In The Name of Allah The Most Gracious The Most Merciful
Assalamualaikum Brothers and Sisters.
All praise is due to Allah, the Lord and Cherisher of the Universe. May His peace and blessings be upon our beloved prophet, Muhammad (PBUH), his household, companions and all followers of the right guidance till the Day of Judgment.
Alhamdulillah, semalam dah selamat berlangsung program Splendour Day at Botanical Garden anjuran IPSI Youth Community. Insyaallah saya akan update kemudian untuk aktiviti ni. Rasanya masih banyak jugak lagi entry yang saya rancang untuk tulis, tapi tak tertunai juga dek kekangan masa untuk hal yang lebih penting.
Malam tadi tidur awal kerana kepenatan yang amat sangat. 4 hari berturut-turut sebelum ni memaksa badan. Akhirnya dah selesai, tunaikan hak badan untuk berehat pula. Bangun pagi tadi tengok ada notification di handphone ada mesej dari husband di fb. Ada “surat” dari husband beserta ucapan “SELAMAT ULANG TAHUN KE 6 BULAN PERKAHWINAN”. Sangat terharu baca “surat” tersebut. Memang pantas je masa berlalu. Saya masih rasa macam pengantin baru. hehe… Rupanya dah 6 bulan berlalu sejak tarikh perkahwinan kami. Pantasnya masa berlalu.
Walaupun baru 6 bulan, banyak perkara yang saya dah lalui. Banyak belajar perkara baru dalam mengharungi sebuah kehidupan. You can’t just think about yourself. Kena fikir tentang husband dan 2 buah keluarga (keluarga saya dan keluarga mertua). Kena banyak toleransi dan tolak ansur. Kena banyak memahami dan perlu sentiasa peka dengan semua keadaan supaya kami semua dapat hidup dnegan bahagia sebagai sebuah keluarga. Saya masih fail bab ini. Insyaallah, akan dibaiki semua ni. Saya memang orang yang agak susah nak adapt dengan sesuatu perkara. Tak suka buat apabila disuruh dan diarah. Tak suka juga buat kerja last minute. Saya sangat berang jika last minute baru sibuk-sibuk minta itu ini pada saya sebab saya orang yang suka merancang apa yang saya lakukan. Nak minta sesuatu, nak cancel sesuatu, tolong inform pada saya awal-awal sebab saya pun ada rancangan dan masalah saya sendiri. Bukan anda saja yang sibuk dan ada hal yang perlu diuruskan. OK!
Husband saya ni boleh saya kategorikan sebagai antara yang penyabar melayan kerenah saya ni. Alhamdulillah. Apa pun masih banyak yang kami perlu pelajari tentang diri masing-masing. Masih jauh perjalanan kami. Masih memerlukan bimbingan dalam menyelurusi perjalanan sebuah perkahwinan yang penuh cabaran, liku dan dugaan tambahan kami hidup berjauhan antara satu sama lain. Semoga Allah meneguhkan dan mengukuhkan ikatan perkahwinan kami dan ikatan hati antara kami. Semoga Allah izinkan perkahwinan kami ini mencapai redha Allah.
Merisik day
Engagement Day
Nikah Day
Buat Abang,
Sepanjang perjalanan yang kita sama-sama lalui,
Kina tau banyak kesilapan yang kina lakukan,
Kina tau banyak hati yang kina lukakan,
Kina tau banyak perkara kina masih belum mampu laksanakan dengan sempurna,
Kina tau banyak perkara kina masih belum mampu luputkan dari ingatan,
But, please acknowledge my continuous effort in making us leading a happy marriage life.
Masa mula-mula kina mendapat risikan abang,
Hingga ke hari pernikahan kita,
Maafkan kina kerana masih ada ragu buat abang,
Kerana selagi belum ada akad yang sah di antara kita,
Kita belum pasti disatukan,
Kita belum pasti ditakdirkan bersama,
Kerana kina masih takut akan perkara yang sama terjadi buat kali kedua.
Tapi ketahuilah,
Allah anugerahkan buat kina suami yang kina perlukan,
Walaupun mungkin bukan yang kina hendakkan,
Kerana DIA Maha Tahu apa yang terbaik buat hambaNYA ini,
Dan kina bersyukur Allah pilihkan abang buat kina,
Terima kasih kerana menerima kina sebagai suri dalam hidup abang.
Happy 6 Month anniversary abang.
With Love,
NUR
0 comments:
Post a Comment