06 September 2012

Further Studies

In The Name of Allah The Most Gracious The Most Merciful

 

Assalamualaikum Semua… Semoga dalam rahmat Allah selalu… Semoga kita tergolong di kalangan hambaNYA yang bersyukur.

Hari ni dapat another email tentang Ph.D..Sebelum ni dah banyak jugak dapat email atau msg di inbox fb berkaitan ni. So decide untuk jawab kat sini jela secara umum ye. Semoga orang lain juga mendapat manfaat, insyaallah.


Untitled

 

Jawapan kepada soalan di atas:

Waalaikumussalam Miza.

Terima kasih sebab sudi baca blog akak. Alhamdulillah ada juga yang dapat manfaat dari tulisan akak yang tak seberapa ni….Winking smile

1. Untuk requirement bagi menyambung dalam bidang Fizik Perubatan, rasanya mana-mana student dari stream Fizik boleh sambung dalam Fizik Perubatan sebab sebelum ni pun ada seorang classmate akak yang dari Pure Physics tapi untuk master sambung dalam Medical Physics. Cuma mungkin agak susah Miza nak catch up dengan apa yang di ajar memandangkan takde basic dalam medical physics sebelum ni. Tapi takdela bermaksud tak boleh score. Cuma kena work hard sikitlah berbanding orang lain. Nak dapatkan tempat untuk Medical Physics kena compete sikitlah sebab ramai sangat yang apply bidang ni memandangkan bidang baru dan tak banyak lagi U yang provide course ni.

2. Medical Physics di USM ada dua programme:

a) Research Mode

Research mode ni memang buat research sepenuhnya. Takde masuk kelas dan exam segala. Tapi certain-certain course kena ambik beberapa subject sebelum start research. Untuk medical physics ni takde. Minimum 2 tahun dan maximum 3 tahun.

b) Coursework Mode

Coursework Mode ni ada 2 komponen. Ambik beberapa subject dan perlu lulus semua subject dan ada mini research. Credit unit untuk Master coursework 40 unit. 32 unit adalah jumlah unit bagi subject yang perlu diambil dan 8 unit adalah mini research. Minimum 1 tahun, maximum 2 tahun.

Pendaftaran untuk coursework ni 2 kali. Masa sem 1 dan sem 2… Kalau tak sempat sem 1 boleh apply sekarang. Kalau diterima insyaallah sem 2 boleh register dah. Apply cepat-cepat tau sebab IPS USM akan ambil masa dalam 3 bulan untuk proses borang permohonan. Kalau belum grad lagi, boleh apply guna result sem yang paling latest je.

Akak ambik Master of coursework dulu.. Degree dulu pun medical Physics jugak. Ph.D pun dalam bidang yang sama.

Ada lagi satu mode iaitu mixed mode. Mode ni dia half-half. Ada 40 unit. 20 unit ambik courses dan kena lulus exam. Lagi 20 unit tu research. Untuk mixed mode research dia berat jugak la berbanding coursework sebab unit dia agak banyak. Mixed mode ni ada yang habiskan dalam setahun ada jugak 1 tahun setengah.

Semoga menjawab segala persoalan ye Miza…. Winking smile

 


Realiti dunia sekarang ni dah tak sama macam dulu. Kalau dulu, selepas habis ijazah kebanyakan student kurang yang plan nak sambung belajar. Selalunya selepas habis kerja masing-masing sibuk cari kerja. Just few of them yang plan untuk sambung. Tapi sekarang ni kalau kita perhatikan pelajar yang dah grad akan ada pilihan selain kerja iaitu sambung belajar.

Sambung belajar vs Kerja

Ramai jugak yang bertanya saya, patut sambung belajar atau kerja terus. Pada saya terpulang pada individu. Apa cita-cita dan impiannya. Career bagaimana yang anda nak pilih. Kalau career tersebut tak memerlukan anda untuk sambung pelajaran dan lebih kepada skills, kerja lebih baik dari sambung belajar sebab dengan bekerja kita akan gain lebih banyak skills dan pengalaman. Praktikalnya lebih banyak di tempat kerja berbanding belajar yang ianya menekankan lebih banyak teori.

Tapi yang saya tengok sambung belajar sekarang ni macam dah jadi trend pulak. Jadi ikut-ikutan jugak tanpa matlamat yang jelas. Jangan bazirkan masa, tenaga dan duit anda untuk sesuatu yang tak perlu. Fikir sehabis baik. Saya dulu pun sambung master mulanya atas saranan abah saya dan saya sendiri pun plan nak kerja di hospital. Ilmu yang saya dapat masa degree rasanya tak mencukupi untuk saya bekerja di hospital dan saya tak dapat proper training pun. Jadi saya berkeputusan sambung Master adalah satu pilihan yang baik untuk saya memandangkan saya akan belajar lebih mendalam tentang bidang saya dan saya mengharapkan saya akan lebih prepared dan ready untuk bekerja dalam bidang tersebut. Tapi sekarang hala tuju saya dah berbeza dari dulu. Sekarang tengah menyiapkan diri untuk build diri sendiri as a future lecturer insyaallah. Sesetengah orang mungkin tak setuju dengan pandangan saya. Apa pun terpulanglah pada individu. Anda lebih tahu apa yang anda inginkan dan ke mana hala tuju masa depan anda.

Buat yang merancang untuk sambung belajar, fikir sebaiknya yang terbaik buat anda. Plan sebaiknya apakah perancangan anda di masa depan. Sambung belajar mungkin satu option. Tapi pertimbangkan sebaiknya apakah keperluan dan benefits yang kita akan dapat dari sambung belajar tersebut. Nak menuntut ilmu tak semestinya dengan sambung belajar. Ketika bekerja pun kita akan masih belajar cuma buka secara formal je.

Saya mungkin bukan orang yang selayaknya bercakap tentang subjek ni memandangkan saya sendiri pun baru sambung belajar dan belum lagi menghabiskan Ph.D. Baru je mula dan masih belum ada pencapaian yang memberansangkan lagi sepanjang tempoh 6 bulan yang lepas. Masih struggle dan belajar banyak perkara. Mengharapkan everything going smoothly. Doakan ye…. Smile

 

phd082803s

Plan vs Reality for Ph.D StudentsWinking smile

 

All the best! Thumbs up

   

With Love,Red heart

NUR

1 comments:

DaisyMe

Salam, akak ada simpan lagi soalan2 coursework ?
sy nak tengok soalan coursework medical physics macam mana..
kalu akak free, boleh emailkan ke amniain@gmail.com :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Site Meter