25 January 2010

Seminar Tamadun Islam

In The Name of Allah The Most Gracious The Most Merciful

Alhamdulillah 17hb lepas dah selesai jugak saya membentangkan kertas kerja sempena Seminar Ilmiah 2010: Mengenali Aspek Terpencil Dalam Ketamadunan Islam anjuran Skuad Penyelamat Aqidah (SPAQ) di Institut Perguruan Persekutuan Pulau Pinang. Tajuk kertas kerja saya ialah Dasar Liberal Khalifah Abbasiyah Yang Membawa Kepada Kebanjiran Idea Liberalis-Rasionalis Muktazilah Di Dalam Keilmuan Islam. Masa mula-mula saya memilih tajuk ni, saya langsung tak tahu apa yang patut di kaji. Memandangkan saya sendiri sangat lemah dalam sejarah kerana saya tak minat untuk mengkaji sejarah tapi akhirnya dengan bimbingan Muallin Nuruddin dapat juga saya siapkan kertas kerja ni.

Saya masukkan sedikit isi dari kertas kerja untuk perkongsian semua memandangkan kertas kerja ni akan panjang untuk di letakkan semuanya kat sini. Semoga beroleh manfaat.

**************************
Dasar-dasar Khalifah Abbasiyah

Pendidikan dasar kini hampir terdapat di mana-mana di seluruh kawasan Islam. Para khalifah Abbasiyah merupakan pendukung kepada pelajaran asas iaitu membaca dan menulis. Bermula sejak zaman Harun al-Rasyid,mereka berpendapat bahawa setiap anak-anak Muslim harus mempunyai peluang untuk belajar asas-asas membaca,menulis, mengira, geografi, sejarah dan sebagainya. Oleh itu mereka mendirikan sekolah untuk pengajian asas di setiap masjid, atau tempat peribadatan. Guru-guru mengajar mereka yang kaya mahupun miskin secara adil. Semasa zaman Abbasiyah di mana-mana pun terdapat orang yang tahu membaca dan menulis.
Harun Ar-Rasyid  dianggap sebagai penaung bagi semua cabang ilmu pengetahuan. Semua institusi dibawahnya diberikan perhatian yang sewajarnya. Beliau sentiasa menggalakkan para sarjana dan sesiapa sahaja  yang mempunyai kebolehan untuk menjalankan penyelidikan dan memperluaskan ilmu pengetahuan. Beliau mengadakan forum-forum dan syarahan-syarahan yang dihadiri ramai orang di masjid. Ilmu agama juga berkembang dengan pesatnya. Mazhab hanafi ketika itu berkembang dan mendapat sambutan orang ramai dibawah pimpinan anak muridnya yang bernama Abu Yusof yang menjadi Kadi Besar Baghdad.
Untuk institusi pengetahuan beliau bukan sahaja mendirikan sekolah-sekolah dan kolej-kolej tetapi beliau juga mendirikan sebuah pusat kegiatan ilmu pengetahuan yang di kenali dengan nama Baitul Hikmah.Menurut Dr Ahmad Salabi bahawa Baitul Hikmah ini adalah merupakan menara kebudayaan dan kegiatan intelektual dunia pada masa itu yang mana telah dapat memancarkan cahaya untuk menerangi jalan kebangkitan Barat. Di samping itu kegiatan menterjemah karya asing yang di mulai oleh  al- Mansor (datuknya) terus dipergiatkan. Banyak buku Greek, Parsi, India yang diterjemahkan ke dalam bahasa Arab. Para pendukung ilmu-ilmu pengetahuan dan falsafah yang lain adalah dari kalangan keluarga yang kaya dan berpengaruh. Banu Musa, yang telah banyak memberi jaminan untuk memperoleh dan menterjemah karya-karya ilmiah dan falsafah, dan ibnu nadim telah memilih 3 orang tokoh daripada keluarga Barmaki yang terkemuka ini yang dapat dibanggakan bukan hanya kekayaannya tetapi juga kecemerlangan  keintelektualannya. Mereka berlumba untuk mendapatkan naskah-naskah Yunani dari Bizantium dan megupah sebahagian besar penerjemah dari setiap pelusuk negeri.
Seterusnya Harun al-Rasyid diganti oleh al-Maamun, Abdullah al-Maamun bin Harun al-Rasyid bin Muhammad al-Mahdi. Ibunya bernama Marajil iaitu gundek Harun al-Rasyid dari bangsa Parsi. Al-Maamun adalah sangat baik, berbudi mulia, cenderung kepada ilmu pengetahuan dan berjiwa reformasi. Ini dikatakan kerana ia terpengaruh dengan pemimpin-pemimpin Syiah yang menuntut hak khalifah sebagai hak keturunan Bani Abbasiyah yang asal iaitu untuk menegakkan keadilan, sebab kerajaan Umaiyah di masa itu dianggap sebagai suatu kerajaan yang zalim dan bertentangan dengan sikap dan amalan Khalifah al-Rasyidin.
Memang zaman Makmun ini adalah satu zaman di mana diletakkan asas hidup beragama, berfikir, dan berkebudayaan. Keistimewaan zaman ini ialah ia mewujudkan ilmu kalam, ilmu tasawuf, mencipta dasar-dasar ilmu falsafat Islam, mempelajari ilmu falak, ilmu aljibra, ilmu kimia dan ilmu-ilmu pengetahuan yang lain.
Ada dua sebab yang membuat zaman ini sangat majunya:
Kerjasama di antara bangsa-bangsa, kebebasan beragama dan toleransi antara semua tingkat masyarakat tidak kira kaya atau miskin, semuanya diikat dan disatukan oleh bahasa Arab sebagai alat untuk berfikir dan meluahkan perasaan.
Kebebasan yang luas yang diberikan oleh khalifah-khalifah ketika itu terutama khalifah makmun, bagi mereka untuk berfikir, berbicara dan menulis.
Ahmad Amin menggambarkan suasana waktu itu dalam kitabnya “Zuhal Islam” : “Dalam pergaulan yang sangat bebas terjadilah percampuran antara bangsa-bangsa dengan meluasnya, dan terjadilah perkembangan akal fikiran yang pesat. Setiap bangsa-bangsa  mempunyai cara berfikir  yang bermacam-macam. Selain itu bangsa Persi menyumbang cara berfikirnya, dan menganut agama islam, serta memakai bahasa Arab sebagai bahasa perantaraan, maka terjadilah pertemuan antara kecerdasan otak Persia dengan kebijaksanaan peribadi Arab, yang kemudian melahirkan dasar berfikir cara baru dan pengertian-pengertian yang baru.”
Terdapat beberapa faktor membantu perkembangan intelektual. Antaranya kemajuan yang dicapai dan diasaskan oleh Khalifah abu Jaafar dan Harun al-Rasyid dan peranan keluarga Barmaki telah meninggalkan kesan yang baik untuk meneruskan dasar intelektual. Asas yang ini telah diteguhkan oleh Khalifah al-Maamun.
Sikap khalifah al-makmun sendiri yang menyukai ilmu pengetahuan kerana beliau adalah seorang intelek yang pintar dalam agama Islam, bahasa, sastera, astronomi dan mantik. Galakan juga diberikan kepada usaha-usaha penyelidikan menambahkan lagi kemajuan ilmu pengetahuan. Layanan istimewa diberikan kepada penyelidik dan golongan intelektual. Dasar liberalnya itu telah menggalakkan lagi perkembangan intelek.
Selain faktor peribadi al-Makmun yang cintakan ilmu pengetahuan, pengaruh pemikiran Mu’tazilah yang menitik beratkan soal akal dan pemikiran turut menjadi faktor utama pada penyebaran ilmu pada zaman al-Makmun. Mu’tazilah ialah satu kumpulan orang Islam yang disifatkan sebagai golongan rasional. Kumpulan ini sangat mementingkan ilmu pengetahuan dan turut melibatkan diri dalam bidang teologi. Kaum mu’tazilah juga mempunyai hujah dan dalil yang kuat terhadap kepentingan akal. Pemikiran Mu’tazilah mendapat sokongan daripada kerajaan Al-Makmun dan juga puak Syiah yang menyokong al-Makmun. Kaum Mu’tazilah juga mempunyai kepercayaan yang membawa implikasi terhadap masalah politik pada masa itu.
Ketika zaman khalifah al-makmun,beliau mengamalkan dasar liberal dan bertolak ansur dalam hal agama. Beliau cuba mengkompromosikan golongan utama antara ahli sunnah dan syiah. Sebagai langkah pertama dia telah mengadakan hubungan baik dengan golongan Syiah. Tindakannya melantik Ali bin ar-Redha sebagai putera mahkota telah ditentang dengan hebatnya dan sahanya gagal.
Al-Makmun telah menggunakan pemikiran muktazilah bagi menyatukan golongan ortodoks yang bermazhab Hambali dengan golongan Syiah. Dengan kata lain mazhab Mu’tazilah telah memberi ruang kepada manusia berfikir tentang agama tanpa sebarang halangan. Al-makmun sangat tertarik dengan pendapat muktazilah yang mengatakan bahawa, Al-Quran kalam Allah tetapi tidak bersifat Qadim seperti Tuhan dan seterusnya menjadikan mazhab Mu’tazilah sebagai mazhab rasmi negara.
Pembinaan Darul Hikmah yang diasaskan oleh Khalifah Harun al-Rasyid ini memberi sumber bacaan yang banyak. Di sini boleh didapati buku-buku dari Rom, Parsi, India dan Yunani.Pembinaan kilang kertas telah membolehkan kegiatan penulis berjalan dengan lebih lancar kerana ianya boleh diedarkan. Keamanan dan kestabilan politik negara membolehkan usaha pembangunan Negara dialihkan kepada perkembangan pembangunan.
Di samping menggalakkan penterjemahan untuk mendapatkan bahan rujukan , khalifah al- Makmun juga menggalakkan penulis dari golongan intektual menghasilkan karya mereka sendiri. Beliau memberi hadiah kepada penghasilan karya baru kepada sesiapa sahaja. Dasar liberal ini Berjaya menghasilkan karya-karya asli dalam pelbagai bidang. Al-Kindi berjaya menghasilkan karya-karya asli di bidang perubatan dan falsafah selain dari menterjemah.
Terdapat pengkhususan profesional dari perkembangan intelektual. Misalnya Yuhanna ibni Musawaih dan Hunain ibni Ishak merupakan ahli perubatan dan di bidang matematik dan astronomi pula, al-Asturlabi, al-khuwarizmi dan al-Battani merupakan ahli yang terkenal.

