28 February 2013

Manage your finance

In The Name of Allah The Most Gracious The Most Merciful

Assalamualaikum,

All praise is due to Allah, the Lord and Cherisher of the Universe. May His peace and blessings be upon our beloved prophet, Muhammad (PBUH), his household, companions and all followers of the right guidance till the Day of Judgment.

Beberapa hari ni Allah beri ujian demam selsema kepada saya. Selepas sekian lama bertarung dengan perbagai ubat akhirnya badan saya tewas juga dengan virus yang kecil ini. Apalah sangat yang kita banggakan sebagai manusia ni. Virus yang kecil ini menyerang, terus kita tidak mampu menjalankan kehidupan seperti biasa.

Dari Abu Said Al-Khudri dan dari Abu Hurairah radhiallahu anhuma dari Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam beliau bersabda:

مَا يُصِيبُ الْمُسْلِمَ مِنْ نَصَبٍ وَلَا وَصَبٍ وَلَا هَمٍّ وَلَا حُزْنٍ وَلَا أَذًى وَلَا غَمٍّ حَتَّى الشَّوْكَةِ يُشَاكُهَا إِلَّا كَفَّرَ اللَّهُ بِهَا مِنْ خَطَايَاهُ “

Tidaklah seorang muslim tertimpa suatu kelelahan, atau penyakit, atau kekhuatiran, atau kesedihan, atau gangguan, bahkan duri yang melukainya melainkan Allah akan menghapus kesalahan-kesalahannya (Dosa) kerananya.”

(HR. Al-Bukhari no. 5642 dan Muslim no. 2573)

 

Saya ada dapat beberapa mesej dan soalan daripada adik-adik yang saya pernah handle usrah di sekolah dulu yang alhamdulillah sekarang sudah melangkah ke alam universiti bertanya bagaimana hendak menguruskan perbelanjaan secara berhemah dengan duit yang kita dapat untuk satu semester. Saya sendiri pun tidaklah bagus dalam perancangan kewangan ini. Ada kalanya saya tidak mematuhi perbelanjaan yang telah saya tetapkan. Tapi ini sedikit perkongsian bagaimana saya manage kewangan saya.

Alhamdulillah, hari ni tanggal 1 Mac. Allah masih memberi kesempatan untuk kita melangkah ke bulan yang baru. Kebiasaan saya, tiap kali awal bulan saya akan mula kira balik setiap perbelanjaan yang saya bagi bulan tersebut dan mula merancang untuk perbelanjaan bulan yang berikutnya. Ini habit saya sejak saya matrik lagi. Masa tu saya baru pertama kali pegang sejumlah duit yang agak banyak untuk perbelanjaan satu semester. Biasanya masa sekolah dulu, duit saku untuk sekolah dapat hari-hari. Kalau nak jimat, bawak bekal jadi duit saku tu boleh simpan untuk benda lain. Parent saya memang tak biasakan bagi duit lebih kepada kami. Kalau nak duit lebih, tolong buat apa-apa kerja rumah then baru diberi duit lebih sebagai upah. Mungkin disebabkan itulah, saya jenis yang agak ‘sayang’ duit dan memang bukan jenis yang belanja sesuka hati atau ikut hati nak itu dan ini. Walaupun teringin sangat sesuatu benda saya tetap takkan beli melainkan untuk perkara yang berfaedah sebab saya tau duit saya sangat terhad dan bukan mudah untuk dapatkan duit. Jadi perlu berjimat cermat.

Di matrik dulu dan awal degree saya, saya hanya catat dan kumpul resit-resit dalam buku nota biasa. Walaupun agak tidak tersusun, sekurang-kurangnya saya masih boleh track perbelanjaan saya. Tahun 2008 tak silap saya pihak USM ada anjurkan minggu kerjaya di mana beberapa badan kerajaan dan swasta di panggil untuk bukak booth dan promote company masing-masing. Masa tu ada Bank Negara turut sama terlibat dalam acara ini dan mereka membuat edaran buku Pengurusan Belanjawan Keluarga. Banyak jugak saya ambil memandangkan banyak yang mereka bawa. Sebelum ni saya hanya rekod berapa dalam sehari saya belanja, tapi dari buku ni saya rekod perbelajaan saya berasingan mengikut jenis perbelanjaan, contohnya pendidikan, kesihatan, makan, penjagaan diri, isi rumah dan lain-lain.

