20 March 2013

Buku Oh Buku!

In The Name of Allah The Most Gracious The Most Merciful

Assalamualaikum,

All praise is due to Allah, the Lord and Cherisher of the Universe. May His peace and blessings be upon our beloved prophet, Muhammad (PBUH), his household, companions and all followers of the right guidance till the Day of Judgment.

Dalam sebulan dua ni banyak sungguh saya membeli buku. Masih banyak lagi buku-buku yang dah dibeli sebelum ni belum habis dibaca. Tapi saya masih membeli buku yang baru dan terus membeli.

Kenapa?

Sebab pada pandangan saya, tidak rugi melabur pada buku. Jika mungkin kita tak membaca, insyaallah buku tersebut bakal di baca oleh anak cucu dan keturunan kita. Saya sendiri selalu geledah buku-buku lama di rumah nenek-nenek saya. Masa kecik-kecik dulu saya tak banyak buku tapi saya suka membaca. Keluarga saya menetap di Pahang dulu dan saya membesar di Pahang. Bila cuti sekolah, akan balik rumah nenek sebelah umi. Ada almari yang penuh buku-buku lama zaman 80-90 an. Saya selalu geledah dan mencari buku yang menarik untuk dibaca. Hatta, buku rujukan pun saya lebih suka merujuk buku rujukan lama-lama kerana penerangannya lebih jelas.

Adik saya, Izzati tanya macammana saya belajar fizik sebab katanya susah nak catch up. Jawab saya, fizik bukan untuk orang yang hanya tahu menghafal buku atau nota. Sebab ia melibatkan konsep. Hafallah berbuku-buku fizik pun, tapi konsep kepada setiap teori mengapa ia jadi ini dan itu, you can’t score your physics. Saya ceritakan kepadanya saya dulu belajar guna buku rujukan lama mak saudara saya sebab jika diberi satu teori serta formula, dalam buku rujukan yang di ajar bagaimana formula tersebut kita dapat beserta konsepnya. Tapi buku rujukan sekarang, hanya tulis rumusnya dan kita hanya perlu hafal rumusnya. Pada saya itu tak mencukupi dan bagi orang macam saya yang tak boleh nak terima sesuatu bulat-bulat dan nak tau explanation tentangnya secara jelas macammana boleh dapat formula ni. Baru kita akan betul-betul faham konsep teori tersebut.

Disebabkan itu, saya punya satu kesedaran, buku ni sampai satu masa penerbitannya akan berkurang dan seterusnya langsung tak diterbitkan dah. Jadi amat rugi sekiranya buku tersebut saya rasakan menarik dan sangat bermanfaat tapi saya tak beli kerana mungkin selepas ni saya takkan dapat cari dah buku tu melainkan di kedai buku terpakai yang mungkin ada orang menjual balik buku-buku tersebut.

Yang terakhir, saya suka jika almari saya berfungsi seperti library. Apabila saya ada persoalan atau perlukan penjelasan tentang sesuatu, saya boleh mencari di koleksi buku saya sendiri dan tak perlu susah-susah meminjam dari orang lain. Jadi, saya suka pelbagaikan koleksi bacaan buku saya.

 

home-library-furniture-775050

Cita-cita saya ingin memiliki library sendiri di rumah kelak!

http://voyagetodestiny-ns2.blogspot.com/2012/03/mini-library.html

 


Baucer Buku 1 Malaysia

20130226_112158

 

Alhamdulillah dapat baucer buku RM250 dari kerajaan Malaysia. Terima kasih buat rakyat Malaysia yang membayar cukai kepada kerajaan Malaysia termasuk saya sendiri yang membolehkan saya menerima baucer sebanyak ni.

Tak seperti tahun lepas, tahun ni saya habiskan baucer buku di Syarikat Muda Osman, Kelantan. Satu kedai buku yang saya sangat suka pergi kerana bukunya sangat variasi dan sesuai dengan jiwa pembacaan saya.

  

20130302_162828

Kalau guna semua baucer buku 1 Malaysia (RM250) kat sini akan dapat kupon buku dari pihak kedai buku SMO sebanyak RM50. Jadi saya habiskan semuanya kat sini je. huhu

   

20130302_162717

Sangatlah ramai orang waktu saya pergi tu.Semua nak habiskan baucer buku. Nak bayar kena beratur panjang.

20130302_17240920130302_172633

Amirah yang tak sabar-sabar nak ambik buku. Aktif sungguh budak kecik ni… Winking smile

 

20130302_181130

Akhirnya ini buku yang dapat saya beli dari baucer tersebut. RM250 tak cukuplah PM untuk beli lebih banyak buku berkualiti. Sila tambah lagi jumlah baucer tahun depan ye. Smile with tongue out

 

20130302_18382120130302_183906

BUKAN SEKADAR RESEPI – Buku ni sangat unik bagi saya. Saya membeli bukan sebab resepinya tapi teruja untuk baca kisah disebalik resepi tersebut.

 

20130302_18393220130302_184009

Saya menyimpan angan-angan untuk bermusafir ke merata pelosok dunia insyaallah jika diberi rezeki,kekuatan dan kesempatan oleh Allah kelak. Buku ini sebagai inspirasi untuk saya berusaha menjadikan angan-angan satu realiti. Red heart

Tu je coretan untuk kali ni. Sekadar berkongsian santai. Tak sabar menunggu Pesta Buku Antarabangsa untuk borong lebih banyak buku. Berhajat juga ke Indonesia untuk borong buku yang sangat bagus dan berkualiti di sana. Jika dibandingkan dunia penulisan di Malaysia dan Indonesia, masih jauh perjalanannya untuk Malaysia mampu berdiri gah seperti mereka-mereka di Indonesia. Ape pun, KEEP IT UP! Winking smile

 

With Love,Red heart

NUR

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Site Meter