Kesan Dasar Khalifah Abbasiyah

Kekacauan yang ditimbulkan Muktazilah sangat menyedihkan terutama dalam masa pemerintahan Khalifah Makmun (813-833 M), yang menganggap wajib untuk membenarkan iktikad yang salah, yang merupakan pokok keyakinan agama, yang membawa syirik dalam kalangan manusia, seperti menganggap Quran itu qadim dan bukan makhluk. Mu’tazilah telah Berjaya memikat hati al-Maamun sehingga pada tahun 827M mazhab Mu’tazilah telah dijadikan mazhab rasmi Negara dan telah menghukum sesiapa yang menolaknya. Al-Makmun juga telah cuba menyusun undang-undang Islam dan beliau telah mengeluarkan kenyataan bahawa jawatan kerajaan hanya dipegang oleh penganut mazhab Muktazilah. Di samping itu, Tindakan ini merupakan satu penindasan bagi mazhab-mazhab lain terutamanya golongan ahli sunnah yang diketuai oleh Imam Hambali. Dipaksanya tujuh orang ulama hadis yang terkenal, iaitu Muhammad Sa’ad (meninggal 230 H), Abu Muslim Mustamli, Yazid Ibn Harun, Yahya bin Ma’in (meninggal 233H), Zahari bin Harb, Abu Khaisamah (meninggal 234 H), Ismail Ibn Daud dan Ismail bin Abi Mas’ud dan Ahmad bin Ad-Dauraqi, dalam sebuah surat perintah keoada Ishak bin Ibrahim, sebelum dia wafat pada tanggal 18 Rejab 218 H, untuk mengakui bahawa Quran itu makhluk bukan kalamullah yang qadim. Kerana ketakutan semuanya mengakui. Hanya Ahmad bin Hanbal yang tidak mahu mengakui kalamullah itu hadis baru, lalu dia dipukul dan selepas itu di bawa ke penjara. Ahmad bin Hambal telah ditangkap sewaktu al-Makmun sedang melakukan ekspedisi ke Tarsus menentang tentera Byzantine .
Perkembangan ilmu pengetahuan telah mempengaruhi perubahan mazhab agama. Banyak buku-buku agama telah ditulis oleh ulama-ulama muktazilah. Buku-buku ini telah dipengaruhi oleh falsafah menyebabkan mazhab muktazilah menjadi asas kepada dasar agama Khalifah al-Makmun. Ajaran agama ini mengajar manusia membebaskan diri misalnya Islam mempercayai Qada’ dan Qadar tetapi mazhab Muktazilah menganggap manusia itu bebas melakukan sesuatu. Mereka juga menganggap al-Quran itu adalah makhluk.
Selepas al-Makmun, diganti oleh Khalifah al-Muktasim dan tindakannya meneruskan dasar agama al-Makmun telah ditentang oleh rakyat. Ianya terlalu ekstrim. Rakyat di paksa menerima konsep/dasar agama muktazilah. Jika menentang mereka akan dikenakan hukuman. Rasa tidak puas hati golongan mazhab lain menyebabkan mereka melakukan pemberontakan. Di istana, kebebasan diberi untuk membincangkan mazhab muktazilah. Aliran teologi lain ditindas sehingga Imam Ahmad bin Hanbali dipenjarakan.
Sesudah meninggal khalifah Muktasim dalam tahun 227H, tujuh tahun selepas penganiayaan terhadap Ahmad bin Hanbal, pemerintahan Abbasiyah jatuh ke tangan khalifah al-Wasiq. Wasiq meneruskan politik Maamun, dan memaksa lagi ulama-ulama mengubah keyakinannya sesuai dengan faham Muktazilah.