   

buku peran

Buku Pengurusan Belanjawan Keluarga keluaran Bank Negara

      

Bagi tahun 2013, buku di atas telah pun habis semuanya saya gunakan. Mulanya saya hanya mencatat di dalam kertas sehelai-helai tapi saya rasakan bila dalam kertas camtu mudah hilang. Ada jugak sebelum saya pernah guna software yang boleh kita rekodkan perbelanjaan setiap hari. Tapi kelemahannya bagi saya adalah tiap kali nak rekod sesuatu, saya kena bukak laptop dan resit saya terpaksa simpan berasingan. Jadi, saya dapat inisiatif untuk buat je buku Pengurusan belanjawan keluarga ni sendiri. Saya buat mengikut kesesuaian untuk saya sendiri. Saya print dan binding buku ini. Walaupun tidaklah secantik mana pun, tapi cukuplah buat saya untuk rekod dan track setiap perbelanjaan saya. Kalau ada sahabat-sahabat yang berminat untuk dapatkan buku ni, boleh email saya. Insyaallah saya akan berikan softcopy nya.

    

buku2

Ini muka depan buku yang buat dan saya asingkan mengikut bulan. Sama je macam buku keluaran Bank Negara cuma ada sedikit pengubahsuaian buat saya.

    

buku

Ini untuk rekod details perbelanjaan dan juga ruang untuk saya kepilkan resit-resit bagi bulan tersebut.

     

Red roseSebelum saya tetapkan berapa jumlah sebulan perbelanjaan saya, saya catat dulu untuk tempoh sebulan dua bagi saya track ke mana banyak duit saya habis. Dari situ saya akan tetapkan berapa bajet untuk makan, buku, ubat, penjagaan diri dan lain-lain.

Red roseKemudian, apabila dapat sejumlah elaun dari biasiswa, saya akan asingkan duit tersebut mengikut perancangan perbelanjaan yang telah saya tetapkan. Saya ada 5 akaun bank yang saya dah tetapkan setiap fungsinya.

1. CIMB – Back up perbelanjaan bulanan (Selepas asingkan elaun yang saya dapat pada bulan tersebut mengikut perbelanjaan, saya  akan lebihkan bakinya di akaun ini sebagai back up perbelanjaan saya.

2. Maybank – Untuk perbelanjaan harian

3. BSN – Simpanan yang saya asingkan untuk pendidikan research saya. Duit geran yang saya claim dari penggunaan sendiri, saya akan asingkan ke akaun ini.

4. Bank Islam – Simpanan dan baki perbelanjaan bulanan. Setiap hujung bulan, saya akan kira balik berapa baki bagi bulan tersebut dan pindahkan wang tersebut ke akaun bank islam.

5. Tabung Haji – Simpanan ( Tabung haji ini saya masukkan semua simpanan akhir saya yang saya rasa akan guna pada jangka masa panjang mungkin 2,3 tahun akan datang.

6. Simpanan Emas dan Perak – Ini simpanan terbaru saya. Saya baru mulakan dengan menukarkan mas kahwin yang saya terima dari suami kepada 1g jongkong emas dan 20g jongkong perak. Alhamdulillah, saya baru menambah 1 dinar emas dengan menukarkan elaun tahunan yang saya dapat. Seperti yang anda sedia maklum, wang fiat (wang kertas) mengalami inflasi setiap tahun dan kuasa beli menggunakan wang fiat ini semakin berkurangan. Jadi untuk mempertahankan simpanan saya untuk jangka masa panjang, saya mula menyimpan emas dan perak secara konsisten. Saya akan kongsikan tentang ini kemudian. Insyaallah.

