In The Name of Allah The Most Gracious The Most Merciful
Asslamualaikum semua…. How are you all doing? Hope everything is fine…. May Allah grant us His blessings… May He keeps us among the believers….Ameen…
Minggu yang sangat-sangat memenatkan… Attending research methodology courses for a week from 3/9-8/9. Evening 8/9, rush to IPSI Building. We have Eid celebration together with Sheikh Hussin Yee. And this week, sangat banyak perkara yang perlu diselesaikan dalam masa yang sama…
Ye, akhirnya demam jugak…huhu… Bila call umi bagitau tak sihat, mesti umi kata, dia suruh rehatlah tu…
Kita kadang-kadang dalam kesibukan, kita tak hiraukan dah kesihatan badan.. Tenaga diperah selagi boleh… Lupa yang badan kita sendiri pun punya haknya untuk dijaga. Nikmat kesihatan selalu dilupakan sehinggalah Allah tarik..Betul tak? So, take care of your health.. (actually I’m reminding myself about this… )
Ok, got another question from a friend of mine regarding Ph.D… Em… Sometimes nak share tentang Ph.D ni serba salah juga. Saya sendiri pun belum bergraduasi lagi. Masih baru juga melangkah dan masih jauh perjalanannya. Risau kalau-kalau apa yang disampaikan ni bukan seperti yang diharapkan. Anyway, I try my best to answer according to my experience yang baru beberapa bulan sambung Ph.D ni… I gained a lot from Research Methodology Courses last week. So, mungkin saya boleh share kat sini je…
Pemilihan Supervisor (SV)
Pada saya sebelum pilih supervisor, patutnya kita dah ada at least some idea apa jenis research yang kita nak buat. Field berkaitan apa. Sebab setiap lecturer yang kita nak jadikan sebagai SV nanti ada bidang tertentu yang dia expert. Tak semua bidang dia boleh supervise kita. Pada pandangan saya, ada beberapa kriteria yang perlu dipertimbangkan di dalam pemilihan SV:
1. Expert dalam bidang yang kita pilih.
2. Boleh supervise student dengan baik (yang ni boleh tengok berapa student yang dia ada dan berapa ramai yang dah graduate.
3. "Kaya” (bukan kaya duit, tapi kaya dengan grant sebab nanti akan memudahkan kita untuk beli alat, sampel, publish paper, pergi conference dan lain-lain lagi untuk research. Sebab kebanyakan yang stuck lama sebab takde funding dalam research especially science stream).
Sebelum apply untuk mana-mana universiti, seeloknya pilih dulu supervisor mana yang kita rasa sesuai sebab permohonan kita akan lebih mudah diluluskan kalau kita dah ada supervisor. Kalau kita nak sambung kat U yang sama, boleh terus jumpa lecturer tersebut. Kalau U yang lain, boleh cari maklumat di website U tersebut di bawah kakitangan akademik. Boleh tengok details dan juga publication yang dia dah ada. Boleh nilai dari sudut tersebut.
Bagi tajuk untuk research, sebolehnya buat sesuatu yang kita minat dan boleh habis dalam tempoh yang diperuntukkan. Masa saya mula-mula nak daftar dulu, ramai lecturer yang ingatkan saya tajuk tu fikir elok-elok apa nak buat. Tak perlu bombastic sangat nanti tak dapat habiskan pulak dalam tempoh 3 tahun. Kita sambung Ph.D pun untuk belajarkan. Jadi, jangan bazirkan terlalu banyak masa untuk research yang kita tahu ambil masa bertahun-tahun. Ini pentingnya ada supervisor yang boleh supervise kita dengan baik sebab bila kita bentangkan idea kita pada dia, dia boleh nilai research kita ni berbaloi tak dan boleh siapkan tak dalam time frame yang diperntukkan. Sesetengah lecturer yang ada grant, dia tak fikirkan sangat kepentingan student ni boleh grad atau tak, yang penting pada dia research yang dia nak tu jalan. Macam tu pun susah jugaklah untuk kita. Jadi pilihlah supervisor yang baik. Bukanlah kita ambil Ph.D ni sekadar nak kejar title “DR.” dan main buat je research yang bukan-bukan asalkan lulus. Cuma perlu ingat kita pelajar, dan matlamat kita untuk belajar. Jadi, buat sesuatu yang kita boleh belajar dan dalam masa yang sama graduate on time. Lepas tu dah kerja nak buat research yang makan masa berpuluh-puluh tahun pun takpe.