Seorang alim dan pembesar, bernama Ahmad bin Nasr Al-Ghuza’i, di kala diperiksa oleh pihak kerajaan, tetap pendiriannya bahawa Quran itu qadim dan bahawa melihat tuhan pada hari kiamat, yang tidak diakui oleh Muktazilah, benar akan terjadi ia pun mendapat hukuman pancung kerana di anggap kafir. Pada kepalanya yang digantung  di samping jalan Wasiq menulis pada sepotong kertas : “Inilah kepala Ahmad bin Nasr, yang sudah didakwahkan oleh hamba Allah, Imam Harun Al-Wasiq kepada keinsafan bahawa quran itu makhluk dan kepada keinsafan untuk mentafsirkan sifat-sifat keserupaan pada tuhan tetapi ia enggan, maka Tuhan memasukkan ia ke dalam api neraka, dan kepala ini untuk menjadi peringatan bagi mereka yang memalingkan dirinya dari kiblat.” (Ibn Hajar, Tabaqat Syafi’iyah dan tarikh khalifah-khalifah Islam).
Kemudian Wasiq meninggal pada 232H. Khalifah mutawakkil menaiki takhta kerajaan. Khalifah al-mutawakkil telah mengubah mazhab rasmi Negara daripada mazhab mu’tazilah kepada mazhab sunni. Ia mengubah dasar negara yang sebelum ini dan pada tahun 234H, dia melarang menganggap Quran itu makhluk, serta larangan itu disiarkan seluruh daerahnya. Dia menerima pujian orang atas kebijaksanaannya, sehingga  ada yang mengatakan: “Hanya ada tiga khalifah, pertama Abu Bakar As-Siddiq yang membasmi golongan murtad, kedua Umar bin Abdul Aziz dalam membasmi kezaliman dan ketiga Mutawakkil dalam menghidupkan sunnah.” (Dhuhal Islam,III:182).
Setelah zaman ketika aliran muktazilah mendapat dukungan para khalifah abbasiyah, aliran ini sentiasa menjadi mazhab pemikiran yang aktif dan penting selama abad atau masa yang lain. Pemikir sistematis muktazilah yang terakhir adalah ‘Abd  Al- Jabbar (sekitar 936-1025M). Baru pada abad ke-11 M, ajaran mu’tazilah menjadi tekanan di Baghdad dan tempat lainnya, di bawah pengaruh khalifah Abbasiyah dan para penguasa Saljuk. Aliran ini terus memainkan peranan penting dalam pembentukan teologi Syi’ah dan diajarkan di sekolah-sekolah syiah. Namun di dunia Sunni, Muktazilah menjadi aliran pemikiran yang tenggelam hingga kebangkitan kembali minatnya pada masa moden.
Merosotnya aliran muktazilah sebahagian disebabkan oleh terus menguatnya ajaran tradisional Ibn Hanbal, khususnya di Baghdad dan Damascus, sedangkan sebahagian lagi oleh perkembangan garis pemikiran yang bermula dari Asy’ari. Yakni penjelasan dan pembelaan ajaran Al-Quran dan hadis dengan menggunakan perbahasan yang bersandarkan kepada prinsip logik.

***********************
 
NUR

22 January 2010

In The Name of Allah The Most Gracious The Most Merciful


Dah lama rasanya tak mencoret sesuatu kat blog ni. Minggu ni sibuk dengan menguruskan perkara yang tertangguh sepanjang saya tak sihat. Alhamdulillah dah setel semua yang patut di uruskan. Semalam dah selamat hantar borang permohonan untuk sambung master. Tak tahulah apa keputusannya. Harapnya nanti berita yang sampai kepada saya berita baik. Kos medical physics kalau nak kerja lebih mudah kalau ada Master. Degree susah nak dapat kerja. Tapi saya berhasrat untuk sambung master bukanlah sebab susah nak kerja walaupun itu salah satu faktor yang mendorong jugak tapi sebab cita-cita saya sendiri yang bercadang nak menyambung pengajian sampai pHD. Tak tahulah akan tercapai tak.  Tapi saya akan berusaha ke arah itu. Bukan gelaran dan title 'Doktor" yang saya kejar tapi kerana saya ingin terus maju ke hadapan dengan harapan saya mampu lakukan sesuatu untuk masyarakat di masa hadapan. Saya tak nak apa yang saya pelajari sia-sia macam tu je.

