28 February 2013

Manage your finance

In The Name of Allah The Most Gracious The Most Merciful

Assalamualaikum,

All praise is due to Allah, the Lord and Cherisher of the Universe. May His peace and blessings be upon our beloved prophet, Muhammad (PBUH), his household, companions and all followers of the right guidance till the Day of Judgment.

Beberapa hari ni Allah beri ujian demam selsema kepada saya. Selepas sekian lama bertarung dengan perbagai ubat akhirnya badan saya tewas juga dengan virus yang kecil ini. Apalah sangat yang kita banggakan sebagai manusia ni. Virus yang kecil ini menyerang, terus kita tidak mampu menjalankan kehidupan seperti biasa.

Dari Abu Said Al-Khudri dan dari Abu Hurairah radhiallahu anhuma dari Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam beliau bersabda:

مَا يُصِيبُ الْمُسْلِمَ مِنْ نَصَبٍ وَلَا وَصَبٍ وَلَا هَمٍّ وَلَا حُزْنٍ وَلَا أَذًى وَلَا غَمٍّ حَتَّى الشَّوْكَةِ يُشَاكُهَا إِلَّا كَفَّرَ اللَّهُ بِهَا مِنْ خَطَايَاهُ “

Tidaklah seorang muslim tertimpa suatu kelelahan, atau penyakit, atau kekhuatiran, atau kesedihan, atau gangguan, bahkan duri yang melukainya melainkan Allah akan menghapus kesalahan-kesalahannya (Dosa) kerananya.”

(HR. Al-Bukhari no. 5642 dan Muslim no. 2573)

 

Saya ada dapat beberapa mesej dan soalan daripada adik-adik yang saya pernah handle usrah di sekolah dulu yang alhamdulillah sekarang sudah melangkah ke alam universiti bertanya bagaimana hendak menguruskan perbelanjaan secara berhemah dengan duit yang kita dapat untuk satu semester. Saya sendiri pun tidaklah bagus dalam perancangan kewangan ini. Ada kalanya saya tidak mematuhi perbelanjaan yang telah saya tetapkan. Tapi ini sedikit perkongsian bagaimana saya manage kewangan saya.

Alhamdulillah, hari ni tanggal 1 Mac. Allah masih memberi kesempatan untuk kita melangkah ke bulan yang baru. Kebiasaan saya, tiap kali awal bulan saya akan mula kira balik setiap perbelanjaan yang saya bagi bulan tersebut dan mula merancang untuk perbelanjaan bulan yang berikutnya. Ini habit saya sejak saya matrik lagi. Masa tu saya baru pertama kali pegang sejumlah duit yang agak banyak untuk perbelanjaan satu semester. Biasanya masa sekolah dulu, duit saku untuk sekolah dapat hari-hari. Kalau nak jimat, bawak bekal jadi duit saku tu boleh simpan untuk benda lain. Parent saya memang tak biasakan bagi duit lebih kepada kami. Kalau nak duit lebih, tolong buat apa-apa kerja rumah then baru diberi duit lebih sebagai upah. Mungkin disebabkan itulah, saya jenis yang agak ‘sayang’ duit dan memang bukan jenis yang belanja sesuka hati atau ikut hati nak itu dan ini. Walaupun teringin sangat sesuatu benda saya tetap takkan beli melainkan untuk perkara yang berfaedah sebab saya tau duit saya sangat terhad dan bukan mudah untuk dapatkan duit. Jadi perlu berjimat cermat.

Di matrik dulu dan awal degree saya, saya hanya catat dan kumpul resit-resit dalam buku nota biasa. Walaupun agak tidak tersusun, sekurang-kurangnya saya masih boleh track perbelanjaan saya. Tahun 2008 tak silap saya pihak USM ada anjurkan minggu kerjaya di mana beberapa badan kerajaan dan swasta di panggil untuk bukak booth dan promote company masing-masing. Masa tu ada Bank Negara turut sama terlibat dalam acara ini dan mereka membuat edaran buku Pengurusan Belanjawan Keluarga. Banyak jugak saya ambil memandangkan banyak yang mereka bawa. Sebelum ni saya hanya rekod berapa dalam sehari saya belanja, tapi dari buku ni saya rekod perbelajaan saya berasingan mengikut jenis perbelanjaan, contohnya pendidikan, kesihatan, makan, penjagaan diri, isi rumah dan lain-lain.

   

buku peran

Buku Pengurusan Belanjawan Keluarga keluaran Bank Negara

      

Bagi tahun 2013, buku di atas telah pun habis semuanya saya gunakan. Mulanya saya hanya mencatat di dalam kertas sehelai-helai tapi saya rasakan bila dalam kertas camtu mudah hilang. Ada jugak sebelum saya pernah guna software yang boleh kita rekodkan perbelanjaan setiap hari. Tapi kelemahannya bagi saya adalah tiap kali nak rekod sesuatu, saya kena bukak laptop dan resit saya terpaksa simpan berasingan. Jadi, saya dapat inisiatif untuk buat je buku Pengurusan belanjawan keluarga ni sendiri. Saya buat mengikut kesesuaian untuk saya sendiri. Saya print dan binding buku ini. Walaupun tidaklah secantik mana pun, tapi cukuplah buat saya untuk rekod dan track setiap perbelanjaan saya. Kalau ada sahabat-sahabat yang berminat untuk dapatkan buku ni, boleh email saya. Insyaallah saya akan berikan softcopy nya.

