14 June 2010

Secondhand book at chowrasta

In The Name of Allah The Most Gracious The Most Merciful

Sudah lama saya tak meng'updte' blog ni. Sebelum ini sibuk dengan exam dan final yer project. Pulang ke rumah internet pula bermasalah. Alhamdulillah hari ni internet dah pulih seperti biasa. Alhamdulillah juga kerana saya dah berjaya menamatkan pengajian di peringkat ijazah pada bln lepas. Buat masa ni saya masih di rumah bersama dengan keluarga. Banyak yang nak di kongsi tapi belum tercoret di sini. Insyaallah ada kesempatan saya akan kongsikan.

Sebelum saya kembali ke kampung halaman, saya sempat ke bazaar chowrasta. Tujuan utamanya ialah untuk ke kedai buku yang menjual buku second hand. Dah lama saya dengar tentang tempat ni tapi belum berkesempatan untuk pergi ke sana. Jadi selepas tamat paper terakhir untuk exam terakhir, saya meminta senior saya untuk membawa saya ke sana.




Saya tak pernah terbayangkan di pulau pinang akan ada tempat seperti bazaar chowrasta ni. Maklumlah, saya beranggapan pulau pinang sebuah negeri yang agak maju jadi tak mungkin akan ada tempat seperti ini. Saya juga rasa agak pelik apabila melihat kaum cina menjual pakaian di pasar. Saya bertambah terkejut apabila sampai di tempat yang di tuju iaitu kedai buku secondhand. Saya bayangkan kedai buku ini tersusun rapi seperti di kedai buku yang lain tapi ternyata saya tersalah tanggapan. Di kedai tersebut terdapat timbunan buku yang banyak. Berbagai jenis buku terdapat di sini. Tapi kenayakannya buku lama-lama tetapi ada yang masih elok. Dan yang paling menarik ialah kita dapat membeli buku dengan harga yang sangat murah. Bagi yang suka membaca buku tapi agak kekurangan wang mungkin boleh datang ke sini untuk membeli buku. Buku-buku antarabangsa juga boleh di dapati di sini. Saya tak dapat nak lihat secara detail untuk sesuatu buku kerana terlalu banyak. Andai saya terkandas di situ sehari suntuk pun mungkin belum sempat saya habiskan untuk meneliti buku-buku yang ada di situ.

Buku-buku rujukan juga banyak di jual di sini. Saya terasa agak kecewa kerana datang ke kedai ini setelah tamat pengajian. Kalau tidak pasti saya dapat membeli berbagai jenis buku rujukan di sini. Ada juga buku rujukan yang saya cari di kedai USM tiada tetapi di sini banyak buku-buku tersebut. Tapi tak mengapa memandangkan saya sudah pun menamatkan pengajian. Insyaallah sekiranya berpeluang untuk melanjutkan pelajaran di peringkat yang lebih tinggi saya pasti akan ke sini mencari buku-buku rujukan.

Saya menghabiskan RM65 untuk 5 buah buku. Rasanya saya tak mampu untuk membeli 5 buah buku ini dengan harga yang murah di kedai buku lain. Insyaallah saya teringin untuk ke sana lagi jika berkesempatan. Tak rugi melabur untuk buku kerana ilmu tiada terkira nilainya jika di bandingkan dengan wang.

NUR

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Site Meter