In The Name of Allah The Most Gracious The Most Merciful
Assalamualaikum semua…. Semoga sentiasa dalam naungan kasih sayang Allah selalu… Alhamdulillah… Masih diberi kesempatan untuk menulis… Jangan lupa untuk sentiasa bersyukur dengan segala nikmat dan kurnianNYA ye…. :)
Selingan… Status update saya di fb semalam…
Alhamdulillah… Hari ni hari lahir ummi yang ke-46.. Selamat Hari Lahir Ummi… Sebenarnya ingat nak hadiahkan Photobook yang tengah diusahakan ni sebagai Hadiah Hari Lahir untuk ummi… Tapi tak sempat pulak..huhu..
Ummi lahir pada 25 Sept 1966 di Kg. Perangkap, Bunut Susu, Pasir Mas, Kelantan. Arwah atuk saya dulu penarik beca dan nenek saya pula masa tu ada menjual secara kecil-kecilan.
“Ummi dulu hidup bukan macam kamu sekarang, senang. Kalau dulu nak makan pun terpaksa bahagi sikit-sikit sorang sesama adik beradik.”
Suka dengar cerita masa zaman-zaman mereka dulu. Abah pun selalu juga mengulang cerita yang sama masa kecilnya dulu. Huhu… But somehow, I love to hear it…
Ummi saya berkahwin dengan abah saya seawal usia 21 tahun. Dan saya anak pertama yang dilahirkan oleh beliau. Cerita ummi, masa ummi mula-mula kahwin dengan abah dulu hidup sangat susah. Dulu-dulu pernah bila nak raya pergi supermarket untuk beli baju kat anak-anak tapi akhirnya tak jadi sebab mahal dan terpaksa ke pasar sahaja. Tapi Alhamdulillah, sekarang kami boleh hidup dengan agak selesa walaupun tidaklah kaya. Ummi pun ada bisnes roti sendiri di rumah. Boleh dapat sedikit side income dari situ.
Ummi dan Abah di hari perkahwinan mereka…
Antara roti yang Ummi jual… Terbaik…
Saya ada seorang adik istimewa namanya Anis Syakirin. Adik saya yang ini dari kecil lebih suka makan roti dari nasi. Even sekarang pun. Dah jadi makanan ruji pulak untuk dia. Makanlah banyak benda sekalipun, roti pasti kena ada. Ummi belajar buat roti pun dulu sebab Anis. Daripada kita beli roti di kedai yang banyak bahan pengawet dan kimianya, lebih selamat jika boleh buat sendiri. Ramai yang puji roti ummi sedap dan akhirnya mula membuat tempahan. Dari hanya mula-mula merancang untuk makan di rumah sahaja dah jadi satu bisnes.
“Rezeki Allah untuk Anis,” kata Ummi.
Rezeki memang dah tertulis untuk setiap orang. Tapi of course tak kan datang bergolek tanpa sebarang usaha. Ramai yang merungut hidup mereka susah dan mengambil jalan mudah dengan meminta sedekah. Padahal banyak perkara yang kita boleh lakukan selain dari itu.
Anis dan Tokmek( mak Ummi)
Ummi banyak sangat berkorban untuk kami sekeluarga. Even saya sebagai seorang isteri sekarang pun tak mampu jadi seperti Ummi. Membesarkan 10 orang anak dan dalam masa yang sama mempunyai kerjaya juga sebagai guru Kemahiran Hidup. Seawal 5 pagi (kadang-kadang 4.30 pagi) ummi dah bangun memasak sediakan sarapan dan jugak prepare makanan untuk lunch terus. Kami dah terbiasa pagi bersarapan dengan nasi dan lauk-pauknya pula meriah ibarat makan tengah hari kadang-kadang. Dah jadi habit kami sekeluarga juga untuk bawa bekal ke sekolah. Saya dulu pun masa sekolah boleh kata setiap hari akan bawak bekal sekolah. Duit saku saya simpan untuk kegunaan di kemudian hari. Mungkin pernah juga merasa hidup susah, saya tak suka bazirkan duit saya sesuka hati.
Ummi selalu kata kita yang perempuan ni menentukan tahap kesihatan keluarga sebab kita “ketua” di dapur. Apa yang kita masak akan menentukan baik buruk kesihatan keluarga kita. Bila memasak pilih menu yang sihat. Sekali sekala hendak merasa fast food boleh tapi bukan jadi menu harian. Kami pun dah terbiasa makan di rumah sahaja berbanding beli makanan diluar. Lebih terjamin kesuciannya. Hehe… Bila la saya nak pandai memasak ni..huhu…
Alhamdulillah saya dibesarkan dalam suasana yang solehah. Saya belajar agama pun dari abah saya sendiri. Abah sendiri yang mengajar saya untuk mengaji Al-Quran. Selepas saya khatam Quran, Abah mula mengajar saya harfiah Al-Quran pula. Tapi tak banyak yang saya dapat belajar dari abah sebab Form 1 saya tinggal di asrama dan hanya balik 2 hari sebulan kecuali pada cuti sekolah. Sampai sekarang saya masih ingat apa yang Abah ajar. Selalu juga saya selongkar segala kitab-kitab abah. Pernah juga saya argue dengan abah tentang persoalan agama. Tapi abah hanya diam dan senyum. Akhirnya saya sendiri cuba mencari jawapan dari buku dan ustaz. Sekarang kalau tanya pada abah, pasti abah akan kemukakan hujah beserta dalil…Dan setelah mendalami ajaran agama dengan lebih mendalam baru saya sedar saya sebenarnya yang kurang ilmu.Huhu… Abah mungkin tak menjawab pertanyaan saya sebab saya belum sepenuhnya belajar tentang ajaran Islam. Maklumlah masih di peringkat sekolah menengahkan… Tapi disebabkan rasa hendak tahu tu, saya belajar lebih banyak sekarang.
Gandingan Guru Sains (Abah) dan Guru Kemahiran Hidup (Ummi) saya, Alhamdulillah inilah saya yang sekarang. Walaupun pernah satu ketika ada rasa nak memberontak, tapi sekarang saya sedar semuanya untuk kebaikan saya sendiri…
Keluarga saya sekarang…
Abah & Ummi saya yang sweet….
Buat Ummi,
Terima kasih kerana melahirkan dan membesarkan kakak selama nie,
Terima kasih kerana mendidik kakak jadi insan yang berguna seperti hari nie,
Terima kasih kerana sentiasa bersabar dengan kerenah kakak yang macam-macam nie,
Terima kasih kerana sentiasa menegur dan menasihati kakak,
I know I’m not a good daughter, But I do Love You So Much.
Selamat Hari lahir Ummi.
Semoga Allah memberkati umur Ummi yang lalu, sekarang dan masa hadapan,
Semoga Allah terus kurniakan kebahagian rumahtangga Ummi dan Abah,
Semoga Allah merahmati hidup kita sekeluarga hingga ke syurga,
Ameen.
With Love,
NUR
0 comments:
Post a Comment