    

buku2

Ini muka depan buku yang buat dan saya asingkan mengikut bulan. Sama je macam buku keluaran Bank Negara cuma ada sedikit pengubahsuaian buat saya.

    

buku

Ini untuk rekod details perbelanjaan dan juga ruang untuk saya kepilkan resit-resit bagi bulan tersebut.

     

Red roseSebelum saya tetapkan berapa jumlah sebulan perbelanjaan saya, saya catat dulu untuk tempoh sebulan dua bagi saya track ke mana banyak duit saya habis. Dari situ saya akan tetapkan berapa bajet untuk makan, buku, ubat, penjagaan diri dan lain-lain.

Red roseKemudian, apabila dapat sejumlah elaun dari biasiswa, saya akan asingkan duit tersebut mengikut perancangan perbelanjaan yang telah saya tetapkan. Saya ada 5 akaun bank yang saya dah tetapkan setiap fungsinya.

1. CIMB – Back up perbelanjaan bulanan (Selepas asingkan elaun yang saya dapat pada bulan tersebut mengikut perbelanjaan, saya  akan lebihkan bakinya di akaun ini sebagai back up perbelanjaan saya.

2. Maybank – Untuk perbelanjaan harian

3. BSN – Simpanan yang saya asingkan untuk pendidikan research saya. Duit geran yang saya claim dari penggunaan sendiri, saya akan asingkan ke akaun ini.

4. Bank Islam – Simpanan dan baki perbelanjaan bulanan. Setiap hujung bulan, saya akan kira balik berapa baki bagi bulan tersebut dan pindahkan wang tersebut ke akaun bank islam.

5. Tabung Haji – Simpanan ( Tabung haji ini saya masukkan semua simpanan akhir saya yang saya rasa akan guna pada jangka masa panjang mungkin 2,3 tahun akan datang.

6. Simpanan Emas dan Perak – Ini simpanan terbaru saya. Saya baru mulakan dengan menukarkan mas kahwin yang saya terima dari suami kepada 1g jongkong emas dan 20g jongkong perak. Alhamdulillah, saya baru menambah 1 dinar emas dengan menukarkan elaun tahunan yang saya dapat. Seperti yang anda sedia maklum, wang fiat (wang kertas) mengalami inflasi setiap tahun dan kuasa beli menggunakan wang fiat ini semakin berkurangan. Jadi untuk mempertahankan simpanan saya untuk jangka masa panjang, saya mula menyimpan emas dan perak secara konsisten. Saya akan kongsikan tentang ini kemudian. Insyaallah.

Red rose Jangan lupa untuk peruntukkan sedikit wang untuk sedekah walau hanya RM10 sebulan andai itu jumlah yang kita mampu. Sesungguhnya dengan bersedekah tidak akan mengurangkan hartamu bahkan Allah akan tambah lagi untukmu.

Red rose Saya cuba untuk guna elaun/gaji bulanan yang saya dapat pada bulan tersebut sahaja tanpa bercampur dengan lebihan/baki gaji/elaun bulan sebelumnya. Katalah gaji bulanan adalah RM2800 dan baki bulan lepas adalan RM500. Saya cuba tidak campurkan RM500 itu ke dalam belanja bulan berikutnya sebaliknya masukkan ke dalam akaun simpanan. Sekiranya terdesak dan perlu untuk kegunaan yang tidak dapat dielakkan baru saya guna.

Red rose Cuba disiplin dan patuhi setiap garis panduan jumlah perbelanjaan yang telah kita tetapkan. Jauhi cara hidup yang boros dan berbelanja bukan untuk keperluan.

Red roseUntuk beberapa bulan berikutnya, andai ada lebihan duit yang lebih sedikit, boleh juga reward diri sendiri sebagai penghargaan untuk kita yang telah berpenat lelah bekerja. Tapi, haruslah dengan jumlah yang berpatutan dan tidak terlalu boros.

     

images (9)

Ini yang saya amalkan sehingga ke hari ini. Alhamdulillah saya mampu manage perbelanjaan saya. Walaupun takdela mewah, tapi sekurang-kurangnya saya tidak mengalami situasi “sesak di hujung bulan” melainkan ada perbelanjaan yang tidak mampu saya elakkan contohnya kereta rosak.

     

kad prubsn

Medical Card Prudential BSN

    

Untuk kesihatan pula, saya buat caruman Medical Card dari Prudential BSN. Husband saya agent bagi takaful ni. Salah satu cara juga untuk future investment dan dalam masa yang sama untuk keperluan kesihatan kita. Berminat untuk membuat caruman ni boleh contact saya ya. Winking smile

 

sept-2012-doodle-financiallysound

8 Tips dari Productive Muslim untuk menguruskan kewangan secara produktif

 

Semoga beroleh manfaat dari perkongsian iniSmile

 

With Love,Red heart

NUR

1 comments:

tim87

salam..info yg sgt baik untuk saya! syukran jazilan atas info kt atas.. =) sgt interesting!

follow ct kt cni k :
http://the-red-heart.blogspot.com/

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Site Meter