"Tawazun?" Pemain tertanya-tanya maksud kalimah itu. Kalimah itu boleh dikatakan baru untuk mereka.
"Tawazun itu maksudnya keseimbangan," Asyraf menerangkan.
Semua mengangguk mengerti. Asyraf adalah pelajar tingktan 6 yang mengambil Sijil Tinggi Agama Malaysia, yang seluruh pelajarannya dipelajari di dlam bahasa Arab. Justeru Asyraf memang arif dengan kalimah-kalimah Arab.
"Benar kata Asyraf, tawazun itu adalah keseimbangan." Hussam membenarkan.
"Dalam hidup kita, ada banyak perkara yang hendak kita capai. Kita hendak cemerlang di dunia, dan kita juga hendak cemerlang di akhirat. Kita ada urusan dunia yang hendak kita kejar, mencari duit untuk makan minum. Pada masa yang sama, kita punya tanggungjawab kepada Allah dalam melaksanakan ibadah-ibadah seperti solat, membaca al-Quran, zakat, bersedekah, puasa. Tanpa bijak menyeimbangkan kedua perkara ini, maka kehidupan kita akan hancur." (VT, Hilal Asyraf)
***********************************************************************
Alhamdulillah. Saya dah selamat mendaftar sebagai pelajar master di USM. Kelas seperti biasa 5 hari seminggu cuma yang berbeza waktu dn subjeknya. Memang agak mencabar kerana setip hari kelas bermula pukul 9am-4/5 pm dan hanya rehat pada pukul 1 untuk solat dan makan tengah hari. Tapi insyaallah masih mengumpul kekuatan dan semangat.
Sebagai peringatan untuk diri sendiri, post kali ni berkaitan dengan tawazun. Supaya saya tak tenggelam dan leka dalam kesibukan belajar sehingga melupakan segala tanggungjawab sebagai hambaNya dan melupakan tanggungjawab kepada insan lain juga.
Hidup kita tidak akan tenang andai kita hanya fokus kepada dunia sahaja dengan melupakan akhirat. Kita juga akan rosak sekiranya hanya mementingkan akhirat tanpa dunia. Kerana Islam adalah cara hidup yang sempurna. Harus saling bersandar antara satu sama lain. Dalam kesibukan bekerja untuk dunia tidak lupa untuk beramal bagi kehidupan di akhirat. Di situlah istimewanya Islam. Hari di mulai dengan memuji tuhanNya dengan solat subuh. Kemudian di teruskan dengan kerja keduniaan. Zohor datang urusan dunia di tinggalkan buat sementara waktu bagi menunaikan tanggungjawab sebagai hamba. Selepas itu menyambung pekerjaan. Habis bekerja, Asar pula di tunaikan. Itulah rehat yang paling berkesan selepas seharian penat bekerja. Sekiranya kerja dunia itu dilakukan ikhlas kerana Allah, setiap waktu yang kita habiskan untuk bekerja juga akan diganjari oleh Allah. Dan sangat beruntunglah orang mukmin yang banyak melakukan amal jariah kerana walaupun dia sudah tak berada di atas dunia tapi segala amal jariah masih sampai kepadanya di akhirt dan menerangi kuburnya. Bersungguh-sungguhlah dalam setiap yang kita lakukan. Moga kita tergolong dalam kalangan insan yang tidak mengabaikan salah satunya.
0 comments:
Post a Comment