In The Name of Allah The Most Gracious The Most Merciful
Assalamualaikum,
All praise is due to Allah, the Lord and Cherisher of the Universe. May His peace and blessings be upon our beloved prophet, Muhammad (PBUH), his household, companions and all followers of the right guidance till the Day of Judgment.
Alhamdulillah… Syukur kepada Allah atas segala nikmat kurniaanNya kepada kita. Minggu lepas selesai satu lagi program dakwah anjuran Islamic Propagation Society International (IPSI) iaitu “Spread The Love of Prophet Muhammad (PBUH)”. Satu program dakwah lapangan untuk memperkenalkan Nabi Muhammad SAW kepada not yet Muslim.
Program ni bermula 3 tahun lepas iaitu pada tahun 2010 oleh Pelajar Kelas Perbandingan Agama Fasa 3. Boleh baca kisah saya tentang kelas ini di sini. Cetusan idea untuk melaksanakan program ini datang dari guru saya, Bro. Kamarudin Abdullah, iaitu Presiden IPSI. Ketika beliau berdakwah di Istanbul beberapa tahun lepas, semasa hari Maulidur rasul di Istanbul, sambutan diadakan dengan membuat ‘open house’ di masjid dan memberikan manisan kepada not yet Muslim di sana sambil menerangkan tentang Nabi Muhammad kepada mereka. Jadi, Bro Kamarudin mencadangkan perkara yang sama untuk kami laksanakan di USM dan diubah mengikut kesesuaian dengan masyarakat di Malaysia. Alhamdulillah, akhirnya kami memulakan program ini dengan memberikan bunga, coklat dan buku tentang Nabi Muhammad kepada not yet Muslim di USM.
Baca perkongsian saya untuk Program Spread The Love of Prophet Muhammad 2010 di sini.
Pada tahun seterusnya, 2011, 2012 dan 2013, kami mula melaksanakan program ini bukan sahaja di USM dan sekitar Pulau Pinang malah juga di negeri-negeri lain. Sambutan kali ini juga pada saya sangat memberangsangkan. Boleh tengok di facebook macam-macam feedback yang dapat dari pelbagai NGO tentang sambutan Maulidur Rasul ini. AJK IPSI pun mula turun dari Penang ke KL dan tahun ini Langkawi untuk menjayakan program ini di negeri lain memandangkan di Penang kami. Alhamdulillah, tahun ini adalah tahun ke-4 program ini diadakan. Bermula dari kami, akhirnya umat Islam yang lain mula mengambil inisiatif yang sama di Malaysia. Baca sini.
Perkongsian Maulid Ar-Rasul celebration 2013
Alhamdulillah, 24 Januari lepas, sempena Maulid Ar-Rasul celebration, kami mengedarkan 300 pcs bunga, coklat dan booklet tentang Nabi Muhammad kepada not yet Muslim. Pada mulanya, saya agak risau kerana hanya tidak sampai 10 orang pun yang mendaftar untuk jadi volunteer. Tu pun 2 minggu sebelum program ramai yang tarik diri. Tapi selepas promosi diadakan terutama oleh Presiden IPSI, sambutan yang diterima oleh umat Islam di Penang untuk menjadi sukarelawan sangat-sangat memberangsangkan sehingga saya, selaku pengarah projek di Penang terpaksa mengehadkan jumlah bilangan peserta.
Tahun ini, kami memilih untuk menukar coklat dan booklet yang kami gunakan untuk mencipta sedikit kelainan dari tahun lepas. Dan juga membuat beberapa penambah baikan hasil dari postmortem program yang lepas. Walaupun masih ada beberapa masalah semasa melaksanakan program pada kali ini, tapi Alhamdulillah bantuan Allah sentiasa mengiringi hambaNya yang berbuat kebajikan.
Volunteer dari Penang sedang bertungkus lumus menyiapkan persiapan untuk Program Maulid Rasul kali ni. 300 pcs untuk disiapkan dalam tempoh satu malam. However, we did our best! Thanks guys!
Ini hasilnya selepas bertungkus lumus…. Cantikkan.. I wish I can have them…
9.00 pagi
Semua volunteer berkumpul di Dewan Makan Pusat Islam USM untuk sesi taklimat, sarapan dan pembahagian kumpulan. Masyaallah, melihat bilangan volunteer kali ni, semua bersemangat untuk berdakwah. Dan yang buat saya lebih teruja, muslimin lebih ramai dari Muslimat. Tidak seperti program sebelum ini. Semoga Allah kurniakan ganjaran buat kita semua.
Volunteer di bahagikan kepada 9 lokasi di sekitar Penang yang dikenal pasti mempunyai potensi untuk memperkenalkan Nabi Muhammad kepada not yet Muslim. Tahun nilah paling banyak lokasi kami bahagikan kerana penyertaan dari volunteer yang ramai.