How to make proposal
Untuk proposal ni, masa saya mula-mula buat dulu cuma 2 page je. Just for the sake nak hantar borang. Rough idea tu adala.. Sebab nanti once dah daftar dalam tempoh 6 bulan pertama tu adalah untuk literature review dan penulisan proposal yang betul-betul untuk research kita nak buat. Tapi saya punya proposal saya dah siapkan sebelum mendaftar dengan harapan once dah daftar boleh terus masuk lab buat eksperimen. Tapi sampai sekarang pun belum lagi sebab masih tunggu alat sampai dan dalam proses dapatkan kelulusan etika manusia. Itu cabarannya la dalam buat research ni. Banyak perkara yang perlu consider. Sebab tu yang terbaik adalah buat research yang alatnya memang dah ada dalam lab dan tak melibatkan sebarang etika approval baik manusia ataupun haiwan. Lebih mudah sebenarnya.
Masa nak buat proposal dulu saya search banyak contoh-contoh proposal kat internet. Secara ringkas, perkara berikut perlu ada dalam proposal:
1. Introduction
2. Program statement
3. Objectives
4. Questions of research
5. Important of research
6. Literature review
7. Methodology
8. Expected outcome
9. References
List yang kat atas ni dari KPT. Masa saya kena submit proposal untuk permohonan SLAB, semua perkara kat atas tu saya kena masukkan dalam proposal. Tapi untuk hantar permohonan Ph.D kat IPS USM, saya cuma masukkan item 1,3,7, 8 dan 9 sahaja.
Contoh apa yang patut ditulis dalam proposal..
3. Perkara yang perlu buat bila decide nak sambung Ph.D
Pada pengalaman saya, step macam ni:
1. Decide roughly apa bidang nak buat. Macam saya mula-mula nak guna mesin MRI di hospital. Tapi bila pergi jumpa lecturer yang saya nak jadikan supervisor, dia suggest saya guna laser.
2. Cari supervisor. Boleh bincang terus dengan supervisor idea kita dan apa cadangan dia pulak. Sesetengah lecturer diorang dah ada research yang diorang plan dan bila ambil student, student akan proceed dengan research dia. Jadi bincanglah dengan dia. Kalau rasa minat dengan apa yang dicadangkan lecturer tu, boleh ambil dia sebagai SV. Kalau tak, cari je SV lain. Ingat pemilihan SV sangat penting dan kalau boleh buat sesuatu yang kita minat dan ada background ilmu dalam bidang tersebut.
3. Tulis proposal. Yang ni kena buat literature review sikitla. Buat carian journal-journal. Kalau masih kat dalam USM atau U mana-mana lebih mudah nak access semua journal-journal ni. Kalau kat tempat lain susah sikitlah melainkan kita subscribe sendiri journal-journal tersebut.
4. Cari any opportunity for funding. Macam saya hari tu lepas saya hantar borang permohonan Ph.D, skim RLKA dibuka. Saya apply skim ni dan alhamdulillah dapat. Jadi sila alert dengan sebarang berita tentang mana-mana skim atau biasiswa.
Bila decide nak sambung Ph.D, plan la betul-betul macammana perjalanan kita di masa depan. Maksudnya perancangan kita semasa Ph.D dan selepas Ph.D. Jangan nanti bila dah sambung Ph.D berhenti sekerat jalan. Tak ke rugi masa, duit dan tenaga. Sebelum sambung pun dah patut fikir tentang career kita nanti macammana terutamanya lelaki because you are the ‘breadwinner’ of your family. Betul, tak semua yang kita rancang itu akan terjadi dan mengikut semua perancangan kita tapi sekurang-kurangnya kita dah rancang yang terbaik. Selebihnya serahkan pada Allah because He knows best!
