11 December 2011

Novel Islamic

In The Name of Allah The Most Gracious The Most Merciful

Alhamdulillah, masa balik Kelantan hari tu kami sekeluarga sempat pergi "rehlah" di KB Mall. Plan utamanya nak main bowling.Time kami sampai dekat tempat boling tu semua lane penuh. So,kami pergi dekat tempat mainan depan kedai buku Syarikat Muda Osman (SMO) dulu. Kat situ ada macam mainan yang boleh tunggang. Entah apa nama dia. Taj dengan siraj memang enjoy la main tu. Lepas kami habis main bowling pun pegi lagi sekali kat tempat tu sebab tak puas main katanya..huhu

IMG259

IMG261

IMG256

IMG265

Amirah pun taknak ketinggalan jugak..huhu

Masa diorang tengah seronok main saya ke kedai buku SMO dulu. Bercadang nak cari buku terbaru Fatimah Syarha, Sebarkan Cinta-Mu. Tapi akhirnya keluar dengan kecewa sebab buku tu tak sampai lagi kat situ. Adik saya tanya saya cari buku apa. Katanya kat Popular ada jual. Kawan dia dah beli. Terus saya bergegas ke sana. Alhamdulillah, ada pun.

IMG290

Sangat tebal…874 m/s

Saya tak pernah ketinggalan membaca bahan bacaan yang di hasilkan oleh Fatimah Syarha. Saya mula tertarik dengan penulisannya selepas membaca cerpen pendek bertajuk "Seindah Mawar Berduri".

Kalau dulu saya rasa beli novel ni hanya membazirkan duit sebab novel yang dijual kebanyakannya novel yang hanya berkisar tentang cinta yang menjadi khayalan manusia. Tapi lepas baca novel ni, baru saya sedar rupanya masih ada novel lain yang boleh membangunkan tauhid dan jiwa kita berpandukan Al-Quran dan Sunnah. Masih ada rupanya novel yang apabila di baca terasa di ajak untuk kita bermuhasabah dengan diri sendiri dan seakan-akan memberi keyakinan dan kesedaran untuk kita berubah.

Ada banyak novel yang saya beli. Tapi antara yang memberi kesan kepada saya cuma ada 3 penulis utama iaitu Fatimah Syarha dan Suami beliar Dr Farhan Hadi, Hilal Asyraf dan yang terbaru adalah Hlovate. Ketiga-tiga penulis ini mempunyai gaya penulisan yang berbeza dan memaparkan situasi kehidupan dan mempunyai fokus kepada pembaca dari peringkat umur dan fikrah yang berbeza.

IMG292

Antara novel yang saya miliki

Bagi saya novel karya Fatimah Syarha mungkin agak berat buat mereka-mereka yang baru hendak berjinak-jinak dalam mendalami Islam. Tapi saya tak nafikan isinya sangat mantap dan menyentuh perkara-perkara yang biasa menjadi norma masyarakat dan mengajak kita sama-sama memahami dan bersatu mengubah diri dan seterusnya masyarakat sekeliling. Novel karya Hilal Asyraf dan Hlovate pula lebih sesuai untuk remaja dan gaya penulisannya agak santai. Karya Hlovate banyak menggunakan bahasa pasar tapi masih mampu memberikan momentum buat pembacanya. Mungkin itu juga kekuatan novel tersebut kerana remaja sekarang lebih terdedah kepada bahasa-bahasa sebegitu. Apa pun ketiga-tiga penulis ini mempunyai matlamat yang satu iaitu semoga yang membaca mampu sedar dan akhirnya berubah.  Ada satu novel bertajuk Syahadah Gadis Ateis karya Imran Haaz pun agak menarik buat memahami agama kristian serta menjawab persoalan yang mungkin di tanya oleh missionary yang mampu menggoyah iman sekiranya kita tidak mempunyai ilmu dan hujah yang kukuh.

Saya sendiri kalau hendak memotivasikan diri, saya lebih suka memilih untuk membaca novel dari membaca buku motivasi itu sendiri kerana ia memberikan gambaran yang lebih dan mampu membangkitkan semangat selain kandungannya agak santai. Bak kata orang, tegurannya dilakukan secara "halus" tetapi mampu memotivasikan dan menaikkan keyakinan kita.

P/s: Semoga kita semua tergolong dalam golongan yang sentiasa membaiki diri, mencari ilmu dan tidak jemu untuk menyampaikan kepada yang lain.

NUR

3 comments:

Zahiruddin Zabidi

Assalamualaikum, tahniah kerana menjadikan bahan bacaan kreatif sebegai wadah dakwah dan menjadi suatu kaedah kepada para agamawan pada hari (kawan-kawan saya) bagi menyampaikan ilmu agama berkenaan, akidah, fikah, tasawuf, pemikiran dan perbandingan agama melalui penulisan kreatif kerana ianya akan lebih efektif khususnya kepada adik-adik di sekolah rendah dan menengah, mereka mustahil akan baca buku agama sahaja.

Apapun, penulisan saudari juga bagus pada saya. Saya yakin jika diberi pendedahan dan fokus khas, saudari juga akan mempunyai naskhah novel dengan nama sendiri padanya, insya-Allah.

nurkina

Waalaikumussalam...
Terima kasih buat En. Ahmad Zahiruddin bin Mohd Zabidi atas komentar yang positif terhadap penulisan saya.
Tapi rasanya penulisan saya tidaklah begitu bagus untuk berkarya =)

Zahiruddin Zabidi

Pengalaman saya sebagai editor di PTS Islamika Sdn Bhd dan penulis bagi tiga buah syarikat penerbitan (PTS, Galeri Ilmu dan Kemilau Publika), sebenarnya antara cara cepat bagi sesebuah penerbit khususnya penerbit baru mendapatkan bahan daripada penulis bagi diterbitkan adalah melalui 'blog walking'.

Antara penulis yang lahir daripada penulisan di laman sesawang dan berjaya adalah Ustaz Hasrizal Abdul Jamil (siafulislam.com) dan Sdr. Hilal Asyraff (langitilahi.com). Mereka juga yang menjadi inspirasi saya.

Syarikat yang memberikan kepercayaan tinggi kepada bahan di laman web apabila dicetak dalam bentuk naskhah buku namun tetap masih boleh dijual adalah Galeri Ilmu. Buku saya berjudul BUKAN SUSAH NAK FAHAM asalnya adalah entri di blog yang berbentuk kisah-kisah yang dihimpunkan kemudian alhamdulillah mereka bersetuju bagi membukukannya.

Cuma yang perlu didedahkan kepada penulis blog adalah 'niche' yang fokus dan umum malah mempunyai nilai dan ciri khusus yang meyakinkan penerbit akan kebaikan menerbitkan tulisan-tulisan kita dalam buku.

Perkara ini tidak sempat saya kongsikan kepada adik-adik di UUM masa mereka jemput saya buat program tempoh hari yang mana adik cikpuan yang menguruskannya.

Saya yakin andai cikpuan dan sahabat-sahabat seperjuangan diberikan pendedahan mengenai teknik dan perancangan bagaimana akhirnya entri blog boleh menjadi sebuah buku maka ianya akan lebih memotivasikan mereka yang ingin menulis dan berdakwah dalam masa yang sama.

Mohon maaf, panjang pula perkongsian saya.

Wassalam.

ZAHIRUDDIN ZABIDI
http://kalamkhalifah.com/

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Site Meter