Details of the program:
Date:
Venue :
In The Name of Allah The Most Gracious The Most Merciful
Allah memegang nyawa (seseorang) pada saat kematiannya dan nyawa (seseorang) yang belum mati ketika dia tidur; maka Dia tahan nyawa (orang) yang telah Dia tetapkan kematiannya dan Dia lepaskan nyawa yang lain sampai waktu yang di tentukan. Sungguh, pada yang demikian itu terdapat tanda-tanda (kebesaran) Allah bagi kaum yang berpikir. (Surah Az-Zumar: 42)
Subhanallah. Alhamdulillah. Allahuakbar. Syukur pada Allah yang telah menghidupkan kita kembali selepas Dia mematikan kita ketika kita tidur. Orang-orang yang mati rohnya ditahan Allah sehingga tidak dapat kembali kepada tubuhnya; dan orang-orang yang tidak mati hanya tidur saja rohnya dilepaskan sehingga dapat kembali kepadanya lagi.
Kebelakangan ni tidur saya banyak terganggu. Banyak perkara yang merunsingkan hinggakan otak tak berhenti berfikir even badan dah terlalu penat. Semalam di takdirkan Allah saya demam. Alhamdulillah, disebabkan badan yang tak larat ni, saya dapat tidur dengan nyenyak. Bangun pagi ni rasa macam segar sangat. Since hari ni cuti, so ambik masa duduk kat balcony bilik saya menikmati pemandangan yang sungguh indah. Sebelum ni everytime bangun pagi perlu berkejar nak pergi kerja pulak.
Dari balkoni International House, Universiti Sains Malaysia. (7 Januari 2012, 7.08 pagi) – Kredit tu my sister
Sepanjang termenung kat balcony tu, banyak perkara yang bermain di fikiran. Runsing juga dengan keadaan proposal yang belum siap ni. I have to submit before 19 since after that I will be going back to my hometown. Really miss my big family especially my youngest sister. Rabbi Yassir wa la Tu’assir. And at the same time I’m thinking what is my plan for my future.
Today, I am a single person. One day, I will be a wife and a mother as well insyaallah. Am I able to manage myself to become a pious servant of Allah, a good daughter to my parent, a lovely wife to my husband, a responsible mother to my children, and not to forget as a daie as well. Am I able to be like my mother? Raising a 10 child and at the same time a career woman? I’m grateful to Allah to be born into this family even though during my childhood I’m facing a difficult time with my family since they are so strict with me plus I am the eldest sister so I need to be responsible for everything. But, now I realise, I may not be a person as who I am now if they just let me do whatever I want. Thanks Umi dan Abah. I love you both so much.
This is my parent.. I really adore them.
My youngest sister.So cute...
A success is not a destination but is a journey. Keep on driving ok. Huhu….Don’t give up. Don’t lose hope. (Actually I’m saying this to myself )
“A hero is an ordinary individual who finds the strength to persevere and endure in spite of overwhelming obstacles.”
With love,
NUR
In The Name of Allah The Most Gracious The Most Merciful
Alhamdulillah, all praises to Allah…Be Grateful to Allah for giving us opportunity and chance to have another new year. Alhamdulillah, dapat juga mengharungi tahun 2011 yang sangat tough buat saya. Sometimes I wonder what would happen if because of “that problem” I give up and even quit my master because I feel like I cant stand anymore. Alhamdulillah Allah gives me strength, family who always support me and my friends who’s be there for me when I'm in need. Syukran A’la kulli hal. Jazakallah..May Allah rewards all of you. And thanks to the person who put me in that state as well. I leave it all to Allah’s judgement.
So many things happen during year 2011. Antaranya saya terlibat dalam satu kemalangan jalan raya. Actually my fault la. Saya yang langgar motor tu. Tapi tak sengaja. And the worst part is, orang yang saya langgar tu adalah polis. Dia baru balik dari bertugas waktu tu.
Masa call abah bagitau pasal ni terketar-ketar jugaklah. Memang tak dapat nak drive dah time tu. Lepas abah dah sampai kat tempat kejadian ingatkan abah akan marah saya. Tapi alhamdulillah abah ok je. Langsung tak marah. Senyum je. Terus mintak maaf dengan abah. Nak nangis jugak time tu…huhu..Lepas accident ni memang dah tak berani nak pinjam kereta abah dah. Tapi abah sendiri yang suruh drive kereta dia. Thanks abah..
Ni keadaan kereta lepas accident. Teruk jugaklah. Kawan abah nak bawak kereta ni pergi claim insurans.
