26 September 2012

Kelas Pertama Perbandingan Agama Sesi 2012/2013

In The Name of Allah The Most Gracious The Most Merciful

Assalamualaikum Semua. Semoga sentiasa dalam rahmat dan redha Allah selalu.

Alhamdulillah 24hb yang lepas, kelas pertama untuk Kelas Perbandingan Agama Fasa 1 Sidang 2012/2013 dah selamat berlangsung dengan jayanya. Dalam 30 orang yang hadir pada malam tersebut.

Kelas di mulakan dengan ucapan dari saya selaku Pengerusi dan sedikit taaruf tentang kelas ini sementara menunggu kehadiran Bro kamarudin (Tenaga pengajar). Sedikit perkongsian tentang apa yang akan dipelajari oleh mereka dan outdoor activities for each month serta sedikit pengenalan tentang IPSI.

  

20120924_211408

IMG_5944

IMG_5945

IMG_5946

Sekitar kelas perbandingan agama… (Gambar credit kepada Green Digital Photography)

 

Tahun nie ada rekod baru iaitu pelajar lelaki lebih ramai dari pelajar perempuan. Huhu… Walaupun bilangan yang mendaftar untuk kali ni agak berkurang dari yang sebelum ini, diharapkan mereka mampu istiqamah dengan kelas ini dan seterusnya menjadi dai’e yang mampu menyampaikan mesej Islam kepada yang belum Islam. Mudah-mudahan Allah mengganjari pahala serta syurga buat kita bersama. Smile

Kelas Perbandingan Agama masih dibuka untuk pendaftaran. Apa yang anda akan perolehi dari kelas ini?

1. Ilmu perbandingan agama yang mencakupi ;-

- Asal usul nama

- Konsep ketuhanan

- Kitab Suci

- Persoalan agama

2. Outdoor activities :-

Kami akan adakan aktiviti outdoor buat pelajar kelas perbandingan agama setiap bulan, insyaallah. Sambil kita mendalami ilmu perbandingan agama, dalam masa yang sama kita ambil peluang ini untuk saling berukhuwah antara satu sama lain.

3. Halaqah/Mentoring

Kami juga akan mengadakan halaqah bagi group brothers and sisters. Untuk group sisters saya sendiri yang handle. Insyaallah halaqah ini lebih kepada santai dan juga untuk kita saling kenal-mengenali, bimbing membimbing, nasihat-menasihati, tegur-menegur, saling baiki membaiki dan yang paling penting saling kasih-mengasihi antara satu sama lain. Untuk menjadi seorang dai’e, selain hubungan dengan Allah, hubungan dengan manusia juga sangat penting kerana hati yang diikat hanya kerana Allah itu lebih kuat ikatan dan momentumnya.

Prophet Mohammad (pbuh) also told us how Allah (swt) on the day of judgement will shade those believers who loved each other only for the sake of Allah (swt): "Allah (swt) will say on the day of Judgement: Where are those who loved each other for my sake? I will shade them today, when there is no shade but mine!" (Sahih Muslim).

Alhamdulillah semalam selesai halaqah pertama untuk sesi ini. Walaupun sekarang ni dekat Penang hujan non-stop, tapi komitmen mereka untuk hadir sangat saya hargai. Semoga Ukhwah yang terjalin ini dinilai Allah sebagai satu ibadah kepadaNya dan semoga Allah mengikat hati-hati kita bersama. Dah lama jugak tak handle halaqah nie. Tak taulah diorang suka tak dengan pendekatan saya. huhu….

 

20120927_070322

Saya prepare ini buat mereka… Winking smile

 

P/s: Boleh baca perkongsian saya tentang kelas perbandingan agama di sini:

 |MY JOURNEY WITH IPSI|

 

With Love,Red heart

NUR

2 comments:

Khumaera Ismail aka Mariam Ismail

salam kina. =) bagusla kalau lebih ramai lelaki register, diowg kan bkl pemimpin memang seharusnya melengkapkn diri utk menjadi seorang imam kpd wanita =)

nurkina

Wslm... aah...betul la tu K.Maera... Sebelum-sebelum ni yang handle kelas atau prog semua perempuan sbb lelaki takde..huhu

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Site Meter