Button badge ini diberikan kepada setiap volunteer yang menyertai program ini.
10.30 pagi
Semua volunteer bergerak ke lokasi masing-masing. Saya dan beberapa volunteer yang lain bergerak ke lokasi kami iaitu Masjid Kapitan Keling. Untuk kali ni, kami buka satu meja di depan Masjid Kapitan Keling. Kami namakan sebagai table dakwah. Masih perlu buat penambahbaikan untuk table dakwah ini nanti, insyaallah. Saya pair dengan husband saya untuk kali ni.
Can you see the smile? Masa ni kami baru je letakkan barang kat meja ni. Belum habis susun lagi. Kebetulan masa tu ada pekerja Indian tengan susun-susun barang kat depan Masjid Kapitan Keling depan meja kami. Persiapan untuk perarakan Maulid Nabi. Agaknya tertarik dengan apa yang ada di meja kami, mereka sendiri yang approach kami dan tanya apa yang kami buat. Mulanya dia ingat kami jual semua ni, tapi bila diterangkan, dia sendiri meminta untuk mengambil booklet tentang Nabi Muhammad. Kawan-kawannya yang lain pun turut sama meminta booklet ni. Alhamdulillah…
This couple is from Scotland. Apa yang menariknyaa ialah, setiap tahun mereka akan ke Penang dan melawat Masjid Kapitan Keling. Mereka dah pergi ke banyak masjid sebelum ni, tapi Masjid Kapitan keling yang paling mereka suka sebab infrastrukturnya yang simple tak seperti kebanyakan masjid yang besar dan nampak gah but empty. Such a lovely couple. ^^,
12.30 tengah hari
Sekitar jam 12.30 tengah hari, volunteer mula tiba di Masjid kapitan Keling untuk sesi dakwah through mosque tour dan juga sesi sharing dan postmortem.
Masjid Kapitan Keling menerima kunjungan ramai pelancong pada hari tersebut sampai saya tak henti-henti guide mereka untuk mosque tour. Penat, tapi sangat seronok. Alhamdulillah, ada juga volunteer yang lain participate untuk mosque tour ni selepas melihat cara saya mengendalikan tour ini. Thumbs up!
Dalam dakwah, atau apa sahaja yang kita lakukan, step pertama itu penting. Sudah pasti pertama kali kita lakukan, hasilnya tidaklah bagus seperti orang yang expert, tapi, once you start, Allah will help you with the rest.
Pelancong ini dari korea dan juga australia. Mereka sangat berminat dnegan apa yang cuba saya sampaikan. Masa saya explain macammana kita solat, mereka minta pada saya untuk cuba macam saya terangkan. Semoga Allah buka pintu hati mereka untuk menerima Islam.
2.00 pm
Usai solat zohor, kami berkumpul di Islamic Center IPSI,Masjid Kapitan Keling untuk sesi perkongsian pengalaman semasa berdakwah tadi dan juga post mortem untuk program kali ini.
Sesi sharing ini sangat penting bagi saya. Kita tak dapat jumpa semua mad’u yang mempunyai latar belakang dan pemikiran yang berbeza. Melalui perkongsian sebegini, sedikit sebanyak memberikan kita gambaran bagaimana untuk kita menghadapi mad’u-mad’u kita yang lain. Setiap teknik yang kita guna perlu di nilai satu-satu keberkesanannya agar dakwah yang kita sampaikan lebih menyentuh hati setiap mad’u kita. Seterusnya serahkan kepada Allah yang memberi hidayah. Ingat, tugas kita hanya menyampaikan bukan untuk convertkan mereka kepada Islam. Tapi jika itu berlaku, ia merupakan satu bonus untuk kita dan juga mereka. Semoga Allah kurniakan yang terbaik disisiNya buat kita semua. Ameen…
Kami bersurai lebih kurang pukul 3.30 petang. Alhamdulillah semuanya berjalan dengan lancar dan berakhir dengan kemanisan keimanan. Semoga Allah memberi hidayah kepada mad’u yang kami jumpa pada hari tersebut. Insyaallah untuk tahun hadapan kami cuba lebarkan sayap ke luar negara pula. Doakan ye…
Video Perjalanan Program Maulidur Ar-Rasul Celebration 2013/1434H
http://www.youtube.com/watch?feature=player_embedded&v=LVqEmHHhzas
Terima kasih buat semua yang terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam menjayakan program ini. Semoga Allah memberikan ganjaran yang terbaik buat kalian semua!
p/s: Gambar dan video kredit kepada Hanafi Green digital photography dan Firdaus Petaigraphy
With Love,
NUR
1 comments:
Alhamdulillah. Saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada Puan Pengarah Projek kerana sudi membenarkan saya menyertai program Puan tahun ini. Pengalaman manis ini sangat berharga.
Post a Comment