Red rose Jangan lupa untuk peruntukkan sedikit wang untuk sedekah walau hanya RM10 sebulan andai itu jumlah yang kita mampu. Sesungguhnya dengan bersedekah tidak akan mengurangkan hartamu bahkan Allah akan tambah lagi untukmu.

Red rose Saya cuba untuk guna elaun/gaji bulanan yang saya dapat pada bulan tersebut sahaja tanpa bercampur dengan lebihan/baki gaji/elaun bulan sebelumnya. Katalah gaji bulanan adalah RM2800 dan baki bulan lepas adalan RM500. Saya cuba tidak campurkan RM500 itu ke dalam belanja bulan berikutnya sebaliknya masukkan ke dalam akaun simpanan. Sekiranya terdesak dan perlu untuk kegunaan yang tidak dapat dielakkan baru saya guna.

Red rose Cuba disiplin dan patuhi setiap garis panduan jumlah perbelanjaan yang telah kita tetapkan. Jauhi cara hidup yang boros dan berbelanja bukan untuk keperluan.

Red roseUntuk beberapa bulan berikutnya, andai ada lebihan duit yang lebih sedikit, boleh juga reward diri sendiri sebagai penghargaan untuk kita yang telah berpenat lelah bekerja. Tapi, haruslah dengan jumlah yang berpatutan dan tidak terlalu boros.

     

images (9)

Ini yang saya amalkan sehingga ke hari ini. Alhamdulillah saya mampu manage perbelanjaan saya. Walaupun takdela mewah, tapi sekurang-kurangnya saya tidak mengalami situasi “sesak di hujung bulan” melainkan ada perbelanjaan yang tidak mampu saya elakkan contohnya kereta rosak.

     

kad prubsn

Medical Card Prudential BSN

    

Untuk kesihatan pula, saya buat caruman Medical Card dari Prudential BSN. Husband saya agent bagi takaful ni. Salah satu cara juga untuk future investment dan dalam masa yang sama untuk keperluan kesihatan kita. Berminat untuk membuat caruman ni boleh contact saya ya. Winking smile

 

sept-2012-doodle-financiallysound

8 Tips dari Productive Muslim untuk menguruskan kewangan secara produktif

 

Semoga beroleh manfaat dari perkongsian iniSmile

 

With Love,Red heart

NUR

24 February 2013

Perkongsian Halaqah: Mahabbah Circle

In The Name of Allah The Most Gracious The Most Merciful

Assalamualaikum,

All praise is due to Allah, the Lord and Cherisher of the Universe. May His peace and blessings be upon our beloved prophet, Muhammad (PBUH), his household, companions and all followers of the right guidance till the Day of Judgment.

Alhamdulillah. Saya berada di Penang sekarang untuk beberapa hari atas beberapa urusan. Selesai urusan di Penang insyaallah bakal bertolak ke Ipoh jumpa suami dan kembali semula ke Kelantan. Letih jugak berulang alik 3 negeri ni tapi takpela susah-susah dulu senang-senang kemudian insyaallah.

“Oleh itu, maka (tetapkanlah kepercayaanmu) bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan” (Quran: 94:5)

Semalam, 23hb saya sempat handle satu halaqah untuk Semester ni under IPSI Youth Community(IYC). Saya belum sempat cerita lagi untuk IYC ni. Secara ringkasnya IYC ditubuhkan sebagai sayap remaja di bawah IPSI induk yang fokusnya untuk remaja dan belia. Setakat ni IYC aktif di USM dalam menganjurkan kelas perbandingan agama dengan kerjasama pusat islam USM dan juga beberapa aktiviti IYC yang dibiayai penuh oleh IPSI. Inisiatif ini diwujudkan:

1. Memelihara identiti Islam dan memperkasakan nilai-nilai Islam dikalangan belia
dan remaja.
2. Menyediakan persekitaran yang  ‘Islamic’  untuk bersosial dengan remaja dan
belia Islam yang lain serta mengukuhkan tali persaudaraan sesama mereka.
3. Membina, melatih dan meningkatkan kemahiran para belia dan remaja dari segi
kepimpinan dan dakwah  yang mampu  berperanan sebagai pendakwah yang
proaktif ke arah pembangunan ummah.
4. Menanam keyakinan  para remaja dan belia  dalam menegakkan agama yang
benar  terhadap non-muslim.

