In The Name of Allah The Most Gracious The Most Merciful
Assalamualaikum,
All praise is due to Allah, the Lord and Cherisher of the Universe. May His peace and blessings be upon our beloved prophet, Muhammad (PBUH), his household, companions and all followers of the right guidance till the Day of Judgment.
Alhamdulillah. Saya berada di Penang sekarang untuk beberapa hari atas beberapa urusan. Selesai urusan di Penang insyaallah bakal bertolak ke Ipoh jumpa suami dan kembali semula ke Kelantan. Letih jugak berulang alik 3 negeri ni tapi takpela susah-susah dulu senang-senang kemudian insyaallah.
“Oleh itu, maka (tetapkanlah kepercayaanmu) bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan” (Quran: 94:5)
Semalam, 23hb saya sempat handle satu halaqah untuk Semester ni under IPSI Youth Community(IYC). Saya belum sempat cerita lagi untuk IYC ni. Secara ringkasnya IYC ditubuhkan sebagai sayap remaja di bawah IPSI induk yang fokusnya untuk remaja dan belia. Setakat ni IYC aktif di USM dalam menganjurkan kelas perbandingan agama dengan kerjasama pusat islam USM dan juga beberapa aktiviti IYC yang dibiayai penuh oleh IPSI. Inisiatif ini diwujudkan:
1. Memelihara identiti Islam dan memperkasakan nilai-nilai Islam dikalangan belia
dan remaja.
2. Menyediakan persekitaran yang ‘Islamic’ untuk bersosial dengan remaja dan
belia Islam yang lain serta mengukuhkan tali persaudaraan sesama mereka.
3. Membina, melatih dan meningkatkan kemahiran para belia dan remaja dari segi
kepimpinan dan dakwah yang mampu berperanan sebagai pendakwah yang
proaktif ke arah pembangunan ummah.
4. Menanam keyakinan para remaja dan belia dalam menegakkan agama yang
benar terhadap non-muslim.
Untuk lebih update tentang IYC ini boleh like kami di fb:
https://www.facebook.com/IpsiYouthCommunity
Alhamdulillah, di bawah IYC ini saya selaku Presiden, mengharapkan struktur dan perjalanan gerak kerja yang lebih tersusun. Kesedaran tentang perlunya ikatan ‘hati’ atau ukhuwah dalam dakwah membuatkan saya menubuhkan Halaqah atau ramai yang memanggilnya usrah. Tapi kenapa saya memilih menggunakan nama Halaqah bukan usrah sebab mentaliti usrah selalunya nampak lebih formal dengan beberapa syllabus, tapi halaqah pada saya lebih santai tapi insyaallah mampu membentuk. Apa-apa pun terpulang pada tafsiran anda sendiri tapi setiap orang ada matlamat dan target untuk di capai jadi pilihlah mengikut kesesuaian anda sendiri. Saya namakan Halaqah ini Mahabbah Circles.
Alhamdulillah, setakat ini berjalan dengan lancar dan yang mengikutinya adalah dikalangan pelajar kelas perbandingan agama(KPA) . Tapi Halaqah ini saya buka penyertaannya buat semua. Jadi jika ada sahabat-sahabat yang berada di USM berminat untuk join Halaqah ini boleh contact saya. Insyaallah saya akan maklumkan bila Halaqah seterusnya akan diadakan. Saya selaku penyampainya tidaklah seorang faqih dalam ilmu agama bahkan saya sendiri berlatar belakangkan sains fizik tetapi kita saling lengkap melengkapi dari segi ilmu, saling nasihat menasihati dan saling menjaga ukhwah yang terjalin kerana Allah. Sungguh, saya merasa hati saya terubat dengan kehadiran adik-adik KPA ini kerana kebanyakan sahabat saya sudah tiada di USM lagi. Ukhwah itu indah. Hanya yang melaluinya akan merasai.
Berbalik kepada perkongsian Halaqah yang lepas, untuk kali ni, fokus saya lebih kepada suntikan semangat memandangkan semester baru sahaja bermula. Saya mulakan dengan sedikit kupasan dari Surah AL-Insyirah. Seperti yang kita sedia maklum, surah ini merupakan penyuntik semangat buat nabi ketika Nabi dihina dan maki oleh kaum Musyrikin. Allah menurunkan ayat-ayat ini untuk menenangkan nabi.
