In The Name of Allah The Most Gracious The Most Merciful
Assalamualaikum Brothers and Sisters.
All praise is due to Allah, the Lord and Cherisher of the Universe. May His peace and blessings be upon our beloved prophet, Muhammad (PBUH), his household, companions and all followers of the right guidance till the Day of Judgment.
Pertama sekali, saya ingin mengucapkan Salam Maal Hijrah buat anda semua. Hope its not too late. Sempena tahun baru ni, semoga kita boleh sama-sama muhasabah diri kita, apa yang telah kita lakukan dalam tempoh setahun yang lepas. Muhasabah dan koreksi diri. Seperti yang anda semua sedia maklum juga, menjelang tahun baru Hijrah, Gaza kembali berdarah dengan bedilan bertalu-talu dari pihak zionis. Sama-samalah kita berdoa semoga Allah memberi perlindungan kepada saudara kita disana.
Sempena tahun baru ni jugak, saya mula ber’hijrah’ dari simpanan wang fiat ke simpanan komoditi iaitu emas dan perak. Dah lama berhajat nak membuat simpanan dalam bentuk emas dan perak tapi memandangkan diri masih bergelar student waktu itu dan tak mempunyai simpanan sendiri, jadi saya batalkan hajat saya tapi mula mempengaruhi Ummi saya pula untuk membeli. Masa saya belikan 1 dinar pertama buat ummi (of course guna duit ummi,huhu) harganya baru RM450. Tapi sekarang dan hampir 2 kali ganda dari harga yang dulu.
Ini artikel pertama tentang emas yang saya pernah tulis dulu selepas mengikuti seminar emas pada tahun 2009.
http://voyagetodestiny-ns2.blogspot.com/2010/08/kelantan-cipta-sejarah-lancar-dinar.html
Saya kerap juga menyemak perkembangan emas dan juga menimpa serba sedikit tentang ilmu. I came across satu company yang diberi nama GCP yang menjual emas dan perak koin, jongkong emas dan perak dan juga barang kemas. Setelah saya teliti dan baca semua information yang diberikan dan mula membuat penilaian. Takut juga kalau-kalau tertipu. Nak membeli emas pun perlukan ilmu. Jangan semberono dan melulu membeli sebelum anda pasti dan percaya dengan siapa anda membeli.
Alhamdulillah, Jumaat lepas saya dah terima 1g gold bar dan 1g silver bar dari pihak GCP. Ni sebenarnye saya tukar duit mahar RM300 yang diberikan oleh suami masa akad nikah. Kalau boleh taknak duit ni habis camtu jekan. At least I know this is the first give from my husband. Mulanya nak beli loket sebab ada rantai. But unfortunately, pencuri masuk dalam rumah dan rantai saya dicuri. Saya kuburkan hasrat tu dan rasanya boleh jugak kalau tukar kepada gold bar kan. Nak beli dinar, tak mampu lagi. Satu dinar sekarang dalam RM 800. GCP ada jual 1g gold bar. Masa saya beli hara 1g ni RM210, sekarang RM217. Kejap je harga dah naik. Nak beli 2g gold bar tak cukup. Atas nasihat dealer, saya beli 1g gold bar, 20g silver bar. Total RM 310 untuk dua ni. Okla kan.
Nampak tak gold bar tu? Kecik dan comel je..huhu
Yang besar tu silver bar 20g. Bila la agaknya boleh beli emas seberat 20g. Huhu….
Sekarang ni banyak yang kita dengar tentang pelaburan emas dan perak kan. Tambah menakutkan bila kita dengar banyak skim pelaburan ni ‘scam’ dan banyak yang jadi mangsa sama macam skim cepat kaya. Jarang yang kita dengar simpanan emas dan perak. Bila nak beli emas mesti ramai yang kata “saya takde duit/modal nak beli emas”. Tapi kalau tengok dari konsep penyimpan wang kita bulan-bulan, adakah kita memerlukan modal untuk menyimpan?
Jika saya tanya anda,adakah anda membuat simpanan wang di bank sebelum ini,atau pun tabungan di rumah?
Jika ya,jawab soalan saya seterusnya.
Adakah anda perlukan modal untuk mula menyimpan wang untuk digunakan bila kecemasan atau tabungan untuk masa depan anda tersebut?
Semua orang mula menyimpan sedikit demi sedikit,hasil penjimatan dan hasil lebihan gaji mereka.So,tiada modal yang diperlukan bukan?Cukup anda bermula sedikit demi sedikit mengikut kemampuan anda.Yang penting>KONSISTEN.
