Alhamdulillah hari ni dah masuk bulan baru dan kita masih dikurniakan nikmat berupa pinjaman nyawa dariNYA.
setiap nikmat yang diberikan Allah datang dengan tanggungjawab. "Rights and responsibility comes hand to hand."
Minggu lepas saya membentangkan tajuk HUKUM DAN TANGGUNGANNYA KE ATAS MANUSIA untuk subjek HIS 213 (Sumber dan Prinsip Perundangan Islam). Setiap janin yang berada dalam kandungan ibu, selagi disahkan hidup, kita boleh berikan hak kepadanya tapi bukan tanggungjawab. Contohnya kita boleh mewariskan harta atau wakaf kepada janin tersebut kerana ia tak memerlukan lafaz qabul hanya lafaz ijab. Tapi lafaz yang memerlukan qabul seperti nikah tak boleh dilakukan ke atas janin kerana apabila ada qabul, jadi ia datang dengan tanggungjawab. Cuma tanggungjawab tersebut datang dengan syarat dan kadar kemampuan individu terbabit dan mungkin berbeza bagi setiap orang.
Semalam alhamdulillah AGM IPSI berjalan dengan lancar dan dipermudahkan oleh Allah. Walaupun saya dalam kerisauan kerana banyak sangat lagi tak study untuk 3 test pada minggu hadapan. Hujung minggu ini juga saya ada program. Jadi masa sangat terhad dan sebelum balik bercuti 12 hb ini jugak saya kena selesaikan experiment untuk final year project dan assignment. Tapi yang paling saya risaukan adalah test kerana ia juga akan menentukan final result saya selepas ini. Mungkin sebab saya terlalu mengharap dapat buat yang terbaik sedikit sebanyak membuatkan saya tertekan dan tak lupa juga tanggungjawab yang ditaklifkan ke atas saya juga menuntut waktu dan tenaga dari saya. Kadang terasa 24jam terlalu sekejap berlalu dan tak sempat nak selesaikan sesuatu urusan yang saya dah tetapkan untuk dihabiskan pada hari tersebut. Tapi apabila muhasabah balik, sebenarnya banyak waktu yang saya sia-siakan dan tidak di manfaatkan sepenuhnya. Ketika saya menaip post ini pun sebenarnya sedang menghadap nota untuk subjek LASER yang saya sendiri tak sempat untuk menelaah. Waktu yang diberikan kepada semua orang sama iaitu 24 jam. Tapi kenapa ada beza kualiti dan kuantiti kerja antara kita dan orang lain? Ia bergantung kepada bagaimana kita memanfaatkan masa yang diberikan kepada kita dan keberkatan masa yang diberikan kepada kita juga. Tapi alhamdulillah langsung tak terasa sia-sia waktu yang saya peruntukkan untuk ke AGM IPSI semalam malah saya balik dengan banyak ilmu dan hujah yang baru.
Dalam perjalanan ke Kompleks Masyarakat Penyayang saya dah mengutip ilmu yang sangat berharga dari Bro Kamarudin. Seterusnya ketika AGM bermula, ucapan dari penasihat IPSI, Dr Danial pun memberikan banyak ilmu dan pengajaran. Perjalanan seterusnya pun banyak yang dapat saya kutip pengajaran dari pendapat dan perbincangan ketika AGM. Inilah bezanya yang dapat saya rasa ketika kita buat sesuatu kerana Allah dengan kita buat sesuatu yang dimurkai Allah. Insyaallah ada kesempatan saya akan kongsi ilmu yang saya dapat. Tapi yang utama ialah KOMITMEN dalam diri kita untuk meneruskan dakwah walau dalam bidang apa sekalipun dan juga IKHLAS dalam segala urusan yang kita lakukan.Insyaallah. Semoga kita tergolong dalam golongan yang di cintai olehNYA.
0 comments:
Post a Comment