Sekejap je masa berlalu rasanya. Saya menjejakkan kaki ke USM pada 2007. Walaupun universiti dan kos yang saya pilih bukanlah di atas kehendak saya sendiri. Tapi alhamdulillah saya tak menyesal. Insyaallah inilah yang terbaik buat saya. Banyak yang saya pelajari sepanjang pengajian kat USM.  Sebelum ke USM saya mempunyai perancangan saya sendiri yang berbeza dengan perancangan saya sekarang. Ditakdirkan Allah akhirnya hala tuju hidup saya berubah. Walaupun banyak yang saya tangisi dan sukar untuk saya terima segala perubahan tapi akhirnya saya menerima semuanya dengan hati terbuka dan saya fokuskan ke arah hala tuju saya sekarang. Suatu perkara kita takkan mampu belajar darinya melainkan kita sendiri yang mengalaminya. Walaupun pada mulanya ada banyak yang saya kesalkan alhamdulillah akhirnya saya mampu menerima Semoga Allah mempermudahkan jalan buat saya selepas ini.

2 hari lepas adik lelaki saya yang berada di Matrikulasi UIA call saya untuk minta nasihat bagaimana cara saya belajar sebab katanya dia dah study betul-betul tapi keputusan yang dia dapat masih rendah. Saya sendiri pun bukanlah bagus sangat dalam pelajaran. Kadang-kadang apabila berhadapan dengan subjek yang susah sangat saya nak catch up saya sendiri pun rasa nak give up tapi alhamdulillah Allah banyak membantu saya. Saya katakan pada adik saya kita belajar ni perlu ada matlamat dan target yang kita nak capai. Ketika belajar fokuskan betul-betul dan fahami konsep apa yang kita belajar. Tapi apabila exam fokuslah betul-betul macammana untuk kita score dalam exam dan dapat markah semaksima mungkin. Ada orang kata kita belajar kerana Allah dan ilmu jadi kalau exam dapat rendah pun takpelah. Saya tak mempunyai tanggapan macam tu. Betul belajar kerana Allah dan ilmu. Tapi itu sewaktu sepanjang pembelajaran berlangsung. Waktu kita nak menghadapi peperiksaan yang utama targetnya adalah markah supaya kita paling kurang pun dapat lulus dan lebih baik kita cemerlang dalam pelajaran tersebut. Sebab tu saya tak suka study last minute walaupun sekarang rasanya dah selalu jugak study last minute sebab kekangan masa. Waktu sebelum exam, waktu tulah kita fokus betul-betul untuk kita fahamkan apa sebenarnya yang nak disampaikan kepada kita dalam mata pelajaran tersebut. Apabila tiba waktu exam, fokus saya pada soalan dan macammana nak dapat markah terbanyak.

Jika ada yang tanya camne saya study, saya takde rahsia pun. Cuma setiap subjek ada cara-cara tersendiri untuk kita faham dan score. Carilah strategi macammana kita nak berhadapan dengan subjek tersebut. Bayangkan kita di medan peperangan. Kita perlukan strategi dan persediaan untuk berperang. Begitulah dengan exam. Jangan sedih sekiranya result yang kita dapat rendah walaupun kita dah berusaha. Result saya pun sejak study kat USM bukanlah bagus sangat. Tapi jangan give up. Insyaallah sampai satu masa kita mampu perolehi keputusan yang baik. Kalau masih tak dapat yang terbaik, mungkin strategi yang kita guna salah. Ambillah masa untuk kita fikir dan perbetulkan strategi kita. Kadang kita terlalu cepat mengalah. Saya teringat ketika di Matrikulasi Perak pada semester 1, result mid-sem saya sangat mengecewakan. saya hanya dapat 2.35. Saya memang rasa down sangat. Selepas tamat sem 1, saya bagitau kat parent saya yang saya nak prepare kalau-kalau ditendang nanti. Saya dah berfikir untuk ke tingakatan 6 ketika tu. Ambik STP then ke Universiti sebab masa tu saya rasa saya tak mampu nak buat yang terbaik. Tapi alhamdulillah jangkaan saya meleset. Result yang saya dapat selepas tu tak di sangka-sangka. Jadi nasihat saya, berusahalah selagi kita punya masa dan peluang. Selepas berusaha berserahlah kepadaNYA. Kerana DIA yang menentukan sama ada kita layak atau tidak untuk berjaya. Selamat berusaha. Chayyok!!