Untuk lebih update tentang IYC ini boleh like kami di fb:

logo youth d2

https://www.facebook.com/IpsiYouthCommunity

Alhamdulillah, di bawah IYC ini saya selaku Presiden, mengharapkan struktur dan perjalanan gerak kerja yang lebih tersusun. Kesedaran tentang perlunya ikatan ‘hati’ atau ukhuwah dalam dakwah membuatkan saya menubuhkan Halaqah atau ramai yang memanggilnya usrah. Tapi kenapa saya memilih menggunakan nama Halaqah bukan usrah sebab mentaliti usrah selalunya nampak lebih formal dengan beberapa syllabus, tapi halaqah pada saya lebih santai tapi insyaallah mampu membentuk. Apa-apa pun terpulang pada tafsiran anda sendiri tapi setiap orang ada matlamat dan target untuk di capai jadi pilihlah mengikut kesesuaian anda sendiri. Saya namakan Halaqah ini Mahabbah Circles.

Alhamdulillah, setakat ini berjalan dengan lancar dan yang mengikutinya adalah dikalangan pelajar kelas perbandingan agama(KPA) . Tapi Halaqah ini saya buka penyertaannya buat semua. Jadi jika ada sahabat-sahabat yang berada di USM berminat untuk join Halaqah ini boleh contact saya. Insyaallah saya akan maklumkan bila Halaqah seterusnya akan diadakan. Saya selaku penyampainya tidaklah seorang faqih dalam ilmu agama bahkan saya sendiri berlatar belakangkan sains fizik tetapi kita saling lengkap melengkapi dari segi ilmu, saling nasihat menasihati dan saling menjaga ukhwah yang terjalin kerana Allah. Sungguh, saya merasa hati saya terubat dengan kehadiran adik-adik KPA ini kerana kebanyakan sahabat saya sudah tiada di USM lagi. Ukhwah itu indah. Hanya yang melaluinya akan merasai.

Sisters

Berbalik kepada perkongsian Halaqah yang lepas, untuk kali ni, fokus saya lebih kepada suntikan semangat memandangkan semester baru sahaja bermula. Saya mulakan dengan sedikit kupasan dari Surah AL-Insyirah. Seperti yang kita sedia maklum, surah ini merupakan penyuntik semangat buat nabi ketika Nabi dihina dan maki oleh kaum Musyrikin. Allah menurunkan ayat-ayat ini untuk menenangkan nabi.

Daripada ayat dan tafsir di atas, dapatlah kita mengambil beberapa pengajaran iaitu:

1) Allah itu Maha Adil, tidak sesekali Dia meletakkan sesuatu ujian di luar kemampuan makhluknya, seperti mana dinyatakan dalam Surah Al-Baqarah (2:286). Ayat ini disokong dengan ayat keenam Surah Al-Insyirah di mana kesusahan akan disertai kemudahan.

2) Allah mengajar makhluknya bersabar dan yang paling penting percaya dengan janji Allah. Cuba sahabat bayangkan, andai kata kita tidak yakin bahawa kemudahan pasti datang selepas kesusahan pasti kita akan cepat melenting dan bertindak di luar batasan apabila kita diuji dengan ujian yang berat. Maka, dengan adanya janji Allah ini kita mampu membentuk diri menjadi insan yang redha dengan ujian yang menimpa.

Seterusnya, saya berikan sedikit perkongsian, bagaimana untuk kita menjadi seorang Muslim yang productive dari konteks sebagai seorang pelajar Muslim.