Ni motor yang saya langgar.
Even banyak benda yang menyedihkan sepanjang 2011, tapi banyak jugak benda yang best berlaku sepanjang 2011 ni. Thanks to all my friends Msc. Medical Physics USM. A lot of memory I got from them. Masa ni baru ambil masa jalan-jalan, dah belajar lepak-lepak dengan kawan. mungkin nampak macam membuang masa dan melekakan. Tapi sebenarnya walau apa pun yng kita buat dan bersama dengan siapa kita sekalipun, selagi kita boleh mengambil iktibar dan sentiasa memuhasabah diri sendiri, tiada yang sia-sia sebenarnya.
These are my classmates with our ex-Medical Physics Program Chairman, Dr Suhaimi (Insyaallah he will be my supervisor for phd)
This picture taken somewhere around Mei if I’m not mistaken. We went to Titi Kerawang during study week before final exam for last semester.
Finally, our graduation. (I really miss you all a lot –Miss the day we hang out together)
Now here come 2012. Let go all the bad memories behind. There’s a lot to discover for the next 12 months in this year. Banyak sangat azam tahun baru ni. Hope tertunai semuanya. Hargai setiap detik dan saat dalam hari kita. Semoga kita berada dalam golongan hambaNYA yang bertakwa dan bersyukur.
“Daripada Abdullah ibnu Umar radhiallahu ‘anhu katanya, Rasulullah sallallahu ‘alaihi wasallam memegang bahuku seraya bersabda: Jadilah diri kamu di atas dunia ini sebagai seorang perantau. Ibnu Umar berkata: Apabila kamu berada pada waktu petang janganlah tunggu menjelangnya waktu pagi, apabila kamu berada waktu pagi, janganlah tunggu menjelangnya petang. Gunakanlah peluang untuk beramal semasa kamu sihat untuk persediaan ketika kamu sakit dan semasa kamu hidup untuk persediaan matimu”. (Riwayat Bukhari)
With Love,
NUR
Oleh: Mohamed Sirajudin (Bendahari, IPSI) siraj_07@yahoo.co.uk
Bila tibanya penghujung tahun, salah satu soalan yang sering dilontarkan oleh mereka yang beragama Kristian kepada penganut Islam ialah seperti berikut:
Kalau benar umat Islam beriman kepada Yesus Kristus, mengapa mereka tidak berserta bersama dengan penganut Kristian menyambut Hari Natal sepertimana mereka memperingati Maulid Nabi?
Bagi kita, ini merupakan satu soalan yang sememangnya menarik dan perlu diberikan perhatian yang sewajar. Sebenarnya, ada beberapa sebab mengapa umat Islam tidak merayakan Hari Natal seperti yang dilakukan oleh penganut beragama Kristian.
Siapakah sebenarnya Santa Claus? Baca di sini.
Pertama sekali, perlu kita faham bahawa Hari Natal atau Krismas tidak ada kaitannya dengan Yesus Kristus. Perkara ini mungkin memeranjatkan bagi kebanyakkan orang tapi hakikatnya ialah tidak ada sebarang bukti atau dalil kukuh dari kitab Perjanjian Baru atau mana-mana buku sejarah yang mengatakan bahawa Yesus lahir pada 25 Disember. Cuba kita lihat beberapa pendapat.
“It is doubtful that Jesus was truly born on December 25th. Some early church fathers believed it to have been December 25th, but the Bible does not say when Jesus was born. The Bible does not even really tell us what season he was born. The early church declared December 25th to be Jesus’ birthday in order to replace a pagan Roman holiday.” (John Benza,Power to Change)
“The exact date of Christ’s birth is not known” (Encyclopaedia of Early Christianity)
“Was Jesus born on December 25? There is no evidence for this date. So then, who decided that Jesus' birth would be celebrated on that date? The early Christian church did not celebrate Jesus' birth. It wasn't until A.D. 440 that the church officially proclaimed December 25 as the birth of Christ. This was not based on any religious evidence but on a pagan feast. Saturnalia was a tradition inherited by the Roman pagans from an earlier Babylonian priesthood. December 25 was used as a celebration of the birthday of the sun god. It was observed near the winter solstice.”