Daripada ayat dan tafsir di atas, dapatlah kita mengambil beberapa pengajaran iaitu:
1) Allah itu Maha Adil, tidak sesekali Dia meletakkan sesuatu ujian di luar kemampuan makhluknya, seperti mana dinyatakan dalam Surah Al-Baqarah (2:286). Ayat ini disokong dengan ayat keenam Surah Al-Insyirah di mana kesusahan akan disertai kemudahan.
2) Allah mengajar makhluknya bersabar dan yang paling penting percaya dengan janji Allah. Cuba sahabat bayangkan, andai kata kita tidak yakin bahawa kemudahan pasti datang selepas kesusahan pasti kita akan cepat melenting dan bertindak di luar batasan apabila kita diuji dengan ujian yang berat. Maka, dengan adanya janji Allah ini kita mampu membentuk diri menjadi insan yang redha dengan ujian yang menimpa.
Seterusnya, saya berikan sedikit perkongsian, bagaimana untuk kita menjadi seorang Muslim yang productive dari konteks sebagai seorang pelajar Muslim.
I would like to introduce you today to 3 powerful elements of productivity. These are the cornerstone of productivity without which one cannot be productive, and here they are:
1.Knowledge
2.Action
3.Consistency
I call this the Productivity Triangle, and if all 3 element meet in a person, he/she becomes truly productive. But if one element is missing that’s when unproductivity kicks in.
So how do these 3 elements work?
Knowledge
Perkara pertama sebelum kita mulakan sesuatu adalah ilmu. Jadi penekanan kepada ilmu sangatlah penting sebelum kita melaksanakan sesuatu. Jika tidak masakan wahyu yang pertama diturunkan adalah “BACA!” kerana dari situlah sumber ilmu.
Action
Selepas ilmu diperolehi, haruslah put into practice. Andai hanya ada ilmu sahaja tetapi amalannya tiada, sia-sialah ilmu tersebut.
Consistency
Consistency atau istiqamah sangat penting buat kita semua. Tak guna jika kita belajar ilmu banyak-banyak, amalnya hanya sekejap kemudian langsung tak buat apa-apa dah. Belajar dan beramal itu perlu dilakukan secara berterusan. Amalan yang sedikit itu tapi berterusan lebih baik dari amal yang banyak sekaligus tetapi terhenti hanya setakat di situ.
----------------------------------------------------------------------------------------
Akhir sekali, segala yang di atas harus diiringi dengan doa kepada Allah semoga Allah membuka hati kita, meneguhkan kita untuk terus dengan apa yang kita lakukan ini. Inilah part yang paling penting. Walau sekuat mana pun kita usaha dan mencuba andai Allah tak izinkan, pasti ia tidak akan berjaya. Jadi, jangan mengabaikan kekuatan DOA ini. Mintalah sesunggahnya DIA maha memberi.
Insyaallah perkongsian kedua, saya akan share dalam post yang seterusnya. Perlu bersiap-siap untuk merehatkan diri. Esok bakal menghadiri Workshop sepanjang hari. Perlukan rehat yang cukup supaya boleh terus fokus untuk esok.
Sebelum saya akhiri Halaqah saya semalam, saya edarkan lebihan kad kahwin saya yang masih banyak untuk buat sedikit aktiviti dengan adik-adik. Saya ajar mereka untuk buat kotak ini dan saya berikan sehelai kertas dan minta mereka tulis kata-kata semangat, target mereka atau apa-apa sahaja yang mampu menaikkan semangat mereka semula apabila down. Some kind of motivation. Adat dalam sebuah perjalanan ada ketikanya tersadung dan tersepak batu, perlukan huluran tangan untuk terus bangkit. Anggaplah kotak ini sebagai “kotak ajaib” yang mampu membangkitkan kalian semua apabila tersadung dan terjatung. Bangkit dan terus bangkit.
With Love,
NUR
0 comments:
Post a Comment