I would like to introduce you today to 3 powerful elements of productivity. These are the cornerstone of productivity without which one cannot be productive, and here they are:

1.Knowledge

2.Action

3.Consistency

I call this the Productivity Triangle, and if all 3 element meet in a person, he/she becomes truly productive. But if one element is missing that’s when unproductivity kicks in.

So how do these 3 elements work?

The Productivity Triangle

 

Knowledge

Perkara pertama sebelum kita mulakan sesuatu adalah ilmu. Jadi penekanan kepada ilmu sangatlah penting sebelum kita melaksanakan sesuatu. Jika tidak masakan wahyu yang pertama diturunkan adalah “BACA!” kerana dari situlah sumber ilmu.

Action

Selepas ilmu diperolehi, haruslah put into practice. Andai hanya ada ilmu sahaja tetapi amalannya tiada, sia-sialah ilmu tersebut.

Consistency

Consistency atau istiqamah sangat penting buat kita semua. Tak guna jika kita belajar ilmu banyak-banyak, amalnya hanya sekejap kemudian langsung tak buat apa-apa dah. Belajar dan beramal itu perlu dilakukan secara berterusan. Amalan yang sedikit itu tapi berterusan lebih baik dari amal yang banyak sekaligus tetapi terhenti hanya setakat di situ.

----------------------------------------------------------------------------------------

Akhir sekali, segala yang di atas harus diiringi dengan doa kepada Allah semoga Allah membuka hati kita, meneguhkan kita untuk terus dengan apa yang kita lakukan ini. Inilah part yang paling penting. Walau sekuat mana pun kita usaha dan mencuba andai Allah tak izinkan, pasti ia tidak akan berjaya. Jadi, jangan mengabaikan kekuatan DOA ini. Mintalah sesunggahnya DIA maha memberi.

Insyaallah perkongsian kedua, saya akan share dalam post yang seterusnya. Perlu bersiap-siap untuk merehatkan diri. Esok bakal menghadiri Workshop sepanjang hari. Perlukan rehat yang cukup supaya boleh terus fokus untuk esok.

64174_132026096970489_1805475275_n

Sebelum saya akhiri Halaqah saya semalam, saya edarkan lebihan kad kahwin saya yang masih banyak untuk buat sedikit aktiviti dengan adik-adik. Saya ajar mereka untuk buat kotak ini dan saya berikan sehelai kertas dan minta mereka tulis kata-kata semangat, target mereka atau apa-apa sahaja yang mampu menaikkan semangat mereka semula apabila down. Some kind of motivation. Adat dalam sebuah perjalanan ada ketikanya tersadung dan tersepak batu, perlukan huluran tangan untuk terus bangkit. Anggaplah kotak ini sebagai “kotak ajaib” yang mampu membangkitkan kalian semua apabila tersadung dan terjatung. Bangkit dan terus bangkit.

 

With Love,Red heart

NUR

20 February 2013

PhD Journey: Genap Setahun

In The Name of Allah The Most Gracious The Most Merciful

Assalamualaikum,

All praise is due to Allah, the Lord and Cherisher of the Universe. May His peace and blessings be upon our beloved prophet, Muhammad (PBUH), his household, companions and all followers of the right guidance till the Day of Judgment.

Malam tadi terlelap awal dan pagi nie pukul 4 pagi dah terjaga. Masih cuba untuk melelapkan mata buat seketika tapi tak berjaya.

Alhamdulillah, hari ni genap setahun pengajian PhD saya. Ya, Baru setahun. Masih berbaki 2 tahun jika ikut penajaan biasiswa. Semoga Allah permudahkan saya untuk grad on time. Kalau ikut progress PhD saya sekarang macam tak punya harapan je nak habiskan dalam tempoh 2 tahun lagi tapi insyaallah cuba yang terbaik dan selebihnya serahkan pada DIA yang Maha Mengetahui apa yang terbaik buat hambaNya ini.