(dari laman web allaboutjesuschrist.org)
Kedua, menurut bukti sejarah, tarikh Disember 25 merupakan sambutan hari kelahiran dewa matahari di zaman empayar Rom. Bila empayar Rom yang dahulunya mengamalkan penyembahan berhala menerima agama Kristian sebagai agama rasmi, perayaan hari kelahiran dewa matahari ditukar-ganti dengan menyambut hari kelahiran Yesus Kristus sebagai anak Tuhan. Ikuti penjelasan dibawah yang dipetik dari buku Jesus Christ, Our Promised Seed:
“In 274 A.D., the Romans designated December 25 as the birthday of the unconquered sun, being the time when the sun begins noticeably to show an increase in light, resulting in longer daylight hours. By 336 A.D., the church in Rome was adapting this festival, spiritualizing its significance as a reference to Jesus Christ and calling it the ‘Feast of the Nativity of the Sun of Righteousness.’ Attempting to Christianize and incorporate the pagan traditions of antiquity, the church in Rome adopted this midwinter holiday celebrating the birth of the sun god as one of its own observances, somewhat changing its significance, but retaining many customs of the pagan festival. As the Roman church spread its influence religiously and militarily, this holiday of December 25 became the most popular date in Christendom to celebrate the birth of Jesus Christ. A special mass was established for Christ, hence, the name, ‘Christmass,’ abbreviated ‘Christmas.’”
“One widespread explanation of the origin of this date is that December 25 was the Christianizing of the dies solis invicti nati (‘day of the birth of the unconquered sun’), a popular holiday in the Roman Empire that celebrated the winter solstice as a symbol of the resurgence of the sun, the casting away of winter and the heralding of the rebirth of spring and summer.” (Encylopaedia Britannica)
Pendek kata, tarikh Disember 25 dan sambutan Krismas bertitik tolak dari pemujaan berhala yang jelas berunsur syirik dan sesat. Ia bukan hari kelahiran Isa al Masih (as) yang sebenar tapi diwujudkan untuk meraikan kelahiran dewa matahari yang disembah oleh masyarakat Rom ketika itu. Oleh kerana Islam menegah umatnya dari terlibat dalam perkara-perkara yang mengandungi unsur syirik dan batil, maka sewajarnya kita perlu menjauhi diri dari menyertai sambutan Hari Natal.
Ketiga, menurut gambaran tentang kelahiran Yesus yang diberikan dalam bab 2, ayat 8 dalam Injil Lukas, semasa beliau lahir “gembala-gembala yang tinggal di padang menjaga kawanan ternak mereka pada waktu malam” (Al Kitab Indonesia Terjemahan Baru). Ini membawa maksud bahawa para pengembala kambing berada di kawasan padang terbuka pada waktu malam bersama-sama dengan haiwan ternakan mereka.
Kalau peristiwa ini dikatakan berlaku pada penghujung bulan Disember ia adalah sesuatu yang tidak masuk akal. Ini kerana bumi Palestin pada setiap bulan tersebut mengalami musim sejuk, sepertimana di Eropah. Sudah tentu ia bukannya masa yang sesuai untuk menternak haiwan di kawasan terbuka kerana kemungkinan besar si pengembala dan haiwan ternakkannya akan mati kesejukan bersama.
Jadi, berkemungkinan besar Yesus Kristus lahir lebih awal dari bulan Disember, iaitu semasa musim panas yang membolehkan haiwan ternakan dilepaskan untuk berkeliaran di kawasan padang terbuka walaupun pada waktu malam. Hanya cuaca musim panas yang dapat mengizinkan perkara sedemikian.
Keempat, dalam kitab Perjanjian Baru tidak disebut bahawa Yesus Kristus menyambut hari lahirnya atau menyuruh para pengikut untuk memperingati tarikh kelahiran beliau. Malah tidak ada sebarang rekod yang membuktikan pengikut Yesus yang terawal mahupun generasi yang seterusnya merayakan hari kelahiran beliau.
Lebih memeranjatkan ialah ada segelintir penganut Kristian yang menganggap sambutan Hari Natal sebagai satu bidaah dalam agama mereka yang patut ditentang keras. Sebagai contoh, pada kurun ke-17 pengikut bermazhab Puritan di England berjaya mendesak Parlimen di negara itu untuk mengharamkan perayaan Krismas pada tahun 1647. Sambutan itu digantikan dengan hari untuk berpuasa. Pengharaman itu hanya berakhir pada tahun 1660 bila Raja Charles II menaiki takhta.
Pada masa yang sama, gereja Presbyterian juga tidak mengalakkan sambutan perayaan itu di negara Scotland. Fakta sejarah ini jelas menunjukkan bukan semua penganut Kristian yang teruja dengan sambutan Krismas, walaupun mereka merupakan komuniti yang kecil dalam dunia Kristian.
