In The Name of Allah The Most Gracious The Most Merciful
Assalamualaikum Semua…. Apa khabar? Semoga berada dalam redha dan rahmat Allah selalu.. :)
Alhamdulillah semalam dah selesai majlis sambut menantu di Kuala Kangsar, Perak. Walaupun last minute preparation, alhamdulillah semuanya berjalan lancar.
Sejak saya post review tentang veil nikah yang saya DIY sendiri ramai juga muslimah yang mesej di fb minta pandangan tentang majlis masing-masing. Saya pun takdela reti sangat. Sekadar berkongsi pengalaman dalam menyiapkan persiapan untuk walimah.
Saya ada terbaca kisah “Perkahwinan Cik CInderella” di iLuvislam. Rasanya artikel ni dah luas jugak tersebar dan ramai jugak yang mengimpikan perkahwinan se’simple’ ini. Ada banyak perkara yang perlu di ambil kira dalam melaksanakan sesebuah majlis perkahwinan. Pada saya, walaupun majlis perkahwinan itu untuk meraikan kita dan pasangan, tapi ada juga pihak lain yang perlu kita raikan iaitu ahli keluarga dan para tetamu. Apa yang penting, carilah redha Allah dalam majlis kita semoga ianya memberikan keberkatan dalam kita memulai bahtera sebuah perkahwinan.
27 Mei 2012 (Tumpat, Kelantan)
Alhamdulillah saya dan suami diijabkabulkan pada 26 Mei 2012. Walimah diadakan keesokan harinya 27 Mei… Untuk walimah saya, segala persiapan dibuat sendiri sepenuhnya tak mengambil sebarang khidmat butik pengantin atau andaman. Bila plan nak buat sesuatu mesti fikir balik, apa yang aku buat ni, Allah redha tak. Risau jugak kalau-kalau nanti seperti hendak bermegah-megah dan menunjuk-nunjuk.
Majlis walimah saya ada kelainan sikit.. Ada sepupu suami saya kata, adat sebelah Kelantan dan Perak lain sikit ye… Sebenarnya takdela lain pun. Cuma saya dan keluarga menolak adat-adat yang dirasakan tak perlu dalam majlis kami dan plan majlis sendiri. huhu…
Rombongan pihak lelaki sampai dalam pukul 11.30 camtu. Memang agak awal. Sebab kami nak raikan keluarga sebelah pihak lelaki dulu dan seterusnya baru tetamu-tetamu yang lain. Kalau datang serentak takut tak terlayan pulak rombongan pihak lelaki dan tetamu nanti. Lagipun ada sesi bergambar bersama keluarga. Rasanya tak elok pulak kalau ada tetamu-tetamu yang tengok kami ni dok posing-posingkan. Makanan untuk rombongan pihak lelaki pun ada tambahan dan special sikit. Tak patut pulak rasanya kalau tetamu lain tengok makanan tak samakan. Jadi family saya buat keputusan, rombongan pihak lelaki hadir lebih awal dari tetamu lain. Dalam tempoh tu pun boleh kenal-kenal dengan keluarga pihak lelaki jugakkan.
Bersama parents kami…
Untuk majlis walimah saya ni pun kami tak buat makan beradab… Mulanya umi ingat nak sediakan jugak meja sekadar tempat untuk kami makan. Tapi disebabkan tak sempat, saya dan suami pun ceduk makanan sendiri je di khemah dan makan di bawah khemah bersama tetamu yang lain lepas semua rombongan pihak lelaki balik. Semua orang pelik dan bertanya kenapa pengantin makan kat bawah sekali dengan mereka. Saya cuma senyum dan jawab, “nak raikan tetamu yang lain,”.
I adore this picture so much…
Alhamdulillah… Terima begitu banyak hadiah sampai tak tau nak simpan kat mana…Ada yang dah guna tapi kebanyakkannya masih belum digunakan.
1 September 2012 (Kuala Kangsar, Perak)
Semalam baru sahaja selesai majlis sambut menantu di Perak. Lewat sikit majlis untuk sambut menantu memandangkan agak susah nak cari tarikh. Alhamdulillah selesai jugak akhirnya walaupun banyak jugak dugaanya. Majlis sebelah suami ni kami buat di kampung nenek suami. Mudah sikit katanya saudara-saudara lain nak datang ke majlis. Lagipun lebih dekat pihak kami dari Kelantan nak datang ke sini. Rombongan pengantin perempuan hadir dalam 8 buah kereta semuanya.
Majlis sebelah suami pun simple jugak. Cuma kami gunakan khidmat catering sebab takde manpower nak uruskan semua ni. Pelamin dan hiasan bilik semua recycle balik saudara-saudara belah suami punya. Sekadar untuk dijadikan background untuk ambil gambar je. Sebab tu warna pelamin, hiasan bilik dan baju pengantin tak sama.. Tema warna-warni… huhu…
Bersama sahabat-sahabat USM… Thanks korang sebab datang…
Alhamdulillah… Selesai sudah semuanya… Masih jauh perjalanan kami. Baru 3 bulan menjalani bahtera perkahwinan ni pun banyak juga ombak yang menyapa. Semoga kami terus kukuh dan selamat melayari bahtera ini sehingga ke akhirnya. Semoga kebaikan ini bukan hanya pada awalnya sahaja tapi juga akhirnya. Ya, walimah hanya sehari, tetapi perkahwinan itu sendiri berhari-hari. Persiapkanlah diri kalian. Jangan hanya sibuk dengan persiapan sebelum dan semasa kahwin tapi mengabaikanpersediaan selepas kahwin itu sendiri. Semoga Allah merahmati kita semua…
p/s: Esok bakal berkursus (Kursus Penyelidikan) 6 hari di USM. Turn mode kahwin kepada mode study pulak..huhu… Doakan ye…
With Love,
NUR
1 comments:
TAHNIAH...SEMOGA BAHAGIA
Post a Comment