NUR

18 January 2010

In The Name of Allah The Most Gracious The Most Merciful

9hb hari tu pergi ke pembentangan kertas kerja Bro siraj.. Sangat kagum dengan cara Bro Siraj menyampaikan lecturenya..
In facts, I enjoy the lecture.It clear all my misconceptions and doubt.And I dont have any difficulty to understand the lecture because I did learn it before this from Bro Kamarudin and through my reading but not in detail. So last night Bro Siraj make me understand better and clear about this history. I dont really like reading history stuff actually. I hate reading facts coz its boring. Not the history make me feel bore but the reading. I'd rather ask someone to tell me the story coz it makes me understand better. But when it comes to something which I really want to know, it make me curious and encourage me to read and learn the history.

Insyaallah jika ada kesempatan saya akan kongsi sikit isi pembentangan Bro Siraj. Menarik untuk sama-sama kita mendalami bagaimana asal-usul agama Kristian yang dipelopori oleh seorang peribadi bernama St. Paul.

Fakta sebenarnya sangat penting kerana bila kita hendak berhujah dengan seseorang tentang sesuatu kebenaran, kita perlu mempunyai bukti dan hujah yang kukuh. Kalau tidak, orang takkan percaya kepada kita. Dalam menegakkan sesuatu kebenaran, gunalah intelek bukan emosi. Sekiranya kita menggunakan emosi dalam menyelesaikan sesuatu masalah, lawan kita mungkin akan mengambil kesempatan ke atas kita. Walaupun kita mempunyai kebenaran tapi kita tidak menyampaikannya dengan hikmah dan bijaksana, ia hanya akan menjadi kerja yang sia-sia.

Baru-baru ini kita di khabarkan dengan berita Majalah Herald di benarkan menggunakan nama ALLAH. Semua muslim di Malaysia mula kecoh dan menentang. Beberapa hari lepas pula, kita dikejutkan dengan ekoran berita pembakaran kita buah Church. Dengan situasi kita sekarang pasti kita Muslim yang akan dipersalahkan walaupun kita belum mempunyai bukti mengatakan Muslim yang melakukan angkara tersebut. Gereja pula mengambil kesempatan dari keadaan ini untuk menonjolkan yang agama Kristian lebih baik dari Islam. Tahun lepas saya ada menulis artikel Jangan Menghina Agama Lain dengan bantuan sahabat yang lain atas nama Skuad Penyelamat Akidah (SPAQ) yang disiarkan di dalam Harakah ekoran isu kepala lembu yang melibatkan pemindahan sebuah kuil yang mendapat tentangan orang Islam di situ. Itu bukanlah cara yang terbaik untuk menyelesaikan konflik yang ada malah lebih memburukkan keadaan. Pastilah non-muslim akan memandang buruk kepada Islam kerana pada mereka Islam sama dengan Melayu. Ini menyebabkan bukan Islam lebih fobia dengan Islam. Gunalah hikmah akal yang dikurniakan Allah dalam menangani masalah. Ingatlah setiap kita Muslim membawa nama Islam. Orang bukan Islam akan memandang kita sebagai duta Islam. Jika baiklah kita di pandangan mereka maka baiklah tanggapan mereka kepada Islam.

Islam melarang umatnya menggunakan kekerasan dalam menyelesaikan masalah dengan bukan Islam selagi mereka tidak memerangi dan mengancam keselamatan kita. Teringat kata Mr Tan yang saya jumpa ketika dakwah training di Bukit Jambul tahun lepas,  "We need someone to convey the message so people will not misunderstood."
Umat Islam lemah kerana kita tidak bersedia untuk menghadapi cabaran yang datang. apabila timbul sesuatu isu barulah kita sibuk mencari solution. bak kata pepatah, "Sudah terhantuk baru terngadah". But prevention is better than cure. Marilah kita sama-sama menyampaikan kebenaran yang sebenarnya agar kita dapat menangkis perspektif buruk tentang Islam. Semoga amal yang sedikit yang kita lakukan dipandang mulia di sisi NYA.

NUR

13 January 2010

In The Name of Allah The Most Gracious The Most Merciful


Dah dua hari tak pergi kuliah..demam..minggu ni sepatutnya jadi minggu yang paling sibuk. Banyak perkara yang perlu di selesaikan. Runsing jugak memikirkan kerja yang bertimbun tapi tak dapat nak selesaikan sebab tak sihat. Terpaksalah tangguhkan dulu semua perancangan dan cover balik semuanya bila dah sihat.