Saya ni jenis orang yang aci main redah je.huhu… Walaupun tau benda tu susah, macam tak boleh, mustahil dan macam-macam lagi. Tapi sebab sikap saya ni, dah kita yang pilih jalan tu, kita yang mulakan satu benda tu, nak tunggang terbalik ke, nak huru hara camne pun harus diteruskan.

Jatuh?

Masakan tidak. Sudah berkali-kali. Tapi alhamdulillah Allah sangat mengasihani saya. Dari setiap kejatuhan yang saya alami pasti ada ibrah dan nikmat yang Allah kurniakan di sebaliknya. Jadi jangan persoalkan mengapa ini dan itu terjadi kepada kita.

Sepanjang setahun pengajian PhD saya ini, inilah pengajian yang saya rasakan agak perit dan payah untuk diteruskan. Pernah jugak punya hasrat dulu bila dapat offer untuk kerja Pegawai Sains nak berhenti je PhD ni. Taknak teruskan. Tapi dah tandatangan surat perjanjian biasiswa dan duit pun dah diterima maka teruskan juga. Ramai yang menasihati saya bertahan saja. Bukan senang untuk dapat peluang sebegini. Sedangkan orang lain berkejar-kejaran tetapi kita pula yang dah dapat nie melepaskan peluang begitu sahaja.

  

phdComicsTopic

  

Mengapa payah saya katakan? Sebab PhD yang saya buat ni adalah research bukan mod kursus. Untuk research PhD, kena pastikan ketulenan research yang kita buat maksudnya kena buat sesuatu yang belum pernah orang buat. Ini part yang paling sukar buat saya. Master saya adalah coursework dan tetiba PhD ni terjun dalam research dan expectation bagi pelajar PhD sangat tinggi maka segalanya agak sukar bagi saya. Punyai supervisor yang mahukan pelajarnya independent dan tidak bergantung kepada beliau membuatkan saya terkapai-kapai sendirian mulanya (sekarang pun sama.huhu). Semua perlu dilakukan sendiri. Tiada kelas mahupun kursusu yang ditetapkan di Universiti untuk saya ikuti bagi mempersiapkan diri untuk pengajian PhD dan research anda melainkan anda sanggup untuk membayar bagi kursus tersebut. Saya tidak diberikan jadual atau dateline untuk sesuatu progress. Hanya tempoh yang diberi iaitu 3 tahun atau lebih dan plan lah sendiri macammana nak habiskan.

Research yang saya buat sekarang banyak berkaitan dengan biology yang saya tidak pelajari masa degree atau master dulu. Mungkin sipi-sipi tu adalah tapi untuk details dan praktikal sangat berlainan.

Masa mula-mula saya buat eksperimen, saya dah agak happy sebab result memberangsangkan. Tapi rupanya, ada teknik yang salah buat. Maka, saya ulang balik. Selepas ulang, result yang dapat berlainan dari literature review yang saya pernah baca. Rupanya ada lagi kesilapan yang saya buat. Akhirnya saya buat keputusan berhenti dulu buat eksperimen dan study balik dan teliti kembali satu-satu serta minta pandangan dari expert tentang bidang research saya ni. After restructure balik research saya, Alhamdulillah minggu ni saya mula balik eksperimen saya dan ALhamdulillah on track seperti yang saya jangkakan. Tapi ni baru satu objektif research. Ada 2, 3 lagi yang belum dilaksana dan masih mencari-cari method yang sesuai untuk eksperimen ini. Dan disebabkan saya tidak berada di bidang tersebut makanya perlu berusaha dengan lebih gigih untuk study.huhu… Cabarannya juga duit geran yang saya dapat untuk research ciput je. Jadi banyak method yang mudah saya terpaksa ketepikan dan guna manual serta payah dan mengambil masa. Semoga Allah bantu dan permudahkan.

        

IMG384

Our research Progress Meeting.

    20121212_154337

My work place at USM Kubang Kerian, Kelantan.

