In The Name of Allah The Most Gracious The Most Merciful
Assalamualaikum,
All praise is due to Allah, the Lord and Cherisher of the Universe. May His peace and blessings be upon our beloved prophet, Muhammad (PBUH), his household, companions and all followers of the right guidance till the Day of Judgment.
Alhamdulillah, masih diberi kesempatan untuk menulis. Tika ini masih lagi berada di Kelantan. Ramai yang ingat saya balik Kelantan untuk bercuti tetapi sebenarnya untuk saya selesaikan research Phd di USM Kubang Kerian kerana sampel yang saya perlukan sukar untuk diperolehi di Penang.
Semasa dalam perjalanan ke USM Kubang Kerian beberapa hari lepas saya sempat mengikuti slot kuliah di IKIM. Tidak pasti pula siapa penceramahnya tetapi isinya banyak berkisar tentang malaikat mendoakan kita andai kita mendoakan orang lain. Saya tertarik dengan luahan dan pertanyaan dari seorang pemanggil yang menghubungi radio IKIM masa tu bertanyakan soalan kepada ustazah tersebut. Isinya lebih kurang begini mengikut kefahaman saya:
“Beliau merupakan seorang isteri yang telah mempunyai cahaya mata dan berkahwin ketika masih belajar. Alhamdulillah beliau dan suami telah pun menamatkan pelajaran masing-masing. Beliau mempunyai bakat dalam communication skills dan memang seorang yang aktif ketika belajar dan sering mengikuti dan melaksanakan program-program dakwah. Tapi, setelah tamat belajar, suaminya tidak membenarkan beliau terlibat dalam program terbabit dan diminta untuk fokus pada pendidikan anak-anak sahaja. Beliau meminta pandangan ustazah bagaimana untuk beliau ikhlas dengan permintaan suami dan seterusnya mencari solusi bagaimana beliau boleh mendapat pahala yang sama seperti beliau mengikuti program-program berikut di rumah.”
Nasihat yang diberikan oleh ustazah berikut, sepatutnya sebelum berkahwin, kenali siapa bakal pasangan kita dan potensi mereka. Pada saya kenal disini bukanlah maksudnya suruh dating dan ber sms bagai tapi kenali siapa yang bakal kita kahwini. Ketahui apa visi dan misi pasangan yang bakal kita kahwini bagi mengelakkan perkara begini terjadi. Agak rugi bagi wanita-wanita yang mempunyai potensi ini akhirnya tersekat setelah berkahwin.
Ya, tidak salah langsung jika terus fokus pada anak-anak, tapi jangan lupa, anak ini akhirnya akan keluar kepada masyarakat dan bukan sentiasa berada di dalam kepompong kita. Jika kita tidak cuba menyumbang ke arah pembaikan masyarakat, bagaimana natijahnya nanti apabila anak kita bergaul dengan masyarakat yang kucar kacir? Tidaklah saya minta semua para ibu keluar ke sana ke mari sehingga terabai tanggung jawab mereka sebagai isteri dan ibu, tetapi bijak memanfaatkan masa yang lainnya untuk menyumbang kepada masyarakat. Di sini peranan suami sangat penting.
Banyak orang-orang hebat yang saya lihat disebabkan dek kesibukan berprogram dan ceramah sana sini akhirnya urusan anak-anak banyak ditinggalkan kepada isteri semata-mata sedangkan mendidik anak dan menguruskan hal rumah tangga adalah tugas kedua ibu dan bapa. Saya amat tak gemar melihat pemandangan seperti ini.
Hari ini pula saya mendengar satu lagi slot di IKIM tentang kajian kes buang bayi. Sangat menghairankan, golongan yang banyak membuang bayi ini datangnya dari keluarga yang ibunya adalah suri rumah dan bukan dari golongan ibu bekerjaya. Ada kemungkinan kerana si ibu tidak keluar dari lingkungan keluarganya dan tidak mengetahui keadaan masyarakat di sekitarnya, jadi si ibu tidak tahu akan bahaya-bahaya dan benteng yang patut dipersiapkan buat anak-anak mereka.
Saya sangat simpati dengan mereka-mereka yang punya potensi dan visi dan misi yang jelas dalam terus memberi sumbangan kepada masyarakat dan ummah tapi akhirnya di sekat oleh suami. Ya, setiap masing-masing punya pandangan dan kebutuhan masing-masing tapi dalam zaman yang sekarang serba mencabar, tenaga para wanita dan ibu sangat-sangat diperlukan bukan hanya sekadar di rumah tetapi juga buat masyarakat dan ummah. Sekurang-kurang dengan keterlibatan kita dalam hal-hal seperti ini dapat dicontohi oleh anak-anak dalam mewujudkan biah yang solehah buat mereka.
Saya sangat runsing tentang hal ini sebelum saya bernikah dahulu. Pernah saya suarakan kebimbangan ini kepada suami saya dulu. Saya takut apabila berkahwin saya gerak kerja saya akan terbatas dan segala perancangan misi dan visi saya akan lenyap begitu sahaja. Alhamdulillah, suami saya sangat memahami apa yang saya cita-citakan bahkan beliau sangat mendokong saya. Kadang terasa serba salah juga saya apabila bertembung antara suami dan dakwah, saya terpaksa memilih dakwah dari beliau. Apabila saya minta maaf dan menerangkan situasinya, suami hanya akan senyum dan kata,
“Takpela, abang tak kisah. Sekurang-kurangnya apa yang Kina buat, abang pun dapat sahamnya.”
Alhamdulillah. Semoga Allah terus teguhkan saya dan keluarga saya serta keturunan saya untuk berada di jalanNYA. Nasihat saya buat yang belum berkahwin, teliti betul-betul apa yang anda mahukan dan perancangan anda bagaimana. Andai anda seorang yang tak kisah hanya berada di rumah dengan hanya mendidik anak-anak, boleh teruskan dengan begitu. Didik anak anda dengan sungguh-sungguh dan gunakan medium seperti blog dan internet untuk teruskan berdakwah. Tapi jika anda yang jenis nak keluar dan join program serta gerak kerja, carilah pasangan yang memahami misi anda ini agar beliau dapat mendokong anda dan saling bantu-membantu dalam merencanakan cita-cita tersebut. Pilihan di tangan anda. Itulah hikmah pertunangan yang Islam syariatkan.
Buat yang sudah berkahwin, boleh fikir cara apa yang sesuai buat anda mengikut kondisi masing-masing. Didik anak pun merupakan dakwah juga sebenarnya andai kita mampu didik anak untuk menjadi Muslim yang berguna buat umat sejagat. Pilihlah yang terbaik buat anda.
*Click for large image*
Saya belum membaca buku ini, tapi membaca sinopsis dan perkongsian pembaca yang lain tentang buku ini membuatkan saya sangat kagum dengan beliau. Ustazah Yoyoh Yusroh yang mempunyai 13 orang anak dan terlibat secara langsung dengan politik dan anak-anak beliau masyaallah sangat berjaya.
"Teguhkanah aku dengan (adanya) dia, Dan jadikanlah dia teman dalam urusanku, Agar kami banyak bertasbih kepadaMu, Dan banyak mengingatiMu, Sesungguhnya Engkau Maha Melihat (keadaan) kami"
[Surah Taha : 31 - 35]
p/s: Saya pasti ada yang tak bersetuju dengan pendapat saya. Jangan risau, saya tidak mengatakan saya benar kerana ia berbeza buat orang yang berbeza. Just my two cents.
With Love,
NUR
0 comments:
Post a Comment