Hari ahad ni 17hb akan diadakan satu seminar tamadun Islam anjuran SPAQ. Saya salah seorang pembentang kertas kerja. Tapi kertas kerjanya belum siap di edit lagi. Sebarang preparation untuk pembentangan kertas kerja belum pun lagi dibuat. Risau sangat macammanalah nanti. Mampukah saya siapkan kertas kerja ni sebelum hari jumaat. Hari ni dah rasa baik sikit tapi tak berani nak paksa badan sangat takut nanti jatuh sakit balik. Harap mampu siapkan dan bersedia untuk seminar nanti. Ada banyak perkara lagi yang saya perlu fokuskan lepas ni. Semoga Allah memudahkan perjalanan hidup saya lepas ni.

NUR

08 January 2010

Ragu-ragu????

IN THE NAME OF ALLAH THE MOST GRACIOUS THE MOST MERCIFUL

"Betul ke keputusan aku ni? Macammana kalau aku menyesal? Macammana kalau aku salah wat keputusan?"

Setiap hari kita berhadapan dengan pilihan dalam hidup kita. Dari pilihan yang mungkin akan membawa kesan yang kecil kepada kita sehinggalah kepada kesan yang besar yang mungkin akan mengubah hidup kita sepenuhnya.

TWO roads diverged in a yellow wood,  
And sorry I could not travel both  
And be one traveler, long I stood  
And looked down one as far as I could  
To where it bent in the undergrowth;          

Then took the other, as just as fair,  
And having perhaps the better claim,  
Because it was grassy and wanted wear;  
Though as for that the passing there  
Had worn them really about the same,          

And both that morning equally lay  
In leaves no step had trodden black.  
Oh, I kept the first for another day!  
Yet knowing how way leads on to way,  
I doubted if I should ever come back.          

I shall be telling this with a sigh  
Somewhere ages and ages hence:  
Two roads diverged in a wood, and I—  
I took the one less traveled by,  
And that has made all the difference.


The first time I came across this poem was my year at secondary school..
But it has been 4 years since i graduated secondary school..
Suddenly it reminds me to this poem as i came across my choices in my life and
it leads me to make a decision.
I cant travel both..
And I don't know where both of road will bring me..
And I'd make up my mind..
But,
no matter what we choose to do in life,
we will always look back and wonder if what we did was the right choice.
As I have done many things, I continue to wonder each day if I'd chosen the right path.
But,(there is always but)
I will make no apology with all decision I'd taken..
Coz, nothing will wasted away..
Certainly we can pick up a diamond through the path..
The important thing is,
AS LONG AS YOU BELIEVE IN ALLAH.
He surely not disappointed You..

".....Kemudian apabila kamu telah membulatkan tekad, maka bertawakallah kepada Allah. Sesungguhnya Allah menyukai orang-orang yang bertawakal kepada-Nya."(surah al-imran:159)

Ragu-ragu? Berserahlah pada dia setelah segala keputusan di buat. Kerana segala yang terjadi berada di bawah pengaturanNYA. Andai kita redha dengan segala yang DIA tetapkan buat kita, kita takkan berasa kecewa andainya kecundang di tengah jalan tapi kita akan menjadikan segala pengalaman lepas sebagai pengajaran buat kita meniti hari-hari mendatang.

NUR

04 January 2010

No secret recipe

In The Name of Allah The Most Gracious The Most Merciful





Hari yang sangat memenatkan dan agak mengecewakan. Tadi lepas buat experiment untuk final year project (FYP) ada kemungkinan kami terpaksa ulang balik semua experiment yang dah di buat sepanjang sem lepas. Semasa kami mula-mula buat experiment, machine film processor ok. But then lama-lama machine tu dah bagi result yang berbeza. Jadi kami terpaksa buat balik. Dah banyak kali try mintak dibetulkan mesin tu tapi tak dapat. Jadi kami terpaksa proceed takut nanti tak siap pulak. Bermula semster baru mesin tu dah ok pulak. Jadi kami terpaksa ulang balik semula semuanya sebab data yang dapat dah berbeza. Sepatutnya kami hanya berbaki 3 experiment je lagi. But then, we have to repeat and maybe the machine will broke again and we keep repeating without finish it.

