30 March 2010

Need More Time! More Energy!

In The Name of Allah The Most Gracious The Most Merciful

Saat menulis post ni saya tengah sibuk menyiapkan report final year project. Due date lusa. Tak pastilah sempat siapkan tak sebelum lusa ni.
Report dah start menulis lama dah, tapi akhirnya jadi kerja last minute jugak. Alhamdulillah waktu ni dah tak sibuk dengan mana-mana program. Jadi boleh fokus sepenuhnya pada report ni.

Kebelakangan ni banyak sangat benda yang terjadi. Ada kalanya mematahkan semangat yang selama ni kuat untuk menempuhi apa jua cabaran yang mendatang. Tapi setiap yang Allah tentukan ke atas diri kita pasti ada hikmah yang tersembunyi di sebaliknya. Dalam kita melaungkan seruan dakwah dan islah, di situlah kita akan di uji dan di tarbiah oleh Allah. Sekiranya kita dapat mengharungi segala halangan dan kepayahan, insyaallah lepas tu datang cabaran dan halangan yang sama kita takkan lagi berduka kerana kita pasti di penghujungnya menantikan sebuah kabahagiaan buat kita. Kalau tidak di dunia, di syurga kelak insyaallah.

Tak sabar menunggu hari khamis ni. Nak balik rumah. Rindu pada keluarga. I need to recharge myself.

Need More Time! More Energy! To recover...

NUR

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Site Meter