luar jangkaan. Semalaman tak dapat tidur memikirkan camnelah result saya nanti. Memandangkan target yang agak tinggi saya letakkan untuk final year ni membuatkan saya agak gelisah menantikan keputusannya. Akhirnya penantian tu berakhir dengan kegembiraan.

Namun jauh di sudut hati mengucap syukur pada DIA sebab saya pasti usaha saya tak seberapa pun. Dengan keadaan sem lepas yang agak menyerabutkan dan seperti hilang arah tuju alhamdulillah DIA masih mengurniakan buat saya perkara yang saya sangat harapkan. Tinggal satu semester saje lagi untuk penetuan hala tuju hidup saya lepas ni. Bekerja atau sambung belajar? Saya masih memikirkan lagi baik buruknya. Walaupun sebelum ni agak tekad untuk ambil master.

Teringat pulak perjumpaan saya dan Dr Mutharasu, lecturer yang mengajar saya Non-destructive testing semasa saya tahun 2 dulu untuk menjemput Dr. ke Majlis Jamuan Hari Raya anjuran IPSI dengan kerjasama Pusat Islam. Tapi sayangnya Dr. tak dapat hadir. I'm very impressed with him. Such a nice and great teacher for me. Unfortunately he's not Muslim. He's from India. He said woman in Malaysia are so lucky because here woman can just work like a man and no discrimination. He ask me and my friends what's we gonna do after we finish our degree. I said maybe I will further to Master so my friend. He said that's good. Dont just stop at degree coz at Malaysia you got a lot of opportunity. He compared woman in Malaysia and India. In India after finish their degree then the father will just find a husband for their daughter and also the woman need to pay a lot for the dowry. He said even his wife got pHD before they get married his wife need to prepare house, car, money and gold as a dowry. Although he doesn't want all that stuff but he has to follow what their parent want. But here man will take that responsibility coz in Islam man are responsible for that. He said even Indian in Malaysia now did not follow the tradition anymore instead the man will pay for the dowry. Di Malaysia juga katanya Indian tak lagi mengamalkan sistem kasta. Tapi di India masih di amalkan. Untuk perkahwinan pun you cant choose. semuanya diaturkan oleh ibu bapa. So he said we're very lucky.

So grab the opportunity and do further your study till pHD. He said he's very respect with Prof Junaidah and also other woman professor. They can play their role as a wife, mother and lecturer pretty good. Although there are very busy but they still can do research. Many people respect them. He said it's such a nice if I can be like that. Deep in my heart, I'm very thankful to Dr Mutharasu coz he reminds me about my dream and what I'd planned for myself. Insyaallah I will fulfill my dream.

Saya pernah membaca buku LA TAHZAN JANGAN BERSEDIH KHAS UNTUK MUSLIMAH BIJAK BISTARI karangan Nurhawanis Othman tentang ketinggian ilmu dan hikmah wanita solehah. Wanita solehah yang bijaksana ini telah menunjukkan contoh kepada kita melalui perjalanan hidupnya. Di antaranya ialah:
a) Pendidikan yang berkesan yang menanamkan ciri-ciri Islam di dalam jiwa anak-anak sejak kecil lagi dapat membuatkan mereka berjaya dengan cemerlang apabila dewasa serta dapat menjadi benteng bagi mereka dalam menghadapai tipu daya musuh-musuh Allah.
b)Istiqamah seorang wanita dengan agama dan tudungnya tidak menghalangnya untuk mencapai prestasi dalam setiap pekejaannya dan melakukan kajian penyelidikan, bahkan sebaliknya semua itu menjadi pendorong bagi dirinya.
c)Kekuatan iman seorang wanita dan kesungguhannya dalam melakukan sesuatu telah menjadikannya mampu membahagikan masa antara membina rumah tangga yang cemerlang, memberi sumbangan dalam bidang keilmuan dan membuat amal kebajikan.
d)Ilmu perlu digunakan untuk kebaikan dan kepentingan masyarakat.

Buat diriku,
Istiqamahlah dan tetaplah teguh menghayun langkah.

Buat bakal suamiku,
Fahamilah diriku yang aku mengharapkan dirimu mendukungku dalam menggapai cita-citaku.

Buat sahabatku,
Kiranya apa yang diharapkan dirimu tidak menjadi kenyataan jangan putus asa. Tiap langkah yang di hayun pasti ada pengajaran dari PENCIPTA buat dirimu. Teruskan usahamu.

NUR

20 December 2009

Cinta di Rumah Hasan Al-Banna

In The Name of Allah The Most Gracious The Most Merciful


Imam Hasan Al-Banna bukanlah tokoh asing bagi sejarah dakwah Islam moden. Kejayaannya mendirikan asas gerakan dakwah al-Ikhwan al-Muslimun yang mengilhami gerak langkah kebangkitan Islam di seluruh dunia, menjadikan namanya banyak dikenali oleh para ulama Islam.

Buku CINTA DI RUMAH HASAN AL-BANNA ini bukanlah membicarakan mengenai kehidupan beliau sebagai tokoh da'ie tetapi membuka sedikit lembaran kehidupan Hasan Al-Banna sebagai ketua ketua keluarga. Bagaimana beliau berinteraksi dan mendidik anak-anaknya.