Tajuk FYP saya STUDY ON X-RAY FILTRATION AT DIAGNOSTIC ENERGY. Tajuk ni tak sesusah mana tapi sangat leceh. Melibatkan banyak data dan memenatkan. Ia berkaitan filter yang digunakan dalam x-ray. Kami diberi beberapa sample untuk dikaji kesannya pada diagnostic energy. When we scan part of our body using x-ray to get an image, we will be exposed to x-ray radiation which will be harm to our body if the exposure is to much. When the x-ray was exposed, our tissue will absorbed the x-ray and penetrate through then hit the film which then image of the body structure will be obtained on  the film. During the process we have to limit the absorption of x-ray by our body bcoz it will harm ourselves. Not all the x-ray are able to convert their energy into image. It has certain energy level which will determine how deep the x-ray can penetrate our body tissue and hit the film. If the energy not strong enough then it will just absorb fully into our body without hitting the film. Therefore no image will be obtained. Filtration is needed to eliminate low-energy x-ray from entering our body. We know that too much exposure to our body it may cause cancer or any other fatal causes. The radiographer has to make sure the patient only be exposed to minimum dose of x-ray but in the same time obtain good image contrast. Regarding my project, we'll try to find which material will filter most low-energy x-ray but still gaining good image contrast.

Ok. Enough bout my project. We get back to our topic 'NO SECRET RECIPE'. Just to motivate and cheer up myself coz i really feel down when we have to repeat all the experiment.

In doing things, no matter what it is no short cut. If we would like to get better result in future we have to try our best and don't give up easily. Even though you have to try and try and try again, just proceed coz there must be path which will lead you to success. If we read history of noble prize winner, just to make a simple theory of science which we learn today, not that easy. When they have a theory then they have to prove it through experiment. Even to build light bulb, Thomas Edison tried thousand times so we can get benefit from that. If Thomas Edison may just give up, by any chance we may not have light bulb today. DON'T EVER GIVE UP.
There's no secret recipe. It depends on ourselves how much we struggle to hit the target. Keep on trying. Tomorrow never die...=)

NUR

03 January 2010

Qorin

In The Name of Allah The Most Gracious The Most Merciful

Cuti hari tu saya ke kedai buku MUDA OSMAN di Pasir Mas. Saya agak kedekut untuk membelanjakan duit bagi benda lain tapi sangat boros dalam berbelanja untuk buku. Setiap kali ke kedai buku pasti sekurang-kurangnya saya akan membeli sebuah buku walaupun pada mulanya hanya ingin melihat buku-buku yang terbaru memandangkan cuti-cuti ni duit pun dah tak berapa ada cukup untuk keperluan sahaja. Tapi memang tak dapat menahan diri bila tengok buku yang best. Akhirnya saya habiskan RM50 untuk buku.

Salah satu buku yang saya beli adalah Terapi Ruqyah, pendinding gangguan sihir, jin dan syaitan. Saya nak berkongsi sedikit tentang Qorin. Qorin adalah jin yang diciptakan Allah sebagai pendamping manusia. Setiap manusia yang dilahirkan pasti mempunyai pendampingnya sendiri. Malah Rasulullah SAW juga mempunyai qorinnya, tetapi qorin Baginda telah diislamkan, sedangkan qorin yang berada disamping kita adalah kafir.

Secara dasarnya, Qorin kafir ini mendorong manusia yang didampinginya bagi membuat kejahatan. Dalam masa yang smaa, ia mengganggu manusia daripada melakukan kebaikan. Ia mengganggu manusia ketika solat, membaca al-Quran atau belajar. Ia menimbulkan perasaan waswas dan tidak khusyuk.

Mengimbangi kejahatan Qorin ini, Allah mengutus malaikat bagi membisikkan kebaikan dan mengajak mereka melakukan kebaikan dan ibadah. Amaka manusia diberikan pilihan untuk mengikut arah yang dikehendakinya. Orang yang berjaya mengatasi hasutan Qorinnya, membuatkan ia lemah dan tidak berdaya. Jika tidak, maka Qorin inilah yang akan menguasainya.

Qorin berpisah dengan manusia yang didampinginya apabila manusia meninggal dunia. Tetapi Qorin ini tidak mati dan terus tinggal di dunia. Tetapi Qorin ini tidak mati dan terus tinggal di dunia. Di akhirat kelak, semua Qorin akan dihadapkan di hadapan Allah bagi diadili. Mereka tidak akan bertanggungjawab di atas segala dosa yang dilakukan oleh manusia yang mereka dampingi, walau pun mereka yang mengajak melakukan dosa tersebut.

Rawatan Mengusir Qorin:

1. Baca surah al-Kafirun dalam seminggu (1002)
2. Baca surah al-Ikhlas dalam seminggu (1002)
3. Baca surah al-Falaq dalam seminggu (1002)
4. Baca surah al-Nas dalam seminggu (1002)

Dengan izin Allah selepas mengamalkan ruqyah ini Qorin yang mengusai manusia dapat dilemahkan. Sehingga kita dapat menyempurnakan ibadah dengan baik. Wallahua'lam.

NUR
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Site Meter