Dan kelima, tidak ada sebarang nas atau dalil dalam sumber-sumber Islam yang mewajibkan atau menyuruh umat Nabi Muhammad (sas) untuk merayakan Hari Natal mahupun hari kelahiran mana-mana nabi atau rasul yang diutus oleh Allah s.w.t.
Dalam Islam, hanya ada 2 perayaan keagamaan yang mesti disambut, iaitu Hari Raya Eid-ul Fitr dan Hari Raya Eid-ul Adha atau Hari Raya Korban. Perayaan menyambut hari kelahiran Nabi Muhammad (sas) merupakan satu bidaah kerana ia tidak pernah diajar oleh Nabi (sas) dan tidak disambut oleh para sahabat baginda, sepertimana yang dilakukan oleh segelintir umat Islam hari ini. Kalau sambutan Maulid Nabi itu merupakan bidaah, apatah lagi menyambut Hari Natal yang tidak ada kaitannya dengan kelahiran Isa putera Maryam (as).
Maka marilah kita sama-sama menjunjung tinggi sunnah Nabi (sas) dan ajaran Islam yang sebenar. Janganlah kita secara membuta tuli berturut serta merayakan sesuatu perayaan keagaaman yang telah jelas kesesatan dan kesyirikannya. Perlu kita ingat, bila penganut Kristian merayakan Hari Natal mereka bukan sekadar memperingati tarikh lahir seorang nabi berketurunan Bani Israel tapi seorang manusia yang mereka anggap sebagai Anak Tuhan yang telah turun ke bumi dari syurga untuk mati di tiang salib sebagai menebus dosa manusia.
Pegangan ini jelas bercanggah dengan akidah suci Islam yang menegaskan bahawa Isa al Masih (as ) bukan Tuhan atau Anak Tuhan tapi seorang nabi pilihan dan pesuruh Allah yang diutuskan kepada Bani Israel untuk membawa mereka kembali kepada syariat Nabi Musa (as) yang sebenar dan mengesakan Allah Yang Tunggal.
Begitulah antara beberapa sebab mengapa umat Islam tidak menyambut upacara Hari Natal dan mengapa mereka perlu memastikan supaya tidak terlibat dalam apa jua cara sekali pun. Dan Allah Yang Maha Mengetahui segala sesuatu.
Kunjungi website Islamic Propagation Society International untuk membaca lebih banyak artikel yang bermanfaat..
p/s: Semoga beroleh manfaat dari perkongsian ini
NUR
In The Name of Allah The Most Gracious The Most Merciful
Last entry I talk about a long receipt from Book Xcess. So, today’s entry I just wanna introduce Book Xcess to all of you. This bookstore located inside Amcorp Mall at Taman Jaya in front of Taman Jaya LRT station.
Nie la Amcorp Mall
BookXcess from the front
There’s a lot of English International books here and its very cheap. Repeat. VERY CHEAP. Most of the books cost only around RM17.90. You can get 3 books just for RM50. It looks like a Borders at Queensbay but of course the price is more expensive.
There are various type of books especially novels and most of them are cost as lowest as RM9.90 even for Malay novels. Before this I go to Chowrasta, Penang to buy second hand English Books so that I can get it at a lower price. But here, you can get first hand book with lower price as well. But unfortunately I’m not staying at KL. Don’t know if I still have a chance to go there. I definitely go there when I go to KL again.Insyaallah..
See…It’s very cheap
This is a website for Book Xcess. You can get more detail and list of the books that they have. Enjoy it! ^_^
There’s another two place I wish I can drop by which is Kinokuniya and Saba Islamic Media. I don’t have any idea what kind of bookstore Kinokuniya is because I just heard from a friends this bookstore has a lot of books. For Saba Islamic Media, there are focus on Islamic books. You can get Harun Yahya books here. I wish I will have a chance to go there. Of course I have to spare more money..
p/s: I’m not a promoter and they did not paid me any cent for this review..
NUR
In The Name of Allah The Most Gracious The Most Merciful
Alhamdulillah, masa balik Kelantan hari tu kami sekeluarga sempat pergi "rehlah" di KB Mall. Plan utamanya nak main bowling.Time kami sampai dekat tempat boling tu semua lane penuh. So,kami pergi dekat tempat mainan depan kedai buku Syarikat Muda Osman (SMO) dulu. Kat situ ada macam mainan yang boleh tunggang. Entah apa nama dia. Taj dengan siraj memang enjoy la main tu. Lepas kami habis main bowling pun pegi lagi sekali kat tempat tu sebab tak puas main katanya..huhu
Amirah pun taknak ketinggalan jugak..huhu
Masa diorang tengah seronok main saya ke kedai buku SMO dulu. Bercadang nak cari buku terbaru Fatimah Syarha, Sebarkan Cinta-Mu. Tapi akhirnya keluar dengan kecewa sebab buku tu tak sampai lagi kat situ. Adik saya tanya saya cari buku apa. Katanya kat Popular ada jual. Kawan dia dah beli. Terus saya bergegas ke sana. Alhamdulillah, ada pun.