4. Sumber kewangan
Sumber kewangan ni sangat penting. Ramai yang terpaksa batalkan hasrat untuk sambung belajar sebab takde sumber kewangan untuk support pengajian kita. Tambah-tambah jika mendaftar di Universiti yang yurannya sangat tinggi. Contohnya, USM setiap semester yurannya sahaja RM3300 tak termasuk sewa hostel dan keperluan peribadi yang lain. Jika kita ada fund/biasiswa alhamdulillah takde masalah tapi kalau plan nak guna duit sendiri, untuk 3 tahun pengajian at least kena ada dalam RM20k untuk yuran, RM4k untuk hostel dan juga perbelanjaan harian katakan RM500 sebulan jd RM18k. Total untuk 3 tahun sekurang-kurang dalam RM40k jugaklah. Itu kalau 3 tahun. Kalau terpaksa extend ke lagi banyak perlu prepare duit. Sebab tu perlu rancang betul-betul sebelum decide untuk sambung. Even saya ada fund sendiri pun dan ada elaun setiap bulan, 1/3 darinya saya simpan just in case saya terpaksa extend (tak dapat habiskan dalam 3 tahun sebab scholarship 3 tahun je) atau keperluan-keperluan lain. Bila saya habis Ph.D nanti pun saya takkan terus berkhidmat di USM, ia pasti ambil masa untuk proses dan sebagainya. Jadi saya perlu allocate certain amount untuk tujuan tersebut. Bila merancang ni perlu matured dalam berfikir segala kemungkinan dari segenap segi.
Setakat ni yang saya tau ada beberapa sumber kewangan yang boleh di mohon untuk sambung belajar.
1. Mybrain (MyMaster & MyPhd)
Untuk Phd, kerajaan bagi RM24000 untuk yuran pengajian, dan elaun bulanan tak silap saya RM2300 sebulan. Yang ni pun tak semestinya cukup 3 tahun fund ni dapat support pengajian sebab bergantung kepada jumlah yuran mengikut universiti. Jadi kalau pilih nak ambil yang ni, simpanlah sikit untuk sebarang kemungkinan di kemudian hari. Jangan habiskan terus semuanya. Nanti kang ada pulak kes tak dapat habiskan Ph.D sebab takdeduit nak bayar yuran. Saya takdela tahu sangat pasal mybrain ni sebab dari awal saya memang tak plan nak apply mybrain. Sekadar ambil tahu gitu-gitu jela.
2. JPA
JPA pun ada tawarkan scholarship untuk pelajar Ph.D. Tapi CGPA mesti 3.5 above. Kalau anda layak boleh apply yang ni…
3. Skim pensyarah
Skim ni sama macam skim yang saya dapat (RLKA). Setiap U ada skim pensyarah mereka sendiri. Sila rajinkan diri ke setiap website U yang ada di Malaysia ni untuk lihat iklan-iklan kekosongan pensyarah. Mana tau rezeki anda untuk dapat skim ini juga.
4. MARA
Mara pun ada sediakan pinjaman dan biasiswa untuk sambung pengajian. Boleh tengok butiran lanjut di website MARA.
5. Biasiswa-biasiswa dari badan swasta
Ada jugak company-company yang offer scholarship untuk sambung pengajian dan seterusnya belerja dengan mereka setelah tamat. So, kalau anda rasa berminat nak kerja dengan mereka boleh apply biasiswa mereka.
6. PTPTN
PTPTN pun masih menawarkan pinjaman untuk sambung Ph.D. Tapi agak tidak digalakkan untuk memohon ye…huhu..
Itu je kot yang saya dapat kongsi. Panjang pulak jadinya. huhu…Harap bermanfaat buat yang bercadang untuk sambung belajar. All the best!
P/s: Entry ni dah seminggu terbengkalai sebab kesibukan…
With Love,
NUR
1 comments:
Good luck in your life and study :)
Post a Comment