Apa yang saya hendak betulkan di sini ialah,ramai menganggap beli emas perlukan modal dan modalnya mesti besar.Inilah kesilapan ramai orang,bila menganggap emas sebagai pelaburan semata-mata.Sedangkan pada zaman dahulu,emas dan perak telah pun dijadikan matawang untuk jual-beli.Jadi,kalau nak simpan untuk jangka masa panjang,simpanlah dalam bentuk logam berharga.
Tabungan emas
Sebagaimana anda menyimpan wang kertas di rumah mahupun bank,begitulah juga konsep simpanan emas ini.Simpanlah mengikut kemampuan,sikit-sikit,lama-lama jadi bukit emas.Sebagaimana anda berlumba-lumba menambah simpanan wang di bank,amanah saham,begitu juga anda perlu ubah persepsi anda sekarang.Tapi,janganlah pula 100% simpanan ditukarkan kepada emas,cukuplah 50%-80% dari simpanan,mengikut keperluan dan iklim kewangan masing-masing.Saya sendiri sudah menukarkan simpanan saya dalam bentuk emas sehingga 90% kerana saya juga merupakan pengedar emas.Jadi,saya boleh jual emas saya dengan mudah ikut harga semasa kerana ada permintaan.Selebihnya lebih kurang 10% saya simpan dalam bentuk wang kertas untuk keperluan kecemasan yang perlu tindakan segera.
Simpanlah dengan niat untuk :
-Tabungan untuk diri sendiri
-Pendidikan anak-anak
-Tunaikan haji
-Tampung kos perkahwinan
-Diwariskan kepada anak-anak sebagai pusaka
-Diinfakkan sebahagian ke jalan Allah swt
-Jika cukup haul dan nisab,maka bersyukurlah kerana menjadi salah seorang yang layak membayar zakat.
via JutawanGold
Harga emas berubah dari satu masa ke satu masa. Kenapa harga emas semakin meningkat? Dan jika dilihat dari peningkatannya, sangat banyak perbezaan. Sebenarnya ia disebabkan oleh inflasi bagi wang kertas yang kita gunakan kerana wang kertas bukan komoditi. Ia mempunyai nilai hanya kerana kerajaan meletakkan nilai pada kertas tersebut. Masih ingat tentang duit daun pisang ketika pemerintahan semasa zaman Jepun? Setelah Jepun menyerah kalah, duit yang dicetak oleh mereka tidak lagi boleh digunakan kerana Jepun bukan lagi menguasai kerajaan. Dan orang yang memiliki duit kertas tersebut mengalami kerugian kerana duit tersebut hanya tinggal sekeping kertas yang tak bernilai.
Lain pula kesnya dengan emas dan perak kerana emas dan perak mempunyai nilai komoditinya sendiri. Ia dianggap sebagai “barang” yang boleh diperdagangkan dan mempunyai nilai sendiri mengikut penawaran dan permintaan. Andai kerajaan bertukar, atau matawang berubah dari ringgit kepada yang lain atau di mana saja di serata dunia kita berpijak, emas dan perak masih ada nilainya sendiri. Tapi duit kertas kita hanya boleh digunakan di Malaysia.
Antara produk GCP yang di tawarkan adalah seperti berikut:
Dinar Emas Gold Bar ( 5g,10g,20g,50g dan 100g)
Silver Bar (10g,20g,50g dan 100g)
Rantai tangan pasir (5g,10g,20g,30g,40g,50g dan 100g)
Rantai leher (Gajah) – 40g, 50g dan 100g Rantai leher – 20g dan 30 g
For more products, you can browse it here: http://www.gcp.com.my/
By the way, GCP only sell gold and silver. They don’t provide any investment plan. If you want to do any investment with your gold and silver, you may choose any company that provide that service. Macam kedai emas jugaklah cuma boleh dibeli secara online. Perlu diingat sekiranya anda membeli emas, pastikan anda dapat emas tersebut secara fizikal bukan hanya dalam buku akaun simpanan emas. Syarat sah jual beli emas, beli emas perlu dapat emas bukan beli emas tapi cuma dapat angka dalam buku akaun atau kertas yang merekodkan pembelian anda tanpa emas fizikal. Ini berlaku apabila anda membeli emas dari bank. Sebab tu emas yang dijual oleh bank lebih murah berbanding di kedai-kedai emas kerana mereka tidak perlu mengeluarkan kos untuk pengurusan emas memandangkan emas fizikal tidak diberikan ketika pembelian dibuat.
Berminat untuk membuat tabungan emas? Sebarang pertanyaan boleh hubungi saya:
email: ns.nurqina@gmail.com
sms: 012-9527496
fb: https://www.facebook.com/haniey.qina
With Love,
NUR
0 comments:
Post a Comment