Hari ni hari pertama pameran sempena Interfaith Dialogue yang akan diadakan malam esok. Hari yang sangat penat. Tapi alhamdulillah masih diberi kekuatan untuk meneruskan perjuangan yang masih jauh di hadapan. Di sepanjang jalan yang saya lalui ni, saya berusaha mengutip semangat dan pengalaman dari insan-insan yang banyak membantu dan mengajar saya erti sebuah perjuangan. Saya melihat bagaimana insan-insan ini diuji dengan dugaan dan ujian yang saya sendiri mungkin tak mampu untuk memikulnya. Tapi Allah sudah berfirman yang DIA takkan pernah menguji kita dengan sesuatu yang tak mampu kita pikul.
Tika diuji, itulah masanya kita berhenti untuk mengoreksi diri sendiri dan muhasabah di mana kesilapan kita yang sebelum ini. Andai kita mampu bersabar dan meneruskan hidup ini dengan penuh redha kepada segala ketentuannya, di situlah kita akan temui PEACE and HAPPINESS yang sebenar. Tika ini jugalah teman di sisi penting buat kita. Saling ingat mengingatkan dan berpesan-pesan, saling bahu menbahu dan bantu membantu. Ketika kita jatuh dan terluka, kita pasti mengalami kesukaran untuk bangkit kembali. Tapi dengan kehadiran sahabat dan teman yang menghulurkan tangannya ketika kita jatuh, dengan mudah kita akan mampu bangun kembali. Di situlah letak kemanisan sebuah ukhwah. Ia akan tetap subur dan mekar sekiranya ukhwah tersebut terjalin kerana Allah.
Setiap ujian yang datang bukanlah untuk menjatuhkan kita tetapi sebaliknya untuk terus memberikan kita peringatan dan teguran serta untuk meningkatkan lagi darjat keimanan kita kepada Allah. Kita pasti diuji untuk setiap yang kita sampaikan kepada orang lain. Semoga kita tetap teguh dan diberi kekuatan olehNYA. Tanpa kita, Islam pasti akan tersebar dan terserlah kebenarannya. Tapi Allah memilih kita dan memberikan kita peluang untuk menyebarkan agamaNYA. Hargailah setiap peluang yang muncul dalam hidup kita kerana DIA terlalu sayang kepada hambaNYA dan takkan pernah DIA menzalimi hambaNYA.
IF YOU NEVER FELT PAIN, OR EXPERIENCED PROBLEMS,
HOW WOULD YOU KNOW I AM A HEALER?
IF YOU NEVER MADE A MISTAKE,
HOW WOULD YOU KNOW I'M FORGIVING?
IF YOU WERE NEVER HURT,
HOW WOULD YOU KNOW I CAN COMFORT YOU?
IF YOUR LIFE WAS PERFECT,
THEN WHY WOULD YOU NEED ME?
TRUST IN ALLAH. THEN YOU WILL FIND YOUR TRUE PEACE AND HAPPINESS
0 comments:
Post a Comment