Blog ni dah terasa sepi pulak tanpa post yang baru..Belum berkesempatan untuk menulis. ALhamdulillah hari ni mencuri sedikit masa untuk berkongsi tentang cara kami kelab IPSI dengan kerjasama IPSI bagaimana kami menyambut maulidur rasul. Iaitu dengan membuat edaran bunga dan coklat serta buku tentang Nabi Muhammad kepada bukan Islam. Alhamdulillah respon yang diterima sangat bagus. Ada antara mereka juga berterima kasih kerana memberi kepada mereka buku tentang Nabi Muhammad kerana mereka telah lama berminat untuk mengetahui tentang Nabi Muhammad tapi tidak berpeluang. Insyaallah pada tahun akan datang kami cuba merealisasikan dakwah dengan membuat edaran seperti ini lagi di seluruh Malaysia.


0 comments:
Post a Comment