  

phd0227

Please don’t ask me how I’m progressing…Coz it hurts..Smile with tongue out

   

Fuh! 2 years more to go. Please pray for me! Winking smile

With Love,Red heart

NUR

19 February 2013

Wahai Suami, Jangan Sia-siakan Potensi Isterimu

In The Name of Allah The Most Gracious The Most Merciful

Assalamualaikum,

All praise is due to Allah, the Lord and Cherisher of the Universe. May His peace and blessings be upon our beloved prophet, Muhammad (PBUH), his household, companions and all followers of the right guidance till the Day of Judgment.

Alhamdulillah, masih diberi kesempatan untuk menulis. Tika ini masih lagi berada di Kelantan. Ramai yang ingat saya balik Kelantan untuk bercuti tetapi sebenarnya untuk saya selesaikan research Phd di USM Kubang Kerian kerana sampel yang saya perlukan sukar untuk diperolehi di Penang.

Semasa dalam perjalanan ke USM Kubang Kerian beberapa hari lepas saya sempat mengikuti slot kuliah di IKIM. Tidak pasti pula siapa penceramahnya tetapi isinya banyak berkisar tentang malaikat mendoakan kita andai kita mendoakan orang lain. Saya tertarik dengan luahan dan pertanyaan dari seorang pemanggil yang menghubungi radio IKIM masa tu bertanyakan soalan kepada ustazah tersebut. Isinya lebih kurang begini mengikut kefahaman saya:

“Beliau merupakan seorang isteri yang telah mempunyai cahaya mata dan berkahwin ketika masih belajar. Alhamdulillah beliau dan suami telah pun menamatkan pelajaran masing-masing. Beliau mempunyai bakat dalam communication skills dan memang seorang yang aktif ketika belajar dan sering mengikuti dan melaksanakan program-program dakwah. Tapi, setelah tamat belajar, suaminya tidak membenarkan beliau terlibat dalam program terbabit dan diminta untuk fokus pada pendidikan anak-anak sahaja. Beliau meminta pandangan ustazah bagaimana untuk beliau ikhlas dengan permintaan suami dan seterusnya mencari solusi bagaimana beliau boleh mendapat pahala yang sama seperti beliau mengikuti program-program berikut di rumah.”

Nasihat yang diberikan oleh ustazah berikut, sepatutnya sebelum berkahwin, kenali siapa bakal pasangan kita dan potensi mereka. Pada saya kenal disini bukanlah maksudnya suruh dating dan ber sms bagai tapi kenali siapa yang bakal kita kahwini. Ketahui apa visi dan misi pasangan yang bakal kita kahwini bagi mengelakkan perkara begini terjadi. Agak rugi bagi wanita-wanita yang mempunyai potensi ini akhirnya tersekat setelah berkahwin.

Ya, tidak salah langsung jika terus fokus pada anak-anak, tapi jangan lupa, anak ini akhirnya akan keluar kepada masyarakat dan bukan sentiasa berada di dalam kepompong kita. Jika kita tidak cuba menyumbang ke arah pembaikan masyarakat, bagaimana natijahnya nanti apabila anak kita bergaul dengan masyarakat yang kucar kacir? Tidaklah saya minta semua para ibu keluar ke sana ke mari sehingga terabai tanggung jawab mereka sebagai isteri dan ibu, tetapi bijak memanfaatkan masa yang lainnya untuk menyumbang kepada masyarakat. Di sini peranan suami sangat penting.

Banyak orang-orang hebat yang saya lihat disebabkan dek kesibukan berprogram dan ceramah sana sini akhirnya urusan anak-anak banyak ditinggalkan kepada isteri semata-mata sedangkan mendidik anak dan menguruskan hal rumah tangga adalah tugas kedua ibu dan bapa. Saya amat tak gemar melihat pemandangan seperti ini.

