16 June 2010

Syahadah Gadis Ateist

In The Name of Allah The Most Gracious The Most Merciful

"Semua orang bercakap mengenai Tuhan. Tuhan itulah, Tuhan inilah. Semua orang mahu saya menyembah Tuhan. Tetapi, saya tidak akan menyembah Tuhan yang saya tidak kenal dan nampak. Buktikan Tuhan itu ada!"





Saya sempat membaca buku bertajuk Syahadah Gadis Ateist baru-baru ini. Apa yang saya nak kongsikan ialah tentang kandungan buku tersebut. Saya amat tertarik dengan hujah-hujah yang di sampaikan dalam buku tersebut. Tambahan pula ia dalam bentuk novel jadi bahasanya tidaklah begitu susah untuk di fahami. Teringat pula buku pertama yang saya baca berkaitan dengan Atheist dan juga Kristian ketika di Tingktan 2. Novel bertajuk Maria. Kerana novel tersebutlah minat untuk mendalami ilmu tentang agama lain timbul. Dan Alhamdulillh hasrat tersebut tercapai juga ketika saya berada di USM di bawah bimbingan Bro Kamarudin. Takkan mampu saya balas segala curahan ilmu yang telah beliau berikan kepada saya.

Buku ini mengisahkan pertemuan seorang gadis dengan seorang lelaki di atas kereta api dan pertemuan tersebut membawa perbualan yang panjang sepanjang perjalanan menuju ke destinasi masing-masing. Gadis tersebut tidak mempercayai tuhan kerana dia tidak dapat melihat tuhan tersebut. Dan lelaki tersebut pula adalah seorang yang berperwatakan selekeh dengan seluar dan rambut panjang melepasi bahu sambil membawa bersamanya sebuah gitar. Dari perwatakan lelaki tersebut pastinya gadis tadi tak menyangka pengetahuan lelaki tersebut sangat meluas. Dalam novel ini gadis tersebut melontarkan banyak pertanyaan yang saya kira agak kritis dan juga menguji serta mungkin mampu menggugat keprcayaan kita sekiranya kita tak mampu menjawab segala persoalan-persoalan mengenai konsep ketuhanan di dalam Islam dan juga persoaln-persoalan yang sering di lontarkan oleh bukan Islam kepada kita.

Saya memang mengesyorkan membaca buku ini kerana hujah yang di gunakan untuk mematahkan persoalan tersebut saya kira agak bernas. Seharusnya kita sebagai seorang Muslim memiliki setiap kefahaman tentang agama yang kita anuti terutama yang melibatkan akidah kita. Supaya kita mampu membenteng diri kita dari sebarang dakyah dan anasir yang hendak memalingkan kita dari kebenaran. Semoga beroleh manfaat dari buku ini.

NUR

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Site Meter