Saya berkeputusan untuk terus menyambung pengajian ke peringkat Master. Tapi ada rasa lemah yang membuatkan saya terasa takut untuk menjalani kehidupan sebagai pelajar Master memandangkan saya memilih untuk menghabiskan dalam masa setahun. Di universiti lain yang menawarkan bidang yang sama memakan masa lebih dari setahun. Dan juga masalah lain yang turut membuatkan diri saya sedikit sebanyak tertekan dan mengganggu fokus saya. Terbit sedikit rsa kurang yakin. Alhamdulillah, saya di beri kekuatan tatkala meniti cuti-cuti yang berbaki. Saya di jemput untuk memberi ceramah motivasi kepada pelajar SPM dan STPM di sekolah lama saya dahulu. Tapi saya hanya berkesempatan berceramah untuk pelajar SPM sahaja memandangkan hari berikutnya saya terpaksa ke hospital untuk buat medical check up. Saya menyerahkan tugas kepada adik saya untuk menggantikan saya. Saya yakin dia mampu berikan yang lebih baik dari saya kerana dia lebih berpengalaman bersama adik-adik dalam program motivasi.
Tatkala saya berdiri di hadapan adik-adik untuk memberikan motivasi, diri saya sendir juga turut termotivasi. Teringat satu masa dahulu ketika saya berada di tempat mereka. Segala impian dan harapan saya ketika berada di bangku pelajar SPM. Segala masalah yang berlaku ke atas diri saya ketika itu tercurah kepada kaunselor saya. Saya tertanya agaknya kalau saya berputus asa hanya kerana masalah yang saya hadapi pasti saya tak berada di tempat yang saya berada sekarang. Syukur saya panjatkan kepada DIA yang sentiasa berada di sisi saya tak pernah menghampakan saya walaupun saya pernah membelakangkan DIA. Thank You Allah.
"Dan sabar itu cantik..."
Apabila diri terasa lemah, kembalilah pada Allah. Pasti DIA akan tunjukkan kita jalan dan memberi rezeki kepada kita dari jalan yang tak kita sangkakan.
Andai terasa diri tersasar dri landasannya, koreksilah diri dan perbaharui niat. Selamilah kembali tujuan dan matlamat kita yang sebsenarnya. Put your trust in Allah. Never ever give up. Matahari hanya malap apabila kiamat. =)
0 comments:
Post a Comment