Saya sangat tertarik ketika membaca buku ini. Buku ini sesuai di jadikan rujukan buat seorang ayah yang juga bergelar da'ie yang kehidupannya banyak dihabiskan buat mentarbiah masyarakat. Perkara yang paling saya kagumi adalah bagaimana tokoh sepertinya yang sangat sibuk dengan dakwah tetapi mempunyai masa yang cukup bagi menguruskan keluarga beliau. Beliau melakukan perancangan yang baik buat anak-anaknya.  Hasan Al- Banna menyediakan catatan sendiri buat anak-anaknya. Di antara perkara yang terdapat di dalam catatannya adalah tarikh dan sejarah kelahiran, nombor kelahiran, jadual pemberian ubat dan makanan, surat keterangan doktor, keterangan ataupun catatan mengenai keadaan penyakit secara terperinci, ijazah anak-anak, catatan prestasi anak-anak di sekolah dan lain-lain.

Kata anaknya Tsana, "Kami tidak pernah merasakan adanya beban kegiatan yang dirasakan ayah selama di rumah. Misalnya, kami tidak melihatnya seperti banyak orang yang kerap berteriak ataupun bersuara keras di dalam rumah, dan sepertinya sebagai akibat daripada tekanan mental dan fizikalnya setelah banyak melakukan aktiviti di luar rumah. Bahkan yang paling penting dalam kehidupan ayah adalah soal menguruskan keluarga. Jika saudara baca bagaimana peri kehidupan ayah, saudara akan lihat semuanya berlaku sesuai seperti apa yang dicontohkan Rasulullah s.a.w.

Fahamilah peranan kita di dalam keluarga sebelum kita melangkah melaksanakan peranan kita di luar rumah. Kerana mereka lebih berhak keatas kita. Renung-renungkan..

Download buku cinta di rumah Hassan Al-Banna
NUR

19 December 2009

IMPERFECTION IS PERFECT

In The Name Of Allah The Most Gracious The Most Merciful




Life is like a rainbow, Good from a distance as you enjoy;

But try to capture it, And you have nothing to capture. Don’t try to capture life, Feel every moment you live.


Kita kadang-kadang mengejar kesempurnaan dalam hidup. Kita mengharapkan apa yang kita impikan menjadi kenyataan.Segalanya kalau boleh nak seperti yang kita gambarkan.
Kita mengharapkan segala perancangan kita akan terlaksana.Hakikatnya tiada yang sempurna.
Sengaja Allah ciptakan begitu supaya kita sebagai hambaNYA bersyukur dan sedar siapa diri kita.
Selagi kita bersyukur dengan apa yang telah di tentukan buat kita, kita akan sedar IMPERFECTION IS PERFECT.

Kerap kali kita selalu mengeluh dengan ujian hidup yang datang mengisi di setiap liku-liku hidup kita. Seringkali kita tangisi kenapa aku ditimpakan ujian seberat ini. Kita terlupa tiap langkah yang kita ambil ada DIA yang terlebih dahulu merancang apa yang terbaik buat kita. Dan DIA Maha berkuasa ke atas kita. Kita pula terlalu lemah sehingga tak dapat melihat hikmah di atas segala ketentuanNYA dan seringkali menangisi apa yang tak mampu kita gapai sedang yang berada di genggaman tak pernah kita syukuri.

Letaklah keyakinan kepada Allah atas segala urusan kita. Berserahlah kepadanya. Berserah bukan bererti kita menunggu sahaja segalanya terjadi tanpa kita berusaha tapi setelah kita merancang dan berusaha serahlah pada DIA yang Maha Berkuasa. Kerana segalanya milik DIA dan hanya DIA yang berhak ke atas kita. Redhalah dengan apa yang telah di putuskannya buat kita. Kerana barangkali apa yang kita tak suka itulah sebenarnya yang terbaik buat kita. Jangan sesekali ketepikan DIA dalam segala urusan kita. Dalam keadaan kebergantungan kita kepadanya barulah kita akan berasa tenang dan mampu redha kerana kita tahu DIA yang mengatur hidup kita dan dia pasti tidak akan menzalimi diri kita. Rasulullah pernah bersabda:
"Jangan sekali-kali menaruh harapan pada sesuatu yang ada dalam kekuasaan manusia." (Riwayat ibnu maajah)

Coretan ini adalah untuk mengingatkan diri sendiri yang selalu lupa pada DIA. Semoga kita sentiasa menjadi hambanya yang bersyukur.

ALLAH said:
If you never felt pain, or experienced problems, how would you know I am a Healer?
If you never made a mistake, how would you know I am forgiving?
If you were never hurt, how would you know I can comfort you?If your life was perfect, then why would you need Me?
Put your trust in Allah.

NUR

18 December 2009

Salam Maal Hijrah 1431H


Selamat menyambut tahun baru 1431H.
Semoga kedatangan tahun baru ini dimulakan dengan azam,visi dan misi yang jelas
serta diperteguhkan mujahadah dan istiqamah.

NUR
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Site Meter