Sangat tebal…874 m/s
Saya tak pernah ketinggalan membaca bahan bacaan yang di hasilkan oleh Fatimah Syarha. Saya mula tertarik dengan penulisannya selepas membaca cerpen pendek bertajuk "Seindah Mawar Berduri".
Kalau dulu saya rasa beli novel ni hanya membazirkan duit sebab novel yang dijual kebanyakannya novel yang hanya berkisar tentang cinta yang menjadi khayalan manusia. Tapi lepas baca novel ni, baru saya sedar rupanya masih ada novel lain yang boleh membangunkan tauhid dan jiwa kita berpandukan Al-Quran dan Sunnah. Masih ada rupanya novel yang apabila di baca terasa di ajak untuk kita bermuhasabah dengan diri sendiri dan seakan-akan memberi keyakinan dan kesedaran untuk kita berubah.
Ada banyak novel yang saya beli. Tapi antara yang memberi kesan kepada saya cuma ada 3 penulis utama iaitu Fatimah Syarha dan Suami beliar Dr Farhan Hadi, Hilal Asyraf dan yang terbaru adalah Hlovate. Ketiga-tiga penulis ini mempunyai gaya penulisan yang berbeza dan memaparkan situasi kehidupan dan mempunyai fokus kepada pembaca dari peringkat umur dan fikrah yang berbeza.
Antara novel yang saya miliki
Bagi saya novel karya Fatimah Syarha mungkin agak berat buat mereka-mereka yang baru hendak berjinak-jinak dalam mendalami Islam. Tapi saya tak nafikan isinya sangat mantap dan menyentuh perkara-perkara yang biasa menjadi norma masyarakat dan mengajak kita sama-sama memahami dan bersatu mengubah diri dan seterusnya masyarakat sekeliling. Novel karya Hilal Asyraf dan Hlovate pula lebih sesuai untuk remaja dan gaya penulisannya agak santai. Karya Hlovate banyak menggunakan bahasa pasar tapi masih mampu memberikan momentum buat pembacanya. Mungkin itu juga kekuatan novel tersebut kerana remaja sekarang lebih terdedah kepada bahasa-bahasa sebegitu. Apa pun ketiga-tiga penulis ini mempunyai matlamat yang satu iaitu semoga yang membaca mampu sedar dan akhirnya berubah. Ada satu novel bertajuk Syahadah Gadis Ateis karya Imran Haaz pun agak menarik buat memahami agama kristian serta menjawab persoalan yang mungkin di tanya oleh missionary yang mampu menggoyah iman sekiranya kita tidak mempunyai ilmu dan hujah yang kukuh.
Saya sendiri kalau hendak memotivasikan diri, saya lebih suka memilih untuk membaca novel dari membaca buku motivasi itu sendiri kerana ia memberikan gambaran yang lebih dan mampu membangkitkan semangat selain kandungannya agak santai. Bak kata orang, tegurannya dilakukan secara "halus" tetapi mampu memotivasikan dan menaikkan keyakinan kita.
P/s: Semoga kita semua tergolong dalam golongan yang sentiasa membaiki diri, mencari ilmu dan tidak jemu untuk menyampaikan kepada yang lain.
NUR
“I am as My servant thinks I am. I am with him when he makes mention of Me. If he makes mention of Me to himself, I make mention of him to Myself; and if he makes mention of Me in an assembly, I make mention of him in an assemble better than it. And if he draws near to Me an arm's length, I draw near to him a fathom's length. And if he comes to Me walking, I go to him at speed.”
It was related by al-Buhkari (also by Muslim, at-Tirmidhi and Ibn-Majah).
Assalamualaikum Everyone..
Thank you for dropping by!
I'm just just an ordinary person who loves a simple thing. Trying to have a simple life but with extraordinary experiences.
I'm married to Muhammad Faris.
A daughter to Cikgu Suardi & Cikgu Kamariah.
A Lecturer (Medical Physics) at USM Penang.
A member of IPSI Penang.
I'm not a good writer but I do love sharing my experience with others. Thank you for supporting me all this while.
Do contact me via ns.nurqina@gmail.com or fb.
Maassalamah!