Hari ini pula saya mendengar satu lagi slot di IKIM tentang kajian kes buang bayi. Sangat menghairankan, golongan yang banyak membuang bayi ini datangnya dari keluarga yang ibunya adalah suri rumah dan bukan dari golongan ibu bekerjaya. Ada kemungkinan kerana si ibu tidak keluar dari lingkungan keluarganya dan tidak mengetahui keadaan masyarakat di sekitarnya, jadi si ibu tidak tahu akan bahaya-bahaya dan benteng yang patut dipersiapkan buat anak-anak mereka.

Saya sangat simpati dengan mereka-mereka yang punya potensi dan visi dan misi yang jelas dalam terus memberi sumbangan kepada masyarakat dan ummah tapi akhirnya di sekat oleh suami. Ya, setiap masing-masing punya pandangan dan kebutuhan masing-masing tapi dalam zaman yang sekarang serba mencabar, tenaga para wanita dan ibu sangat-sangat diperlukan bukan hanya sekadar di rumah tetapi juga buat masyarakat dan ummah. Sekurang-kurang dengan keterlibatan kita dalam hal-hal seperti ini dapat dicontohi oleh anak-anak dalam mewujudkan biah yang solehah buat mereka.

Saya sangat runsing tentang hal ini sebelum saya bernikah dahulu. Pernah saya suarakan kebimbangan ini kepada suami saya dulu. Saya takut apabila berkahwin saya gerak kerja saya akan terbatas dan segala perancangan misi dan visi saya akan lenyap begitu sahaja. Alhamdulillah, suami saya sangat memahami apa yang saya cita-citakan bahkan beliau sangat mendokong saya. Kadang terasa serba salah juga saya apabila bertembung antara suami dan dakwah, saya terpaksa memilih dakwah dari beliau. Apabila saya minta maaf dan menerangkan situasinya, suami hanya akan senyum dan kata,

“Takpela, abang tak kisah. Sekurang-kurangnya apa yang Kina buat, abang pun dapat sahamnya.”

Alhamdulillah. Semoga Allah terus teguhkan saya dan keluarga saya serta keturunan saya untuk berada di jalanNYA. Nasihat saya buat yang belum berkahwin, teliti betul-betul apa yang anda mahukan dan perancangan anda bagaimana. Andai anda seorang yang tak kisah hanya berada di rumah dengan hanya mendidik anak-anak, boleh teruskan dengan begitu. Didik anak anda dengan sungguh-sungguh dan gunakan medium seperti blog dan internet untuk teruskan berdakwah. Tapi jika anda yang jenis nak keluar dan join program serta gerak kerja, carilah pasangan yang memahami misi anda ini agar beliau dapat mendokong anda dan saling bantu-membantu dalam merencanakan cita-cita tersebut. Pilihan di tangan anda. Itulah hikmah pertunangan yang Islam syariatkan.

Buat yang sudah berkahwin, boleh fikir cara apa yang sesuai buat anda mengikut kondisi masing-masing. Didik anak pun merupakan dakwah juga sebenarnya andai kita mampu didik anak untuk menjadi Muslim yang berguna buat umat sejagat. Pilihlah yang terbaik buat anda.

 

cover-buku1-tanpa-pks1

*Click for large image*

Saya belum membaca buku ini, tapi membaca sinopsis dan perkongsian pembaca yang lain tentang buku ini membuatkan saya sangat kagum dengan beliau. Ustazah Yoyoh Yusroh yang mempunyai 13 orang anak dan terlibat secara langsung dengan politik dan anak-anak beliau masyaallah sangat berjaya.

 

538193_607969399230297_1377884985_n

‎"Teguhkanah aku dengan (adanya) dia, Dan jadikanlah dia teman dalam urusanku, Agar kami banyak bertasbih kepadaMu, Dan banyak mengingatiMu, Sesungguhnya Engkau Maha Melihat (keadaan) kami"
[Surah Taha : 31 - 35]

 

p/s: Saya pasti ada yang tak bersetuju dengan pendapat saya. Jangan risau, saya tidak mengatakan saya benar kerana ia berbeza buat orang yang berbeza. Just my two cents. Smile with tongue out

 

With Love,Red heart

NUR

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Site Meter